You are on page 1of 8

SEMINAR ISU-ISU PENDIDIKAN PPP 6083 PROF. DR. OMAR B.

ABDULL KAREEM Tugasan Kumpulan 2 Pelajar CHE HASSAN CHE YAHYA SUHAIMI BIN ZULKIPLI M20092000897 M20092000858

......................................................................................................................................... ULASAN JURNAL

The impact of principal leadership behaviors on instructional practice and student engagement
David M. Quinn
The University of Arizona, Tucson, Arizona, USA

Pendahuluan
Selama beberapa dekad para pendidik menyokong pentingnya guru besar dan pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional sekolah. Objektif daripada kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara perilaku kepemimpinan sekolah dan guru yang menjalankan pengajaran. Kajian dibuat di lapan buah sekolah rendah, lapan buah sekolah menengah dan lapan buah sekolah tinggi yang mengambil bahagian di dalam proses penambahbaikan sistematik sekolah di Amarika. Permerhatian dan pengumpulan data dibuat dan menemui bahawa kepimpinan instruksional sangat berkorelasi dengan amalan guru. Kajian ini menegaskan pentingnya kepimpinan instuksional dan menyediakan wawasan khusus dalam dunia kepimpinan pendidikan.

Mendefinisikan Kepemimpinan Instruksional


Sebelum memahami kepimpinan instruksional kita harus terlebih dahulu memahami pengertian istilah instruksional. Menurut buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal tulisan James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), istilah instruksional adalah kata kerja yang bererti pengajaran atau proses mengajar sesuatu. Ia adalah proses, 1

bentuk, atau cara penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Dalam konteks sekolah kepimpinan instruksional bererti kepimpinan pengajaran.

Dalam jurnal David M. Quinn ini menjelaskan, pentingnya peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional dan hubungan langsung tentang perubahan instruksional amalan pelajar untuk meningkatkan prestasi telah diteliti secara menyeluruh. Menurutnya, Leithwood (1994, hal 3) menjelaskan kepimpinan instruksional sebagai serangkaian perlakuan yang dirancang untuk mempengaruhi peraturan di bilik darjah dengan menyampaikan kepada guru tentang strategi baru pendidikan, teknologi dan peralatan yang berkesan. Para penyelidik bersetuju bahawa pemimpin sekolah harus menjadi pemimpin instruksional yang kuat, meskipun mereka tidak selalu sepakat mengenai definisi atau ciri yang mewujudkan kepimpinan instruksional.

Ketika konsep kepimpinan instruksional pertama muncul, para pengamal dianggap berkesan jika mereka mengetuai sebuah sekolah dengan menetapkan ekspektasi yang jelas, mengekalkan disiplin yang baik dan menciptakan standard sekolah yang tinggi. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa penunjuk instruksional yang berkesan kepimpinan melibatkan sejumlah pembolehubah. Foriska (1994) menggambarkan kepimpinan instruksional sebagai penting bagi pembangunan dan penyelenggaraan sekolah yang berkesan. Pemimpin

instruksional harus mampu mempengaruhi orang lain untuk amalan instruksional yang sesuai dan terbaik juga dapat menyediakan sumber guru yang bersedia memberi tumpuan kepada pelajar. Jantzi dan Leithwood (1996, hal. 514-15) menakrifkan enam dimensi penting dalam amalan kepimpinan termasuk: i. ii. iii. iv. v. vi. mengenal pasti dan mengartikulasikan sebuah visi; memupuk penerimaan tujuan kelompok; menyediakan sokongan individual; rangsangan intelek; menyediakan model yang sesuai dan ekspektasi mutu kerja yang tinggi

Andrews dan Soder (1987, hal. 9-20) menggambarkan pemimpin instruksional yang berkesan sebagai seorang pemimpin sekolah ialah sebagai pembekal sumber daya, sumber instruksional, komunikator, dan sentiasa keterlihatan di sekolah. Penyelidikan mereka mendapati bahawa data prestasi pelajar memperoleh skor yang tinggi signifikan dengan pemimpin sekolah yang baik dan berkesan. 2

Meneliti amalan instruksional Menurut penulis, Darling-Hammond dan McLaughlin (1995) mengutip sejumlah kajian yang mendapati bahawa mengajar yang dianggap berkesan dalam beberapa situasi, tidak berkesan atau bahkan tidak produktif jika terlalu banyak atau dalam situasi yang salah. Pengajaran yang berkesan bergantung kepada pelbagai aspek termasuk karektor pelajar, subjek dan matlamat pengajaran. Wilen (1990) berpendapat bahawa perbincangan kelas yang edukatif, reflektif, dan berstruktur mewujudkan pemikiran kritis, melibatkan para pelajar dalam interaksi sosial, dan memberi peluang mereka mengambil tanggung jawab untuk pembelajaran mereka sendiri. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa amalan pengajaran paling berkesan bahawa guru boleh menggunakan pembelajaran aktif. Dan Duignan (1986, hal 66) percaya guru harus memberikan kesempatan bagi siswa untuk terlibat secara aktif terlibat dalam kelas. Keputusan daripada proses belajar yang aktif biasanya penciptaan sesuatu yang baru mengarah kepada pemahaman yang lebih mendalam. Namun, pelajar tidak secara spontan terlibat dalam pembelajaran aktif; mereka harus diminta untuk melakukannya. Oleh kerana itu kita perlu memberikan kesempatan kepada mereka untuk mengambil bahagian secara aktif. (King, 1993, hal 31). Penyelidikan ini menyarankan perlunya pemimpin sekolah dan guru untuk bekerja bersama memastikan pengajaran mencapai matlamatnya. Salah satu faktor yang paling konsisten berkaitan tahap yang lebih tinggi pelajar belajar adalah waktu belajar akademik yang ditakrifkan sebagai jumlah waktu pelajar belajar secara aktif terlibat dalam kegiatan akademik di mana mereka mengalami tahap kejayaan yang tinggi, berkait langsung dengan pencapaian pelajar. (Murphy, 1992, hlm. 19-20). Dalam hal ini kita harus memahami bahawa kepimpinan instruksional di sekolah merangkumi juga kepimpinan kurikulum. Secara mudahnya, kurikulum merujuk kepada apa yang hendak diajar manakala instruksional merujuk kepada bagaimana hendak mengajarnya. Menurut pengkaji lagi, anjakan daripada pendekatan pedagogi yang didasarkan pada teknologi pemindahan (contohnya kuliah, drill dan amalan, lembar kerja) kepada pendekatan yang lebih konstruktivis dalam pendekatan (contohnya pendekatan hand-on, pembelajaran berasaskan masalah, dan pendekatan pertanyaan) mempunyai implikasi yang besar sebagai amalan pembelajaran.

Kepimpinan instruksional dan amalan instruksional


Unggulan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional adalah kemampuan untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru dengan matlamat meningkatkan amalan instruksional dan akhirnya pencapaian pelajar. Fred M. Hechinger seorang wartawan menyatakan; daripada pengalaman sebagai wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dengan pentadbir yang lemah, atau sekolah lemah dengan pentadbir yang baik. Saya telah melihat sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah yang berjaya dan kesalnya sekolah yang unggul merosot dengan cepat. Dalam setiap kes, jatuh bangunya sesebuah sekolah dengan mudah dapat dikaitkan dengan kualiti pentadbirnya.

Menurut penulis, dalam Andrews dan Soder's (1987) kajian mereka mendapati bahawa terdapat signifikan hubungan antara kepimpinan sekolah dan keputusan-keputusan pelajar di semua sekolah untuk membaca dan matematik.

Menurut buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal tulisan James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), pemimpin instruksional harus memiliki pengetahuan asas tentang faktor-faktor di sebalik pengajaran dan pembekajaran bersandarkan teori atau falsafah pendidikan yang kukuh. Mereka juga mempunyai bidang tugas yang mikro yang tertumpu pada usaha mempertingkatkan kawalan dan pemahaman murid dalam konteks bilik darjah. Antara tugasnya ialah; Memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran Menjalankan kajian tindakan pada masalah pengajaran Membuat keputusan, memilih strategi, dan taktik demi mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran. Memimpin pembelajaran dan merebut peluang yang berpotensi bagi meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran. Menggalakkan sebarang inisiatif yang diambil oleh guru dan konteks pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan pembelajaran murid. Bersifat adil dan terbuka pada idea bagi memaksimumkan kejayaan murid.

Perbincangan
Menurut pengkaji, perlunya kebolehan kepimpinan instruksional daripada pemimpin sekolah sekolah (Smith dan Andrews, 1989; Brubaker dan Simon, 1986; Barth, 1990; Lashway, 1995; Leithwood, 1994; Blase dan Blase, 1998). Aspek kepimpinan melibatkan banyak aspek termasuk menyediakan sumber, instruksional menyediakan sokongan, berkomunikasi, dan sentiasa keterlihatan di sekolah (Smith dan Andrews, 1989). Semua kemahiran ini sangat penting dalam memberikan suasana yang menyokong pengajaran yang berkesan dan menarik yang berkaitan kejayaan pelajar dan pencapaian akademik.

James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), melalui buku Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal, Pemimpin instruksional harus memiliki kemahiran bercorak hand-on yang unggul dalam mengendalikan bilik darjah yang dapat diteladani oleh guru-guru lain. Antaranya kemahiran menyampaikan pengajaran yang berkesan dan membuat penyeliaan tentang pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan yang wajar bagi memperbaiki kualiti pengajaran. Glickman, Sheppard (1996) dalam James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), mendefinisi kepimpinan instruksional adalah suatu entiti yang berbeza daripada urusan rutin pentadbiran di sekolah, tetapi berkait rapat dengan perlakuan pentdbir dalam penyeliaan tugas guru di bilik darjah dan pemantauan kemajuan murid.

Implikasi amalan

Menurut pengkaji, mengejar kejayaan pelajar adalah tujuan penting sekolah. Bagi mencapai tujuan ini kita perlu menyediakan kaedah yang mungkin terbaik di bilik darjah. Pemimpin instruksional yang hebat tidak diperlukan dalam memberikan pengajaran yang luar biasa, namun kepimpinan seperti itu sangat penting dalam mencipta sebuah sekolah dengan nilai-nilai dan berusaha untuk mencapai pendidikan yang luar biasa untuk semua. Keputusan kajian ini memberikan wawasan baru tentang dunia kepimpinan instruksional. Penyelidikan ini telah menyediakan sebuah jambatan antara penyelidikan tentang instruksional kepimpinan dan prestasi pelajar yang kurang dalam literatur. Data yang dikumpul daripada 24 projek sekolah menyediakan sekilas tentang kuat hubungan yang signifikan kepimpinan instruksional yang kuat pada instruksional amalan. Kajian juga menunjukkan bahawa tahap yang lebih tinggi pengajaran dan pembelajaran aktif berlaku di sekolah-sekolah di mana pemimpin sekolah berfungsi sebagai pemimpin instruksional.

Implikasi bagi penyelidikan masa depan

Kajian ini menyediakan rangka untuk mempelajari asas instruksional pembolehubah kepimpinan dan kesannya terhadap amalan-amalan pengajaran. Keputusan menunjukkan bahawa para pemimpin instruksional sebagai komponen asas di sekolah-sekolah sebagai media paling efektif untuk mempengaruhi pencapaian murid. Kajian merangkumi data kuantitatif yang menunjukkan korelasi kualiti dan daya kepimpinan instruksional yang kuat telah mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah.

Kepimpinan Instruksional dan amalan di Malaysia

Kesedaran keperluan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah berlaku sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Namun perbezaannya lebih nyata setelah wujudnya Institut Aminuddin Baki, yang menjadi pusat latihan pegawai-pegawai tadbir dalam Kementerian Pelajaran termasuk guru besar dan pengetua di sekolah. Jika dahulu, peranan instruksional ini lebih banyak dimainkan oleh Jemaah Nazir Sekolah yang hadir berkampung di sekolah-sekolah dengan matlamat menyelia dan memberikan bimbingan kepada guru-guru termasuk kepada pentadbir sekolah. Hari ini, boleh dikatakan hampir semua guru besar dan pengetua telahpun menghadiri kursus, bukan saja yang berkaitan dengan kepimpinan instruksional, tetapi juga semua aspek pengurusan sekolah. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan semua guru besar dan pengetua mampu bukan saja memimpin sekolah dengan baik, tetapi yang lebih penting, dapat memastikan guru-guru menjalankan tugas mengajar di bilik darjah dengan cara yang betul mengikut pedagogi, keperluan mata pelajaran serta keperluan teknologi maklumat dan perkembangan semasa.

Isu ini dilihat begitu serius apabila Kementerian Pelajaran serta kalangan guru cuba mempertahankan hak mereka daripada diambil alih oleh pegawai-pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang cuba untuk menyusup masuk sebagai pentadbir sekolah dengan alasan guru-guru tidak mempunyai ilmu dalam mengurus dan mentadbir satu jabatan perkhidmatan awam (sekolah). Dalam hal ini, bagi memastikan hak guru-guru dapat dipertahankan salah satu cara dan pra syarat bagi mentadbir sekolah adalah kebolehan dan mempunyai ilmu dalam kepimpinan instruksional.

Penyelidikan ini menyarankan perlunya pemimpin sekolah dan guru untuk bekerja bersama memastikan pengajaran mencapai matlamatnya. Dalam konteks di negara kita, hubungan baik serta saling bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar dan sekolah seluruhnya 6

adalah menjadi perkara paling penting dalam matlamat pendidikan negara. Masyarakat melihat pencapaian sesebuah sekolah adalah bukti kepada usaha-usaha guru serta pentdbir sesebuah sekolah. Menurut kajian tersebut serta kajian-kajian lain di negara kita juga menunjukkan bahawa pemimpin instruksional (guru besar / pengetua) sebagai komponen asas di sekolah-sekolah sebagai media paling efektif untuk mempengaruhi pencapaian murid. Melalui pengalaman saya sendiri sebagai pentadbir sekolah (guru besar), jika guru besar tidak memberi perhatian atau tidak membuat penyeliaan klinikal secara bersungguhsungguh terhadap tugas dan amalan guru di bilik darjah, kesan pembelajaran terhadap murid sangat rendah. Pengajaran dan pembelajaran mungkin hanya tertumpu kepada sebahagian murid yang lebih pandai dan sebahagian besar murid hanya melalui masa belajar mereka tanpa mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Dalam hal ini, jika kita membicarakan proses penyeliaan klinikal sepenuhnya, banyak perkara yang menjadi amalan guru perlu diberi bimbingan dan diperbetulkan secara bersungguh-sungguh. Mengajar di bilik darjah pada hakikatnya bukanlah satu tugas mudah yang boleh diambil alih oleh orang lain yang tidak terlatih kerana ianya melibatkan bukan saja kemahiran mengajar tetapi juga perkembangan secara psikologi seorang kanak-kanak. Ia merupakan satu tugas profesional yang harus dilakukan oleh orang profesional. Justeru, pemimpin sekolah wajib mempunyai kebolehan kepimpinan instruksional dengan menyeluruh mencakupi semua bidang ilmu pendidikan.

Di negara kita hari ini, sudah banyak pemimpin sekolah membuktikan bahawa kepimpinan instruksional yang mereka laksanakan di sekolah telah membuahkan hasil menjadikan sekolah mereka cemerlang, sebagaimana hasil kajian yang dijalankan di Amerika ini menunjukkan korelasi kualiti dan daya kepimpinan instruksional yang kuat telah mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah.

Bibliografi
David M. Quinn, (2002) Jurnal: The impact of principal leadership behaviors on instructional practice and student engagement. The University of Arizona, Tucson, Arizona, USA James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramaiah (2009), Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal. Kuala Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like