You are on page 1of 27

TEKNIK RESIS

Resis adalah merupakan satu aktiviti menggambar untuk menghasilkan sesuatu hasil karya dengan menggunakan medium warna basah dan gabungan contengan lilin dan juga bahan lain seperti krayon. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

Penggunaan bahan-bahan seperti lilin dan juga krayon lilin dapat bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan atau lakaran di atas kertas atau kain. Teknik ini akan membolehkan permukaan kertas yang disapu dengan lilin tidak akan menyerap warna dan bahagian ini akan diresiskan.

Berbagai jenis bahan yang berasaskan lilin seperti : a) lilin biasa b) lilin paraffin c) krayon lilin Berbagai jenis kertas yang digunakan dalam teknik resis seperti : a) kertas lukisan b) kertas tebal c) kertas kadbod d) kertas manila kad

Kain putih juga ada digunakan dalam penghasilan karya menggunankan teknik resis. Antaranya kain putih yang digunakan adalah seperti : a) kain cotton poplin b) kain cotton cambrich c) kain cotton rayon/fuji d) kain cotton lawn kima Antara jenis media basah yang digunakan adalah seperti: a) cat air b) cat poster c) cat tempera

Pelbagai jenis alat dan bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan karya menggunakan teknik resis seperti berus, sabun, pensel, kapur tulis, bekas air dan pemadam. Selain itu, pelbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna juga dapat digunakan dalam proses penghasilan karya bagi teknik resis.

Terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan untuk menghasilkan karya resis. Antara teknik yang dapat digunakan adalah : 1) krayon resis dengan warna air 2) krayon resis dengan warna poster 3) krayon resis dengan warna tempera 4) krayon resis dengan dakwat basah 5) kertas lilin resis 6) resis dengan kain 7) krayon resis batik 8) resis dari warna air dan perekat getah (campuran) 9) resis dari warna air dan lilin biasa 10) resis dari kapur dan lilin (cara positif) 11) resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

Resis dari warna air dan lilin

Resis dengan kain

Krayon resis dengan warna air

Krayon resis dengan warna poster

Krayon resis dengan warna air / warna poster


Langkah 1: Lukis atau lakar satu imej menggunakan krayon atau lilin biasa. Elakkan dari menutupi kesemua bahagian kertas lukisan tersebut dengan krayon. Langkah 2: Tutup semua permukaan kertas dengan warna air atau warna poster. Warna akan menyerap pada permukaan yang tidak berwarna dan bahagian yang dilukis atau dilakar dengan krayon akan diresiskan. Langkah 3: Gunakan krayon atau lilin yang berwarna lembut kerana warna air atau poster yang gelap akan menimbulkan kesan yang kontra dan kelihatan lebih menarik pada hasil karya.

TEKNIK GOSOKAN

Suatu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang mempunyai jalinan. Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Menurut Glosari Seni Lukis, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Teknik gosokan dihasilkan dengan menggunakan media kering dan menggosok kertas yang diletakkan dibawah sesuatu yang mempunyai permukaan yang kasar.

PENSEL DAN PENSEL WARNA a) Pelbagai jenis pensel (lembut dan keras), pensel berasaskan lilin dan pensel warna. b) Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. KAPUR DAN PASTEL a) Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. b) Perlu menggunakan penyembur pemati warna atau fixatif untuk melindungi jalinan daripada rosak.

KRAYON ATAU KRAYON LILIN a) memberi kesan yang tebal dan dapat memberikan kesan gosokan yang lebih nyata. b) gosokan di atas permukaan yang berjalinan dengan menggunakan krayon lilin, kemudian disapukan dengan warna air diatasnya akan menghasilkan satu teknik baru dalam aktiviti gosokan yang dipanggil resis. ARANG a) gosokan yang dihasilkan menggunakan arang mudah rosak apabila disentuh kerana bahannya jenis rapuh. KERTAS LUKISAN, KERTAS KATRIJ DAN KERTAS NIPIS a) penggunaan berbagai jenis kertas adalah sebagai bahan untuk mencetak jalinan apabila digosok dan untuk melihat perbezaan pada setiap kertas yang digunakan.

Terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan untuk menghasilkan karya gosokan. Antara teknik yang dapat digunakan adalah : a) gosokan satu lapis dan satu arah sahaja b) gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan c) gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali. d) gosokan secara pusingan e) gosokan menggunakan berbagai-bagai warna f) gosokan monokrom g) gosokan potongan kertas

Langkah 1: Sediakan alatan seperti gunting, krayon, kertas lukisan, kertas binaan dan gam. Langkah 2: Lakar dan potong bentuk yang dikehendaki daripada kertas tebal. Langkah 3: Susun bentuk-bentuk di atas permukaan kertas hingga menjadi satu objek/imej. Langkah 4: Lekatkan bentuk-bentuk tadi dengan gam dan letakkan kertas lain di atas imej tersebut. Langkah 5: Gosok krayon di atas permukaan kertas menggunakan gosokan secara tindanan. Langkah 6: Hasilnya adalah jalinan akan terhasil dari gosokan.

TEKNIK STENSILAN

Teknik stensilan adalah rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Pastel Kertas lukisan Pensel warna

Kad manila

MEDIA
Pensel

Gunting

Krayon

Langkah 1
Lukis pelbagai bentuk seperti segi tiga, segi empat, segi
lapan, bentuk bintang atau bentuk love di kad manila.

Langkah 2
Guntingkan pelbagai bentuk yang telah dilukis pada kad manila atau kertas lukisan.

Langkah 3
Warnakan stensil yang diletakkan di atas kertas dengan bahan warna.

TEKNIK PERCIKAN

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.(Menurut Kamus Dewan Bahasa ) Glosari Seni Lukis pula menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat (catan). Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.

Berbagai jenis corak figura atau tumbuhan

Berus lukisan Berus gigi

Pita pelekat

Berus cat

MEDIA
Penggelek cetakan Pisau

Pelbagai jenis media basah


Pelbagai jenis kertas

Pistol semburan

Percikan menggunakan berus lukisan dan berus gigi. Percikan menggunakan berus cat rumah yang terpakai. Percikan menggunakan pistol semburan warna atau sparay can. Percikan menggunakan roller atau berus penggelek. Percikan dengan mengetuk berus. Percikan menggunakan pisau kecil atau hujung jari pada berus lukisan yang telah dicelup warna. Percikan menggunakan seranting dedaun dari jenis halus dan nipis (daun pine).

Langkah 1: Lakar beberapa imej dan bentuk yang dikehendaki di atas kertas lukisan atau kertas tebal. Langkah 2: Potong bentuk-bentuk tersebut dan letakkannya di atas kertas yang lain untuk proses yang seterusnya. Langkah 3: Basahkan atau percikan warna dengan menggunakan berus lukisan di atas permukaan kertas lukisan yang mempunyai bentuk. Langkah 4: Ulangi percikan dengan teknik yang sama tetapi menggunakan warna yang berlainan. Langkah 5: Sentiasa pastikan berus berada dalam keadaan bersih semasa membuat percikan.

You might also like