You are on page 1of 52

1.

PENGENALAN Bidang fonetik dan bidang fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Matlamat tajuk ini adalah untuk membantu kami mengenali bunyi bahasa Bahasa Melayu dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alat pertuturan yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Selain dari itu, kerja kursus ini bertujuan untuk menjelaskan huruf-huruf dan simbol-simbol fonetik, fonem, fonem segmental, fonem suprasegmental, sebutan dan penyukuan dalam Bahasa Melayu. Kerja kursus ini juga membantu dalam membuat latihan transkripsi sebutan penyukuan dalam Bahasa Melayu.

1.1 TEORI FONETIK DAN FONETIK

DEFINISI FONETIK

Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671) fonetik merupakan the study of speech sounds and their production.

Mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.

Pandangan

dan

pengertian

tentang

fonetik

oleh

beberapa

orang

sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik

Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal

gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).

Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia karya Abdullah Hassan memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifat-sifatnya. Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40)

Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjauan menyatakan: Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya.(1992:2)

DEFINISI FONOLOGI

Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(edisi 4, 2010 )

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi ialah sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.

Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.(1993:40)

1.1.2 FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi

FONETIK

FONEMIK

1.1.1

FONETIK

Sifat bunyi atau fonetik akustik

Fonetik - kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.

Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi

Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori

1.1.3 FONEMIK

FONEMIK

Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

FONEM

Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

1.2

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Definisi Artikulasi dan Artikulator

Kamus Dewan edisi 4 menyatakan artikulasi sebagai cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas.

Organ atau alat artikulasi penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi bahasa berlaku.

(a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

1.3

HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

1.3.1 DEFINISI Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk. (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).

1.3.2 LAMBANG HURUF RUMI

26 HURUF RUMI

21 HURUF KONSONAN

5 HURUF VOKAL

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Fonem /a/ /b/ /c/ /d/ /e/ /f/ /g/ /h/ /i/ /j/ /k/ /l/ /m/

Huruf kecil a b c d e f g h i j k l m

Huruf besar A B C D E F G H i J K L M

No 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Fonem /n/ /o/ /p/ /q/ /r/ /s/ /t/ /u/ /v/ /w/ /x/ /y/ /z/

Huruf kecil n o p q r s t u v w x y z

Huruf besar N O P Q R S T U V W X Y Z

Huruf f,q,v,x, dan z melambangkan bunyi pinjaman Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris HURUF DALAM BAHASA MEMELAYU f, q, z fikir, qadar,zaman 1.3.2 HURUF VOKAL DAN KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU v, x vot, xenon

19 FONEM KONSONAN 25FONEM@ BUNYI

6 FONEM VOKAL DAN DIBERI LAMBANG HURUF RUMI SEPERTI DIBAWAH

1.3.3 HURUF VOKAL DALAM BAHASA MALAYSIA

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

o 5 FONEM VOKAL

e ( 2 fonem) /e/ -e taling

// - e pepet.. ejaan lama @ ejaan Zaaba

Huruf Vokal a e taling e pepet i o u

Fonem / Bunyi [a] [] [e] [i] [o] [u]

Ejaan ada semak selak bilik botol duduk

Sebutan [a.da] [s.mak] [se.lak] [bi.lik] [bo.tol] [du.duk]

1.3.4 HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU

Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan dalam Bahasa Melayu.

Huruf Konsonan b c d f g gh h j k

kh l m n ng ny p q r s sy t v w x

Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z]

Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem

Sebutan [bo.la] [ca.tat] [da.da] [fa.kir] [ga.bus] [gha.zal] [har.ga] [ja.ga] [ka.la] [ka.pa?] [nimat] [qa.di] [khai.rat] [la.lai] [ma.dah] [naf.kah] [nge.ri] [nya.la] [pa.par] [qa.ri] [ra.pat] [sa.ham] [syi.rik] [ta.jam] [vi.rus] [wa.jah] [zi..lem]

y z

[y] [z]

yuran zapin

[yu.ran] [za.pin]

Jadual 1:Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

1.3.5 JENIS JENIS HURUF KONSONAN

KONSONAN

PINJAMAN

GANDINGAN

ASAL

Konsonan Asal Bahasa Melayu Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Cara sebutan - konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

Cara Sebutan

Daerah Sebutan Gusi-L Keras Pita Suara 6 h

Lelangit Keras 3 4

1 Letupan Letusan Sengau an Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal tb b tb b b tb b b b b w p b

2 t d

m f v

j s z

r l y

Jadual 2 :Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan

1.3.5.1 KONSONAN PINJAMAN

Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan mana, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf i (ilmu), a (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti Abdullah, Saodah, Nor Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

Lelangit Lembut 5 k g x

Gusi

Bibir

1.3.6 HURUF DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU

Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan,2006:44).

Huruf Diftong ai au oi

Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi]

Ejaan pantai pulau sepoi

Sebutan [pan.tai] [pu.lau] [se.poi]

Jadual 3 : Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu TATATINGKAT BAHASA

WACANA AYAT KLAUSA

FRASA
MORFEM FONEM

Rajah 1 : menerangkan peranan huruf dalam pembinaan maksud dalam Bahasa Melayu 1.4 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

Simbol Fonetik

Vokal

Konsonan

Diftong

1.4.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu

Huruf a e (pepet) e taling i o u

Simbol bunyi [a] [e] [] [i] [i] [u]

Jadual 4: Simbol Vokal Bahasa Melayu

1.4.2 Simbol Konsonan dan Diftong

Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z

Simbol bunyi [b] [] [d] [g] [h] [j] [k], [/], [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [] [t] [v] [w] [z] [Y] [z]

Jadual 5: Simbol Konsonan

Huruf Gabungan Vokal ai au oi

Simbol bunyi [ai] [au] [oi]

Jadual 6: Simbol Diftong

Ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam Bahasa Melayu.

5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz kh

Simbol bunyi [] [] [] [] [] [] [x]

Jadual 6: Konsonan Gandingan dan Rangkap

1.5 1.5.1

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI FONEM SEGMENTAL

Fonem yang boleh dipisahkan atau dipenggalkan di antara satu sama lain. Unsur-unsur segmental ialah setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.

VOKAL

FONEM SEGMENTAL
DIFTONG KONSONAN

Fonem vokal

Bunyi bersuara

Udara keluar melalui mulut

Terhasil udara keluar dari paruparu secara bebas/ tanpa sekatan

Bunyi vokal berbeza bergantung kepada bentuk rongga di atas glotis yang dilalui udara semasa bunyi vokal diucapkan

/a/ /i/

FONEM / / VOKAL
/u/

/o/
FONEM VOKAL

/q/ qari

FONEM KONSONAN PINJAMAN

/x / (kh) xatam

/f/ fikir

/ /(dz /dh)

alim

// (th)
ala a

// (sy) or

//(dh) arab

// ( gh) aib

/z/ beza

1.6 FONEM SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU

FONEM SUPRASEGMENTAL (SS)

Konsep kontras tentukan taraf fonem bunyi SS

Dalam Bahasa Melayu bunyi SS ditutur secara sistematis

Dalam lain bahasa ( cth. Bahasa Cina) bunyi SS bezakan makna

Tekanan

Nada (tona)

FONEM SUPRASEGMENTAL ( Kamus Dewan )

Panjangpendek

Intonasi

Jeda(persendian)

2.1 LAKARAN DAN PELABELAN ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR .2.1.1 ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Rajah Alat Artikulasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

2.1.2 ALAT ALAT BAHAGIAN DALAM TUBUH

Paru-paru Bahagian mengepam udara keluar untuk penghasilan bunyi. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung kepada pengembangan dan pengepaman keluar udara daripada paruparu

Trakea Merupakan saluran udara antara larinks an paru-paru. Membolehkan laluan udara masuk ke paruparu dan keluar kembali,

Larinks Tisu yang dinamakan pita suara. Terlibat dalam menghasilkan semua suara.

Farinks Menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung.

Esofagus Bukan alat yang terlibat secara langsung dalam artikulasi

Pita suara Boleh dirapatkan dan direnggangkan.Pita suarabergetar dinamakan bersuara.Di sinilah terhasilnya bunyi hentian glotis

Kotak suara Fungsinya terbahagi kepada dua: i)Fungsi biologi:melindungi paruparu dengan menahan butir-butir makanan dan cecair daripada memasuki trakea. ii)Fungsi bahasa : menghasilkan bunyi bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

Epiglotis Berfungsi sebagai penutup daripada makanan dan minuman memasuki trakea. Tidak berfungsi dalam penghasilan bunyi.

1.2.3 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

Bibir Terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Lidah Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif. Terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Gusi Merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

LELANGIT KERAS Bermula dari sempadan gusi di bahagian atas rongga mulut hinggalah ke lelangit lembut.. Mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit.

LELANGIT LEMBUT Bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga mulut. Bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut. Boleh diturunkan atau dinaikkan dan boleh diturun dan dibuka saluran tekak ke rongga hidung.

2.2

CARA PENGELUARAN BUNYI

2.2.1 BUNYI VOKAL Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

i)

Vokal Depan Sempit (i)


Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampar. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

ii)

Vokal Depan Separuh Sempit ( ) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan 1/3 daripada titik vokal sempit..Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak dan tutup rogga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir terhampar. Contoh: kole, tauge, bendi, elok

iii)

Vokal Depan Separuh Luas [ a ] Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan separuh sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak utuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir terhampar. . Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

iv)

Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan

serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru

keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir terhampar. . Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

v)

Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah tinggi ke lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

vi)

Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 dari kedudukan mengeluarkan vokal belakang sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

vii)

Vokal Belakang Separuh Luas [ ] Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan mengeluarkan vokal belakang separuh sempit. Lelangit lembut

dinaikkan ke belakang rongga tekak menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bentuk bibir dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

2.2.2 BUNYI-BUNYI KONSONAN

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

2.2.2.1

Konsonan Letupan - p, d, ? Dua bibir dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang

rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tersekat di antara rapatan dua bibir dan udara dilepaskan serta merta. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara ) Maka, keluarlah bunyi [p]. Contoh : pasu, apit, atap

Hujung lidah dirapatkan ke gigi gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paruparu melalui rongga mulut tersekat di bahagian rapatan hujung lidah dan gigi -gusi . Pita suara tidak bergetar ( bunyi bersuara) terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Contoh daun, tanduk, abad.

Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh: budak, sakat,kakak

2.2.2.2

Konsonan Letusan c, j

Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan

menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat pada rapatan depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat dilepaskan perlahan-lahan. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara)

Bunyi [ j ] Hadapan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat pada rapatan depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat dilepaskan perlahanlahan. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara )

2.2.2.3

Konsonan Sisian l

Hadapan lidah dirapatkan ke bahagian tengah gigi gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan keluar melalui tepian/sisian lidah. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara ) Contoh: laju, bekal, dalam

2.2.2.4

Konsonan Sengauan m, ny

Bunyi[m] Bibir atas dan bawah dirapatkan. Lelangit lembut diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara) Contoh : musuh, demam, talam

Bunyi Ny [] bergetar Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paruparu melalui rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara) Contoh: nyonya, lanyak

2.2.2.5

Konsonan Getaran r

Hadapan lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga tekak dan menggetarkan pita suara, melalui rongga mulut, menggetarkan depan Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

2.2.2.6

Konsonan Geseran s,h

Bunyi [s] Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tidak bersuara.

Bunyi [h] Pita suara disempitkan. Lelangit lembut dinaikkan dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar di antara pita suara yang disempitkan,bergeser. Disebabkan melibat pita suara tidak dapat dikatakan bergetar atau tidak bunyi bersuara atau tidak bersuara.

2.2.2.7

Konsonan separuh vokal w, y

Bunyi [ w ] Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan, lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah []

Bunyi [ y ] Hadapan lidah diangkat agak tinggi ke lelangit keras. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan , lidah bergerak pantas ke kedudukan untu mengeluarkan vokal tengah []

2.3

BUNYI DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 2.3.1 Diftong [ai]

Keadaan bibir agak terhampar. Hujung lidah terkena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vocal depan rendah [ a ] Lidah secara cepat digeluncurkan kearah cara membunyikan vocal depan tinggi [ I ] Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan aising, hairan, pandai

2.3.2 Diftong [au]

Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Hujung lidah kena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a] Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ u ] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan aurat, audit, pulau, pisau.

2.3.3 Diftong [oi]

Keadaan bibir daripada bundar ke hampar. Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vocal separuh tinggi[ o ]. Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah cara membunyikan depan tinggi[ I ] dengan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vocal [ I ]. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan boikot,amboi, sepoi.

Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau]. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi]. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

1. 2. 3. 4. 5.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi

11. 12. 13. 14. 15.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara

6. 7. 8. 9. 10.

Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

16. 17. 18. 19. 20.

Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

BENTUK BIBIR KETIKA PENGHASILAN VOKAL

3.3

ULASAN TERHADAP KESAN DIALEK DAERAH TERHADAP PENGUASAAN BAHASA MELAYU STANDARD TERUTAMA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

Dialk merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain)

Penggunaan bahasa dialek daerah adalah bertujuan memudahkan komunikasi antara penduduk setempat. Semasa berkomunikasi, mereka akan mewujudkan kemesraan sesama mereka. Hubungan antara mereka menjadi lebih erat, berasa tenang dan terhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa daerah.

Namun demikian, penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengakibatkan mutu Bahasa Melayu secara lisan merosot dan menimbulkan kekeliruan akan

semasa penyampaian guru. Sebagai

contoh situasi di sebuah sekolah di daerah Gua Musang seorang guru Bahasa Melayu yang berasal dari Kedah meminta murid - murid Tahun 1 Wira berlari bebas untuk set induksi tajuk Pentingnya Menjaga Kesihatan. Murid-murid

tersebut hanya berdiri dan memerhati antara satu sama lain kerana tidak memahami arahan yang diberi oleh guru. Guru kemudian beraksi melakukannya dan seorang murid memberitahu itu adalah [# huga ko? se #] Guru kemudian menyebut ayat tersebut dan mereka melaku aktiviti dengan gembira.

Seterusnya, dialek daerah tidak seharusnya digunakan secara meluaskan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa dialek daerah ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang

tercemar secara meluas akan melahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan murid-murid di sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan dialek daerah. Penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai sebutan bahasa standard dengan berkesan dan betul. Bagi murid di negeri Kedah menyebut ayat ular besar melingkar atas pagar sebagai: [ # ulaq bsaq melikaq? ata pagaq?# ] manakala murid di negeri Melaka menyebut ayat yang sama dengan [# ulau besau melikau atas pagau # ]

Selain

itu,

kesan

dialek

daerah

ialah

maksud

bahasa

gagal

diterjemahkan oleh murid. Situasi di sebuah sekolah di daerah Baling seorang guru Bahasa Melayu mengarah seorang murid ke bilik A untuk membaca buku tetapi murid tersebut pergi ke bilik air disebabkan [ # # ] itu adalah dialek bagi air di daerah Baling.

Kesan penggunaan dialek daerah juga mengehadkan penguasaan kosa kata murid-murid. Sebagai contoh, di sekolah guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung mengguna dialek daerah sebagai bahasa pengantar dengan

alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan. Hal ini menyebabkan murid-murid akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai Bahasa Melayu yang betul. Hal ini terbawa-bawa ketika mereka menulis karangan. Sebagai contohnya, murid di negeri Kedah menulis karangan mengguna dialek daerah [ #saya ada kucin #][ # tekoh-tekoh saya bagi makan nasi?#] yang sepatutnya ditulis saya ada kucing. Kadang-kadang saya berinya makan nasi.

Bahasa amat penting dalam kehidupan seseorang kerana bahasa merupakan wahana utama untuk menyampaikan idea. Bahasa dapat

menggambarkan tahap keintelektualan atau mencerminkan status penuturnya.

Kenyataan ini bermakna bahawa bahasa yang digunakan oleh individu yang berpelajaran tinggi lazimnya berlainan daripada mereka yang tidak berpelajaran. Bahasa turut menjadi lambang sesuatu bangsa sehingga timbulnya ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa. Sehubungan dengan hal itu, guru perlu menggunakan pelbagai variasi bahasa sama ada yang tersurat dan tersirat. Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah melalui penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya guru dan murid-murid mengaplikasikan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu maka memudahkan kedua-dua pihak mencapai objektif sesuatu kemahiran pelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu standard mudah difahami, jika tidak

faham mereka boleh merujuk kamus. Amalan penggunaan Bahasa Melayu standard dapat meningkat keyakinan diri melalui pertuturan, pembacaan dan penulisan murid. Segala masalah dan salah faham dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat diselesaikan dan diperbetulkan dengan mudah.

Tuntasnya, pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dapat dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dan pelaksana dasar kerajaan iaitu dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita. Seterusnya, penguasaan Bahasa Melayu standard ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian muridmurid dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh seperti kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Tepatlah sekali kata-kata pengarang sajak dibawah yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat.

DIRGAHAYU BAHASAKU Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu dibumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru ( September 2000 ) Manuskrip Luka Bangsa, 2006 Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( PENA )

Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan melaksanakan


Sebagai kesimpulan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M khususnya kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid dapat dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu Penulisan di sekolah rendah. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan melaksanakan kajian lanjut seperti yang dicadangkan. Hal ini amat penting dan bermakna dalam membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian yang terbaik. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh seperti kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. RUJUKAN

Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai ?Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai Bahasa Melayu. .

Contohnya,keracunan bahasa dapat kita lihat dan dibaca saban hari di majalah, rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang telah dicampuradukkan pengunaan dengan kata-kata lain yang tidak sesuai.Hal ini menyebabkan mutu dan nilai Bahasa Melayu semakin merosot. Kedudukan Bahasa Melayu tergugat Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai Bahasa Melayu. 3.Lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu -Contohnya di sekolah,guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung mengguna Bahasa Dialek sebagai bahasa pengantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan.Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai Bahasa Melayu yang betul. 4.Masalah pembinaan masyarakat berwawasan -Keracunan dalam penyampaian dan pengunaan laras bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa yang tidak sesuai dalam konteks pengunaan yang semakin setara menunjukkan sudah semestinya tidak akan dapat membina minda masyarakat untuk maju dan mengejar kemajuan.

pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada

dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.

You might also like