You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Soalan 1 2.1 Ciri-ciri alatan 2.2 Alatan gimnastik artistik 2.3 Manipulasi alatan 2.

4 Contoh aktiviti gimnastik artistik 2.5 Contoh aktiviti manipulasi alatan 5 8 10 16 2 2

3. Soalan 2 3.1 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dan butiran perlakuan 4. Kesimpulan 5. Rujukan 19 30 31

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Pengenalan Menurut Borhanuddin (2006), beliau menyatakan bahawa gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang melibatkan fleksibiliti, imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik juga merupakan pergerakan yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan pergerakan motor. Selain itu, tumpuan kepada aspek fizikal dan mental juga penting di dalam sukan ini. Gimnastik artistik juga dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik, pola gerak edar, pola edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Manakala pergerakan kreatif ialah satu pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi serta ransangan yang diberi. Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan kreatif menggunakan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce 1973, Dimondstein 1983, Stinson, 1982). Pergerakan ini juga memberikan tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal. Pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).

2.0 Soalan 1 2.1 Ciri-ciri alatan

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Sistem pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam aspek perkembangan jasmani, subjek Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) telah dirangka dalam kurikulum sekolah rendah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pergerakan asas murid-murid. Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Antara aspek-aspek yang terkandung di dalam kurikulum tersebut ialah pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor serta manilpulasi alatan. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Ciri-ciri seperti saiz, bentuk, warna dan berat sesuatu alatan juga memainkan peranan yang penting terhadap aktiviti pergerakan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, ia juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan motor kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata dan tangan, meningkatkan daya tumpuan, dapat menambah persepsi visual, dan juga dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan berat melalui ciri-ciri tersebut. Saiz Saiz alatan yang pelbagai mampu membuatkan kanak-kanak menggunakan otot jari mereka untuk memegang objek yang pelbagai saiz. Saiz alatan yang bersesuaian juga seperti dari segi panjang alatan, lebar dan diameter dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku kepada kanak-kanak. Bukan itu sahaja, saiz alatan yang tepat dan sesuai dengan perkembangan motor kanak-kanak juga mampu membuatkan mereka

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

bersemangat untuk melakukan aktiviti. Perkembangan dan tumbesaran mereka juga akan berkembang seiring dengan aktiviti yang dilakukan. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan kemahiran yang melibatkan

motor halus kanak-kanak seperti otot jari dan koordinasi mata dan tangan. Ia juga dapat membantu tumbesaran dan perkembangan motor halus kanak-kanak seperti membina otot-otot tangan dan jari mereka. Contohnya, jika murid menggunakan alatan yang pelbagai saiz sewaktu menjalankan aktiviti, motor halus dan motor kasar mereka akan berkembang. Antara objek yang mempunyai alatan yang pelbagai saiz mengikut umur seseorang itu ialah ialah bola, belantan, gelung, riben, tali dan sebagainya. Bentuk Objek yang mempunyai pelbagai bentuk seperti lonjong, bulat, panjang, lembik dan keras juga dapat membantu terhadap tumbesaran dan perkembangan motor kanakkanak. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mampu mencerdaskan mental kanak-kanak untuk mengenal pasti konsep dan kesesuaian sesuatu alatan yang sesuai dengan satusatu aktiviti yang hendak dijalankan. Penggunaan alatan yang mempunyai pelbagai bentuk juga membolehkan kanak-kanak menggunakan motor kasar dan motor halus mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti yang sesuai dengan bentuk alatan. Contoh alatan yang mempunyai pelbagai bentuk ialah belantan, riben, bola, gelung, palang, kekuda lombol dan sebagainya.

Warna Seperti yang diketahui umum, warna memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, warna yang menarik juga mampu menajamkan penglihatan kanak-kanak sewaktu melakukan aktiviti. Manakala warna yang pelbagai dapat membantu menceriakan aktiviti yang mereka lakukan. Penggunaan warna juga dapat membantu memberi fokus dalam perkembangan mata dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan peningkatan sensitiviti pancaindera kanak-kanak terhadap alatan yang mempunyai pelbagai warna. Antara alatan tersebut ialah riben, bola, gelung, tali dan sebagainya. 4

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Berat Penggunaan alatan yang mempunyai berat yang sesuai dengan umur murid dapat meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Bukan itu sahaja, otot tangan dan otot kaki mereka juga akan berkembang. Berat sesuatu objek juga memainkan peranan yang penting supaya murid dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lancar tanpa mendatangkan kesulitan dan kecederaan kepada mereka. Terdapat alatan yang sama bentuk namun mempunyai berat yang berbeza. Contohnya ialah bola, gelung, tali dan sebagainya. 2.2 Alatan gimnastik artistik Antara alatan yang boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti gimnastik artistik bagi lelaki ialah lantai, kekuda berpelana, gelang, lombol, palang sejajar, palang tunggal. Manakala bagi perempuan pula ialah lantai, lombol, palang bertingkat dan batang titian.

Lantai

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Kekuda Lombol

Kuda Berpelana

Gelang

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Palang tunggal

Palang bertingkat

Palang Sejajar

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Batang Titian

2.3 Manipulasi alatan Selain daripada pergerakan gimnastik artistik, terdapat juga kemahiran manipulatif melibatkan gerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Gerakan bukan lokomotor adalah gerakan setempat seperti membongkak, meregang dan memusingkan badan. Manakala gerakan lokomotor adalah pergerakan yang melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek. Kebolehan mengawal otot-otot kecil badan biasanya dikaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan manipulatif yang tepat. Alatan sukan yang menepati spesifikasi yang betul merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif untuk jari dan tangan kanak-kanak. Ini kerana kemahiran manipulatif juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan meransang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari. Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak juga membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola ragbi dan bola tenis. Perlakuan ini adalah untuk

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor sama ada motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Antara alatan yang boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti manipulasi alatan ialah pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan dan tali skipping, belantan, riben dan skitel.

Riben

Bola Besar

Gelung Rotan

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Pundi kacang

Tali Skipping 2.4 Contoh aktiviti gimnastik artistik 1. Kekuda Lombol

10

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2. Batang Titian (Dirian Skala)

11

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

3. Lantai (Arabesque)

12

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

4. Kuda Berpelana

13

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

5. Palang Tunggal

14

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

6. Gelang

15

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

7. Palang Sejajar

16

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2.5 Contoh aktiviti manipulasi alatan 1. Bola Gambar rajah

Jenis pergerakan Nama Pergerakan Manipulasi alatan

Lokomotor Chase Pergerakan ini seakan-akan separti gallop, dua kali tukar kaki. Sebelah tangan melantunkan bola di sisi.

Gambar rajah

Jenis pergerakan Nama Pergerakan Manipulasi alatan

Bukan Lokomotor Body Wave Berdiri setempat dan angkat tangan sambil memegang bola. Kemudian, lakukan alunan tubuh badan ke depan dan ke belakang.

17

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2. Gelung rotan Gambar rajah

Jenis pergerakan lokomotor Nama Melambung dan menyambut Pergerakan Manipulasi alatan 1) Melambung gelung rotan. 2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

Gambar rajah

Jenis pergerakan Nama Pergerakan Manipulasi alatan

Bukan lokomotor

Menghayun gelung rotan Berdiri dengan memegang gelung rotan. Goyangkan tangan dengan gelung rotan di pergelangan tangan.

18

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

3. Pundi kacang Gambar rajah

Jenis pergerakan Lokomotor Nama Leap Pergerakan Manipulasi alatan Gambar rajah Ketika melakukan leap, pundi kacang dilambung menggunakan tangan kanan kemudian disambut dengan tangan kiri.

Jenis pergerakan Nama Pergerakan Manipulasi alatan

Bukan lokomotor Imbangan sisi Pundi kacang diletakkan dibahagian atas tapak tangan kanan. Kemudian imbangan sisi akan dilakukan.

3.0 Soalan 2 19

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

3.1 10 sekuan pergerakan kreatif dan butiran perlakuan Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan mesti dilaksanakan supaya penumpuan khas dapat diberikan untuk perkembangan murid. Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif, pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kesedaran dan kefahaman mereka mengenai konsep sesuatu pergerakan yang dilakukan. Setiap perlakuan kreatif yang dilakukan mempunyai penceritaan dan maksudnya yang tersendiri. Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif. Empat unsur tersebut itu ialah kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran masa dan kesedaran daya. Pergerakan-pergerakan kreatif yang akan ditunjukkan nanti mempunyai satu penceritaan dan setiap sekuan yang dilakukan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Pergerakan kreatif yang ditunjukkan di bawah ini menceritakan mengenai kehidupan nelayan di suatu perkampungan nelayan di Pantai Timur.

SEKUAN 1

20

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Situasi di atas menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berehat atau tidur di suatu malam di sebuah perkampungan nelayan. Kemudian, seorang demi seorang akan bangun kerana hari beransur siang dan mereka perlu menyiapkan diri untuk bekerja. 2. Tema Dalam situasi ini, tema yang terdapat dalam perlakuan ini adalah kesedaran ruang yang menjurus kepada arah pergerakan secara terlentang iaitu kedudukan tubuh badan yang berada dalam keadaan tidur terlentang. 3. Rangsangan Manusia akan cepat memberi tindak balas kepada persekitarannya atau keadaan diri mereka sendiri sama ada berada dalam keadaan tubuh badan yang cergas atau keletihan. Jadi perlakuan manusia yang perlu berehat atau tidur adalah sesuatu yang bersifat semulajadi. 4. Nilai Kepuasan dan kesyukuran. SEKUAN 2

21

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Situasi ini menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan di mana-mana tempat. Aktiviti mandi atau membersihkan diri selepas bangun dari tidur, sering dilakukan oleh semua orang di awal pagi. 2. Tema Tema yang terdapat di dalam situasi di atas adalah berkaitan dengan kesedaran tubuh badan manusia supaya menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan diri sendiri dan keluarga. 3. Rangsangan Setiap manusia yang mempunyai akal yang waras perlu tahu menjaga kebersihan diri dan keluarga. Dalam perlakuan mandi atau menjaga kebersihan diri ini akan memberitahu kepada kita secara tidak langsung mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri dengan betul. 4. Nilai Kebersihan fizikal dan mental.

SEKUAN 3

22

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Butiran gambar yang ditunjukkan adalah merupakan suatu perlakuan yang menjadi keperluan asas manusia. Ia menunjukkan sekumpulan manusia sedang berkongsi makanan dan menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat di suatu pagi. 2. Tema Penyesuaian terhadap rakan melalui hubungan dan komunikasi dalam sesuatu kumpulan menerusi pergerakan-pergerakan asas semasa melakukan aktiviti tersebut dapat diterapkan dalam perlakuan seperti gambar di atas. 3. Rangsangan Perlakuan ini sangat penting dalam kehidupan seharian. Sarapan pagi dapat memberikan suatu tenaga baru untuk memulakan tugasan pada hari tersebut tanpa mengakibatkan masalah kepada pelakunya. 4. Nilai Bersyukur dengan rezeki tuhan.

SEKUAN 4

23

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Perlakuan seterusnya adalah suatu pergerakan asas yang biasa dilakukan oleh sekumpulan nelayan yang berjalan secara berkumpulan menuju ke pantai atau laut untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan. 2. Tema Dalam situasi ini, tema yang diterapkan adalah mengenai kesedaran tubuh badan manusia. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor tubuh badan. Pergerakan aktiviti berjalan ini boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Sebagai contoh mengikut rentak atau irama muzik. 3. Rangsangan Sepertimana yang diterangkan di atas, pergerakan ini boleh dilakukan secara bebas, terkawal, secara individu atau berkumpulan. Ia dirangsangankan dengan rentak irama muzik atau perilaku seseorang yang melakukan pergerakan mengikut sifat-sifat individu lain sebagai contoh berjalan seperti seorang model atau pramugari. 4. Nilai Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan dan kebebasan.

SEKUAN 5

24

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Situasi di atas merupakan suatu aktiviti kebiasaan sebagai seorang nelayan untuk memulakan pekerjaan mereka di kawasan pantai. Perlakuan ini menunjukkan sekumpulan nelayan yang sedang menolak bot nelayan ke gigi air laut. 2. Tema Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan kepada beban dan masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan terdapat rintangan. Seseorang yang mencangkung untuk mengangkat suatu beban dapat menghasilkan kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut. 3. Rangsangan Situasi di atas adalah merupakan suatu aktiviti yang biasa berlaku dalam kehidupan harian setiap manusia. Mereka yang melakukan aktiviti pergerakan tersebut akan merasa sedikit kepenatan dan kehausan selepas mengangkat suatu bebanan yang berat. 4. Nilai Bekerjasama dan bersatu padu.

SEKUAN 6

25

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.Butiran perlakuan Situasi ini pula adalah merupakan suatu pekerjaan yang sudah menjadi kebiasaan kepada setiap nelayan yang mahu menggerakkan bot mereka di laut secara tradisional. Aktiviti ini dipanggil mendayung. Ianya perlu dilakukan dengan betul supaya bot yang naiki tidak terbalik. Bagi melancarkan perlakuan ini seorang pengemudi diperlukan supaya arah yang dituju adalah tepat dan betul. 2. Tema Dalam situasi ini juga, penyesuaian terhadap rakan dan persekitaran menjadi tema yang diterapkan dalam pergerakan tersebut. Ia berbentuk kerjasama di dalam satu kumpulan atau pasukan. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilakukan melalui ketua dan pengikut dan antara ahli kumpulan. 3. Rangsangan Perlakuan ini mempunyai banyak perkara yang dirangsangkan untuk dilakukan dengan betul. Ahli-ahli kumpulan akan menerima arahan dari pengemudi untuk memulakan dayungan dan mengawal bot nelayan mereka dari pukulan ombak dengan cara yang selamat. 4. Nilai Keberanian dan kecekalan.

SEKUAN 7

26

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Situasi yang berlaku seterusnya adalah sekumpulan nelayan sedang memasang pukat tunda untuk dipasangkan ke dalam laut. Perlakuan ini perlu dilakukan dengan cara berkumpulan. Ia juga dilakukan dengan cara dan teknik yang betul dan tepat. 2. Tema Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma berkaitan dengan pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh badan bergerak. 3. Rangsangan Di sini terdapat beberapa rangsangan yang telah diterapkan di dalam situasi begini. Contohnya bagaimana seseorang nelayan itu mendapat rangsangan melalui pergerakan memasang pukat tundanya yang berkeadaan berat dan panjang. 4. Nilai Kerajinan dan semangat setiakawan.

SEKUAN 8

27

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Perlakuan seterusnya adalah menggambarkan sekumpulan nelayan sedang menarik pukat tunda ke dalam bot nelayan. Dalam situasi ini para nelayan yang mencari rezeki di lautan terpaksa berpanas dan berhujan semasa menjalan aktiviti pekerjaan mereka di tengah lautan. 2. Tema Tema yang diterapkan dalam perlakuan atau pergerakan di atas adalah ritma berkaitan dengan pekerjaan. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dengan cara tubuh badan bergerak. 3. Rangsangan Rangsangan yang telah diterapkan di atas adalah bagaimana sekumpulan nelayan tersebut telah bertungkus-lumus untuk menarik pukat mereka yang dalam keadaan berat sambil terhuyung-hayang dilambung ombak yang besar. 4. Nilai Keseronokan, kepuasan dan kerajinan. SEKUAN 9

28

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Situasi seterusnya adalah saat-saat yang dinantikan oleh setiap yang bergelar nelayan adalah mengutip hasil tangkapan mereka yang terdapat di jaring pukat mereka. Di masa inilah mereka mengasing-asingkan jenis tangkapan yang diperolehi untuk dijual nanti. 2. Tema Tema yang diterapkan dalam perlakuan atau pergerakan di atas adalah ritma berkaitan dengan pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dengan cara tubuh badan bergerak. 3. Rangsangan Semasa aktiviti perlakuan ini berlaku, rangsangan yang terdapat dalam diri mereka itu adalah mereka akan menunjukkan minat untuk terus melakukan pekerjaan dengan berhati-hati. 4. Nilai Keseronokan, kepuasan dan kesyukuran. SEKUAN 10

29

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. Butiran perlakuan Setelah pulang ke daratan sekumpulan nelayan tersebut terus mengangkat hasil tangkapan mereka untuk dijual kepada pemborong atau untuk keperluan sendiri. Situasi di atas di mana sekumpulan nelayan sedang memikul bakul yang berisi ikan untuk dijual kepada peraih. 2. Tema Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan kepada beban dan masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan mendapat rintangan. Seseorang yang memikul barang yang berat dapat menghasilkan kesan beratkuat kepada pergerakan tersebut. 3. Rangsangan Rangsangan yang telah diselitkan atau diterapkan dalam perlakuan di atas adalah mereka sentiasa menunjukkan kerajinan dan sentiasa saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa menunggu arahan daripada ketua. 4. Nilai Berdikari dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira masa. Kesimpulan

30

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru memerlukan latihan supaya pergerakan yang dilakukan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing muridmurid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka. Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Guru perlu mengajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

RUJUKAN Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 31

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Buku Panduan Guru Tahun 3: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun3. (1998). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983). Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wee Eng Hoe. ( 2001 ). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

32

You might also like