P. 1
Apresiasi Seni

Apresiasi Seni

|Views: 87|Likes:

More info:

Published by: Chitiramathiee Manikam on Oct 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/11/2013

pdf

text

original

APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai

hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character” Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…” Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan

c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilainilai estetika dan pengaruh Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambargambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan

perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: • Suka/tidak • Tertarik/tidak • Pernyataan spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Aprisiasi dan kritikan seni — Presentation Transcript
  1. APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2. OBJEKTIF Mengetahui dan meningkatkan keupayaan membuat tanggapan dan penilaian melalui deskripsi , analisa dam interpretasi mengenai produk seni Meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara lisan, pernyataan tampak dan penulisan mengenai produk Meningkatkan kualiti sahsiah kendiri dan profesionalisma melalui aktiviti menganalisa dan menghayati nilai dan makna yang terdapat pada rekaan serta pemikiran para ahli, tukang atau pereka  3. KANDUNGAN Memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang merangsang komunikasi dan tindakbalas estetik terhadap objek rekaan dan persekitaran melalui interaksi langsung dan melalui pandangan dan pendapat ahli/ pakar/ sejarahwan/ budayawan   4. ARAS-ARAS PENCAPAIAN APRESIASI 5. 1. PENERIMAAN Kesedaran - menyedari kewujudan seni Kesediaan menerima - mengambil perhatian terhadap kewujudan seni Penumpuan memilih dan mengambil perhatian terhadap sesuatu karya yang dipilih  6. 2. TINDAK BALAS Tindak balas persetujuan - bekerja sama memberi tindak balas terhadap seni Kesediaan dan kerelaan bertindak balas bersedia dan terbuka untuk menyatakan sesuatu tentang seni tanpa paksaan atau pertanyaan Kepuasan bertindak balas - merasa kepuasan dan seronok dengan seni  7. 3. PENILAIAN Persetujuan nilai - menerima dan menyukai walaupun ada kemungkinan untuk berubah pada ketika lain Pemilihan nilai - menilai dan menimbang nilai sesuatu karya Penerimaan nilai - menerima dan menghayati sesuatu nilai dan mempengaruhi orang lain untuk turut memberikan persetujuan/penerimaan

8. 4. MENGORGANISASI Konseptualisasi nilai - mengenal pasti nilai yang terdapat pada karya seni berkaitan dengan nilai yang dianutinya (dipegang) Mengorganisasi sistem nilai – mengaitkan dan mengurus nilai yang diterima ke dalam atau kepada karya lain

9. 5. PEMBINAAN PERIBADI Set umum - membina set pendirian dan menjadi pegangan terhadap nilai yang telah diterima Pendirian/ pegangan – membina keyakinan, pegangan dan kepercayaan serta menghayati nilai yang telah diterima

  

10. PROSES DAN KAEDAH KRITIKAN SENI 11. JENIS & PENDEKATAN LOGIKAL PSIKOLOGIKAL SEJARAH 12. LOGIKAL Pendekatan ini dianggap sebagai bersifat tradisional berlandaskan logik akal dan intelektual. Hal ini banyak bergantung kepada sejauh mana seseorang itu memiliki: maklumat pemerhatian kajian perbandingan penghasilan

13. Maklumat: Maklumat seni boleh didapati melalui pembacaaan, kajian dan penerokaan mengenai masa, tempat, teknik, proses serta pengaruh sesuatu aliran/period seni.

14. Pemerhatian: Hubungan langsung dengan karya seni melalui lawatan ke galeri seni, menonton tayangan slaid, video, fotografi dan sebagainya, memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dapat berbicara seni.

15. Kajian Perbandingan : Memberi banyak peluang untuk seseorang berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat sintesis antara satu karya dengan karya yang lain, antara media, alat, proses dan teknik . Memahami banyak pengetahuan tentang sejarah, nilai dan sebagainya antara pelbagai kegiatan seni berasaskan bangsa dan daerah .

16. Penghasilan: Seseorang akan dapat berbicara berbicara seni dengan lebih sempurna dan berkesan, andainya ia mempunyai pengetahuan yang

tinggi dan meluas serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam aktiviti penghasilan karya seni  17. PSIKOLOGIKAL Berkait rapat dengan cara seseorang melihat dan menghargai seni yang bersifat individu atau personal. Keupayaan seseorang berbicara dan menghargai seni banyak bergantung kepada sejauh mana ia memiliki: pengalaman kendiri pandangan orang lain pengaruh persekitaran  18. Pengalaman Kendiri: Pengalaman lampau seseorang walaupun tidak terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu seseorang memahami, menghargai dan berbicara seni. Keupayaan berbicara seni dapat diukur dengan sebanyak mana pengalaman yang ada pada seseorang  19. Pandangan Orang Lain: Lazimnya apabila seseorang kekurangan pengetahuan tentang sesuatu perkara, ia akan bersandar kepada pendapat orang lain yang dianggap pakar atau ahli. Oleh itu seseoranng itu akan dapat memahami, menghargai dan berbicara seni dengan lebih berkesan apabila kita bersedia mendengar dan menerima “apa orang lain kata”  20. Pengaruh Persekitaran: Persekitaran, tempat, masa dan situasi boleh mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni. Impak persekitaran dapat membantu seseorang menilai dan memperkatakan tentang seni.  21. SEJARAH Banyak bersandarkan kepada aspek sejarah sebagai cara menilai, memahami dan menghargai seni. Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang paling ketara menjadi teras perbincangan: Produk seni Tokoh/Artis Masyarakat Konsep dan Falsafah  22. Produk Seni: Penumpuan terhadap idea, motif, teknik dan proses, bahan dan alat, aliran dan gayaan. Tumpuan tersebut akan membawa kepada diskusi tentang aplikasi Asas-asas Seni Reka, Struktur dan gubahan

23. Tokoh/Artis: Melihat cara artis mendapatkan sumber, budaya kerja dan pandangan mereka.

24. Masyarakat: Melihat kesan seni terhadap masyarakat dan pengaruh masyarakat tehadap tamadun seni.

25. Konsep dan Falsafah: Kejelasan ikonografi menjelaskan manifestasi peradaban bangsa .

 

26. PROSES DAN KAEDAH MELIHAT SENI 27. CARA/TAHAP MELIHAT SENI HEDONISTIK KONTEKSTUALISTIK ORGANISTIK NORMISTIK ELEKTIK

28. HEDONISTIK Cara melihat jenis ini, akan membawa kepada pernyataan mengenai nilai suka, gemar, menarik, benci dan sebagainya, “Saya suka corak…………”

29. KONTEKSTUALISTIK Cara melihat jenis ini menumpukan hubungan karya dengan aktiviti dan aspek tertentu. Juga hubungan seni dengan pemerhati. “Dalam konteks seni catan barat…………”

30. ORGANISTIK Cara melihat jenis lebih menumpukan kepada aspek formal penghasilan seni “Olahannya begitu harmoni, dinamis dan…………”

31. NORMISTIK Cara melihat jenis ini merujuk kepada kriteria atau norma sesuatu “Ia pelukis yang baik kerana…………”

32. ELEKTIK Cara melihat yang bersepadu
Elektik – gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik. 5) Proses Apresiasi a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi 6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni - Seni dlm kehidupan - seni dlm komunikasi ( seni halus ) - R/bentuk rumah tradisional

- Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan - Hasil seni rakyat – perlatan,tekat,tenunan,bangunan - Perkembangan seni lukis moden Malaysia. - Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.

APRESIASI SENI Menurut John A. Micheal, terdapat dua pendekatan apresiasi seni iaitu, -pendekatan secara logik -pendekatan secara psikologi Pendekatan secara logik -bermaksud penerangan terhadap sesuatu karya seni yang berasaskan kefahaman intelek -berfaktakan dengan andaian dan munasabah dalam sesuatu karya. terdapat empat proses dalam pendekatan secara logik dalam apresiasi seni iaitu, -Penerangan -Pemerhatian -Perbandingan -Penghasilan Manakala bagi pendekatan secara psikologi pula, -memberikan penerangan berdasarkan emosi, perasaan dalam terhadap sesuatu karya seni visual -pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi - proses inkuiri - secara perbincangan dan perbandingan - lawatan/pameran - koleksi buku-buku scrap dan lakaran - mengkritik hasil karya seni dsb....

KAEDAH MELIHAT SENI

(HK ONE) H - Hedonistik K - Kontektualistik O - Organistik N - Normistik' E - Elektik Hedonistik - spontan, menyatakan perasaan dan pandangan yang sebenar Kontektualistik - menyatakan pandangan secara formalistik , mempunyai sokongan fakta atau tokoh dan sebagainya.

Organistik - pandangan yang lebih kepada tata letak, tata susun dan penataan cahaya dalam sesebuah karya seni. Normistik - pandangan lebih kepada masyarakat, budaya dan agama. Seni sepatutnya tidak melepasi batas keagamaan seperti seni moden pada masa ini. Elektif - memberikan pandangan secara rawak tidak menjurus kepada kronologi dan wajarannya baik , senderhana baik dan kurang baik. PROSES APRESIASI SENI Menurut Felman dan Smith (1967) apresiasi seni berdasarkan empat proses iaitu, -Menggambar -Menganalisa -Taksiran -Penilaian *jika ada kesilapan terdapat nota-nota di atas, saya memohon kemaafan kerana saya tidak berniat untuk mengsongsangkan ilmu-ilmu diatas. Ini cuma nota-nota kefahaman selepas membuat ulangkaji terhadap subjek pendidikan seni visual. Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->