Professional Documents
Culture Documents
Mendefinisikan Statistik
Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas,
mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan
berdasarkan hasil penganalisian data tersebut.
Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan masalah-
masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran , pemasaran, perubatan,
kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk
mengukur sampel yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.
Statistik perihalan adalah bahagian statistik yang melibatkan kaedah pengumpulan data,
menyusun, mempersembahkan data dan menganalisa data manakala statistik pentadbiran
merujuk kepada teknik-teknik menginterpretasi nilai atau membuat keputusan dan membuat
kesimpulan.
Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang
mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlah
harta yang dimiliki dan sebagainya.
Data adalah kualitatif yang diklasifikasikan kepada kategori sahaja. Dengan perkataan lain, ia
merupakan data yang tidak boleh diukur dan tidak ada unit ukuran yang digunakan. Data jenis ini
adalah semata-mata untuk dibilang sahaja. Jenis data lain yang tergolong dibawah kategori ini
adalah data, Jantina, bangsa, agama, jenis pekerjaan dan sebagainya. Untuk memudahkan
pemprosesan data nominal tersebut, kategori-kategori tersebut diberikan kod tertentu, 1 2 3 4…..
dan sebagainya. Kod tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara satu
sama lain. Data nominal tidak mempunyai taburan tertentu atau ia dikenali sebagai data bukan
parametrik.
Asas Pengukuran Ordinal
Ordinal membawa maksud rank atau pangkat bagi kategori. Sebagai contoh, penyelidikan dan
membuat kajian tentang mutu makanan yang dihidangkan di dalam sebuah kafe, kategori
jawapan yang diberikan ialah amat baik, baik, sederhana dan sebagainya. Kita tidak boleh
menyamakan perbezaan di antara amat baik dan baik, dengan perbezaan antara baik dan
sederhana. Untuk memudahkan penganalisaan data, kebiasaannya penyelidik memberikan kod
seperti 5 mewakili amat baik dan sebagainya.
Data berukuran selang adalah data yang serupa dengan data ukuran ordinal. Tetapi jarak diantara
nilai-nilai tersebut adalah sama dan mempunyai makna. Sebagai contoh, data suhu, data umur
dan sebagainya data tersebut amat mudah diberikan rank atau pangkat dan setiap data adalah
bermakna kecuali 0, nilai-nilai tersebut boleh dibandingkan antara satu sama lain.
Ukuran nisbah adalah ukuran yang tertinggi martabatnya. Ukuran ini memiliki semua sifat-sifat
data berukuran selang, seperti jarak di antara nilai adalah diketahui dan tetap, kategori data
adalah “Mutualy Exclusive” dan sebagainya. Sebagai tambahan data berukuran nisbah Berjaya
member makna kepada nilai 0, dan kadar di antara dua nilai juga memberi makna kepada
penganalisis data.
6. Mendefinisikan populasi, sampel, parameter dan statistik
Populasi
Populasi adalah seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidiki.
Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ pula, adalah
semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia.
Sampel
Sampel merujuk kepada satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi. Sampel adalah
subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi. Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi
pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ sample sebanyak seribu orang pesara yang dipilih
daripada semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia boleh digunakan.
Parameter
Parameter adalah satu nilai yang mewakili bagi ciri-ciri dalam populasi. Lazimnya nilai-nilai
bagi parameter populasi tidak diketahui kerana populasi itu terlalu besar untuk mengukur
keseluruhannya dan teknik infrensi yang bersesuaian digunakakan untuk menganggarkan nilai-
nilai parameter-parameter populasi daripada persampelan atau statistik sampel.
Statistik
Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu penyelesaian masalah-
masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,
kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain.