You are on page 1of 22

DEFINISI PSIKOLINGUISTIK

Pengenalan
Psikolinguistik adalah penggabungan antara dua kata psikologi dan linguistik. Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobilogi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi

Sambungan

Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memproses bahasa. Adanya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya.

Sambungan
Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa, biasanya melalui kaedahkaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak2)

Definisi
Kamus Linguistik, 1997; psikolinguistik juga disebut psikologi bahasa dan bidang ini menggabungkan usaha ahli linguistik dengan ahli psikologi yang cuba menerangkan, sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasan, atau motivasi.

Garnham (1985:1)

Psikolinguistik adalah kajian tentang mekanismemekanisme mental yang menjadikan manusia menggunakan bahasa.

Clark dan Clark (1977:4)

Psikolinguistik berkaitan dengan tiga hal utama iaitu komprehensi, produksi dan pemerolehan bahasa.

Slobin,1974; Meller,1964; Slama Cazahu, 1973


Psikolinguistik adalah prosesproses psikologi yang berlangsung jika seseorang mengucapkan kalimat-kalimat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi, dan bagaimana kemampuan bahasa itu diperoleh oleh manusia

Aitchison (1998:1)

Psikolinguistik adalah studi tentang bahasa dan minda

Harley (2001:1)

Psikolinguistik sebagai suatu studi tentang proses-proses mental dalam pemakaian bahasa.

Bidang Kajian
Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagai-bagai bidang, seperti psikologi, sains kongnitif, dan linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia.

Sambungan
Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu. Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataanperkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan)

Sambungan
Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semnatik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar

Sambungan
Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam penafsiran makna Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik daripada pola-pola bercetak.

Huraian
Dari segi pembelajaran bahasa, psikolinguistik meliputi proses yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa serta proses yang membolehkan pemahaman perkataan, ayat, preposisi, teks dan sebagainya. Bidang ini turut menumpukan kajian terhadap keupayaan linguistik yang dinamakan performance serta kecekapan linguistik yang dinamakan competence yang terlibat dalam penghasilan dan pemahaman ujaran.

Sambungan
Pemahaman merujuk kepada proses memahami sesuatu ujaran. Pemahaman melibatkan keupayaan bagi mengakses leksikal mental untuk disesuaikan dengan ujaran yang didengar dan memperoleh makna yang dapat difahami. Kajian eksperimental psikolinguistik menyelidiki unit, tahap dan proses yang terlibat dalam keupayaan linguistik. Beberapa teknik eksperimental telah dapat membuktikan hal ini.

Sambungan
Sebagai contoh, dalam uji kaji keputusan leksikal, subjek diminta untuk memberikan respons pada ujaran atau tulisan dengan menekan butang jika mereka menerima rangsangan tersebut merupakan perkataan yang betul. Ujian tersebut menunjukkan masa yang lama diperlukan untuk memahami ujaran yang kabur, tidak gramatis dan bentuk ujaran yang bermakna.

Sambungan
Kebanyakan kaedah kajian psikolinguistik mengambil bentuk uji kaji tingkah laku. Dalam kajian seperti ini, subjek diberikan beberapa bentuk input linguistik dan diminta untuk menyelesaikan tugasan misalnya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan dan membaca perkataan bercetak secara kuat.

Sambungan
Masa perlakuan itu dan kadar jawapan yang betul lazimnya digunakan bagi mengukur keupayaan linguistik. Terdapat juga kajian yang menghendaki subjek menukarkan bentuk kata nama kepada kata kerja atau ayat aktif yang dipadankan dengan ayat pasif dan sebagainya. Ujian seperti ini mungkin dapat menunjukkan bahawa kita sukar memproses ayat pasif berbanding ayat aktif. Kita juga mungkin mendapati sesetengah orang tidak berupaya untuk memahami ayat pasif disebabkan ayat sedemikian tidak kerap digunakan dalam perbualan.

Sambungan
Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan tidak evasif, pembedahan otak merupakan cara yang turut digunakan oleh penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak. Sebagai contoh, pemotongan korpus kalosum, iaitu saraf yang mengaitkan kedua-dua hemisfera otak merupakan rawatan untuk sesetengah jenis epilepsi.

Sambungan
Dengan ini, penyelidik dapat mengkaji bagaimana pemahaman dan penghasilan bahasa terjejas disebabkan pembedahan yang drastik. Namun demikian, otak tentulah tidak dibedah semata-mata untuk mengkaji bahasa. Teknik tidak evasif yang terkini termasuklah pengimejan otak. Teknik sedemikian mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dalam mengkaji sesuatu masalah dalam bidang psikolinguistik

Kesimpulan
Oleh itu, tempoh genting mungkin wujud ketika bahasa dapat dipelajari dengan mudah. Banyak penyelidikan dalam psikolinguistik menumpukan perhatian bagaimana keupayaan ini berkembang dan merosot dengan berlalunya masa. Ia kelihatan juga bahawa semakin banyak bahasa seseorang mengetahui, semakin mudah orang itu dapat mempelajari bahasa-bahasa baharu.

You might also like