You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Definisi 2.1 Morfologi 2.2 Sintaksis 2.3 Kesimpulan 3. Analisis 3.1 Aspek morfologi 3.

2 Aspek sintaksis 4. Refleksi 5. Broshur 6. Rujukan 7. Lampiran 6 10 12 14 15 16 3 4 5 2

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam asas pembinaan negara. Selain itu, perkara 152 juga telah mengistiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh kerana negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, adalah penting satu bahasa dijadikan sebagai panduan dan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, maka akan wujudlah perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi sesama sendiri. Kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi memperkasa bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan penggayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu. Media massa yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia mempunyai landasan yang cukup untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruhnya di kalangan khalayak ramai di negara ini. Dengan menghasilkan terbitan-terbitan yang lebih bermutu, media di Malaysia dapat menambah jumlah pembaca serta dapat meningkatkan mutu pemikiran rakyat pada masa depan. Satu perkembangan yang boleh dibanggakan adalah bertambahnya jumlah jenis media cetak berbahasa Melayu dalam pasaran sama ada dalam bentuk mingguan, bulanan atau harian. Contohnya suratkhabar Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar. Dalam konteks ini media cetak dalam bahasa Melayu telah mula menunjukkan kemampuan menawarkan bahan-bahan bacaan tambahan yang bercorak semasa seperti yang terdapat dalam ruangan Minda Pengarang akhbar Berita Harian. Hasil pembacaan yang berterusan terhadap akhbar-akhbar ini, ia akan dapat memperkasakan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2.0 Definisi 2.1 Morfologi Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa MelayuPerkataan, (17:1996) telah menyatakan bahawa morfologi merupakan satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (43:2004) berpendapat bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, (83:1997), morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga ada menulis tentang definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, (117:2007). Menurut beliau, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang terdiri daripada morfem dan kata. Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, (152:1985), bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara pembentukkannya. Manakala O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat mereka pada tahun (121:2000) dalam buku yang dirujuk oleh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya, (36:2004) iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Seorang ahli bahasa yang bernama Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata.

2.2 Sintaksis Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky seperti yang ditulis oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generatif oleh Frank Parker (1994). Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Menurut Dr Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Manakala menurut kamus dewan edisi ketiga (2000), sintaksis ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat. Sintaksis secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata dan kelompok kata menjadi kalimat. Ibrahim (dkk:1) mendefinisikan sintaksis sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok kalimat, klausa, dan frasa. Manakala Moeliono (1976:103) pula menyatakan bahawa sintaksis adalah studi kaidah kombinasi kata menjadi satuan yang lebih besar, frase dan kalimat. Ini bermakna, satuan yang tercakup dalam sintaksis adalah frasa dan ka1imat, dengan kata sebagai satuan dasarnya. Keraf (1978:153) menyatakan bahawa sintaksis ialah bahagian daripada tatabahasa yang mempelajari dasar-dasar dan prosesproses pembentukan kalimat dalam suatu bahasa.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Verhaar (1981: 70) menyatakan bahawa bidang sintaksis ialah tentang menyelidiki semua hubungan antara kelompok kata (atau antara-frasa) dalam satu

dasar sintaksis itu. Sintaksis itu mempelajari hubungan gramatikal di luar batas kata, tetapi di dalam satuan yang kita sebut kalimat. Manakala Ramlan (2001:18) menyatakan bahawa istilah sintaksis ialah bahagian atau cabang dari ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok wacana, kalimat, klausa, dan frasa. Sintaksis juga merupakan bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dalam bahasa Melayu, ayat terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat. Subjek merupakan perkara utama dalam ayat manakala predikat menjadi penerang kepada subjek atau sebagai keterangan salam binaan ayat. Subjek juga merupakan bahagian ayat yang terletak dihadapan pola ayat biasa. Bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Predikat pula merupakan bahagian ayat yang terletak selepas subjek dalam pola ayat biasa. Bahagian predikat ini diisi sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

2.3

Kesimpulan

Morfologi boleh didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk dan penggolongan kata dan makna dalam bahasa Melayu. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi yang disebut atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi. Manakala sintaksis pula ialah satu daripada cabang ilmu yang mengkaji tentang bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Sintaksis adalah sebahagian daripada tatabahasa yang membahaskan kaedah gabungan kata menjadi satu dan menjadi ayat gramatik yang lebih besar terdiri daripada frasa, klausa, dan kalimat, serta penempatan morfem-

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

morfem supra segmental ( intonasi ) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan oleh penutur sebagai dasarnya.

3.0 Analisis aspek morfologi dan sintaksis 3.1 Aspek morfologi Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kepada beberapa kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi dan bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Berikut merupakan golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan 1996.

Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Kata nama khas Kata nama am

Transitif Tak transitif

Sifat/keadaan Warna Ukuran Bentuk Waktu Jarak Cara Perasaan Pancaindera

Kata hubungan Kata pancangan Kata praklausa Kata prafrasa Kata pascakata

Berdasarkan golongan kata di atas, analisis akan dibuat terhadap artikal Minda Pengarang yang bertajuk Wajib lulus subjek Sejarah mampu pupuk minat generasi muda. Artikal ini disiarkan pada 26 Oktover 2010 di dalam akhbar Berita Harian.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Kata nama Menurut Abdullah Hassan (2003), kata nama ialah kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama juga merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Kata nama terdiri daripada kata nama khas dan kata nama am. Contoh kata nama khas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia Kurikulum Standard Sekolah Rendah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin UMNO Perhimpunan Agong Umno Perlembagaan Persekutuan Melayu Raja-Raja Melayu Islam Inggers Barat British

Contoh kata nama am kerajaan kewarganegaraan negara peperiksaan sains sekolah menengah subjek 7

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelajar kelas

buku teks mata pelajaran bangsa negara

Kata kerja Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Zaba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Zaba menyatakan jika kita menyebut fasal membuat sesuatu atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan perbuatan, kerana ialah sebutan bagi menyatakan perbuatan itu. Contoh kata kerja menetapkan mempelajari menggulung mempersoal tidak menguasai melaksanakan mempelajari diterapkan mempertikaikannya Menghasut tegas

- mencabar

Kata Adjektif Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2204: 214), kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu kata adjektif

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

sifatan/keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif sifatan/keadaan lupa

Contoh kata adjektif ukuran mendalam sempit

Contoh kata adjektif waktu baru-baru ini akhir-akhir ini

Contoh kata adjektif cara terlambat sering

Contoh kata perasaan berani cintakan menyeronokkan bimbang

Contoh kata adjektif pancaindera (gabungan) sedar

Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata hubung gabungan, kata hubung pancangan, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Contoh kata tugas hubung gabungan mata pelajaran Sejarah ketika ini hanya subjek teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil, tetapi tidak wajib lulus. Memahami sejarah tempatan dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa. Contoh kata tugas hubung pancangan (komplemen) Keputusan itu juga menjelaskan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum masyarakat lupa sejarah bangsanya sendiri. Contoh kata tugas hubung praklausa (kata tanya) Persoalannya, kenapa mereka mempertikaikannya sama ada secara sedar atau tidak Contoh kata tugas hubung prafrasa Pada masa sama, kerajaan tidak wajar terlalu akomodatif atas desakan pihak tertentu untuk mengubah fakta sejarah bagi memenuhi kepentingan mereka. Contoh kata tugas hubung pascakata Sejarah adalah fakta dan hakikatnya, tiada siapa boleh mengubahnya. Keputusan itu juga menjelaskan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum masyarakat lupa sejarah bangsanya sendiri.

3.2

Aspek sintaksis Pola ayat dasar Pola 1 Pola 2 Pola 3 Pola 4 Subjek Frasa nama Frasa nama Frasa nama Frasa nama Predikat Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama

10

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen alam binaan ayat. Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja sama ada transitif atau pun tidak transitif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata atau deretan kata yang mengandungi kata adjektif, dengan kata bantu dan kata penguat sama ada di hadapan atau di belakang. Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Contoh ayat pertama Mata pelajaran Sejarah ketika ini hanya subjek teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil, tetapi tidak wajib lulus. Pola ayat di atas ialah Frasa Nama (FN) dan Frasa Nama (FN). Pola ayat ini adalah pola ayat dasar yang pertama. Frasa namanya ialah Mata pelajaran Sejarah ketika ini manakala frasa nama yang lain ialah hanya subjek teras pada peringkat sekolah menengah. ayat ini mempunyai kata gabung relatif yang yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Sebenarnya terdapat dua ayat dalam ayat di atas. Kalau diperhatikan, ayat ini telah dipeluaskan apabila kata hubung tetapi yang digunakan bagi menggabungkan dua ayat dasar ini untuk dijadikan satu ayat majmuk gabungan. Kenyataan ini berdasarkan definisi ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.

Contoh ayat kedua Pengajaran subjek Sejarah perlu diubah dan tidak hanya di dalam kelas menggunakan buku teks tetapi perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang menyeronokkan. Jika diperhatikan, contoh ayat kedua ini telah diperluaskan dengan adanya dua kata hubung gabungan iaitu perkataan dan dan perkataan tetapi. Ayat ini juga telah

11

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

menjadi ayat majmuk gabungan. Sekiranya ayat ini ditukarkan kepada ayat dasar, terdapat tiga ayat iaitu ayat yang pertama Pengajaran subjek Sejarah perlu diubah, ayat kedua ialah Pengajaran subjek Sejarah tidak hanya di dalam kelas menggunakan buku teks dan ayat yang ketiga ialah Pengajaran subjek Sejarah perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang menyeronokkan. Pola yang terdapat di dalam ayat yang pertama ialah pola yang kedua iaitu Frasa Nama (FN) dan Frasa Kerja (FK). Contoh Frasa nama ialah Pengajaran subjek Sejarah dan Frasa kerja perlu diubah. Manakala, pola yang terdapat dalam ayat kedua ialah Frasa Nama (FN) dan Frasa Sendi Nama (FS) iaitu pola yang keempat. Contoh Frasa Nama ialah Pengajaran subjek Sejarah tidak hanya. Frasa Sendi Nama pula ialah di dalam kelas dan menggunakan buku teks ialah keterangan kepada Frasa Sendi Nama. Contoh ayat ketiga Kita akui langkah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan, tetapi masih belum terlambat demi kelangsungan keamanan untuk generasi akan datang. Ayat di atas juga merupakan salah satu daripada ayat majmuk gabungan keranna di dalam ayat ini terdapat perkataan tetapi yang menghubungkan klausa yang sama tara. Berdasarkan ayat Kita akui langkah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan, terdapat satu pola ayat dasar yang ketiga iaitu Frasa Nama (FN) dan Frasa Adjektif (FA). Di mana contoh Frasa Nama ialah Kita akui langkah ini sepatutnya dan Frasa Adjektif ialah sudah lama dilaksanakan. Kata adjektif lama menunjukkan bahawa kata adjektif ini termasuk dalam bahagian kata adjektif menerangkan waktu.

4.0 Refleksi Berdasarkan analisa mengenai tugasan ini, saya dapati penggunaan aspek imbuhan sangat meluas kerana penulis banyak menggunakan imbuhan asing dalam penulisannya. Hampir kesemua imbuhan digunakan di dalam artikal minda pengarang ini. Antara imbuhan yang digunakan ialah seperti imbuhan awalan, imbuhan akhiran,

12

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

imbuhan sisipan dan imbuhan asing. Terdapat juga aspek penggolongan kata yang digunakan di dalam penulisannya. Di antara aspek penggolongan kata yang digunakan ialah kata nama, kata kerja, kata tugas dan kata adjektif. Penggunaan kata yang

pelbagai yang digunakan dalam petikan ini tidaklah terlalu kompleks dan ia mudah difahami oleh pembaca. Dari aspek morfologi, penulis kerap menggunakan kata kerja tansitif daripada menggunakan kata kerja tak transitif di dalam penulisannya. Penggunaan kata hubung juga dilihat menjadi kegemaran penulis, namun penulis banyak menggunakan perkataan yang sama sedangkan kata hubung mempunyai banyak perkataan. Kata nama seperti kata nama am dan kata nama khas juga banyak terdapat dalam petikan ini. Petikan ini sesuai digunakan untuk aktiviti murid di dalam kelas untuk mencari kata nama am dan kata nama khas. Dari aspek sintaksis pula, setelah diteliti dan dibuat analisis, petikan ini mempunyai banyak ayat yang telah dimajmukkan dan agak sukar untuk mencari polapola ayat. Ayat yang terdapat dalam petikan ini hampir keseluruhannya adalah ayat majmuk. Walaupun begitu, petikan ini masih lagi boleh difahami mesej yang ingin diperkatakan. Ayat-ayat dasar telah dipeluaskan oleh penulis menjadi ayat majmuk yang pelbagai bentuk. Penggunaan kata tugas selain daripada menggabungkan ayat, ia juga berfungsi untuk menguatkan lagi apa yang ingin disampaikan oleh penulis kepada para pembaca. Di dalam petikan ini juga, hanya terdapat ayat penyata dan ayat tanya sahaja. Contoh ayat penyata ialah Sejarah adalah fakta dan hakikatnya tiada siapa boleh mengubahnya. Manakala contoh ayat tanya ialah ialah Persoalannya, kenapa mereka mempertikaikannya sama ada secara sedar atau tidak sedar. Perkataan kenapa merupakan kata tanya bagi ayat tersebut. Kesimpulannya, saya merasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya kurang berpengalaman dalam subjek bahasa Melayu. Ini menyebabkan agak sukar untuk saya memahami proses menganalisis pada bahagian morfologi dan sintaksis.

13

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Namun, saya berterima kasih kepada tutor dan rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Broshur

14

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

RUJUKAN Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Bentong, Pahang: PTS Publications and Distributers. Asraf, Awang Sariyan, Ramlah Razali & Ahmad Tajudin. (1990). Petunjuk SRP Bahasa Melayu KBSM. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. Che Ibrahim Hj Salleh. (2006). Tatabahasa Melayu. Selangor: Pro Office-Shoppe Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. Al. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Terengganu: Aspirasi Teras Sdn. Bhd. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_WajiblulussubjekSejara hmampupupukminatgenerasimuda/Article/index_html http://www.freewebs.com/stpm-bm-k1/bab3.htm
http://zieper.multiply.com/journal/item/38

15

You might also like