P. 1
Modul-BMM3108

Modul-BMM3108

|Views: 360|Likes:
Published by aRa Naz

More info:

Published by: aRa Naz on Oct 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/04/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0KANDUNGAN ISI
  • 1.1.1 Fonetik Artikulasi
  • 1.1.2 Fonetik Akustik
  • 1.1.3 Fonetik Auditori
  • 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
  • 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
  • 2.0KANDUNGAN ISI
  • 2.1Definisi Artikulasi dan Artikulator
  • 2.2 Alat-Alat Artikulasi
  • 2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
  • 3.0KANDUNGAN ISI
  • 3.1Definisi Diftong dan Konsonan
  • 3.2Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 4.0KANDUNGAN ISI
  • 4.1Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.2Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.3Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
  • 5.0KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
  • 5.2 Simbol Konsonan
  • 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.Dari ketiga-tiga cabang ini.1. seperti lidah. bibir. dan sebagainya. 5 .1. frekuensi dan amplitud. fonetik akustik dan fonetik auditori. 1. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. 1. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. anak tekak. 1. lelangit keras. lelangit lembut.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.1. Selain itu. iaitu fonetik artikulasi. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Dua cabang lagi. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

kemudian bentangkan di dalam kelas anda. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. Banding beza bahan tersebut. dan fonetik auditori. Asas kepada kajian fonologi. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Input kepada kajian linguistik tinggi. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. 1. 2. iaitu morfologi dan sintaksis. Dapat merumuskan. 2008: 90) 1. fonetik akustik. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Aziz. (Siti Hajar Abd. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1.

Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Bahasa baku ialah bahasa standard. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. dengan asas yang padu dan kukuh ini. Penggiat bahasa risau. sintaksis dan semantik. morfologi. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. tatabahasa. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. dan kosa kata. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. Kini. Menurut Awang Sariyan (2004). Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita.1999). Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem.

ahli.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . dan tidak ada huruf yang senyap”. Secara khusus. iii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). sistem ejaan. ii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. dan laras bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. iv.

di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. tertutup. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. KV + KV . KVK + KVK. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. Indonesia dan Inggeris 10 . KVK .

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1. Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab .5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .

Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. ayat tanya. keakraban. penjual ubat atau sarjan tentera. Antaranya: i. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. kebosanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. sama ada ayat penyata biasa. 12 . iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. Ada beberapa fungsi intonasi. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. vi. ayat perintah. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. kekejutan. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. kekecualian. kemarahan. positif atau negatif dan seumpamanya. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. seperti kegembiraan. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. iv. v. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. 2. ii. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. 3 dan 4. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. seperti khatib. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. iii.

ta] [jéms bÕnd] [nẼl.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.wéi le.la] [lim kéng yék] [but.ham.ros but.yang] [niu zi.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.rul éh.nia her.ros gha.lẼnd] [sun.na] [pyong.san] [bos.gun] 13 .ngor da.go.la. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.dé.sen man.ze. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.mad hat.vi.

si pe. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.te.pu.lé.ké.mé.gén.sia] [u.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 . Scientific and Cultural Organization) [am.ti ték. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ti.si.él.mi.sia] [a. Öik.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.syen me.ver.di.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.ra] [ra.nés.nan mul.la.vi.ni.ngi.lo.lé.bi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.ké.ti. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.dio té.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.no. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.ko] atau (United Nations Educational.si peng.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.dia] atau [a.gén.di.mé.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.gi me. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.nan mul.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.la.lé.

Agensi Penerbitan Nusantara. Awang Sariyan. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 .él. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebutan Baku Bahasa Melayu.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.ti. (1988). Ilmu Fonetik dan Linguistik.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. (1982).

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 .

iaitu mengunyah makanan. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. menelan dan menghembus nafas. gusi.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah).2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. gigi. gusi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. 2. iaitu lidah. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. 17 . Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. lelangit keras dan lelangit lembut. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. 2.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. lelangit keras dan lelangit lembut. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Oleh itu. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas.

ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Lelangit keras 7.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Bibir atas 2. Lelangit lembut 8. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Rongga hidung 14. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Rongga mulut 15. o. Anak tekak 9. separuh tinggi. dan u. Lidah 10. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. Rongga tekak 13. separuh 18 . Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Gigi bawah 5. Pita suara 12.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Gigi atas 4. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. lidah. Gusi 6. e.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. iaitu tinggi. i. Bibir bawah 3. Huruf-huruf tersebut ialah a. Epiglotis 11. anak tekak. Tenggorok Rajah 2. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

hampar dan bundar. seperti beg dan bos. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο ] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. iaitu depan. iaitu neutral. ≅ ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. iaitu [i. separuh sempit. separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. u.3: Bahagian Lidah Seterusnya. a. bibir terhampar. e. bibir bundar 19 S e p a ru h . Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. o. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. iaitu sempit. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. iaitu [ε] dan [Ο ].

___________________________ x. berdasarkan rajah di bawah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.__________________________ viii.______________________________ iv. i.___________________________ 20 . labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.__________________________ ix._______________________________ ii.______________________________ v.___________________________ xi.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan._______________________________ vi._______________________________ iii.______________________________ vii.___________________________ xii.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asas Fonetik. (1982). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). 2. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Mardian Shah Omar (2006). BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1980). Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Indirawati Zahid.

Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 22 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.

diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. sengauan. iaitu [ai]. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. 3. [au] dan [oi]. anak tekak dan lain-lain. letusan. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.2006:44).3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . 3. lelangit keras. seperti dua bibir. lelangit lembut.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. geseran dan sebagainya. 3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa.1997:63). menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. sama ada letupan. [ai] dalam [pandai] pandai. gigi-gusi. 2006:42). mengenai (Abdullah Hassan. dan [au] dalam [pulau] pulau?. [# panau #] dan [# amboi #].

iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. [ai] dalam [pantai]. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. [ai] dalam [pandai] pandai. geseran. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. sengauan. malaran dan getaran. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. anda juga perlu mengetahui bahawa. letusan. lelangit keras. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. [oi] dalam [sepoi] sepoi. Bunyi Letupan 24 . (iii) diftong menurun. sisian. lelangit lembut atau pita suara.

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). dan [ϑ ].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [? ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu? ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana? ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. **bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. geseran (frikatif) dan malaran. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. [n]. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l]. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. 25 . Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). [Ν ]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.

Untuk menghasilkan bunyi malaran. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. [v]. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. iaitu [r]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran. [s]. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν ] [Ν aΝ a] [bujaΝ ] [ϑ ] [ϑ aϑ i] * *Bunyi [ϑ ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. [z]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. dan [h]. [š]. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. [l]. [m]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. (iv) Geseran gigi bersuara. [d]. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [s]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. [g]. pita suara tidak digetarkan. [hafal] ‘hafal’. [f]. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. [n]. dan [h]. seperti bunyi [b]. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. Contoh sebutan: [vΟ kal] ‘vokal’. [w]. [k]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. [r]. (iii) Geseran gigi tak bersuara. ? 27 . dan [y]. [vərsi] ‘versi’. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. dan [ma af] ‘maaf’. seperti bunyi [p]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. [t]. Perbezaannya ialah. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. dan [univərsiti] ‘universiti’.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. dan [bale7 ] ‘baligh’. Contoh sebutan: [7 aeb] ‘ghaib’. ketika mengeluarkan bunyi [7 ] pita suara digetarkan. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [Ο 7 aΝ ] dan [ba7 aΝ ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). Akhirnya. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Perbezaannya ialah. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Perbezaannya ialah. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. 28 . belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. [lo7 at] ‘loghat’. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. [axbar] ‘akhbar’. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. dan [axer] ‘akhir’.

berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. LATIHAN 1. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. BAHAN BACAAN 29 . (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1977). Asmah Hj Omar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Lutfi Abas. (1980). (1975). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 .Bhd. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Mardian Shah Omar (2006). Marzukhi Nyak Abdullah. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Bhd. (1997). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. (1985). (2006). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Indirawati Zahid.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Abdullah Hassan. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.

konsonan dan diftong.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . gandingan dan rangkap. pinjaman. PINJAMAN.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. iaitu konsonan asal.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. gandingan dan rangkap. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. pinjaman. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4.

u. Rajah 4. 4. 1977:42).2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Dengan perkataan lain. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. iaitu konsonan asal. iaitu huruf a. Seperti yang telah dipelajari.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan .2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. i. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. pinjaman. jenis-jenis huruf vokal. e taling dan o. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. 4.2006:44). e pepet.1 Definisi Huruf Vokal. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.

lak] [bi.ham] [syi. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.da] [sé.lik] [bo.ri] [nya.bus] [gha.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.pat] [sa..kir] [ga.tol] [du.kah] [nge.la] [ca.dah] [naf.tat] [da.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.par] [qa.3 di bawah.lem] [yu.di] [khai.la] [ka.jah] [zi.mak] [se.da] [fa.ran] .rik] [ta. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.ri] [ra.ga] [ka.la] [pa.zal] [har.lai] [ma.jam] [vi.rat] [la.rus] [wa.duk] Rajah 4.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.ga] [ja.

gandingan dan rangkap.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. geseran. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. sengauan dan separuh vokal.poi] Rajah 4. Daripada segi cara sebutan. sisian. 34 .3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 Konsonan Asal. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. getaran.5 di bawah. Pinjaman.lau] [se.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.4 di bawah. pinjaman. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu.pin] Rajah 4.al. iaitu letupan. letusan. 2006). iaitu ai.tai] [pu. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh.

huruf ‘i (‘ilmu). huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. ‘u (‘umur) digugurkan. Pada tempat lain. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. ‘a (‘alam). Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. skuasy. 35 . sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Sa’odah. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Selain itu.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. digantikan dengan huruf k menjadi makna.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4.

dh menjadi d dan th menjadi s. gh. Sebenarnya jika anda peka. dh dan th. dz menjadi z. sh. ny. 36 . iaitu kh.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. Selain itu. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. dz. gh. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. (Abdullah Hassan. AKTIVITI Secara berpasangan. manakala satu berubah satu huruf. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. iaitu empat kekal. bunyi sebutannya tetap sama. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. Akan tetapi. iaitu ch menjadi c. ny dan ng. walaupun huruf berubah. Namun. ch. ng. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. 2006:95-96). iaitu kh.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 . Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. 38 . (2006). Abdullah Hassan. Nik Safiah Karim et. Tatabahasa Dewan. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Indirawati Zahid. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu.al. Raminah Sabran dan Rahim Syam.Bhd. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (1985). Lutfi Abas. Mardian Shah Omar (2006). (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. (1997). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1975). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1980).

KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. 2. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. simbol konsonan. anda seharusnya dapat: 1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

simbol konsonan rangkap. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. dan simbol diftong. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Untuk mencapai tujuan tersebut. simbol konsonan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 .1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. 5.

kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. [/]. dan 3. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 41 .2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5.

4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7 ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. 2005. (1982). kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Petaling Jaya: Secara individu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Agensi Penerbitan Nusantara. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. Linguistik Pengenalan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->