You are on page 1of 2

FORUM ( QGU3013 ) Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

1. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa

hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Sila jelaskan maksud kurikulum futuristik dan bagaimanakah kurikulum tersebut ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia? (28/9/2012)

2. Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah

sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut. (12/10/2012

3. Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan, cuba kenal pasti pelaksanaan kurikulum yang mengintegrasikan di antara kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan. (26/10/2012

4. Bincangkan perbezaan diantara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran

alternative. (9/11/2012)

5. Pilih satu tajuk yang sesuai dan cuba anda bina satu bentuk pentaksiran bagi

mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Dua berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan bincangkan serta dapatkan pandangan bersama rakan-rakan berdasarkan kesesuai bentuk pentaksiran tersebut. (16/11/2012)

6. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

yang manakah berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan? Pada pandangan anda, sejauhmanakah akta tersebut digunapakai di sekolah anda? (30/11/2012)

You might also like