You are on page 1of 4

DATUK MAZNAH ABDUL HAMID MODEL USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENGENALAN Siapa yang tidak kenal dengan dengan seorang usahawan berjaya yang turut juga di kenali sebagai Iron Lady atau wanita besi Malaysia?Datuk Maznah Abdul Hamid dikenali kerana usaha gigih beliau dalam perniagaan dan menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjadi lebih berjaya terutamanya golongan wanita.Walaupun begitu, tidak kurang juga kaum lelaki yang mengagumi kegigihan usaha Datuk Maznah Abdul Hamid dalam menjalankan perniagaannya.

Jolokan wanita besi juga diberikan kepada beliau kerana menjadi wanita pertama di negara yang menguruskan syarikat perkhidmatan keselamatan yang di dominasikan oleh kaum lelaki iaitu Securiforce Sdn Bhd.Beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce dan beliau jugalah yang membawa nama Securiforce Sdn Bhd yang tidak di kenali langsung 27 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan Asia.Syarikat Securiforce juga telah berjaya menyaingi lebih 300 buah syarikat lain seumpamanya.

Datuk Maznah Abdul hamid kini mengepalai hamper 50 buah cawangan,mengetuai hampir 5,000 orang kakitangan dan di kelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.Apa yang membanggakan,van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri.Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada static guard atau bahasa lazimnya kita menyebut pak guard sahaja malah turut merangkumi logistic,cash-in transit,pengurusan tunai,high tech cargo management,perkhidmatan armoured trucking dan pelbagai perkhidmatan lain.

Syarikat Securiforce juga memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total,mempelopori konsep total security.Hasil daripada kegigihan beliau dan teamnya menerajui syarikat,kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang berkembang maju .Antaranya ialah Danau Lumayan,pemaju hartanah di Bandar Tun Razak.

Bagi menepati keperluan semasa,Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics.Securiforce Logistics memiliki cawangan di Singapura,Bangkok,China,Korea,Turki dan Jerman.Misi utama syarikat beliau adalah membawa Securiforce maju ke hadapan sebagai peneraju dan inovatif di mana syarikat keselamatan kami mennyediakan perkhidmatan tambahan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah dari semasa ke semasa.

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN Datuk Maznah Abdul Hamid atau gelaran penuh beliau Datuk Hajah Maznah binti Abdul Hamid telah di lahirkan di Jerlun,Kedah Darul Aman pada 18/4/1955.Di beri gelaran sebagai Iron Lady atau Wanita Besi,beliau sekarang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.Pasangan hidup beliau adalah Haji Shaheen Mirza Habib dan hasil perkongsian hidup beliau dan suami,mereka telah di kurniakan 5 orang cahaya mata di mana 3 orang daripadanya adalah perempuan dan 2 adalah lelaki.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di Alor Setar,Kedah dan seterusnya mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi antaranya di Singapura di mana beliau meneruskan pengajian dalam bidang Business School for Investors.Selain daripada itu,beliau juga mendalami ilmu keusahawanan dengan mengikuti pengajian Business School for Entrepreneurs dan Industrial Security di United State of America.

Datuk Maznah Abdul Hamid berasal dari keluarga yang miskin dan beliau sendiri di bela oleh nenek beliau sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.Beliau merupakan kanak-kanak yang kesepian semasa zamannya tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat untuk dirinya kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insane berjaya.Datuk Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah,tetapi beliau amat meminati pelajaran dan juga bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya hingga kolej.Beliau juga pernah mengikuti Kursus Linguistik di Pusat Bahasa dan sebahagiannya mengikuti kursus Diploma dalam Eksekutif Pentadbiran Perniagaan.

Latar belakang kerjaya beliau dari tahun 1981 hingga kini selain daripada Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Securiforce adalah beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Danau Lumayan Sdn Bhd daripada tahun 1997 hingga kini.Syarikat Danau Lumayan adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang di perbadankan pada November 1993.Syarikat ini pernah di anugerahkan oleh kerajaan persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas pembinaan projek penswstaan di Bandar Tun Razak,Cheras.

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN Selain itu,Datuk Maznah Abdul Hamid juga memegang jawatan pengarah bagi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan juga Golden Hope Plantations Berhad.

You might also like