You are on page 1of 4

Promosi Kumpul & Tebus (Terma & Syarat)

A. PENGANJUR DAN KELAYAKAN 1. Promosi Kumpul & Tebus [Promosi] dianjurkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. [Penganjur] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Ogos 2012), kecuali:- Kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat gabungan dan anak syarikat), Promoter, agensi pengiklanan dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami/isteri). 2. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun hanya boleh mengambil bahagian dalam Promosi ini dengan menunjukkan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah dan dengan mengambil bahagian dalam Promosi ini kebenaran tersebut akan dianggap telah diperolehi. Jika gagal, Pihak Penganjur berhak tidak memberikan hadiah yang dinyatakan dalam Promosi ini. B. TEMPOH PROMOSI 1. Promosi ini dibuka dari 1 Ogos 2012 sehingga 31 Oktober 2012 (Tempoh Promosi). 2. Tempoh penebusan berlangsung dari 1hb Ogos 2012 hingga 15hb November 2012, sementara stok masih ada. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Promosi ini jika perlu. C. CARA MENGAMBIL BAHAGIAN 1. Beli mana-mana minuman botol 500ml jenama 100PLUS, F&N atau Seasons dan kumpulkan label botol minuman. Setiap penyertaan perlu dihantar dengan maklumat peribadi lengkap peserta dan dilampirkan bersama kuantiti label yang diperlukan untuk setiap kategori penebusan. Nama Penuh (seperti yang tercatit pada kad pengenalan) Nombor kad pengenalan Alamat surat-menyurat Nombor telefon 2. Semua penebusan hadiah perlu dihantar melalui pos biasa kepada Peti Surat 3279, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Setiap penyertaan yang di terima melalui khidmat penghantaran, perkhidmatan kurier, POS Laju atau lain-lain bentuk penghantaran akan dibatalkan secara automatik. Bukti penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah alamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fnbm.com.my atau hubungi 03-8023 8311 dari 1hb Ogos 2012 hingga 15hb November 2012 (Isnin Jumaat dari 10 pagi hingga 5 petang) kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti am.

1 Ogos 2012 31 Oktober 2012

Promosi Kumpul & Tebus (Terma & Syarat)


D. HADIAH-HADIAH 1. Hadiah-hadiah dibahagikan kepada tiga (3) kategori :Kategori Kategori 1 Kelayakan Kumpul 10 keping label minuman 500ml jenama 100PLUS, F&N atau Seasons. Hadiah Penebusan SATU (1) unit Bekas Air Edisi Terhad 100PLUS Catatan Terhad kepada 20,000 unit sahaja.

Kategori 2

Kumpul 50 keping label minuman 500ml jenama 100PLUS, F&N atau Seasons.

SATU (1) unit Pen Drive 4GB Edisi Terhad 100PLUS

Terhad kepada 3,000 unit sahaja.

Kategori 3

Kumpul 80 keping label minuman 500ml jenama 100PLUS, F&N atau Seasons.

*SATU (1) unit Jam Tangan Casio G-Shock (Siri DW-6900)

Terhad kepada 500 unit sahaja. *Setiap peserta hanya layak untuk SATU (1) penebusan sahaja. Terhad kepada satu penebusan bagi setiap kad pengenalan dan alamat.

a. Para peserta mesti menghantar label botol 500ml jenama 100PLUS, F&N atau Seasons kepada Pihak Penganjur untuk penebusan hadiah-hadiah. b. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah atau elemen hadiah dengan hadiah lain yang sama atau lebih tinggi nilainya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada para peserta. c. Semua hadiah akan diberi berdasarkan keadaan sedia ada dan tidak boleh dipindah milik, dirunding, dibayar balik atau ditukar dengan wang tunai dan tertakluk kepada sementara stok masih ada. Pihak Penganjur berhak menolak penebusan sesuatu hadiah atau sebahagiannya di atas sebarang sebab atau jika peserta gagal memenuhi keperluan yang dinyatakan bagi tuntutan hadiah. d. Bagi hadiah-hadiah yang dihantar terus kepada peserta, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Pihak Penganjur, Promoter, syarikat gabungan, anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka tidak akan bertanggungjawab untuk jaminan, penyelenggaraan, cukai atau sebarang kos tambahan bagi hadiah tersebut. Hadiah-hadiah akan diberikan di dalam Semenanjung Malaysia sahaja. 1 Ogos 2012 31 Oktober 2012

Promosi Kumpul & Tebus (Terma & Syarat)


e. Hadiah yang ditebus akan dihantar ke alamat penghantaran yang diberikan oleh peserta dalam masa 810 minggu selepas tempoh Promosi. f. Semua penebusan mesti diterima oleh Pihak Penganjur selewat-lewatnya pada 15 November 2012. Penebusan yang diterima selepas 15 November 2012 akan dibatalkan secara automatik. Semua kos berkenaan penebusan hadiah akan dibiayai sepenuhnya oleh peserta. g. Para peserta bersetuju untuk membenarkan Pihak Penganjur menggunakan nama dan gambar mereka untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa memberi sebarang pampasan atau notis kepada para peserta terlebih dahulu. E. PENGESAHAN 1. Bukti pembelian yang diserahkan adalah tertakluk kepada pengesahan. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan secara automatik penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah. 2. Pihak Penganjur, sekutu, subsidiari, wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklan, promosi dan acara), dan pembekal tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan cetakan pada produk-produk F&N yang diedarkan di pasaran. F. TERMA DAN SYARAT 1. Semua bahan promosi termasuk butiran cara mengambil bahagian dan hadiah adalah sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan mana-mana pengiklanan, promosi atau bahan publisiti lain yang berkaitan atau berkenaan Promosi ini, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai. 2. Pihak Penganjur, Promoter dan syarikat induk mereka, syarikat gabungan, anak syarikat dan syarikat mereka, agensi pengiklanan atau promosi masing-masing atau pegawai, pengarah, kakitangan, ahli, pemegang saham, peguam, wakil dan ejen mereka (secara keseluruhan dipanggil Afiliasi), tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang jenis kerosakan atau kehilangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khusus atau sebarang bebanan akibat daripada penerimaan hadiah oleh peserta, penggunaan hadiah, penyertaan mereka dalam Promosi, atau penyertaan mereka dalam sebarang aktiviti berkaitan hadiah. Melalui penyertaan dalam Promosi ini, peserta dengan ini bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur, Promoter dan Afiliasi mereka daripada dan terhadap sebarang tanggungjawab dan semua hak, tuntutan, dakwaan, kesan tindakan, kerugian, kerosakan, kos dan belanja apa sahaja yang mungkin mereka hadapi, atau yang mungkin timbul, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dan sama ada secara langsung atau tidak langsung. 3. Pihak Penganjur, Promoter dan Afiliasi mereka tidak akan membuat sebarang jenis jaminan, sama ada dinyatakan atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tersirat (atau kelayakan untuk tujuan terhadap mana-mana hadiah). Tanpa membataskan keluasan makna di atas atau apa sahaja terkandung dalam Terma dan Syarat ini, Pihak Penganjur, Promoter dan Afiliasi mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dalaman atau kerosakan fungsi hadiah, dan peserta bersetuju untuk menanggung semua risiko dan liabiliti berhubung dengan dan berkaitan dengan penggunaan hadiah. (Bagi mengelakkan keraguan, tiada peruntukan dalam Terma dan Syarat ini boleh dianggap sebagai membataskan liabiliti mana-mana pihak bagi kematian atau kecederaan peribadi akibat daripada kecuaian pihak terbabit atau sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia). 4. Maklumat peribadi yang dikumpulkan atau diterima daripada peserta mungkin akan digunakan oleh Pihak Penganjur, Promoter, dan/atau ejen dan agensi masing-masing untuk tujuan melaksanakan Promosi ini. Data tersebut mungkin juga akan digunakan: a) Bagi pemeriksaan latar belakang pengenalan peserta dan pengesahan kelayakan mereka untuk mengambil bahagian dalam promosi ini dan menerima hadiah; dan b) Untuk tujuan pemasaran. Melalui penyertaan dalam Promosi ini, peserta membenarkan Penganjur, Promoter, dan/atau ejen dan agensi masing-masing untuk menggunakan maklumat tersebut dan 1 Ogos 2012 31 Oktober 2012

Promosi Kumpul & Tebus (Terma & Syarat)


untuk menghubungi peserta melalui e-mel, telefon, faks, khidmat pesanan ringkas, surat pos dan cara lain. 5. Pihak Penganjur dan Promoter tidak akan mendedahkan atau memberi maklumat peribadi peserta kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan (melainkan ejen dan agensi masing-masing untuk tujuan promosi atau di mana diperlukan oleh undang-undang). 6. Dengan mengambil bahagian dalam Promosi ini, peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung di sini, dan semua keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, menukar, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat, tanpa notis pemberitahuan dan peserta akan terikat dengan perubahan tersebut. 7. Promosi dan Terma & Syarat ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. 8. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, membatal, memberhenti dan/atau menangguhkan Promosi ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur dan Promoter ialah F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. yang beralamat seperti berikut:No.1, Jalan Bukit Belimbing 26/38, Seksyen 26, Persiaran Kuala Selangor, 40400 Shah Alam, Selangor Dahrul Ehsan, Malaysia.

9. Terma & Syarat disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat percanggahan di
antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Malaysia akan digunapakai.

1 Ogos 2012 31 Oktober 2012

You might also like