You are on page 1of 10

Latar Belakang Tajuk

Bincangkan bagaimana seorang guru dapat membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk Menjawab soalan ini, penulis akan huraikan perspektif utama kehendak soalan iaitu bagaimana membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep mengajar pendidikan bahasa Melayu sering kali dianggap mudah bagi sesetengah pihak, namun begitu sebenarnya tidak kerana terdapat berbagai-bagai cabang dalam tajuk yang ada di dalam rancangan tahunan bahasa Melayu dan guru-guru itu juga harus mengikuti perubahan-perubahan dalam pendidikan yang mana banyak tercatat dalam banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Standard Guru Malaysia, dan yang terbaru KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan lain-lain. Semua yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya bermatlamat untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.0 Pendahuluan
Elemen komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam penyampaian objektif pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan seluruh isi pelajaran yang hendak di ajar dapat disampaikan dan pelajarnya dapat menerima pengajaran dengan jelas serta boleh membuat interpretasi yang tepat dalam pengajaran tersebut. Penggunaan komunikasi yang digunakan secara cekap dan tepat dalam segala situasi juga akan dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia akan dapat dilakukan dengan sempurna dan ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan pemahaman para pelajar dalam setiap pengajaran yang dipelajarinya.

Guru yang mahir berkomunikasi kebiasaannya akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih ceria, dinamik dan seterusnya akan dapat menerapkan nilai-nilai murni serta dapat membentuk akidah pelajarnya dengan lebih mudah dan berkesan walaupun terdapat banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada kepelbagaian proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah, suasana bilik darjah serta penggunaan alat bantuan mengajar yang canggih, tetapi yang lebih penting adalah kualiti interaksi komunikasi yang wujud di antara guru dan pelajar.

Konsep tajuk
2.0 Takrif Komunikasi
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, komunikasi bermaksud perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan serat, radio telefon, dll) ~ massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Berkomunikasi, Berhubung (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio telefon dll) mengadakan perhubungan ( bercakap, berbincang, bertukar pendapat, dll ) bahasa ialah alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikir. Menurut Maimunah Osman (2000), komunikasi merupakan asas kepada perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Secara kesimpulannya, penulis menyimpulkan secara peribadi bahawa komunikasi ini adalah satu medan perhubungan di antara dua manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara secara langsung dan tidak langsung. Dalam konteks perguruan pula, penulis menyimpulkan bahawa komunikasi ini merupakan salah satu elemen penting dalam mendidik pelajar supaya mencintai serta menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan . Imam Al-Ghazali ( 1058-1111M) menyatakan seorang yang amat mencintai ilmu dan memahami bahawa tujuan pendidikan adalah 'membuka ufuk baru dalam pemikiran'.

3.0 Tujuan Komunikasi


Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009), keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya sama tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham. Tujuan komunikasi merupakan salah satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi merupakan satu element penting yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat kematian yang mana bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang kewujudanya. Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat mempunyai tahap kepentingan yang tinggi tetapi kita perlu memahami apakah maksud komunikasi, kepentingan, langkah dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia. Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja tidak mampu untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana kecerdasan itu perlulah disertai dengan kemantapan emosi (Emotional Quotient ) atas rasional keupayaan individu dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi. Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.

4.0 Kemahiran dan Kaedah Komunikasi


Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang kecekapan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, Guru-guru seharusnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang isi pengajaran Bahasa Melayu yang hendak diajar dan sebaiknya, guru itu juga harus mengikuti perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan bahasa Melayu dan paling utama yang harus di fokuskan adalah

Kesediaan Guru Bahasa Melayu menyampaikan isi bahan pengajaran, ini amat penting dalam membina komunikasi yang lebih berkesan dalam pengajaran kurikulum bahasa Melayu dan seterusnya akan dapat mewujudkan keberkesanan pengajarannya.

Guru juga Harus mempunyai nilai pengetahuan serta fakta atau konsep bagi membolehkan guru menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran bahasa Melayu berkenaan. Dalam hal ini, akan dapat mewujudkan keyakinan kepada pelajar, bahawa setiap pengajaran yang diajar kepada mereka amat penting dan berguna dan komunikasi secara ini akan dapat menambah lagi keberkesanan tahap pemikiran pelajarnya.

Paling utama, sebelum mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu, guru itu seharusnya menguasai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran bahasa Melayu seperti penguasaan ilmu tatabahasa, dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu.

Dengan adanya ciri-ciri di atas guru-guru dapat merancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan pembelajaran (Wood 2002) dengan baik dan cemerlang.

4.1 Kemahiran berbahasa/bertutur.


Untuk membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu guru harus menguasai kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Menurut Izani Daud (2001), bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Penguasaan terhadap ilmu ini penting dalam komunikasi supaya guru dapat memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

4.1.1 Contoh Penggunaan Kemahiran Berbahasa/Bertutur 1. Guru dapat menyebut perkataan dengan sebutan yang betul. Oleh sebab itu, guru seharusnya menguasai terlebih dahulu penyebutan sesuatu perkataan dengan betul sebelum proses pengajaran sesuatu topik itu dilakukan. Dengan cara ini, para pelajar kan lebih yakin terhadap pengajaran gurunya. 2. Guru dapat bertutur dengan fasih supaya pendapat dan pandangan yang disampaikan oleh guru dapat didengari dengan jelas oleh pelajar. 3. Guru membuat latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang dikenal pasti.

4.2 Kemahiran Komunikasi Lisan.


Dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pendidikan Bahasa Melayu, guru harus mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan. Oleh itu, guru hendaklah lebih kreatif dalam membentuk sesuatu perhubungan itu terutamanya sesama pelajar dan guru. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar melahirkan pandangan mereka sendiri seiring dengan dasar pendidikan KBSR dan KSSR iaitu menggalakkan pelajar memberi Idea supaya pelajar itu berasa dihargai di dalam kelas. Selain dari itu, guru juga akan dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan seterusnya akan mendapat maklum balas yang sebenar dari pelajarnya. Dari itu, guru akan mudah membuat kesimpulan dan Impak untuk pengajaran seterusnya. Penggunaan kemahiran komunikasi yang kena tepat pada masanya akan mendapat banyak kelebihan kepada guru, antaranya ialah guru dapat menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga dapat meluaskan skop pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran. Dalam kajian Verdeber (2002 ) mendapati komunikasi sebagai proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Penggunaan komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesopanan dalam komunikasi.

3.2.1 Kelebihan Komunikasi Berbentuk Lisan 1. Kelebihan komunikasi berbentuk lisan adalah, guru kan mudah mendapat maklumat dan menerima mesej dari pelajarnya kerana terdapat unsur komunikasi dua hala di antara pelajar dan gurunya. 2. Guru akan dapat mengawal sesuatu keadaan dan situasi di dalam kelas. 3. Salah satu cara mudah untuk guru menyampaikan maklumat dan memberi idea baru seterusnya akan dapat meningkatkan daya pemikiran kreativiti pelajarnya.

4. Dalam komunikasi lisan, guru juga akan dapat meningkatkan dorongan dan motivasi pelajarnya dengan menerapkan unsur nilai-nilai murni kepada para pelajarnya.

3.2.2 Contoh penggunaan kemahiran Secara Lisan 1. Guru menggunakan kejelasan suara yang jelas. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru haruslah menggunakan kejelasan suara yang kuat. Dengan ini, semua pelajarnya akan dapat menumpukan perhatian dengan diucapkan oleh guru mereka dan impak kefahaman yang dapat diterima oleh pelajarnya akan meningkat. 2. Penggunaan komunikasi lisan juga bergantung kepada kelajuan percakapan seseorang guru itu, jika terlalu laju percakapan penyampaian sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh guru itu akan terjejas. 3. Ketinggian suara oleh guru haruslah dikawal dan perlu bersesuaian dengan persekitaran dan bilangan pelajarnya, pengaruh bahasa yang digunakan oleh guru kepada pelajar juga boleh mempengaruhi kefahaman pelajarnya. 4. Komunikasi secara lisan juga dapat membolehkan pelajar dan guru berkongsi pengalaman dan perasaan pelajarnya ketika bertutur sekalipun pelajarnya berlainan budaya dan latar belakang yang berbeza. Ketika ini, guru harus memainkan peranannya agar semua pelajarnya bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Brown and Levinson (1978) menyatakan bahawa strategi kesantunan dikembangkan untuk martabatkan pendengar dan pihak yang terlibat. Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah berterus terang, kesantunan positif, kesantunan negatif dan ia berlaku tanpa rekod. 5. Guru harus menggunakan teknik yang efektif, guru harus juga sering mengingatkan murid untuk memberi perhatian kepada idea dan perasaan rakan dan lebih bersifat terbuka dan mendengar apa yang diperkatakan oleh rakan dan juga gurunya.

6. Penyampaian sesuatu mesej itu haruslah sempurna walaupun berbeza topik kerana proses pengajaran itu boleh berlaku secara spontan dan untuk mengelakkan pelajarnya membuat kesimpulan sendiri secara tersirat atau tidak tersirat. 7. Komunikasi secara lisan juga haruslah disertai dengan senyuman, ekspresi muka dan pergerakan kecil tubuh badan supaya pelajarnya dapat memahami pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan oleh gurunya.

4.3 Komunikasi Bukan Lisan


McCardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk gestalt keseluruhan pada komunikasi. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan komunikasi bukan lisan ini dengan hanya menggunakan bahasa tubuh seperti eye contact atau melihat dengan penuh tumpuan kepada pelajarnya. Tubuh badan guru itu juga harus berada dalam posisi yang betul seperti menghadap pelajarnya supaya pelajar itu sedar akan kehadiran guru tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu itu berjalan.

4.4 Komunikasi menggunakan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) Dalam pengajaran Bahasa Melayu, penggunaan komputer sebagai bahan bantuan mengajar amat kurang berbanding mata pelajaran lain terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun pendekatan komunikasi menggunakan kaedah ini harus diguna pakai seiring dengan teknologi yang semakin maju. 4.4.1 Kaedah Pengajaran Komunikasi Menggunakan ICT
1. Video call atau panggilan video. Kaedah ini banyak digunakan di dalam abad teknologi kini dan banyak syarikat-syarikat dunia maya menyediakan perkhidmatan ini sebagai contoh Yahoo messenger dan Google talk. Dalam pengajaran berbentuk panggilan video ini, pelajar dan guru itu berkomunikasi menggunakan komputer di rumah. Dalam kaedah pengajaran seperti ini, guru itu haruslah berpakaian kemas dan menggunakan kejelasan suara yang kuat supaya pelajar yang menggunakan aplikasi ini

akan nampak yakin dan memahami isi pengajaran yang ingin di sampaikan oleh guru mereka. 2. Power Point. Dalam kaedah komunikasi ini, guru berkomunikasi dengan pelajarnya menggunakan isi-isi penting yang telah disediakan oleh guru tersebut terlebih dahulu. Dalam konsep pengajaran seperti ini, guru banyak berkomunikasi dengan menggunakan kaedah bersoal jawab serta bertanyakan pendapat pelajarnya tentang isi-isi kandungan topik yang hendak diajar. 3. Guru lebih kepada Fasilitator. Dalam hal ini, guru yang mengajar bahasa Melayu itu, hanya perlu berkomunikasi dengan membimbing pelajarnya mencari maklumat yang hendak diajar dalam sesuatu topik yang diajarnya.

Kesimpulan
Berdasarkan maklumat di atas, seseorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu sangat perlu menguasai kemahiran komunikasi agar kawalan di dalam kelas dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan yang mana akan memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu, guru itu seharusnya memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu mata pelajaran bahasa Melayu itu akan tercapai objektifnya seperti yang di rancang dalam buku penulisan pengajaran hariannya. Selain dari itu juga, guru itu seharusnya bijak dalam memilih waktu dan tempat komunikasi supaya mesej yang hendak disampaikan itu lebih jelas, menarik dan murid pula akan mudah memahami dan berupaya menerima mesej tersebut dengan sempurna seterusnya akan berupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dan mewujudkan hubungan yang baik.

Rujukan
1. Drs. Jalaluddin Rakhmat M. SC, Metode Penelitian Komunikasi : Dilengkapi Contoh Analisis Statistik. Bandung Pt Remaja Rosdakarya 1999. 2. Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda ? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2000 3. Dr. Roselan Baki, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia 4. A. Fanar Syukri Berita Sorotan Bulletin Buku Tamu : Rambu-rambu Berkomunikasi Tokyo, Ketua Divisi Publikasi ISTECS-Japan, Universiti Of ElectoCommunications (UEC) afanars@fedu.uec.ac.jp 2003 Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet
http://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/09/komunikasi/

You might also like