You are on page 1of 8

TOPIK 11

PERKUMUHAN TUMBUHAN

Sinopsis

Perkumuhan tumbuhan melibatkan dua proses iaitu transpirasi dan gutasi. Proses kehilangan air secara pemeluwapan bagi menyejukkan tumbuhan dikenali sebagai transpirasi. Transpirasi mempunyai kepentingan tertentu iaitu memberikan satu daya tarikan air dari akar ke daun. Ini membolehkan daun memperoleh bekalan air untuk fotosintesis dan mineral bagi proses biosintesis. Selain itu, turut mempunyai kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan kerana hanya 1-2% sahaja air pada daun digunakan untuk fotosintesis. Transpirasi dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti suhu persekitaran, pergerakan angin, kelembapan tanah, kelembapan udara, keamatan cahaya dan tekanan atmosfera. Manakala gutasi ialah kehilangan air yang berlebihan melalui titisan air pada liang hidatod pada daun tumbuhan. Gutasi berlaku disebabkan oleh kelembapan tanah yang tinggi dan kadar transpirasi yang minimum atau tiada menyebabkan tumbuhan mengalami tekanan air yang tinggi dalam xilem tisu vaskular. Tekanan ini dapat diseimbangkan dengan pengeluaran air berlebihan di liang hidatod pada daun.

Hasil Pembelajaran

1. 2. 3.

Jelaskan proses transpirasi dan gutasi pada tumbuhan. Menyatakan kepentingan transpirasi tumbuhan. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses transpirasi tumbuhan.

Ringkasan Topik

Perkumuhan Tumbuhan

Proses Transpirasi dan Gutasi

Kepentingan Transpirasi

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Transpirasi

11.1

Proses Transpirasi dan Gutasi

Transpirasi

Transpirasi ialah proses kehilangan air oleh tumbuhan melalui proses pengewapan air untuk mengawal suhu tumbuhan. Proses transpirasi berlaku sebanyak 80% pada stoma di daun, sebahagiannya pada lentisel di batang dan dalam peratusan kecil pada kutikel daun. Proses transpirasi berlaku dengan kehadiran cahaya seperti pada waktu siang untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku bagi membantu proses pembukaan stoma untuk mengewapan air berlaku melalui liang stoma yang terbuka. Stoma yang berbentuk seperti dua biji kekacang yang dikenali sebagai sel pengawal dengan mempunyai lapisan dinding luar yang nipis dan dinding dalam yang tebal (Rajah 11.1).

Kloroplas

Sel Pengawal Vakuol

Dinding Tebal

Dinding Nipis

Mikrofibril Selulose

Liang Stomata

Rajah 11.1

Sel Stoma pada Daun

[Sumber:http://www. sciencevogel.wikispaces.com]

Kloroplas yang terdapat pada sel pengawal akan menjalani proses fotosintesis sehingga berlaku pengumpulan produk akhir fotosintesis iaitu glukosa yang mana berlaku peningkatan kepekatan osmosis di sel pengawal. Kecerunan kepekatan osmosis yang berbeza antara sel epidermis yang berhampiran dengan sel pengawal menyebabkan air dari sel epidermis masuk ke dalam sel pengawal. Sel pengawal mengalami tekanan segah yang tinggi hasil daripada kemasukan air telah menolak dinding nipis keluar seterusnya turut menarik dinding tebal sel pengawal ke arah luar, maka liang stoma terbuka. Air daripada sel mesofil terpeluwap menyebabkan ruang udara antara sel mesofil berkepekatan tinggi berbanding dengan persekitaran menyebabkan wap air meresap keluar daripada daun melalui liang stoma yang terbuka (Rajah 11.2). Dalam keadaan tiada cahaya seperti pada waktu malam, proses fotosintesis tidak berlaku dan sel stoma akan tertutup maka tiada proses transpirasi berlaku.

Kutikel Epidermis atas Klorofil Tisu Palisad Tisu Mesofil Ruang udara Epidermis bawah

Wap air

Sel Pengawal

Rajah 11.2

Keratan Rentas Daun

[Sumber: http://www.tutorvista.com]

Gutasi

Gutasi ialah proses pengeluaran air yang berlebihan oleh tumbuhan dengan cara pengeluaran titisan air (air gutasi) melalui liang hidatod pada daun bagi mengimbangkan tekanan air yang tinggi dalam tumbuhan yang diakibatkan oleh tekanan air pada xilem akar (Rajah 11.3). Hidatod ialah liang pada hujung urat daun. Biasanya gutasi berlaku pada waktu malam apabila proses transpirasi adalah minimum.

Rajah 11.3

Gutasi

[Sumber: http://www.countrysideinfo.co.uk/gutation.htm]

Tekanan akar menjadi tinggi apabila tanah berada dalam keadaan lembab atau sebarang keadaan yang meminimumkan kadar transpirasi yang mana akan

merendahkan kehilangan air oleh tumbuhan. Dalam keadaan tanah lembab, tekanan osmosis tanah menjadi lebih tinggi daripada sel dalam akar menyebabkan akar meresap secara osmosis ke dalam sel akar. Pada sel endodermis terdapat jalur kasperian yang menghalang air berbalik semula ke sel epidermis. Ini akan meningkatkan tekanan air di akar menyebabkan air ditolak naik ke daun melalui xilem. Jika daun mengalami kadar transpirasi yang minimum, yang mana akan meningkatkan tekanan air di xilem, air akan terdesak keluar melalui liang hidatod dan tekanan dalam tumbuhan kembali normal.

Rajah 11.4

Keratan Rentas Akar Yang Menunjukkan Jalur Kasperian.

[Sumber: http://www.uic.edu]

Latihan

Berdasarkan pada pembacaan dan pemahaman anda, nyatakan perbezaan antara transpirasi dan gutasi.

11.2

Kepentingan Transpirasi

Transpirasi mempunyai beberapa kepentingan kepada tumbuhan: 1. Proses transpirasi yang berlaku pada daun menghasilkan satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan transpirasi (transpiration pull). Daya tarikan transpirasi dapat mempastikan air dapat diangkut dalam satu pengaliran berterusan dari akar ke daun melalui xilem di tisu vaskular. Daya tarikan transpirasi dapat mempastikan bekalan air digunakan untuk proses fotosintesis.

2.

Selain daripada air diangkut ke daun, begitu juga bahan mineral yang larut bersama air akan dibekalkan pada daun untuk digunakan bagi proses biosintesis pada daun.

3.

Hanya 1-2% sahaja air yang diangkut dari akar ke daun digunakan untuk fotosintesis. Selebihnya, air terpeluwap dalam proses transpirasi yang

mempunyai kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan.

11.3

Faktor yang Mempengaruhi Proses Transpirasi

Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi ialah: a) Suhu Persekitaran Suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar pemeluwapan air pada sel mesofil, dengan itu peningkatan suhu akan meningkatkan kadar transpirasi. Tambahan lagi, suhu persekitaran yang tinggi dapat meningkatkan kapasiti atmosfera untuk meningkatkan proses pemeluwapan lebih banyak air. b) Kelembapan udara Kelembapan udara yang tinggi menyebabkan kadar transpirasi menjadi rendah disebabkan persekitaran telah menjadi tepu dengan wap air. Kelembapan udara yang rendah membolehkan wap air yang terbebas dapat memenuhi ruang-ruang udara.

c)

Pergerakan Angin Apabila adanya pergerakan angin, kadar transpirasi menjadi tinggi kerana angin meniup wap air yang terpeluwap menjauhi persekitaran daun dengan itu memberikan lebih ruang untuk lebih banyak air untuk terpeluwap. Sekiranya tiada pergerakan angin, maka udara di persekitaran daun akan menjadi tepu dengan wap air.

d)

Keamatan Cahaya Keamatan cahaya akan mempengaruhi mekanisme penutupan dan bukaan bukaan stoma. Keamatan cahaya yang tinggi akan meningkatkan kadar proses fotosintesis pada sel pengawal, seterusnya merangsang bukaan stoma akibat tekanan segahan yang dialami oleh sel pengawal. Stoma yang terbuka akan meningkatkan kadar transpirasi. Sebaliknya berlaku jika keamatan cahaya rendah maka kadar fotosintesis rendah dengan itu stoma akan tertutup. Penutupan stoma menghalang daripada wap yang terpeluwap, dengan demikian kadar transpirasi akan menurun.

e)

Kelembapan Tanah Tumbuhan tidak boleh terus melakukan proses transpirasi jika air yang hilang tidak dapat diganti semula melalui penyerapan air di tanah oleh akar. Jika penyerapan air oleh akar tidak pada kadar yang sama dengan kadar transpirasi. dan menjadi daun layu dan stoma akan tertutup. Seterusnya akan merendahkan kadar transpirasi dan juga fotosintesis. Jika kelembapan air di tanah tinggi dan kadar penyerapan air berterusan berlaku, maka kadar transpirasi tinggi selagi tidak ada faktor persekitaran yang merencat kadar transpirasi.

Rujukan

Lee Ching and Arunasalam,J. (2007). Pre-U text STPM Biology. Shah Alam: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd. Raven, P.H. Johnson, G.B., Losos, J.B. and Singer, S.R. (2005). Biology. Boston: McGraw Hill Higher Education.

Untuk pembacaan lebih lanjut, sila rujuk laman web di bawah: http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/.../T/Transpiration.html http://www.techalive.mtu.edu/meec/module01/Transpiration.htm http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/X/Xylem.html http://www.medconditions.net/plant-transpiration.html - United States

You might also like