You are on page 1of 14

AKTIVITI NYANYIAN LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH ORANG ASLI Zakaria

bin Khalid Ariff Fadillah bin Khalil IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011) Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti aktiviti nyanyian dalam pengajararan dan pembelajaran berdasarkan kepada 18 buah lagu tarian sewang bahasa Semai. Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama dalam kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu-lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengenal pasti penguasaan kosa kata,penglibatan dan minat murid-murid terhadap subjek Bahasa Melayu. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan, keperpustakaan dan amali di dalam bilik darjah. Manakala instrumen kajian pula terdiri daripada CD Rom lagu tarian sewang, terjemahan lagu, pemerhatian, ujian lembaran kerja,temu bual, dan analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli. Kata Kunci:Lagu Sewang Wadah Pendidikan The aim of this study is to review the use of songs in teaching and learning process in the indigenous (orang asli) schools based on 18 sewang dance songs in Semai.The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community that is still being practice until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group is presented for a variety of purpos; for example for entertainment, introducing love, marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicial purposes. This dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially among the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The objective of this research is to look into the intrinsic nature of these songs. Among the aspects that we have looked into were sounds, language from the physical side. The instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs and observation, test, interview and data analysis. In this research, the researchers used the document analysis approach. The researchers studied

only on the songs for the sewang dancers in the form of happiness and entertainment. The findings from this research show that there is an increase in the mastery of Bahasa Melayu among the indigenous students. Pengenalan Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan berbentuk ritual merangkumi tarian, teater, memuja semangat dan roh dipercayai mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Mengikut Mohamed Ghouse (1994) persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat di kalangan suku-suku kaum di Sabah. Dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau, tarian sumayau/mandasayau dari suku kaum Dusun. Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk menyemah rumah panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian. Di Semenanjung Malaysia tarian bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru. Kedua, untuk menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga bagi tujuan mengiringi pengubatan tradisional. Kini, tarian sewang dibawa masuk ke dalam bilik darjah sebagai wahana pendidikan melalui Didik Hibur. Apakah yang dimaksudkan dengan Didik Hibur? Didik Hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malayu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Pengkaji hanya menggunakan satu komponen dalam Didik Hibur iaitu aktiviti nyanyian.

Latar Belakang Kajian Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang Asli yang masih kekal diamalkan dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini biasanya diketuai oleh Tok Halak dan lima hingga sepuluh orang penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain itu, terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh yang berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil bersahut-sahutan beramai-ramai, penari perempuan mengetuk buluh centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring. Tarian ini biasanya dilakukan dalam empat formasi yang berbeza bergantung kepada fungsi tarian tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari berada dalam satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah bulatan iaitu penari berada 2

dalam bulatan sambil berjalan berpusing mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu tarian ini juga dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang kadang kalanya berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah tarian secara beramairamai. Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan kebiasaannya diadakan setelah upacara menuai padi, menyambut kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut kedatangan tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat memberi kegembiraan di dalam kampung. Manakala sewang untuk perubatan dijalankan pada waktu malam selama enam hari berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan, orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian selesai. Bagi murid-murid orang asli, lagu-lagu tarian sewang sudah bermain di bibir mereka. Saban hari jikalau kita berada di perkampungan mereka, sering kedengaran lagu-lagu ini dinyanyikan. Justeru, tidak hairanlah jika lagu-lagu ini dibawa masuk ke bilik darjah sebagai bahan sumber pengajaran.

Pernyataan Masalah Seni kata lagu dalam tarian sewang diadun daripada pelbagai variasi. Keunikannya telah menarik minat para pengkaji seni, budaya dan bahasa untuk mengkajinya. Walau bagaimanapun, banyak kajian yang dijalankan hanya mengkaji dari aspek budaya, intrinsik dan etnomuzikalogi sahaja. Lantaran itu, fokus kajian ini ialah untuk melihat aktiviti nyanyian lagu tarian sewang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayu di sekolah orang asli kaum Semai. Kajian ini akan meneliti aktiviti nyanyian dalam Didik Hibur melalui lirik-lirik lagu dalam tarian sewang untuk kegembiraan yang dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum Semai.

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan meninjau aspek keberkesanan lagu-lagu tarian sewang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Antara objektif kajian adalah untuk: i. Melihat dan mengenal pasti penguasaan bahasa lisan murid-murid. ii. Melihat dan mengenal pasti penguasaan kosa kata murid-murid. iii. Melihat dan mengenal pasti penglibatan murid di dalam bilik darjah. Persoalan Kajian Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut: i. Apakah kemahiran bahasa yang dikuasai oleh murid-murid? ii. Apakah impak bahasa yang dikuasai oleh murid-murid melalui lirik lagu tarian sewang? iii. Apakah respons murid-murid terhadap aktiviti nyanyian lagu tarian sewang?

Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah orang asli. Meningkatkan minat murid untuk datang ke sekolah dan meneruskan pelajaran. Di samping itu, lagu-lagu tarian sewang dapat diketengahkan sebagai satu seni tarian dalam kebudayaan nasional. Batasan Kajian Kajian ini melihat aktiviti nyanyian lagu-lagu tarian sewang dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Rasionalnya ialah tarian ini mudah dipersembahkan kerana tidak memerlukan masa yang khusus, tegasnya boleh dijalankan pada bila-bila masa berbanding dengan tarian sewang untuk tujuan mengubati orang sakit atau kesyukuran. Kajian ini hanya tertumpu kepada murid orang asli suku kaum Semai di Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji menggunakan mikromedia dalam pengajaran,kaedah pemerhatian, ujian bertulis, dan sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji juga menggunakan khidmat jurubahasa dari kaum Semai sebagai penterjemah. Terjemahan yang dilakukan tidak berdasarkan terjemahan secara harfiah sebaliknya berdasarkan kepada makna baris-baris lagu.

Definisi Istilah Nyanyian Kamus Dewan (2000), mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara, Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Mok Soon Sang (1996), pemelajaran merupakan satu perubahan yang lebih maju,lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada. Perubahan tingkah laku dikatakan agak kekal dan stabil serta tingkah laku yang dihasilkan adalah daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh lain. Tarian Sewang Tarian sewang atau dipanggil jenulang (dalam bahasa suku kaum Semai) adalah salah satu tarian tradisional orang Asli terutamanya bagi kaum Semai dan Temiar. 4

Masyarakat Orang Asli Menurut Kamus Dewan (1996: 69), bermaksud kelompok manusia yang mengamalkan satu cara hidup yang sama dan merupakan penduduk asal atau orang yang asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang). Kajian ini merangkumi masyarakat orang asli di Betau, Lenjang, Titom dan Lanai, Kuala Lipis, Pahang.

Kajian oleh Pengkaji Luar Mengikut kajian Tarno et. al. (1993) dalam Taum (2004), sastera lisan masyarakat Dawan di Timor dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bonet, heta, tonis dan nuu. Berdasarkan isi dan fungsinya, bonet adalah puisi lisan yang dilagukan terbahagi kepada 4 jenis iaitu boennitu (puji-pujian kepada arwah), boen Bae (puji-pujian dalam suasana ceria seperti kelahiran olen, menimang anak koan, penyambutan tamu futmanusafemanu), dan nyanyian kerja (boenmepu). Selain itu kajian Parera (1994) dalam Taum (2004) mendapati sastera lisan lain dalam masyarakat Dawan yang berupa pantun ialah nel dan tanuan iaitu cerita-cerita dongeng yang biasanya ditujukan untuk anak-anak. Ada tiga jenis nel atau pantun iaitu: (a) nel-masiu (pantun untuk sindir-menyindir) (b) nel tatuna kanan (pantun untuk mengungkap asal-usul sesuatu kaum) (c) nel tatuna pah (pantun untuk mengagungkan kerajaan). Menurut kajian (BBC/British Council Teaching Children.www.teachingenglish.org.uk) untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang kanak-kanak perlu menghafal perkataan tersebut beberapa kali dan nyanyian adalah antara cara yang palinng sesuai untuk mengulang dan mengukuh perkataan tersebut serta seuai dengan keupayaan kana-kanak. Nyanyian/lagu yang lebih panjang mengandungi lebih banyak perbendaharaan kata serta perlbagai tatabahasa. Dan ianya adalah sesuai untuk pembentukan kemahiran mendengar secara amnya. Community singing in class brings the benefit of total participation from all students, especially if accompanied by actions or mimes. The total physical response (TPR) approach is particularly suited to younger learners. Children really enjoy singing along and it can really improve motivation. Singing can also improve the pronunciation and intonation paterns of students,especially younger children, trough increased awareness of stress paterns, weak form etc. Some simple songs are very repetitive and good for singing along therefore easy to extend listening skills into other areas as a stimulus for reading and writing. Hurwitz (1975), pula telah menjalankan kajian terhadap pelajar gred rendah mengenai kesan yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan muzik dan tanpa menggunakan muzik. Satu sistem telah digunakan iaitu Kodaly Muzik System. Hasil kajian mendapati bahawa kumpulan yang mengikuti sistem muzik Kodaly lebih 5

menunjukkan persembahan yang memberangsangkan daripada kumpulan yang tidak menggunakannya. Perbandingan yang dibuat di antara kumpulan kawalan menunjukkan bahawa pelajar yang menerima program latihan muzik Kodaly memperolehi keputusan yang lebih baik dan efektif terhadap ujian lisan daripada pelajar yang tidak menerima program muzik kodaly. Kajian oleh Pengkaji Tempatan Kajian awal terhadap masyarakat orang Asli banyak tertumpu kepada soal ekonomi dan sosial masyarakat tersebut. Iskandar Carey (1976) dalam bukunya The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia telah mengkaji tentang sistem ekonomi, keagamaan dan sistem sosial suku kaum orang Asli terbesar di negara ini iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Kajian yang hampir sama juga telah dilakukan oleh Hood Salleh (1986) yang tertumpu kepada mitos kejadian alam, asal-usul manusia dan larangan kahwin sumbang di kalangan masyarakat Negrito di Kelantan, Perak dan Pahang serta masyarakat Semelai di Pahang. Mohd. Rizal Yaacob (1994) pula telah mengkaji tentang tarian sewang suku kaum Semai dan melihatnya dari pelbagai aspek seperti corak persembahan, fungsi dan alat muzik yang digunakan. Bazrul Bahaman (1999) dalam tesis sarjananya telah mengkaji aspek persembahan dan pencerita dalam Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Kajian dari aspek bahasa juga telah dibuat oleh Subandi Kasidan (1999) yang mengkaji tentang pembentukan kata dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban di Sarawak. Manakala Sal Farina Kamaluddin (2003) telah mengkaji tradisi lisan berbentuk cerita suku kaum Jahut di Kampung Penderas Temerloh, Pahang. Menghuraikan masalah pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan ,mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti:dirancang dan dilaksanakan secara semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu dalam pengajaran, guru sewajarnya menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik, yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran. Lazimnya kurang minat belajar akan membawa kesan langsung kepada pencapaian akademik seseorang pelajar yang dinyatakan sebelum ini. Mengikut Raven(1977) apabila seorang pelajar tidak minat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar ini akan kurang bersemangat dan akan melakukan sesuatu yang terlintas di fikiran mereka. Dan kajian mendapati elemen muzik dan nyanyian mampu menyelesaikan masalah ini.

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik beerti dunia pelajar adalah kosong (Zulkifli bin Yaakob,2007) Selain daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga 6

terdapat dalam amalan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya (Zulkifli Yaakob,2007).

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Persediaan Standard Kandungan Kurikulum Guru perlu memilih standard kurikulum yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Contoh: (1) Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. 1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. 1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. Prosedur Aktiviti Nyanyian (i) Prapersediaan Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan,bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru perlu mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian. (ii) Penyampaian Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta muridmurid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latihan nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan muridmurid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai ayat atau strukturnya. Gunakan gambar untuk memperjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas. 7

(iii)Penutup Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang hendak diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran yang tidak berwarna.

Contoh Aktiviti Nyanyian (i) Murid diperlihatkan seni kata lagu Bula (bahasa Semai/Melayu) yang dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru membimbing murid-murid menyebut seni kata dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

Bula Babula babo babula be miro siok kentah bi dalag ha ibola siok kenreh bi dalag ha ibola ba bula babo ba bula tok raye

Bola Bola teman saya teman dengan bola sebelah hulu riuh rendah sebelah hilir riuh rendah bola teman saya teman dengan bola

(ii) Seterusnya murid-murid diperdengarkan CD lagu berkenaan dan mereka menyanyikannya bersama-sama dengan iringan lagu berkenaan. (iii) Murid diminta menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau kandungan lagu yang dipelajari (iv) Seterusnya guru meminta murid menggambarkan idea dalam lagu itu dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah. (v) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi atau kandungan lagu tadi dan melakonkannya menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal.

Instrumen Kajian Sebanyak 18 buah lagu nyanyian dalam bentuk CD Rom iaitu judul-judul lagu antaranya ialah lagu Kok Gagek, Seribu Ampun, Panas Siang, Joget, Amek Tolong Jar, Ken Anuk, Tok Kenah, Pusing Tamuk Tawin, Amai Gabet, Sir, Bek Yok, Cerik, Ruwang Ruwet, Bah Bai-Bai, Bunga Alam Ye, Puteri Raja, Bula, dan Guruk Abe.

Dalam kajian ini 3 bahagian digunakan bagi tujuan mengumpul data seperti berikut; 1. Bahagian A: Pemerhatian (menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran) 2. Bahagian B: Lembaran Kerja 3. Bahagian C: Soal selidik Bahagian A digunakan untuk 28 orang responden yang menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui elemen nyanyian. Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah-laku murid-murid di dalam kelas semasa pengajaran dilakukan oleh pengkaji. Tujuannya untuk mengenal pasti sikap belajar mereka dan bagaimana mereka memberi respon terhadap pengajaran guru (pengkaji) Sementara itu dalam bahagian B pula, responden diberi kertas lembaran kerja (rujuk lampiran) yang meminta mereka membina ayat tunggal. Jawapan yang diberi oleh responden di dalam lembaran kerja tersebut kemudiannya disemak oleh penggkaji untuk menilai pencapaian murid. Akhir sekali dalam bahagian C pula, soal selidik ke atas semua responden dilakukan bagi mendapatkan reaksi mereka berkaitan kaedah pengajaran yang dijalankan. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya untuk membolehkan murid dapat menyatakan pendapat secara bebas isi hati mereka, tanpa berasa dikongkong oleh soalan.

Analisis Data Berdasarkan 3 buah lagu yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Lanai, pengkaji telah menganalisis aspek aktiviti nyanyian berdasarkan aspek lisan, kosa kata dan penglibatan murid-murid.

ANALISIS ASPEK AKTIVITI NYANYIAN LAGU-LAGU TARIAN SEWANG Pengenalan Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan penglibatan muridmurid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi aspek kosa kata pula merangkumi perkataan, istilah dan ayat yang dapat dibaca, difahami dan ditulis. Manakala aspek penglibatan murid pula merangkumi aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di samping melakukan gerak kreatif.

Maksud Lagu Bula (Bola) Lagu tersebut menceritakan seorang yang berat tulang tidak suka bekerja dan hanya menghabiskan masanya dengan bermain bola sepak sahaja. Bunga Alam Ye (Puteri Gunung) Lagu ini mengisahkan kecantikan Puteri Gunung. Sesiapa sahaja setiap lelaki yang terpandang wajah puteri tersebut pasti terpikat. Panas Siang Lagu ini mengisahkan kesempitan hidup sebuah rumah tangga. Si isteri sering berleteran siang dan malam terhadap suaminya. Suaminya asyik berfikir bagaimana caranya untuk mengatasi masalah tersebut yang akhirnya telah berpakat dengan orang tuanya bagi mengatasi masalah itu.

Analisis Dapatan Kajian Pencapaian dalam Ujian Pemerhatian Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid berminat dan tertarik dengan proses pengajaran yang dikendalikan oleh kerana elemen muzik telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Murid-murid begitu aktif dan responsif terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

Pencapaian dalam Ujian Lembaran Kerja Berdasarkan pada jadual di bawah, didapati lebih kurang 45.24% daripada muridmurid tersebut menunjukkan markah yang baik dan 54.76% yang menunjukkan kelemahan dalam aspek menyebut perkataan, bercerita ringkas dan menulis ayat tunggal dengan betul.

10

Jadual 1 Penguasaan Kemahiran Bahasa Murid-murid Bil 1 2 3 Item yang diuji Menyebut perkataan Bercerita ringkas Membina ayat tunggal Baik 16 10 12 % 57.14 35.71 42.86 Lemah 12 18 16 % 42.86 64.29 57.14 Jumlah 28 28 100 28 100 % 100

Hasil Dapatan Temubual Berdasarkan pada data jadual yang diperolehi, didapati murid-murid berasa sangat tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran kerana aktiviti yang dijalankan oleh guru cukup menarik. Selain itu,jadual di bawah menunjukkan bahawa murid-murid mudah untuk mengingat dan menghafal perkataan. Dalam jadual tersebut juga menunjukkan bahawa murid-murid sangat tertarik untuk belajar subjek tersebut. Jadual 2 Hasil Temubual Responden Bil Soalan Temubual Jawapan YA 28 % 100 71 79 79 89 100 86 71 82 Jawapan TIDAK 0 8 6 6 3 0 4 8 5 % 0 29 21 21 11 0 14 29 18

1 2 2 3 4 5 6 7 8

Adakah anda suka menyanyi?

Adakah kamu berasa gembira selepas 20 mengikuti pelajaran hari ini? Adakah kamu terhibur sepanjang aktiviti ini? 22 Melalui aktiviti nyanyian memudahkan kamu mengingati perkataan- perkatan yang diajar? Aktiviti nyanyian mengurangkan daya mengantuk di dalam kelas? Patutkah aktiviti nyanyian diteruskan pada kelas yang akan datang? Rasa takut saya semakin berkurangan Adakah kafahaman saya kepada meningkat melalui aktiviti nyanyian? Adakah pergerakan anda bebas menyanyi? 22 25 28 24

subjek 20 ketika 23

11

9 10 11 12

Bolehkah gerak kreatif meningkatkan ingatan 20 kosa kata? Perasaan malu saya semakin berkurangan 23 Saya sayang pada guru saya Saya sayang akan sekolah saya 20 21

71 82 71 75

8 5 8 7

29 18 29 25

KESIMPULAN

Pengenalan Melalui kajian ini, pengkaji melihat bahawa lagu-lagu tarian sewang ini sangat istimewa dan unik. Lirik lagu yang dicipta bukanlah dengan sewenang-wenangnya boleh dicipta oleh sebarang orang. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mencipta lagu-lagu yang antara lainnya ialah tok halak. Jikalau dilihat dari aspek luarannya, lagu ini tidak menampakkan apa-apa makna kecuali pada mereka yang terlibat secara langsung dalam tarian tersebut. Tetapi setelah pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini baharulah dapat dirasakan bahawa melalui lirik, muziknya dan hentakkan kaki ketika menari mempunyai nilai seni yang amat berharga, unik dan harus dikekalkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana aspek aktiviti nyayian lagu-lagu tarian sewang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Implikasi Responden cukup berminat dengan aktiviti nyanyian. Mereka menyanyi dengan penuh minat dan situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan menarik. Elemen muzik yang diterapkan dalam nyanyian menjajadikan mereka begitu aktif dan telah memberikan penglibatan sepenuhnya. Ini terbukti dengan pendapat Zulkifli Yaakob (2007) yang menyatakan muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak dapat dipisahkan. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melakukan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Diperteguhkan lagi oleh pendapat Raven (1977), yang menyatakan bahawa elemen muzik dapat mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan subjek dan dapat menarik mereka berminat untuk belajar. Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti nyanyian. Nyanyian diulang beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang ditetapkan. Hal ini ada persamaan dengan kajian BBC British Council Teaching yang menyatakan penguasaan bahasa kanak-kanak perlu menghafal perkataan tersebut beberapa kali melalui aktiviti nyanyian.

12

Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam pelajaran berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam aktiviti nyanyian. Mereka dapat bekerjasama dan berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Ini ada persamaan dengan pendapat Ward (1976) yang menyatakan bahawa muzik boleh memberikan sumbangan yang baik di mana muzik yang sesuai boleh dijadikan bahan didikan kepada murid lambat melalui semangat berpasukan, bekerjasama, dan mendirikan keyakinan diri.

Kekangan dan halangan

5.3.1

Tidak terdapat kamus yang lengkap tentang Bahasa Melayu Semai. Padanan Bahasa Melayu-Semai Temiar amat terhad dan tidak lengkap sepenuhnya. Cadangan-cadangan

5.3.2 5.3.3 5.3.4

Satu kajian fonetik bahasa Semai boleh dijalankan sebagai kajian lanjutan. Bidang perkamusan iaitu Kamus Lengkap Bahasa Melayu-Semai boleh dijadikan kajian lanjutan. Tarian Sewang boleh diangkat sebagai satu komponen seni tarian dalam kebudayaan nasional.

Pada kesimpulannya, aktiviti nyanyian dalam didik hibur banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Aktiviti sebegini boleh ditingkatkan lagi dengan memberi pendedahan kepada para guru menguasai komponen didik hibur terutamanya aktiviti nyanyian. Kepelbagaian kaedah dan teknik guru harus dipertingkatkan dan ini berssesuaian dengan pendapat Abdullah Hassan (1980) menjelaskan bahawa mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti,dirancang dan dilaksanakan secara semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (1969). Satu Kajian Fonologi-Morfologi Bahasa Orang-orang Melayu Asli Dialek Temuan. Azizah Muhammad 1981. Kesan Pengiklanan di televisyen terhadap kanak-kanak Latihan ilmiah. Universiti kebangsaan Malaysia Bazrul Bahaman (1999). Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Hurwitz,Barrie D.Bortnick,Klara Kokas,(1975). Nonmusical effects of the Kodaly Music Curiculum in Primary Grade Children, .Journal of Learning Disabilities.8(3):167-173. Hood Salleh (1986). Dakwah Islamiah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di Semenanjung. Kertas Kerja Seminar Islam di Kalangan Masyarakat Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Rizal bin Yaakub (1994). Tarian Sewang Masyarakat Asli Semai, Kuala Lipis, Pahang. Kertas Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Ghouse Nasaruddin (1994). Seni Persembahan Tradisi Menjelang Abad ke-21. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil. 6, Universiti Sains Malaysia. 24 September 1994. (Atas talian) http://www.lib.usm.my/press/SSU/ghouse.html. (23 Mei 2004) Mok Soon Sang, 1996. Pengajaran Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Rozaimah bt Mohamad,1997. Kaedah Muzik dalam Pengajaran dan Pembeljaran Mataemati bagi kanak-kanak bermasslah pembelajaran.Latihan Ilmiah.Universiti Kebangsaan Malaysia Sal Farina Kamaluddin (2003). Tradisi Lisan Berbentuk Cerita Suku Kaum Jahut di Kampung Penderas, Temerloh, Pahang. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya. Subandi Kasidan (1999). Pembentukan Kata Dalam Seni Kata Lagu-lagu Bahasa Iban. (Atas talian) http://id.wikipedia.org/wiki/Morfologi. (15 Januari 2005) Teuku Iskandar (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zulkifly bin Yaakob(2002). IPTHO Pendidikan Muzik Prasekolah, Batu Pahat, Johor. Ward,D.1976.Music for Slow Learner: Special Education Forward Trends. Journal of The Education National Council For Special Education.3(3):78-80. Mok Soon Sang, 1996. Pengajaran Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd http//www.britishcouncil.org/kid-songs-alphabet.htm

14

You might also like