You are on page 1of 10

TAKRIF TAMADUN

Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan,


peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-
santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun
berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti
pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga
menjadi suatu perbandaran.

Dari perepektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik,
pengetahuan dan seni.

Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah
keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian
manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan
sebagainya.
CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA

Pembentukan Bandar
Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula
membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan
akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga
dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi
manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh
negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di
Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus
di India.

Pembentukan Kerajaan
Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran
yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini.
Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini.
Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.
Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah
merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

Wujudnya Organisasi Sosial


Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai
organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan
masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya
dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh
golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang
diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai
kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Perkembangan Teknologi
Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan
dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda
dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan
peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam
beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan
layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai
contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

Pengkhususan Kerja
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan
pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan
sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan
telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu,
barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi.
Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.
Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk
awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok,
binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali
sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek
moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait
rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu,
mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam
semesta dan kehidupan selepas mati.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan


Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam
sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan
yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada
generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan
menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang
berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di
Tamadun Sumeria dan Mesir.
http://www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata
dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan.
Penduduk-penduduk pra sejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam
sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur
telah banyak membantu mereka untuk menghasilkan makanan daripada sumber alam dan
kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat
menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah yang
bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah
menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi
sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di
Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah
berkembang menjadi perkampungan yang kecil.

Lembah Sungai
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra
sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang
mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian
manusia sejak awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi
sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk
tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga
menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan
mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di ditu. Sungai juga menjadi alat
perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat
daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air
dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain
untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.

Iklim
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai.
Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan
khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat
bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan
yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat
memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar.
Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di
Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak terdapat
tamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh
dengan cepat.

Pertambahan Penduduk
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara
beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan
menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun
apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan
pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan
sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami
proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seorang
ketua dengan sistem pentadbiran dna perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang
teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih
dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan
baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih
bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan
menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian
tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam
bakul dan membuat barang-barang tembikar.

Kemajuan Perlindungan
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah
sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan
penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan
tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan
kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah-
lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir
di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho
di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil
kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan
kompleks.

Kemajuan Teknologi
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi
seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai membuat barang-
barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk
memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk
menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang
dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan
yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat
ganda. Roda telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan
pergerakan. Di Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.

Perkembangan Agama dan Kepercayaan


Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu
tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak
sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan
kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan yang
berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Mereka
menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan
bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam
semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang
baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala
untuk mendapatkan perlindungan.
KONSE P TA MADUN DAN BUDA YA

OBJEKTIF
Di akhir kuliah anda akan:
1. Mengetahui pentakrifan tamadun
2. Mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam
pembentukan sesebuah tamadun
3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan
dan keruntuhan sesuatu tamadun

KE RANGKA

1. Definisi tamadun
2. Elemen-elemen asas pembentukan tamadun
3. Ciri-ciri tamadun yang utama
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan
tamadun
5. Interaksi antara tamadun
6. Pengertian Budaya
7. Kesimpulan

Definisi Tamadu n - berasal dari perkataan Arab yang bermaksud


kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Pandanga n Barat

- M.A.J Beg – pencapaian manusia – kota, skrip, kesenian, seni bina,


agama, undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer – satu unit budaya yang merangkumi norma-
norma sosial, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi.
- Arnold J. Toynbee – suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang
melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
kesusasteraan, agama dan akhlak.
Pengertian Tamadun Secara Umum
Satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian
sesuatu masyarakat/negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran,
undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem
tulisan, moral dan adat resam.

Cir i-cir i Tama dun


- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan yang teratur
- Urbanisasi yang terancang
- Kewujudan organisasi sosial yang teratur
- Sistem kepercayaan sebagai pegangan
- Budaya dan kesenian
- Sistem tulisan dan bahasa

Per ke mbanga n Tamadu n


- Faktor geografi
- Kedudukan yang strategic
- Factor agama
- Pengamalan nilai moral
- Kesengsaraan hidup
- Interaksi antara tamadun
- Peperangan

Keruntuhan Tamadun
- Pemerintahan yang lalai
- Pengaruh luar
- Bencana alam

In teraksi Antara Tamadu n


Interaksi antara tamadun berlaku melalui
a) Peminjaman
b) Pemerintahan
c) Perdagangan
d) Perkembangan ilmu pengetahuan
e) Persaingan kuasa
Perbandingan Antara Tamadun
Perbandingan antara tamadun dibuat untuk melihat perbezaan pencapaian
setiap tamadun dan untuk membezakan antara tamadun (pengenalan
tamadun melalui budaya).
a) Agama
b) Budaya
c) Kerajaan/sistem pemerintahan
d) Masyarakat
e) Ekonomi

Tamadu n-ta madun y ang awal


a) Mesopotamia
b) Mesir
c) India
d) China
e) Arab
f) Eropah
g) Melayu

KONSE P BUDA YA

E.B. Tylor – merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,


kesusilaan, undang-undang dan adat resam.

Malinow sk y – dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” –


mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan
manusia.

Budaya – budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan – sejarah,


kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Budaya secara umu m – cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa.


Ia meliputi semua aktiviti harian manusia. Ia juga berperanan membezakan
antara bangsa-bangsa tertentu.
Kesimpulan
Secara umumnya setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri
dan ciri-ciri itulah yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu
tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa,
agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara
tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu
tamadun.

Kajian Kes
1. Pada hari ini, dapat dilihat beberapa buah negara dengan
senang dapat digulingkan dan ditakluki oleh negara-negara
yang lebih besar dan berkuasa. Pada pendapat anda,
bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara Asia (negara
yang telah bertamadun) hendak memelihara kedaulatan dan
jati diri negara ini daripada ditakluki dan dijajah oleh kuasa-
kuasa tertentu. (sila rujuk nota perkembangan tamadun dan
keruntuhan tamadun, dan pertembungan antara tamadun).
2. Bincangkan kota sebagai pusat perkembangan peradaban di
Malaysia.

Rujukan
1. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (ed),
Tamadu n Dunia , Siri Sejarah Fajar Bakti, Shah Alam, 1999.
2. Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor,
Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn.
Bhd., 2000.
3. Norani Othman, Sumit K. Mandal (ed), Malaysia Mena ngani
Globalisasi , Peserta atau Mangsa, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 2000.
http://notes.ump.edu.my/cmlhs/IMAD-
UHM1012/UHM2012/GENERAL/MODULE%20TITAS%202/Kuliah%201%20-
%20KONSEP%20TAMADUN%20DAN%20BUDAYA.doc

You might also like