You are on page 1of 8

PENGENALAN

Penjajahan merupakan peristiwa yang penting yang bukan sahaja telah mewarnai sejarah Tanah Melayu malahan juga telah mempengaruhi kepada pembentukkan Negara sehingga kini. Penjajahan Barat selama lebih 400 tahun telah memberikan impak yang bukan sedikit kepada pembentukan Malaysia sekarang. Antara Negara Barat yang yang telah menjajah Negara

Malaysia ialah Portugis, Belanda dan Inggeris. Walau bagaimanapun, penjajah Portugis tidak diberikan fokus utama diberikan kepada penaklukan oleh Belanda dan Inggeris dalam

pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Penaklukan Portugis ke Atas Melaka

Portugis merupakan penjajah Barat pertama yang menjajah Negara kita. menjadi sasaran yang pertama dan peristiwa ini berlaku pada tahun 1511.

Melaka

Kedatangan

Portugis ke Timur selain daripada menguasai perdagangan bahan mentah khususnya rempah adalah untuk mengembangkan ajaran Kristian. Cita-cita Portugis untuk mengembangkan

agama Kristian mendapat sokongan dan galakan daripada Raja Portugis dan pihak gereja. Pada masa itu, agaam Kristian telah tersebar ke seluruh Benua Eropah. Kedatangan Portugia ke Timur selain daripada parav pedagang, mereka turut membawa para mubaligh bagi tujuan menyebarkan agama Kristian. Kesan-kesan Kedatangan Portugis ke Melaka a) Dari segi ekonomi Portugis telah menyerang Melaka pada 1511 M sehingga Negara Eropah pertama yang sampai ke Pulauan Melayu. 1640 M. Portugis merupakan

Tujuan Portugis bertapak di

Kepulauan Melayu khususnya di Melaka adlah untuk menguasai perdagangan rempah yang sebelum ini dikuasai oleh pedagang-pedagang dari Itali. b) Dari segi politik Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat perdagangan. Albuquerque

membina sebuah kota di Melaka yang diberi nama Kota AFamosa. Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu,Cina, Siam dan juga penduduk dari Sumetera. Tujuannya untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat daripada perang Portugis-Melaka. Selain itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah. c) Dari segi sosial Selain perdagangan, satu lagi sebab penting yang mendorong orang Portugis meluaskan pengaruhnya ialah kerana agama. Kristian Katolik. Orang Portugis ingin mengembangkan agama meluk

Mereka juga memaksa orang-orang Melayu memeluk agama Kristian di

samping menikahi perempuan perempuan Melayu secara paksaan.

Penaklukan Belanda ke Atas Melaka Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara Belanda dan Kerajaan Johor yang diketuai oleh Laksamana Matelieff de Jonge. Pada abad ke 17, Belanda menumpukan

perhatian kepadapelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 20 Mac 1602. Pada 1619, Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi

(Batavia) Pulau Jawa.

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis.

Penjajahan Belanda dengan tujuan : a) menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan Melayu

b) memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor. Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka mereka menandatangi Perjanjian Inggeris Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824. Proses penguasaan Belanda terhadap Melaka ialah : a) pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang. b) Januari 1641, Portugis menyerahkalah dan Belanda menguasai Melaka. c) Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di Kepulauan Melayu.: Betawi pusat perdagangan Melaka pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya dengan t imah. Cara yang digunakan Belanda untuk meluaskan perdagangannya ialah : a) membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu menguntungkan Belanda sahaja. b) 1642-mendesak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda. c) Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu

British mula campurtangan di Tanah Melaka bermula 11 ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian

Inggeris-Belanda 1824

British menguasai Tanah Melayu Inggeris berjaya menguasai Pulau

pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di negeri-negeri Melayu secara langsung.

Faktor-faktor campur tangan Inggeris a) Faktor ekonomi - Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke 19 di Eropah (industri mengetin makanan) - Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.

b) Faktor keadaan anarki - Masalah perang saudara antara pembesar - Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahdi di Selangor. -Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin -Kegiatan perlanunan

c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing -Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing. -Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dgn negeri-negeri Melayu.

Reaksi Terhadap Campur Tangan Inggeris 1831-1898

Termenterai perjanjian antara British dengan Belanda pada17 Mac 1824.

Belanda mengakui Dalam usaha

kehadiran British di Singapura dan menarik balik tuntutannya ke atas Belanda.

untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, kedua-dua pihak bersetuju membahagikan wilayah iaitu selat Melaka telah dibahagi dua. Selatan dan Barat berada di bawah Belanda. Utara dan Timur berada di bawah British. Singapura diakui wilayah British Melaka telah ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau Sumatera)

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi negara Jepun.Berbekalkan slogan Asia untuk Asia dan Menghapuskan Imperialisme Kuasa- kuasa Barat perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri.1 Maka, secara rasminya bermulalah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan negara di ubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat Tanah Melayu . Kesan- kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam

bidang sosial, politik dan ekonomi. Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di anggap sebagai Zaman Gelap Tanah Melayu oleh masyarakat kerana penderitaan yang mereka alami. Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan negatif tetapi pada sudutsudut yang terpinggir kedatangan Jepun tetap menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuk pemikiran dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat Malaysia. Melalui esei ini saya akan membahaskan kesan pendudukan Jepun dalam bidang sosioekonomi terhadap masyarakat di Tanah Melayu.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun

a) Kesan Sosial

Penindasan terhadap orang Cina Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan Negara Thai dan Burma.

Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat. Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Orang Cina diberi layanan buruk dan berbaik-baik dengan orang Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum.

Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun- Nippon-godan lagu Kamigayo.

b) Kesan Ekonomi

Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.

Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras. diganti dengan ubi kayu.

Makanan beras

Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai Masalah insflasi berlaku

c) Kesan Politik

Memberi kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna propaganda Asia untuk orang Asia

Org Melayu mendapat peluang pentadbiran Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS)

Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu

KESIMPULAN

Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara Bangsa. Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara Bangsa. Identiti Negara Bangsa adalah sinonim yang saling

mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara Bangsa.

You might also like