You are on page 1of 32

HBML 12O3 SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA:MAHANI BINTI MOHAMAD NO MATRIK:720101116420001 0139299145 mohamadmahani@ymail.com


NAMA TUTOR:

EN.GHANI BIN ISMAIL PUSAT PEMBELAJARAN: UiTM KUBANG IKAN,CHENDERING, KUALA TERENGGANU

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN SEMESTER MEI 2012

Asallamualaikum.. Bersyukur ke hadrat Illahi,dengan limpah dan kurnianya ,dapat saya menyiapkan tugasan HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU untuk semester 5 ini. Justeru ,saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN GHANI SALLEH selaku tutor yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan tugasan ini.Tanpa bimbingan beliau pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan Disamping itu ucapan terimakasih ini ditujukan khas untuk suami dan anak-anak yang telah banyak berkorban,memberi masa dan ruang ,memahami serta pengertian yang tinggi dalam menyokong saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan,terimakasih jua saya ucapkan kerana telah banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman,tidak lokek memberi tunjuk ajar dan teguran dalam menambahbaikan tugasan ini. Saya juga amat berharap dengan siapnya tugasan ini,akan dapat membei kefahaman yang lebih tentang subjek ini kepada saya sendiri dan menjadi bahan rujukan untuk kawan-kawan lain. Akhir sekali jutaan terima kasih jua untuk semua yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini

WASSALAM

ISI KANDUNGAN 1. 1.1. 1.2. 2. 2.1 PENGENALAN FONOLOGI FONETIK KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-B UNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU. PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAAYU. A) KONSONAN B) CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN. A)KONSONAN LETUPAN. B)KONSONAN GESERAN C)KONSONAN SENGAUAN. D)KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUARA [W] E)KONSONAN PINJAMAN. 2.2. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU. A)VOKAL HADAPAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. B)VOKAL TENGAH DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. C)VOKAL BELAKANG DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. D)VOKAL SENGAUAN DAN CARA MEMBUNYIKANNYA. 3. 3.1. 4. 5. 6. FONEM ALOFON CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL KESIMPULAN. BIBLIOGRAFI.

1. PENGENALAN

1.1.FONOLOGI Bidang Fonologi adalah merupakan bidang yang mengkaji mengenai pola bunyi bahasa.Ini bermakna kajian ini mendalami ilmu mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.Bidang fonologi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.ia juga dikatakatakan sebagai satu bidang yang dipelajari oleh ahli bahasa terhadap sistem bunyi yang terkeluar melalui mulut manusia dalam sesuatu bahasa yang terdapat di dunia ini.

FONETIK FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Ahli

bahasa telah memulakan kajian tentang

fonologi bermula awal tahun 1800 dengan

mengkaji perubahan bunyi bahasa dan membandingkan bunyi bahasa yang wujud dengan pelbagai bahasa yang ada di dunia ini.Jelasnya bidang fonologi moden memberi tumpuan terhadap aspek sebutan dan penekanan sebenarnya. terhadap aspek fizikal artikulasi sebutan yang

Menurut Frank Parker (1994),fonologi adalah suatu bidang yang mengkaji mengenai system bunyi sesuatu bahasa melalui rumus-rumus yang telah ditentukan dalam aspek bahasa. Pendapat lain pula seperti (daripada Greek: , phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") mengatakan fonetik adalah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Pendapat di atas juga hampir sama dengan pendapat ahli bahasa Rahimah Haji Sabran Sham (1985),bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa.Ini jelas daripada Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia,adalah kenyataan dan pendapat yang dikeluarkan oleh Dal bor yang merupakan salah seorang ahli linguistic Barat. Selain daripada itu ramai lagi ahli linguistik yang mentafsirkan apadia fonologi mengikut hasil kajian mereka atau takrifan berasaskan kefahaman masing-masing.Antaranya ialah,Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:61)Menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Manakala World Book of Dictionary (Barnhart dan Barnhat,1981:1567)menyatakan ilmu fonologi sebagai the system of sounds used in a language. Selain itu terdapat beberapa lagi pendapat yang mentafsirkan tentang bidang fonologi oleh ahliahli linguistic dari pelbagai bangsa dan bahasa yang dipelajari mereka seperti,Abdullah Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.Definisi tentang fonologi ini juga hampir sama dengan pendapat ahli linguistik daripada Barat.Clark dan Yallop (1995:5) pula menyatakan bahawa phonology is concerned with the organization of speech within specific languages. Berdasarkan definisi-definisi diatas dapatlah dirumuskan bahawa ilmu fonologi ialah ilmu linguistic yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik.Ilmu yang merumuskan,menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.Bunyi yang dihasilkan mestilah melalui pertemuan dua titik artikulasi, dan ini beerti bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

1.2.FONETIK Sebagaimana telah diketahui bidang fonologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidang fonetik dan fonemik.Fonetik adalah cabang dari bidang fonologi.Bidang fonetik ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian yang perlu dikaji atau dipelajari iaitu: a)fonetik artikulasi b)fonetik akustik c)fonetik auditori.. Mengikut hasil kajian ahli linguistic,fonetik digambarkan sebagai mengkaji cara bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa dituturkan atau direalisasikan.Fonetik juga bermaksud bagaimana organ tubuh manusia bekerja,terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Fonetik adalah berkait rapat dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.Fonetik juga ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia, ) (daripada perkataan Yunani (phon unyi" atau "suara") . Di India purba, ilmu fonetik telah dikaji sejak 2500 tahun yang lalu,berikutan catatan Pini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pini. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyibunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics yang

bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik. Berdasarkan beberapa pendapat para ahli bahasa dapatlah disimpulkan fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa iaitu percakapan atau pertuturan yang diucapkan oleh manusia serta mengecualikan bunyi dengkuran,bunyi batuk,bersiul juga berdehem serta bunyi-bunyi yang tidak bermaksud.Secara amnya fonetik merangkumi semua proses penghasilan atau pertuturaan bunyi dan pengelasan.Bidang fonetik merupakan bidang yang rumit dan bersifat teknikal.Justeru, fonetik dikaji secara berasingan,walaupun ia merupakan satu cabang daripada bidang fonologi.

2.KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KOSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU. 2.1.PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU. A) KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan,sempitan,dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,,tekak atau hidung.Bunyibunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.Koonsonan juga ialah bunyi selain daari bunyi vokal.Konsonan juga terhasil apabila terdapat gangguan atau sekatan oleh alat artikulasi terhadap udara dari paru-paru.Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan tidak bersuara dan konsonan bersuara.Apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara maka terhasillah konsonan tidak bersuara dan apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru maka terhasillah bunyi konsonan bersuara.Disamping itu juga terdapat konsonan asli dan konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu. Untuk membunyikan bunyi konsonan ini alat artikulasi merupakan organ utama yang telah berperanan dalam proses penghasilan atau pertuturan manusia.Pemahaman terhadap bahagian dan fungsi alat artikulasi ini amatlah penting untuk mengetahui bagaimana bunyi samada vokal atau konsonan dapat dihasilkan.

Alat dan daerah artikulasi

KedudukanArtikulator

DaerahArtikulasi

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

Setelah mengenal dan memahami alat artikulasi,perlu juga diketahui , terdapat 27 fonem
atau bunyi konsonan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.Fonem dan bunyi konsonan telah diringkaskan seperti dalam rajah dibawah. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) (4)[q] kh l m n ng ny p q r [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat Sebutan [bo.la] [ca.tat] [da.da] [fa.kir] [ga.bus] [gha.zal] [har.ga] [ja.ga] [ka.la] [ka.pa?] [nimat] [qa.di] [khai.rat] [la.lai] [ma.dah] [naf.kah] [nge.ri] [nya.la] [pa.par] [qa.ri] [ra.pat]

s sy t v w x

[s] [sy] [t] [v] [w] [z]

saham syirik tajam virus wajah xylem

[sa.ham] [syi.rik] [ta.jam] [vi.rus] [wa.jah] [zi..lem]

y z

[y] [z]

yuran zapin

[yu.ran] [za.pin]

B). CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN

Terdapat lapan belas konsonan asli yang ada dalam Bahasa Melayu yang dapat dikatogorikan mengikut cara dan daerah sebutannya kita perlu juga mengetahui bahawa konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.Dan ini dapat diringkaskan seperti jadual di bawah:

Daerah Sebutan Cara Sebutan Gusi Bibir Gusi-L Keras

1 t b b t b b Sengauan b t b b Getaran Sisian Separuh Vokal b b b w m f v p b

2 t d

5 k g

Letupan

j n s z r l y x h

Letusan

Geseran

Carta konsonan Bahasa Melayu

1. KONSONAN LETUPAN a) Konsonan letupan [p] dan [b]. Ada Sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] dapat dihasilkan dengan

Pita Suara 6

Lelangit Keras

Lelangit Lembut

merapatkan dua bibir untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar,kemudian dengan cepat mulut di buka ,maka keluarlah bunyi [p].Untuk penghasilan [b] pita suara mestilah bergetar.Ini dapat ditunjukkan seperti gambarajah di bawah. Gambar rajah konsonan letupan [p] dan [b]

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [p] Konsonan [b] Awal Padu Balik Tengah Lapuk Ribut Akhir Pop Adib

b)Konsonan letupan [t] dan [d]. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan rapat kegusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakan atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara kerongga hidung,lalu pita suara direnggangkan.Apabila arus udara dari parupaaru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan suara dan sekaatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta merta maka terhasillah bunyi letupan gusi tidak bersuara [t],tetapi apabila pita suara dirapatkan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara,bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d]. Gambarajah konsonan letupan [t] dan [d].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [t] Konsonsn [d] Awal Tikus Dulang Tengah Betik Tindak Akhir Kasut Tekad

c)Konsonan [k] dan [g]. Untuk menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara serta lelangit lembut dan anak tekak dirapat kerongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung.Namun begitu,apabila pita suara dirapatkan,arus udara yang keluar melalui rongga mulut maka menggetarkan pita suara maka terhasil lah bunyi konsonan [g]. Gambarajah konsonan letupan [k] dan [g]

d)Konsonan [c] dan [j] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [c] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [j] dapat dibunyikan dengan cara hadapan lidah rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak mestilah dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lalu pita suara direnggangkan.Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara,dan seterusnya udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan maka terhasil lah bunyi letusan lelangit keras tidak bersuara [c],tetapi jika arus udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letusan lelagit keras gusi bersuara [j]. Gambarajah konsonan [c] dan [j]

e)Hentian glottis Bagi menghasilkan hentian glottis [?] lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak bagi membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara di rapatkan sepenuhnya.Arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar . Gambarajah hentian glottis [?].

Contoh perkataan: Awal Anak Ikan Tengah Saat Rakyat Akhir Lemak Budak

B). KONSONAN GESERAN Konsonan geseran melibatkan dua konsonan sahaja iaitu konsonan [s] dan konsonan [h].Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran [s] hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara,sementara pada masa yang sama juga lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan dan arus udara melalui melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bagi penghasilan bunyi geseran glottis tak bersuara [h],udara mestilah keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vocal. Gambarajah konsonan geseran [s] dan [h].

C). KONSONAN GETARAN GUSI BERSUARA [r]. Konsonan getaran gusi bersuara [r] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dikenakan pada gusi lalu lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan kebelakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan,setelah itu arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara dan pada masa yang sama arus udara dari rongga mulut menggetarkan hujung lidah. Gambarajah konsonan getaran gusi bersuara [r].

D). KONSONAN GUSI BERSUARA [l]. Konsonan gusi bersuara [i] juga dikenali denagan konsonan sisian.Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat.Lelangit lembut dinaikkan dan pita nsuara bergetar.Udara keluar melalui bahagian tepi lidah maka terhasil lah bunyi sisian gusi bersuara [i]. Gambarajah konsonan gusi bersuara [l].

E). KONSONAN SENGAUAN (NASAL) Konsonan sengauan terdiri daripada konsonan [m],[n],[n],dan [n].Namun begitu ianya berbeza antara satu sama lain iaitu perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara digetarkan. a) konsonan sengauan [m]. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan supaya arus udara dapat disekat.Untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung lelangit lembut dan anak tekak di turunkan.Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran dan arus udara dilepaskan perlahan-lahan. b)konsonan sengauan [n].[n] dan [ng] Perbezaan penghasilan konsonan sengauan [n] dengan yang lain ialah hujung lidah dinaikkan ke gusi.Untuk konsonan sengaun [n] pula tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras,manakala untuk menghasikan konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ng] belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Gambarajah

F). KONSONAN SEPARUH VOKAL DUA BIBIR BERSUAR [W]. Ada dua bunyi separuh vocal.Untuk menghasilkan bunyi separuh vocal,kedudukan lidah tidak tetap,tetapi bergerak dan membuat luncuran. a)Bagi fonem konsonean [w],keadaan diperingkat awal lidah seperti untuk membunyikan [u]kemudian bergerak pada vocal yang lain.Bunyi ini dinamakan separuh vocal dua bibir bersuara. Gambarajah konsonan separuhvokal [w].

b)konsonan separuh vocal [j]. Cara membunyikan konsonan separuh vocal lelangit keras bersuara [j],depan lidah diangkat tinggi kea rah gusi manakala bibir dihamparkan.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara di getarkan sambil liodah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan [j]. Gambarajah konsonan separuh vocal [j].

J). KONSONAN PINJAMAN Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab kecuali huruf v.Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.Konsonan sy yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab,digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya,skuasy.Huruf ain seperti dalam perkataan mana,digangti degan huruf k menjadi makna.Pada tempat lain,huruf i (ilmu),a (alam),u (umur) digugurkan.Selain itu huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato,sebagai darjah kebesaran atau bintang yang dikurniakan olehSultan atau Yang Di Pertuan Negeri. Selain itu,ada konsonan yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam.Ia digantikan dengan konsonan Melayu seperti [th]bunyi daripada Bahasa Arab kepada [s],[gh] menjadi [g],[dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z].Namun begitu masih ada bunyi yang digunakan srhingga kini dan bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.Contohnya [f] dan [v],bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabilaudara melalui terdapat geseran.Lelangit lembut dinaikkan.Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyigeseran bibir gusi tidak bersuara.Manakala untuk membunyikan [v], pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi ngeseran bibir gusi bersuara,

Seterusnya bagi fonem[z],Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s].Proses membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar.Konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.Bagi [s] pula,lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.Pita suara tidak bergetar. Seterusnya, ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96). 2.2. PENGHASILAN BUNYI VOKAL DALAM BAHASA MELAYU Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu vokal hadapan ,vokal tengah serta vokal belakang. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Gambarajah

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang

disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Menurut

Prof.

Dr.

Abdul

Hamid

Mahmood

(1998:31):

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut: Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal. Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripadaparu-paru.Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan: Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyigeseran(ArbakOthman1983:54)Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam bukuACourseInMordenLinguisticmemberi definisi vocal sebagai: Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara (Arbak Othman 1983:54) Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi definisi seperti berikut: Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u ) Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyibunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkanadalahlantangdanlebihjelasdaripadabunyikonsonan.

A). VOKAL HADAPAN Vokal hadapan sempit [i],contoh dalam perkataan ialah ibu,biru,ubi,umi dan geli.Contohnya perkataan geli,sewaktu menyebutnya depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.Antara depan lidah dan lelangit keras,terdapat saluran sempit untuk udara keluar.Untuk vocal hadapan separuh sempit pula [e],ketika membunyikannya saluran udaranya lebih luas

kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya seperti vocal[i].Sewaktu menyebut vocal [a] tlang rahang turun dan saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Gambarajah kedudukan bunyi vocal dalam Bahasa Melayu.

CARA MENGHASILKAN VOKAL a)Vokal hadaapan sempit [i] Untuk menghasilkan vokaln ini hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Gambarajah vocal hadapan sempit [i] Contoh perkataan

Awal kata ipar itu

Tengah kata bila kita

Akhir kata Tali Guli

b)vocal hadapan separuh sempit [e] Bagi menghasilkan bunyi vocal hadapan separuh sempit [e],bibir dihamparkan separuh sempit dan depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Gambarajah vocal hadapan separuh sempit [e]

Contoh perkataan Awal kata Ela elak Tengah kata leper Heret Akhir kata Sate

c)vocal hadapan separuh luas [ ] Cara membunyikan vocal hadapan separuh luas [ ],keadaan bibir hampar,depan lidah dinaikkan separuh rendah ke gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar,sebaliknya udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut.Pita suara digetarkan. Gambarajah vocal hadapan separuh luas [ ]

Contoh perkataan Awal kata Esa enak Tengah kata belok Belek Akhir kata Tempe Tauge

d)Voakal depan luas atau lapang [a]

Vokal ini paling banyak dalam Bahasa Melayu dan ia terletak jauh di bahagian bawah,seoalah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka luas.Hadapan lidah

dinaikkan sedikit sahaja kea rah lelangit keras,anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Gambarajah vocal depan luas atau lapang [a]

Contoh perkataan Awal kata Ahli anjing Tengah kata beras Kadar Akhir kata Nama Siapa

B) VOKAL TENGAH Vokal ini hanya tedapat diawal dan di tengah suku kata sahaja. CARA MEMBUNYIKAN VOKAL TENGAH Bagi menghasilkan bunyi vocal tengah [ ],bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras da lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung,pita suara dirapatkan ,supaya semasa udara keluar melaluinya,pita suara akan bergetar. Contoh perkataan. 1.perahu 2.tempat 3.empat

C). VOKAL BELAKANG Terdapat empat vocal belakang dalam bahasa melayu iaitu [u,o,e,a],kecuali vocal [a] vocal yang lain membundarkan bibir.Sewaktu penghasilan vocal belakang,alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah.Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi vocal-bunyi vocal belakang. CARA MEMBUNYIKAN VOKAL BELAKANG. a)Vokal belakang sempit /tinggi [u] Bagi menghasilkan bunyi vocal belakang proses yang berlaku ialah bibir dibundarka,belakang kidah dinaikkan tinggi kea rah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Gambarajah penghasilan vocal belakang [u]

Contoh perkataan. Awal kata Unta ubi Tengah kata buka Lupa Akhir kata Kuku Batu

b)Vokal belakang separuh sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut,sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan.Maka terhasil lah bunyi vocal belakang separuh sempit [o].

Gambarajah vocal belakang separuh sempit [o]

Contoh perkataan. Awal kata orang oleh Tengah kata borang kotak Akhir kata bolot pidato

c).vokal belakang separuh luas[ ]. Bibir hendaklah dibundarkan,sementara belakang lidah dinaikkan separuh sempit kea rah lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar lalu pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Gambarajah penghasilan vocal belakang separuh sempit [ ].

Contoh perkataan Awal kata Oren olok Tengah kata sudoh Pokok Akhir kata Kito Belako

D).VOKAL SENGAU Bagi mengeluarkan vocal sengauan,rongga hidung juga terlibat dan lelangit lembut anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung.Setelah rongga hidung tidak tertutup rapat,udara keluar dari kedua-dua rongga,iaitu rongga hidung dan mulut.Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vocal itu dan ia boleh terjadi kepada semua bunyi vocal,lambing yang digunakan ialah [~].

CARA MEMBUNYIKAN VOKAL SENGAUAN a)Vokal sengauan ini terhasil bila sebelumnya terdapat konsonan sengauan . Contoh: 1.minum 2.mama.

b)Kedua-dua vocal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK.Dalam struktur ini konsonan yang pertamanya adalah separuh vocal atau hentian glottis [h]. Contoh; 1.nyawa 2mewah 3.mahu

c).Kedua-dua vocal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK. Contoh: 1.maal 2.maut 3.saat

d) Kedua-dua vocal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV. Contoh: 1.nyawa 2.semua

e)Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menurut geseran rongga tekak [?] dalam tulisan jawi yang dilambangkan sebagai [E]. Contoh: 1.jumaat 2.manafaat.

Kesimpulannya bunyi vocal ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusiaSemua bunyi vocal adalah bunyi-bunyi bersuara.Bunyi bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara.Sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.

3. FONEM Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Contohnya perkataan sayang dan bayang,bunyinya hampir sama tetapi fonemnya berbeza[s] dan [l] dan ertinya juga berbeza.Fonem dan teranskripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.Dengan kata lain fonem juga boleh dikataka sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi.Contohnya kata palu ,ianya merupakan satu ujaran yang bermakna,atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Kita juga boleh melihat melalui beberapa contoh lain: 1.Perkataan /tabah/ dan /tapah/ -Perkataan ini mempunyai lima unit bunyi terkecil iaitu,/t/-/a/-/b/-/a/-/h/ dan unit ini adalah berfungsi. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem.Bila diganti /b/ dengan /p/ maka tabah bertukar menjadi tapah.Oleh itu,b dan p dalah unit terkecil yang berfunsi kerana unit itu membezakan unit ujaran.

2.Perkataan /mata/ dan /maka/ -Perkataan ini mempunyai empat unit tercil iaitu ,/m/-/a//t/-/a/ dan unit ini adalah berfungsi. Bunyi-bunyi ini dipanggil fonem.Bila diganti /t/ dengan /k / maka mata bertukar menjadi maka.Oleh itu,btdan k adalah unit terkecil yang berfunsi kerana unit itu membezakan unit ujaran. Dalam Bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal iaitu /a/,/e/,/e/,/i/,/o/,/u/.makal fonem konsonan pula terdiri daripada 25 fonem. 3.1. ALOFON Setelah memahami apa itu fonem,seharusnya perlu diketahui pula fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Untuk menjelaskan lagi apa dia alofon kita boleh melihat melalui pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi keduadua perkataan itu,mempunyai makna yang berlainan.Ini dinamakan sebagai pasangan minimum atau pasangan terkecil.Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza tidak berbeza maknanya,maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem.Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas.Banyak contoh yan boleh diberi antaranya: 1.Perkataan /faham/ dan /paham/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedeikit berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama.Inilah yang dinamakan alofon. 2. Perkataan /bilik/ dan /bili?/ -bagi perkataan ini ejaannya berbeza dan bunyi sedikit berbeza tetapi ianya memberi makna yang sama.Inilah yang dinamakan alofon. 3.Contoh yan ketiga ialah bunyi pp dalam palu,lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna,tetapi dalam luap,bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan.Oleh itu,fonem/p/ mempunyai dua alofon.

4. CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL Terdapat empat unsur suprasegmental dalam elemen Bahasa Melayu yang perlu dipelajari.Ia adalah berbeza dengan unsur-unsur segmental kerana setiap satu bunyi adalah satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.Kita menuturkan segmen-segmen dengan pelbagai tingkat tekanan dan nada.Kita juga kadangkala berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata dan diucapkan sama rata atau mendatar sahaja.Dalam suprasegmental terdapat empat cirri suprasegmental iatu:

a)Tekanan b)Nada c)Jeda d)Panjang-pendek A)TEKANAN Ciri suprasegmental yang pertama ialah tekanan.Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan atau suku kata.Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan suku kata tersebut.Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //.Tekanan pada vocal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu.Selain itu,bunyi vocal juga turut disebut dengan lantang dan panjang.Dalam bahasa Melayu tekanan kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sessuatu perkataan. Contohnya:a)[ki//ta] b)[ba//pa] c)[sa//tu]. B)NADA. Ciri kedua suprasegmental ialah nada.Nada ialah unsure naik atau turunnya suara dalam pengucapan ayat atau frasa.Nada ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah),2(biasa),3(tinggi),dan 4(tinggi sekali).Ayat Bahasa Melayu mempunyai pelbagai nada dan lagu.Contohnya,ayat berita menggunakan nada yang menurun pada akhir ayat.,berlainan dengan ayat tanya yang menggunakan nada yang tinggi diakhir ayat.Percakapan seharian terdiri daripada ayat-ayat yang bersambung dan mempunyai nada yang berbeza.Antara contoh nada pada ayat-ayat dalam Bahasa Melayu ialah: 1.Nada pada ayat perintah a)pergi! b)Pergilah Bagi nada ayat perintah ,predikat lebih diutamakan daripada subjek.Contohnya dalam ayat pergiadalah ringkasan daripada ayat awak pergi!.Dalam ayat asalnya,subjek atau kata ganti nama diri yang kedua iaitu awak telah digugurkan dan akhirnya tinggal predikatnya sahaja.Dalam ayat (a).perkataan pergi! Ditandakan dengan tingkat nada 2-3.Ini menjelaskan bahawa tingkat nada meningkat pada suku kata akhir.Manakala dalam ayat (b) pula partikel-lah

telah digunakan dalam ayat perintah tersebut kepada tingkat yang lebih rendah pada akhir suku kata.Nada ditandakan dengan tingkat nada 2-3-1. C)JEDA Jeda juga disebut sebagai persendian,iaitu unsure hentian yang memisahkan antara unsure-unsur linguistic,sama ada perkataan,ayat atau rangkaikata.Lambang yang digunakan jeda ialah #.Unsur ini boleh membezakan makna. Contohnya: 1. [#saya makan nasi # emak?] adalah berbeza dengan [#Saya makan nasi emak?#]. D)PANJANG PENDEK Fonem suprasegmental yang seterusnya ialah panjang pendek.Dalam Bahasa Melayu panjang pendek tidak membezaakan sesuatu makna perkataann.Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora.Lambang [:] beerti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora.Lambang [: :] menunjukkan dua mora manakala lambang [.] adalah lambang bagi setengah mora. 5. KESIMPULAN Sebagai rumusannya kajian fonologi dan fonetik melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung.Organ pertuturan manusia ini juga dikenalai sebagai alat artikulasi.Selain alat artikulasi manusia satu unsure penting yang terlibat dalam proses penuturan manusia ialah udara.Udara merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.Bunyi vocal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.Semua bunyi vocal merupakan bunyi-bunyi bersuara dan bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.Keadaan ini bergantung kepada keadaan pita suara,iaitu sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,maka getaran akan berlaku lalu terhasil lah bunyi bersuara.Begitulah sebaliknya. Selain dariapada bagaimana bunyi terhasil bidang kajian fonologi dan fonetik juga merangkumi kajian terhada sifat-sifat bunyi bahasa tersebut.Contohnya kajian juga meliputi bidang fonem serta sifatnya, alofon dan ertinya serta suprasegmental berserta cirri-cirinya.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

You might also like