You are on page 1of 5

TEKS MC PELANCARAN PROGRAM NILAM Dari Raub ingin ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis, Harap semua berikan

perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun, Pantun diatur pembuka bicara. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Yang Berusaha ___________________ (Guru Besar SK Sungai Batu), _______________ (Penolong Kanan Pentadbiran), __________________ (Penolong Kanan HEM), ____________________________ (Penolong Kanan Kokurikulum), Yang berusaha Encik Marzuki bin Abu Samah (Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Bayan Lepas), Yang diraikan Pn Mawarni Bt Abdul Rashid, Guru Perpustakaan dan Media SK Sungai Batu, Pn Afidah bt Yusoff, Guru Pengiring, Saudari _______________, TOKOH NILAM PERINGKAT SK Sungai Batu TAHUN 2010, Ketua-ketua Panitia, Yang dikasihi rakan-rakan guru, seterusnya para pelajar yang saya sayangi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita berhimpun dalam majlis dua dalam satu ini iaitu Majlis Pelancaran Program NILAM 2011 dan Pelancaran Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2011. Majlis Pelancaran Program NILAM ini merupakan majlis yang julung kali diadakan di sekolah kita. Untuk pengetahuan semua, majlis ini diadakan sebagai platform permulaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar di sekolah yang baru mula mengenal apa itu NILAM. Guru-guru dan para pelajar sekalian, Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan Adik .................., untuk membacakan doa. Terima kasih. Diharapkan dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan lebih diberkati. Guru-guru dan para pelajar sekalian, Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan Yang berusaha Encik Marzuki bin Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Bayan Lepas untuk menyampaikan ucapan seterusnya memberi sedikit maklumat berkenaan NILAM kepada kita semua, Semua pelajar diminta mendengar dengan penuh teliti kerana soalan-soalan kuiz akan dipetik daripada isi teks ucapan ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, UCAPAN PEGAWAI PKG Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berusaha Encik Marzuki bin Abu Samah, di atas ucapannya sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Guru Besar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha ________________, Guru Besar SK Sg Batu untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis PElancaran Program NILAM 2011 dan Hari BUku dan Hak CIpta Sedunia Peringkat SK Sungai Batu. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN GB Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan GB atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan sekali lagi Pn Mawarni, diiringi oleh Pn Afidah bt Yusoff untuk melaksanakan upacara pelancaran Program NILAM peringkat sekolah tahun 2011. UPACARA PERASMIAN Dengan terlepasnya belon itu tadi, maka rasmilah sudah pelancaran Program NILAM Peringkat SK SG BT tahun 2011. Sebagai tanda simbolik terhadap majlis kita pada hari ini, dipersilakan Tuan Guru Besar menyerahkan seberkas buku NILAM kepada Ketua Murid, SK Sg Bt. Dipersilakan Saudara tersebut. _____________ dari Tingkatan kelas ____________ untuk menerima buku

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan GB atas kesudian melancarkan Program NILAM pada hari ini dan penyerahan simbolik itu tadi. Guru-guru dan Para pelajar sekalian, Bersarang merbah di Kuala Langat, Manis madunya pabila dimakan, Suasana meriah bertambah hangat, Lagu NILAM kami persembahkan. Sebagai halwa telinga, kita meriahkan majlis kita pada pagi ini dengan persembahan, Lagu NILAM daripada Kumpulan Koir Pengawas Pusat Sumber SK Sg Batu. Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan... NYANYIAN LAGU NILAM Begitu lah tadi persembahan nyanyian Lagu NILAM oleh Kumpulan Koir Pengawas Pusat Sumber Sg Batu Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Kuini mencelah di dahan penanti, Buah mempelam dibelah-belahkan, Kini tibalah saat dinanti, Tokoh NILAM SK Sg Bt kami tampilkan. Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai memperkasakan lagi majlis pada hari ini, sukacita dipersilakan dengan segala hormatnya TOKOH NILAM Peringkat _______________Tahun 2010, adik ________________ dari kelas __________untuk menyampaikan pengucapan umum beliau yang bertajuk ....................................... PENGUCAPAN UMUM TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2010 Begitu lah tadi persembahan pengucapan umum oleh Tokoh Nilam SK ___________ iaitu adik _____________. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Diharapkan menerusi ketrampilan adik ____________ tadi mampu memberi percikan semangat dan sejalur harapan kepada warga pelajar SK ____________ memperkasakan pencapaian NILAM di peringkat sekolah kita ini. Guru-guru dan Para Pelajar sekalian, Majlis diteruskan dengan Pertandingan Kuiz Spontan NILAM. Untuk Menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kuiz Spontan, dijemput Tuan GB _______________ diiringi Guru NILAM, ________________________ untuk menyempurnakan majlis. KUIZ SPONTAN NILAM Ada 10 soalan kuiz spontan yang mudah berkenaan NILAM yang perlu dijawab. Soalan ini terbuka kepada semua pelajar yang ada di sini. Sesiapa yang ingin menjawab, sila tampil segera di hadapan astaka, nyatakan nama, kelas dan jawapan bagi soalan yang ditanya. SOALAN KUIZ 1. Nyatakan maksud NILAM? Jawapan : Nadi Ilmu Amalan Membaca 2. Berapakah tahap dalam Program NILAM dan sila nyatakan tahap tersebut? Jawapan : Ada 2 tahap iaitu TAHAP JAUHARI DAN TAHAP RAKAN PEMBACA 3. Berapakah buah buku yang perlu dibaca oleh pelajar untuk mencapai TAHAP JAUHARI? Jawapan : 100 buah 4. Di manakah Buku Rekod NILAM boleh didapati? Jawapan : Pusat Sumber Sekolah SK ______________ 5. Siapakah yang merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM pada hari ini? Jawapan : Tn GB, ____________________.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan GB_______________ atas kesudian menyampaikan hadiah. Bagi meneruskan sesi soalan kuiz, seterusnya dijemput GPM ________________ dengan diiringi Guru Pengawas PSS, _____________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kuiz Spontan seterusnya,

6. Berapakah biji belon yang dilepaskan semasa Majlis Pelancaran Program NILAM sebentar tadi? Jawapan : 10 biji 7. Nyatakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Pengawas PSS sebentar tadi? Jawapan : Lagu NILAM 8. Siapakah Tokoh Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan ______________ 2010? Jawapan : ________________________ 9. Nyatakan tajuk Pengucapan umum yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi. Jawapan : ............................. 10.Nyatakan salah satu hadiah yang bakal diperolehi Pemenang Hadiah Nilam pada hujung tahun ini nanti. Jawapan : Basikal, Kamus BESTA, Pen Drive. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pegawai Teknologi Pendidikan ____________ atas kesudian menyampaikan hadiah dan tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada penerima-penerima hadiah pada hari ini. Para guru dan pelajar yang dikasihi sekalian, Pulan Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para tetamu jemputan yang hadir pada hari ini, saya amat berbesar hati menjemput sekali lagi Tuan GB, _________________ dengan diiringi Penolong Kanan Pentadbiran, __________________ untuk menyampaikan sedikit tanda kenang-kenangan kepada para tetamu jemputan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang berusaha ________________________, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG _____________. Puan _____________________________, GPM SK ___________________________ Dan Adik _______________________ Tokoh NILAM Peringkat Sekolah 2010. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan GB, _____________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan pihak Pusat Sumber Sekolah __________________________ di atas segala sokongan, komitmen dan keprihatinan Tuan GB dalam usaha memberi nafas baru untuk membangunkan PSS, Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan Ketua Pengawas PSS Sesi 2011, adik _____________________ sebagai wakil seluruh tenaga kerja Pusat Sumber Sekolah _________ untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Tuan GB, ___________________. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan GB, _______________ di atas kesudian beliau. Seterusnya, tidak lupa juga kepada warga pendidik yang bertindak sebagai pemangkin terlaksananya Program NILAM di SK _______________ ini. Majlis mempersilakan Saudari-saudari Pengawas PSS menyampaian sedikit bingkisan cenderahati yang tidak sebarapa ini dari Pusat Sumber Sekolah. Sudi-sudikanlah. Majlis mengucapkan terima kasih. Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,maka berakhirlah sudah majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah tahun 2011. Bagi pihak majlis, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kami bagi pihak Pusat Sumber Sekolah _______________ juga ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Tinggi sungguh pohon cemara, Tegak merimbun di tengah kota, Tersalah, terkasar butir bicara, Sepuluh jari maaf dipinta. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh.

You might also like