You are on page 1of 44

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Linguistik merupakan sebuah bidang ilmu yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakkan. Mereka berpendapat bahawa ilmu linguistik itu ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Matapelajaran penghantar linguistik adalah matapelajaran wajib yang harus diambil oleh semua guru pelatih yang mengambil subjek major Bahasa Melayu semester empat di Insititut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

Tugasan ini telah diperjelaskan oleh pensyarah pembimbing mengenai apa yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian terhadap Kerja kursus ini ialah pelajar haruslah menghuraikan aspek-aspek dalam bidang-bidang linguistik, sifat bahasa, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik, sosiolinguistik, dan linguistik antropologikal.

Selain itu, pelajar juga dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang zaman perkembangan ilmu linguistik serta membanding bezakan antara mana-mana dua zaman perkembangan tersebut. Antara bidangbidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik am, linguistik gunaan, sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. linguistik

Hasil tugasan ini hendaklah disediakan dalam bentuk CD dengan menggunakan aplikasi power point. Selain itu, hard copy juga haruslah dihantar bersama dengan CD. Tugasan ini sedikit sebanyak membolehkan guru pelatih memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu linguistik bahasa Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG BIDANG LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG BIDANG LINGUISTIK


Linguistik Am Linguistik Am merupakan ilmu linguistik yang mengkaji teori teori dan kaedah kaedah menganalisis bahasa iaitu dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi bahasa manusia. Fonologi ialah bidang kajian ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa menurut fungsinya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur,bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat .Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal makna. Antara kaedah mengajar bahasa ialah kedah terus dan kaedah pandang sebut. Linguistik Gunaan ( linguistik terapan)

Linguistik gunaan ialah bidang linguistik yang mengkaji tentang diskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan untuk mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Ini menghasilkan kaedah kaedah mengajarkan bahasa dan bahan bahan mengajarkan bahasa.

Beberapa definisi linguistik terapan ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa, dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori. Kesimpulannya, penerapan linguistik dalam bidang yang bersifat praktis. Linguistik terapan bukan teori, tetapi penerapan teori. Tugas praktis dengan jalan pemusatan perhatian pada bahasa. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori yang dihasilkan oleh ahli bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Linguistik Sejarah

Linguistik sejarah ialah bidang linguistik yang mengkaji cara bahasa berubah dengan berlalunya masa, kadang - kadang selama berabad-abad lamanya. Mengkaji perubahan dan perkembangan bahasa itu dalam suatu jangka masa.Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik berkembang daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu.Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. Linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK


Sejarah perkembangan ilmu linguistik terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awa, peringkat perkembangan, dan peringkat permodenan. Peringkat Awal

ZAMAN INDIA

ZAMAN YUNANI

ZAMAN PERTENGAHAN

ZAMAN ROMAWI

ZAMAN PEMBAHARUAN

ZAMAN INDIA

Zaman india merupakan piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris. Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN YUNANI

Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan:

Mengapa bahasa manusia tidak sama? Bagaimana wujudnya bahasa? Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?

Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik. Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan.

Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya. Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja).

Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung).Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional.Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang).

Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung). Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN ROMAWI

Pada Zaman Romawi,

wujud

tatabahasa

yang agak lengkap

oleh

cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus.

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu:

Senainon: tanda dan simbol Semainomenon atau lekton: makna Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi.

M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin. Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan:

Bahasa itu seragam secara semula jadi. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna.

Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi.

Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio. Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif. Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

10

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN PERTENGAHAN

Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa.Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu.

Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan. Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan. Cendekiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah. Dua hal terpenting zaman ini ialah:

Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca

Ibrani. Eropah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

11

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN PEMBAHARUAN

Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan. Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah. Dua hal terpenting zaman ini ialah:

> >

Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan Ibrani. Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.

Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia.

Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

12

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

13

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK


ZAMAN YUNANI

a) Sejarah perkembangan

Bermula sejak 500 SM. Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam. Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan. Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen, 1959)

b) Tokoh

- Plato (427-437 SM) Karyanya yang bertajuk Crystalus. Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat. Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna. Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita). Membezakan kata nama dan kata kerja serta mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik). -Aristotle (384 322 SM) Memperkenalkan kata hubung dan sistem kala tense (past tense, present tense).

-Kaum Stoik Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna. Pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama). Memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone), juga memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

14

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU c) Kelebihan

Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik dan menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam.

d) Kekurangan

Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.

e) Kelas kata lapan kelas kata

Onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung).

f) Karya - Iliad and Odyssey

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

15

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN ROM

a) Sejarah perkembangan

Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik. Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle. Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin. Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa. Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia.

b) Tokoh

- Appolonius Discollus Mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis selain menambahbaik huraian Thrax. Menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi. Berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja. Juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian

- M.T.Varro (116-27 SM) Hidup sezaman dengan Thrax. Cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin. Pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik. Berpendapat bahawa bahasa hdala seragam, Mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan. Dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

16

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu.

-Priscian (500 TM) Karyanya yang dinamakan Instituciones Grammaticae. Lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat. Melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius. Di dalam bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan manakala bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro).

c) Kelebihan

Menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin dan karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini.

d) Kelemahan

Hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah selain cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro). Penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik. e) Kelas kata - sembilan kelas kata

Onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung), numeralia (kata bilangan).

f) Karya - De Lingua Latina - Institutiones Grammatikae

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

17

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PSIKOLINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

18

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PSIKOLINGUISTIK SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK


Pada abad yang silam terdapat dua aliran falsafah yang terus bertentangan dan sangat mempengaruhi perkembangan psikologi dan linguistik. Pertama adalah aliran empirisme yang berhubung erat dengan psikologiasosiasi. Aliran empirisme melakukan kajian terhadap data empiris atau objek yang dapat dicerap dengan cara menganalisis unsur-unsur pembentukannya sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Aliran kedua ialah rasionalisme. Aliran ini mengkaji akal sebagai satu keseluruhan dan menyatakan bahawa faktor-faktor yang ada dalam akal patut diteliti untuk memahami perilaku manusia.

Von Humboldt (1767-1835) berbangsa Jerman, telah mengkaji hubungan antara bahasa dengan pemikiran manusia.

Ferdinand de Saussurre (1858-1913) pakar linguistik berbangsa Swiss memperkenalkan tiga istilah bahasa, iaitu langage (bahasa yang pada umumnya bersifat abstrak) langue (bahasa tertentu yang bersifat abstrak) dan parole (bahasa sebagai pertuturan yang bersifat konkrit).

Edward Sapir (1884-1939) yang berasal dari Amerika adalah pakar dalam bidang antropologi dan linguistik. Menurut Sapir, psikologi menerbitkan dasar ilmiah yang padu dalam pengkajian bahasa. Beliau merumuskan bahawa struktur bahasa menentukan struktur pemikiran manusia.

Leonard Bloomfield (1887-1949) pakar linguistik yang berasal dari Amerika berpendapat bahawa peringkat berbahasa bermula daripada pengalaman yang luar biasa, terutamanya penjelmaan daripada tekanan emosi

yangsangat kuat. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme yang dikenalisebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

19

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Otto Jespersen, pakar linguistik berbangsa Denmark telah menganalisis bahasa menurut psikologi mentalis yang juga sedikit berbau behaviorisme. Menurutnya bahasa tidak wujud dalam pengertian satu benda seperti sebuah kereta atau seekor arnab, tetapi merupakan lambang-lambang dalam otak yang menjelmakan pemikiran.

Karl Buchler pakar psikologi Jerman dalam bukunya Sprach Theorie (1934) mengupas bahawa bahasa manusia mempunyai tiga fungsi yang disebut Kungabe (kemudian disebut Ausdruck) Appel (yang disebut Auslosung) dan Dartstellung. Kungabe adalah tidakan komunikatif yang diwujudkandalam bentuk verbal. Appel adalah permintaan yang ditujukan kepada orang lain. Dartstellung pula adalah gambaran pokok bagi masalah yang

dikomunikasikan.

Wundt (1832-1920) ahli psikologi Jerman merupakan orang pertama yangmengembangkan teori mentalis bahasa secara sistematik . Beliau menyatakan bahawa bahasa adalah alat untuk melahirkan fikiran. Di samping itu, Wundt turut dikenali sebagai pengembang teori performasi bahasa.

Watson (1878-1958) ahli psikologi behaviorisme berbangsa Amerika. Beliau menempatkan perilaku atau kegiatan berbahasa sama dengan perilaku atau kegiatan lain, seperti makan, berjalan dan bekerja. Namun, kemudiannya beliau telah menyamakan perilaku bahasa dengan teori Stimulus Respons (S-R) yang dikembangkan oleh Pavlov. Oleh itu, persamaan tersebut mengesahkan kata-kata adalah sama dengan benda lain sebagai respon daripada sesuatu stimulus.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

20

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK

Psikolinguistik terbentuk daripada perkataan psikologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu yang berbeza, masing-masing boleh berdiri dengan sendiri berdasarkan prosedur dan kaedah yang berlainan. Namun, kedua-duanya berperanan

melatakkan bahasa sebagai objek yang formal.

Pada awalnya hubungan antara kedua-dua disiplin disebut psikologi linguistik. Ada juga yang menyebut psychology of languange. Secara etimologi, katapsikologi berasal daripada bahasa Yunani Kunopsyche dan logos.

Katapsyche bererti jiwa, roh atau sukma, manakala kata logos bermaksud ilmu. Justeru, psikologi secara harfiahnya bererti ilmu jiwa atau ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa.

Dalam gambaran luas, psikologi lebih membahas atau mengkaji tingkah laku manusia dari segi yang boleh diamati. Alasannya, jiwa bersifat abstrak sehingga tidak dapat diamati secara empirikal.Walau bagaimanapun, objek kajian setiap ilmu harus dapat dicerap secara mendalam. Walaupun besar kemungkinan gerak-geri seseorang belum tentu menggambarkan keadaan jiwa sebenarnya, namun secara tradisinya psikologi lazimnya dimaksudkan sebagai satu bidang ilmu yang cuba mempelajari tingkah laku manusia.

Secara umumnya, linguistik bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang meletakkan bahasa sebagai objek kajian. Bahasa merupakan fenomena yan hadir dalam segala aktiviti kehidupan manusia. Oleh sebab itu, kita boleh meneliti kewujudan berbagai-bagai cabang linguistik dengan berdasarkan pelbagai kriteria atau pandangan. Bidang linguistik dikelaskan dalam tiga fasa kajian, iaitu:

Pertama, objek kajiannya dibahagikan kepada dua jenis, iaitu linguistik mikro dan makro. Kajian linguistik mikro adalah struktur dalaman bahasa yang mencakupi struktur fonologi, morfologi sintaksis dan leksikon. Kajian lingustik makro pula adalah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

21

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa dan hubungannya dengan faktor-faktor diluar bahasa seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan neurologi.

Kedua, menurut tujuan kajiannya, linguistik dapat dibezakan dalam dua Bidang utama, iaitu linguistik teoritis dan linguistik terapan. Kajian teoritis hanya ditujukan untuk mencari atau menemukan semua teori linguistik. Kajian terapan pula difokuskan ke arah penerapan kaedah-kaedah linguistik dalam aktiviti yang praktis, seperti pengajaran bahasa, terjemahandan penyusunan kamus.

Ketiga, kewujudannya disebut linguistik sejarah atau sejarah linguistik. Linguistik sejarah mengkaji perkembangan dan perubahan sesuatu bahasa atau sejumlah bahasa, sama ada untuk dibandingkan ataupun sebaliknya. Sejarah linguistik pula mengkaji perkembangan ilmu linguistik,sama ada tentang tokoh-tokoh, aliran-aliran teori ataupun hasil-hasil kerja(Chaer, 1994). Weiss yang berasal dari Amerika merupakan salah seorang tokoh psikologi behaviorisme yang

terkemuka.Beliau telah merintis jalan ke arah kelahiran disiplin psikolinguistik.Teori yang dikemukakan oleh Wiess:

Bahasa merupakan satu kumpulan respons yang jumlahnya tidak terbatas terhadap sesuatu stimulus.Bahasa merupakan stimulus terhadap sesuatu respons atau sesuatu respons terhadap stimulus.

Perilaku bahasa adalah alat untuk mengubah dan menampilkan kegiatan seseorang sebagai hasil warisan dan perolehan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

22

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SUB BIDANG PSIKOLINGUISTIK

Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang daripada berbagaibagaibidang, seperti psikologi, sains kognitif dan linguistik. Terdapat beberapa subbidang dalam psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia, iaitu :

i.

Fonetik dan fonologi adalah kajian tentang bunyi pertuturan.Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-cara otak memproses dan memahami bunyi.

ii.

Morfologi adalah kajian tentang struktur-struktur perkataan, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (misalnya jalan dan berjalan) dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan peraturanperaturan (contohnya pembentukan kata berimbuhan).

iii.

Sintaksis adalah kajian pola-pola yang menetapkan tatacara perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat.

iv.

Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik pula mengolahkan maksud ayat yang sebenar.

v.

Pragmatik adalah kajian tentang peranan konteks dalam pentafsiran makna.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

23

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

SOSIOLINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

24

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

SOSIOLINGUISTIK
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLINGUISTIK

Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam karyanya yang berjudul As tadhayayi, satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa. Pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897)untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.

Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, langue dan parole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1). Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satusatu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersediri. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu. Parole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek. Tidak lama selepas itu, langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Syarikat, seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa, budaya, dan kognisi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

25

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Setahun berikutnya, Weinreich (1953) menulis Language in Contact, yang diikuti dengan kemunculan karya-karya besar lain dalam bidang ini. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi. Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

26

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus.

Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkandan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-

perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.),ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dansebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan prosesproses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertianumum, rational dan empirikal serta bersifat umum.

Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah

pernyataan kekecualiannya. Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). Oleh sebab bahasaINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

27

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks social dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur. Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan, sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).

Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.

Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tandadan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana

seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis

pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik juga
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

28

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik,mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri, puan sri dan seumpamanya.

Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa.

Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihanyang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik

termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertuga smenjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

29

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU lain adalah, retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa, sementara

sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalaminteraksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

30

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU DEFINISI SOSIOLINGUISTIK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH

Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini, pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat, terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.

Dalam Kamus Dewan (1994:1533) istilah sosio dianggap sejajar dengan social yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan

organisasinya. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuksistem bahasa. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar negara.

Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistic sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting ), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim,1981: 4 ). Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

31

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistic.

Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.

Selanjutnya, menurut J.A. Fishman mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi,iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenaimasalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom, and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan

perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya.

Menurut Wolfram dan Fasold, jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial.

Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

32

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori.

Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi, serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Termasuk dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.

Nabahan (1993) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaa (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat dianggap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks social dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Abdul Chaer dan Agustina (1995) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu

sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

33

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat, kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya.

Downes (1998) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabilabeliau mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang

memerlukan rujukan kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). Menurut Downes lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas, iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.

Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatikyang mengkaji makna.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

34

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BIDANG-BIDANG DALAM ILMU SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistikjuga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dansistem gelaran dalam masyarakat Melayu.Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begituluas untuk dikaji. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topikseperti berikut:

Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. Perancangan bahasa. Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa. Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol. Bilingualisme dan multilingualisme. Kesantunan bahasa. Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

Sikap terhadap bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

35

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

36

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL
Matlamat utama bidang linguistik antropologi adalah untuk mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Antara persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli linguistik antropologi adalah sejauh manakah struktur nahu sesuatu bahasa ditentukan oleh atau menentukan bentuk dan kandungan budaya para penuturnya. Di samping itu, ahli linguistik antropologi juga mengkaji sejauh manakah kelainan perbendaharaan kata di antara bahasa-bahasa yang berbeza mempunyai kaitan dengan kelainan budaya yang diamalkan oleh para penutur bahasa-bahasa yang berbeza itu( Encyclopaedia Britanica vol. 7:60).

Dalam lain-lain perkataan, ahli-ahli linguistik antropologi mengkaji aspekaspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Suasana kehidupan dan sistem nilai yang berbeza akan menghasilkan pola pemakaian bahasa yang berbeza. Harimurti (1984: 118) ketika menghuraikan ruang lingkup kajian linguistik antropologi mengatakan ia sebagai satu bidang ilmu ..yang mempelajari variasi dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan pola kebudayaan dan ciri-ciri bahasa yang berhubung dengan kelompok sosial, agama, pekerjaan atau kekerabatan.

Masyarakat yang menuturkan bahasa yang berbeza sering kali mengamalkan budaya hidup yang berbeza, dan kelainan inilah yang menjadi fokus kajian ahli-ahli linguistik antropologi. Tentang pengaruh budaya ke atas bahasa, Sapir (1949: 209) mengatakan, Bahasa tidak wujud secara terpisah daripada budaya, ia wujud daripada sekumpulan amalan dan kepercayaan yang diwarisi melalui hubungan sosial, dan amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan inilah yang menentukan corak kehidupan yang dijalani oleh penutur. Jelas dibayangkan kepada kita bahawa linguistik antropologi mengkaji keterjalinan hubungan di antara bahasa yang digunakan dan budaya yang diamalkan oleh penutur.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

37

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Ahli linguistik antropologi yang ingin mengkaji sesuatu bahasa yang tidak mempunyai tradisi tulisan biasanya akan ke lapangan, dan biasanya hidup bersamasama penutur natif bahasa tersebut, dan melalui kaedah ikut serta inilah data yang asli bagi sesuatu bahasa itu dikumpul dan dicatat (Harimurti 1984: 116; Crystal 1974).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

38

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

39

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Mohammad Shamsudin Bin Jamiran ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada guru pelatih major Bahasa Melayu bagi Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Tugasan ini hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Guru pelatih dikehendaki membuat satu buku skraf dan soft-copy tentang Pengantar Linguistik. Ianya merupakan tugasan secara berpasangan. Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada menghuraikan aspekaspek dalam bidang-bidang linguistik, sifat bahasa, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik, sosiolinguistik, dan linguistik antropologikal. Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang diberikan, saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. Saya memulakan tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi membuat tugasan ini. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. Setelah sumber yang sesuai kami perolehi, saya mula mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan sebanyak mungkin. Kaedah yang digunakan ialah melalui media elektronik atau internet. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai

adalah diperolehi daripada buku Pengantar Linguistik. Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi maklumat yang telah saya perolehi. Pada peringkat seterusnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap segala maklumat yang saya terima. Saya mengasingkan berdasarkan kepada beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis, huraian dan contoh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

40

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU perkataan. Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis, saya mula melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Saya telah menyerahkan segala maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Setelah semua maklumat siap sedia, maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Dalam melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi. Pertamanya dari segi masa. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran

perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam membuat buku skraf ini. Bermula daripada mendapatkan maklumat berkaitan fonetik dan fonologi hingga memindahkan rakaman ke dalam bentuk transripsi fonetik. Walaupun keadaan ini berlaku, namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk

menyerah kalah dan berputus asa. Saya tetap berusaha. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini, saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin.

Setelah semua maklumat dimasukkan dan diedit sepenuhnya, saya melakukan sekali lagi semakan buat kali yang kedua. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan disiapkan tanpa sebarang kesalahan. Saya telah meminta beberapa orang pelajar bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. Setelah segala komen dan pandangan yang kami terima, saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja saya. Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan.

( SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI )


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

41

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

REFLEKSI
Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Ilahi kerana kehendaknya saya telah pun menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Tugasan ini menghendaki saya mengkaji perkembangan ilmu linguistic serta membandingbezakan antara zaman yang dikehendaki. Bagi saya soalan ini agak susah kerana bagi nota linguistik antropologikal ianya sangat terhad manakala .

Selain itu, soalan ini juga memerlukan saya membaca dan memahami keseluruhan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik ini untuk

memudahkan saya membuat perbandingan yang tepat antara zaman-zaman yang dipilih. Secara jujurnya tugasan ini memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga walaupun melakukan tugasan ini secara In-door.

Antara objektif tidak langsung kerja kursus ini ialah untuk melihat sejauh mana hubungan guru pelatih dengan pensyarah penasihat. Hal ini terbukti apabila tidak ramai yang berjumpa pensyarah penasihat dengan pelbagai-bagai alasan. Bagi saya kehendak soalan ini lebih memerlukan pembacaan dan pemahaman tentang sejarah ilmu lingustik dan bidang-bidang linguistik yang merujukkan kepada nota yang lengkap manakala pensyarah sebagai kawalan jawapan.

Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lain melalui perkongsian ilmu dan bertukar pendapat supaya kertas cadangan saya dapat diaplikasikan sebaik mungkin.

Akhirnya, saya berharap tugasan ini memberi manfaat yang berpanjangan dan berguna kepada saya dan dapat aplikasikan ketika menyusun tesis mahupun ketika mengajar nanti seperti memiliki pengetahuan yang lengkap berkaitan psikolingustik dan sosiolingustik. Sekian sahaja daripada saya, yang baik akan

jadikan kekuatan yang buruk saya jadikan perbandingan.

( TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. GHANI)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

42

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

BUKU

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Abdullah Hassan. (2005).Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEB

http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/previu%20Pengantar%20Linguistik %20Am%20v3.pdf.

http://www.tulisanmakyun.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/bahasa_Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

43

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

44

You might also like