You are on page 1of 23

PROJEK KEMAHIRAN HIDUP

NAMA:V.UKESSH KELAS:5 TANJUNG

TUJUAN MEMELIHARA IKANHIASAN Ikan hiasan dapat dijadikan binatang peliharaan Dapat dipelihara didalam bekas seperti botol, akuarium,atau kolam Tujuan memelihara adalah untuk Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman Untuk menghayati keindahan alam akuatik Untuk memberi ketenangan perasaan Untuk menyemaikan perasaan sayangkan binatangpeliharaan Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

Ikan Hiasan Bahagian luar ikan

BAHAGIAN IKAN 1. Sisik 2. Sirip tidak berpasangan: sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal 3. Sirip Berpasangan: Sirip Pektoral dan sirip Pelvik 4. Garisan lateral 5. Insang

FUNGSI Pelindung daripada musuh, kecederaan dan penyakit Membantu ikan bergerak lurus dan mengemudi pergerakan ikan di dalam air Untuk kestabilan , berundur, berpusing dan mengapungkan diri. Untuk mengesan pergerakan objek lain dangetaran di dalam air Untuk bernafas

JENIS-JENIS IKAN HIASAN Gup

Guppy
JENIS-JENIS IKAN IKAN FLOWER HORN Berwarna merah dan kelabu berkilauan. Terdapat lakaran seperti tulisan berwarna hitam di badannya. Saiz ikan dewasa tidak kurang dari 18-20inci dan beratnya boleh mencapai 5-7kg.Ciri penting yang membezakannya denganikan lain, terdapat benjolan di dahi ikan tersebut seperti tanduk.Makanannyaialah ikan yang lebih kecil, cacing, serangga dan larva serangga.
IKAN AROWANA Arowana ialah sejenis ikan hiasan yang sangat mahal dan cantik. Ia sejenis pemangsa yang memakan serangga dan ikan-ikan kecil. Di habitat semulajadi, pembiakan ikan ini berlaku setahun sekali iaitu antara bulan Jun - Ogos.Keunikan ikan ini selain daripada warnanya yang menarik ialah sifat biologi pembiakannya, di mana induk jantan mengeram telur di dalam mulutnyaselama 2 bulan.

IKAN GUPPY Ikan Guppy berasal dari Trinidad. Berukuran 3cm panjang. Membiak dengan bertelur. Makan semua jenis makanan ikan, yang kecik dan halus. Warna kemerahan, putih keperakan dan keemasan. IKAN ANGEL Warna putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam Saiznya 110mm panjangAsal dari Amerika Selatan Bertelur ( telur disimpan dicelah batu atau daun dlm akuarium)
IKAN EMAS Ikan Emas (CarassiusAuratus) Bukan Peliharaan Mudah Kepada Penggemarnya. Ikan emas kerap dikaitkan dengan sifat renangannya yang lemah lembut dan kuat makantetapi mudah mati. Soal makan dan airnya sungguh merumitkan.Kelima-lima spesiesikan emas ini memiliki sifat yang sama. Ia menggemari makanan daripada cacing hidupdan daphnia, membiak secara bertelur, gemarkan akuarium yang terang tanpa cahayamatahari, mesra ikan lain (tetapi elakkan daripada mencampurkan dengan ikan lain),selesa dengan lanskap akuarium yang dipasang dengan rumpair, tunggul dan batu sertamemerlukan oksigen. Sifat renangannya ialah bergerak ke serata ruang akuarium.

IKAN PELAGA Ikan ini bersaiz kecil dan sangat cantik serta meriah dengan pelbagai warna. Banyak didapati di kawasan air tawar seperti di tali air, parit, sungai, lombong dan sawah padi.Makanannya ialah jentik-jentik, organisma-organisma seni dan lumut. Berukuran panjang antara 2cm hingga 3 cm dan lebar 0.5 cm hingga 1 cm.

JENIS-JENIS TUMBUHAN AKUATIK Tumbuhan akuatik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:a) Tumbuhan Akuatik yang terapung b) Tumbuhan Akuatik yang tenggelam Tumbuhan Akuatik yang terapung hidup terapung di permukaan air, tetapi akarnya berada di dalam air. Antara tumbuhan akuatik yang terapung ialah pokok teratai, pokok kiambang dan pokok keladi bunting.

Tumbuhan Akuatik yang tenggelam pula hidup di dalam air sepenuhnya. Antara tumbuhan akuatik yang tenggelam ialah Java Fern, Cabomba dan Red Telanthera.

PENYEDIAAN BEKAS Bekas atau akuarium ialah tempat untuk meletakkan ikan hiasan. Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum memilih akuarium atau bekas yang dikehendaki ialah a) Jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara b) Saiz dan kuantiti ikan hiasan c) Lokasi untuk meletakkan bekas atau akuarium tersebut *Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara* Sebelum memilih bekas atau akuarium, mestilah memilih dahulu jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara. Ikan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:- Mudah dipelihara - Boleh bercampur dengan ikan lain - Tahan terhadap serangan penyakit - Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air

*Mengenal dan Memilih Tumbuhan Akuatik atau Tumbuhan Tiruan* Tumbuhan akuatik dan tumbuhan tiruan boleh diletakkan di dalam akurium ikan hiasan. Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh ditanam di dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh didapati di dalam sungai, paya, kolam atau tasik. Tumbuhan yang dipilih hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam akuarium. Pastikan tumbuhan akuatik memperoleh cahaya matahari, oksigen, nutrien dan air yang mencukupi. Tujuan Meletakkan Tumbuhan Akuatik Ke dalam Akuarium adalah untuk:- Mencantikkan pemandangan akuarium - Membekalkan oksigen kepada ikan - Sumber makanan kepada ikan - Tempat perlindungan ikan kecil - Tempat ikan hiasan bertelur

2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI 1) PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium. Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakansaiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium

2) MEMILIH AKSESORI penyediaan aksesori adalah seperti berikut:

rak

akuarium

lampu

tumbuhan akuatik

filter

pam

kayu

termometer

2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2

Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.

Nota Penjagaan Akuarium

HARIAN MINGGUAN Makanan ikan diberi dua kali sehari dengan anggaran yang sesuai ( kadar makanan yang boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 minit ) mengikut saiz dan bilangan ikan . Air hendaklah diganti sekurangkurangnya 2 minggu sekali . Ikan perlu diberi rawatan dan perlu diasing sekiranya terdapat tandatanda yang luar biasa seperti kecederaan , pergerakan yang lemah . Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendakalah dicantas dan dibuang . Ikan yang telah mati hendaklah dibuang segera agar bakteria atau penyakit berjangkit boleh berjagkit kepada ikan yang lain . Bahagian tangki akuarium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan Pastikan aksesori di dalam akuarium di dalam keadaan yang baik dan selamat . Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin Kualiti air hendaklah diukur dengan alat yang sesuai

MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. b. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan: Makanan hidup Makanan kering Makanan basah Makanan rumusan. a. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Makanan Hidup Blood Worm Ulat Roti Pankton Cengkerik

Makanan Basah Kerang

Makanan Kering Cacing Awet Roti

Makanan Rumusan Pellet

Salad Bayam Hati Lembu

Emping Tablet

Lipas

PENYAKIT PENYAKIT IKAN HIASAN

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka.

Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

PENYAKIT Sirip berfungus

SIMPTON Sirip koyak dan hujung berjeli Jalur merah pada sirip Kapas putih menyaluti mulut Bintik seperti gula pada badan dan sirip Kapas putih bercambah dari sirip atau badan Sirip rosak dan kembang Ikan berenang tanpa tujuan dan menggelupur.

PUNCA Air di dalam akuarium kotor Gyroda ctylus Parasite Bakteria Parasite protozoa

CARA RAWATAN Ubat Fungus

Sirip berdarah Fungus mulut Bintik putih (White Spot) Columnaris

Ubat parasit Ubat parasit Ubat parasit

Bakteria Flexobacter Fungus Saprolegnia Bakteria dalaman

Ubat Fungus

Sirip busuk (Fin rot) Flavo bacteria

Ubat Fungus Ubat parasit

SEKIAN ,TERIMA KASIH.

You might also like