You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan Pemimpin sekolah telah dikenal pasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah. Pemimpin sekolah perlu menguasai kecekapankecekapan baru dengan mengenepikan amalan-amalan lama dan dalam masa yang sama menguasai kemahiran-kemahiran baru dan sikap baru. Untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, peranan pemimpin hanya melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran sahaja di sekolah adalah didapati tidak berkesan Hussein Mahmood (1993). Mereka perlu proaktif bagi menangani perubahan persekitaran yang berlaku di dalam dan di luar sekolah.

Menurut Brent Davies dan Linda Ellison , Produk dan perkhidmatan sekolah perlu dianalisis dalam maksud yang seluas-luasnya. Fokus profesional ialah

kebanyakannya pada kurikulum dan penilaian . Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik adalah bergantung kepada pemimpin sekolah. Kajian-kajian lalu juga menunjukkan pemimpin sekolah mempunyai perkaitan dengan kejayaan akademik sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Dalam hal ini kepimpinan

instruksional adalah sangat relevan dengan organisasi sekolah khususnya perkaitan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan faktor-faktor sekolah berkesan. Artikel ini cuba menyingkap tentang bagaimana perkaitan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan tiga faktor sekolah berkesan iaitu efikasi kelektif guru, kompetensi guru dan iklim sekolah.

2.0 Pernyataan Masalah Artikel ini telah mengutarakan satu kajian tentang perkaitan antara amalan

kepimpinan instruksional guru besar dengan empat perkara yang menjadi isu utama sekolah berkesan iaitu efikasi kolektif guru, kompetensi guru , iklim sekolah dan menilai status amalan kepimpinan instruksional guru besar seperti yang dipersepsikan oleh guru-guru mereka. Soalan-soalan kajian yang dikemukakan adalah jelas mengenai perkaitan kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Tujuan kajian adalah jelas di mana persoalan yang menjadi masalah utama ialah sejauhmana guru besar mempraktikkan amalan-amalan kepimpinan instruksional dalam kerja buatnya dalam mengurus sekolah dan kajian ini juga menjelaskan sejauhmanakah kepimpinan instruksional mempunyai kaitan dengan efikasi kolektif guru, kompetensi guru dan iklim sekolah. Kajian ini boleh membuka minda para pemimpin sekolah dalam menjana sekolah berkesan di mana organisasi sekolah yang sentiasa sensitif dengan perubahan persekitaran dari masa ke masa. Pada pendapat saya bidang yang hendak dikaitkan dengan kepimpinan instruksional adalah sangat bersuaian di mana empat isu yang hendak dikaji adalah saling berkaitan. 3.0 Kepentingan Kajian Penulis telah memberikan pandangan bahawa selaku peneraju utama , guru besar seharusnya mempunyai ilmu kepimpinan instruksional dan seterusnya

mempraktikkannya di sekolah secara sistematis dan berterusan. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam memberi latihan kepada pemimpin sekolah, khususnya Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi merancana, merancang dan mengubal

modul latihan kepimpinan instruksional bagi menangani isu-isu yang lebih spesifik kepada keperluan pemimpin sekolah. Pandangan yang diberikan oleh penulis

menjadikan kajian ini lebih menarik untuk dibaca terutama kepada pembaca yang berkaitan dengan bidang kepimpinan di sekolah. 4.0 Sorotan Kajian Bagi pendapat saya, kajian ini sangat selari dengan penulisan dan kajian (literature) tentang sekolah efektif yang telah bermula sejak tahun enam puluhan di Amerika Syarikat yang banyak menyentuh tentang pemimpin pengetua sebagai faktor yang paling penting dalam mempengaruhi matlamat sesebuah sekolah. Kata-kata

principal can make a different yang diperkenalkan oleh Edmonds (1978), telah menjadi ungkapan penting dalam penulisan dan kajian ini Hussein Mahmood (1993). Perubahan dalam dunia pendidikan sentiasa berlaku sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan sesebuah negara, pemimpin sekolah perlu mempunyai daya dan keupayaan melaksanakan perubahan untuk penambahbaikan bagi memberi impak terhadap organisasi dari kajian Aishah Tamby Omar, Sabariah Shari dan Hemi Asmida (2011). 5.0 Metodologi penulisan

Kaedah penulisan yang digunakan oleh penulis amat tersusun mengikut format penulisan j u r n a l . Penulisan tersebut didahulukan dengan pengenalan kepada tajuk, isi kandungan dan berakhir dengan penutup. Sebagai pengenalan kepada tajuk, penulis menerangkan terlebih dahulu permasalahan yang timbul berkaitan dengan amalan

kepimpinan instruksional guru besar dan sekolah berkesan . Kemudian penulis menghuraikan tentang teknik Instrumen Principal Instructional Management Rating Scale Teacher FormVersi 2( Hallinger, 2000). Skala Efikasi Kolektif CES (Goddard, 2001), Teacher Competency ( Rusmini, 2006) dan Inventori Kesejahteraan SekolahRendah ( OHI-E) (Hoy, Tarter, &Konttkamp, 1991) telah ditadbirkan ke atas guru-guru. Teknik Strukctural Equation Modeling digunakan bagi mencari perkaitan antara

kepimpinan instruksional dengan ciri-ciri sekolah berkesan dengan menggunakan program AMOS. Manakala statistik min dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur dimensi-dimensi kepimpinan instruksional.

Di sini penulis mengfokuskan kepimpinan guru besar mempunyai perkaitan yang signifikan dengan iklim sekolah dan kompetensi guru. Pengkaji juga mendapati guru besar dalam sekolah kajian mengamalkan prinsip-prinsip kepimpinan instruksional

dengan baik. . Pengkaji menyediakan rangka konsep bagi setiap dapatan kajian dan meyertakan data-data bagi mengukuhkan dapatan soalan-soalan kajian. Pembaca boleh membuat rujukan daripada sumber-sumber rujukan yang telah digunakan. Ini menunjukkan teknik penulisan yang digunakan tersusun dan bersistematik serta dapat memberi kefahaman yang jelas terhadap tajuk yang dibincangkan. 6.0 Rujukan Penulis Penulis menggunakan sumber rujukan yang pelbagai dalam penulisannya. Terdapat lebih daripada 35 buah buku yang telah digunakan oleh penulis, di samping artikel daripada Jurnal dan majalah majalah . Kesimpulannya, penulis merupakan seorang yang amanah dan jujur dalam penulisannya, segala maklumat yang diambil

daripada bahan rujukan adalah tepat dengan halaman mukasurat yang dirujuk. Penulis juga berhati-hati dalam penulisan dengan merujuk kepada sumber rujukan yang lain agar tidak berlaku percanggahan pendapat dalam menghuraikan tajuk yang dibincangkan.

7.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya artikel ini telah membuktikan bahawa penentu utama bagi kejayaan dan keberkesananan sesebuah sekolah adalah aspek kepimpinan .

Kajian tentang sekolah berkesan dan menjadikan aspek kepimpinan sebagai fokus perbincangan instruksional dan akhirnya menyorotkan pemimpin efektif adalah pemimpin yang mengambarkan tingkahlaku yang banyak memberi tumpuan

kepada aspek kemajuan kurikulum dan pengajaran disekolah.

Saya berpendapat jurnal tulisan Sazali bin Yusoff, PHD, Rusmini binti Ku Ahmad, PHD, Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, PHD dan Zamri bin Abu Bakar ini adalah teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan.Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilahistilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyelidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format Gaya APA. Walaubagaimanapun pembaca perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di sekolah untuk mencapai kefahaman tahap yang maksimum.Secara

peribadi ,saya berpendapat

kajian ini dapat memberikan sumbangan yang besar mestilah mampu

kepada literature sekolah berkesan di mana pemimpin sekolah

menghayati dan mempraktikkan prinsip-prinsip kepimpinanan instruksional untuk menjana ke arah sekolah berkesan. Akhir sekali penulis mengakhiri penulisan dengan penutup dan membuat kesimpulan serta cadangan daripada topik yang dibincangkan.

Rujukan

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Bentong. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Abul Fuad Bin Mohammes Salim .(2010). Jurnal Pembestarian Sekolah :Pertalian Antara Tahap Penguasaan Komputer Dengan Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Serta Kekangannya Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Kelompok PKG Kampung Chap Bachok, Kelantan. Kuala Lumpur: Teknologi Pendidikan Malaysia.

Aishah Tamby Omar, Sabariah Sharif dan Helmi Asmida Yahya (2011). Sikap Terhadap Perubahan Dan Tekanan Kerja, Jurnal Penyelidikan

Pendidikan. Disember 2011. Putra Jaya . Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Brent Davies dan Linda Ellison (1999). Pemasaran Strategik Sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Dr. Tajul Ariffin Noordin & Dr. No Aini Dan (2002). Pendidikan & Pembangunan Manusia Penedekatan Bersepadu. Bandar Baru Bangi. Media. Hairuddin Mohd. Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf.(2009). Perancangan Strategik Sekolah.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. As-Syabab

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka Ismail Mustafa ( 2008). Kepimpinan Pendidikan Teori Dan Amalan. Jitra. Pure Honey Enterprise. Mohd Suhaimi Mohamed Ali Ph.D, BPPDP, Sharifah Md Nor PhD, Zaidatol Akmaliah LopePihie Ph.D ( 2007- 2 15). Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Sekolah Menengah Luar Bandar. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepiminan Ke 14. Genting Hidhlang. Institut Aminuddin Baki. Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Saedah Siraj (2008). Kurikulum Masa Depan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Sazali bin Yusoff, PHD, Rusmini binti Ku Ahmad, PHD, Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, PHD dan Zamri bin Abu Bakar (2007, Disember 105 120). Perkaitan Antara Kepimpinan Instruksional Terhadap Sekolah Berkesan. Kepimpinan Pendidikan. Malaysia. Institut Aminuddin Baki (IAB). Jurnal Pengurusan dan Kementerian Pelajaran

You might also like