You are on page 1of 15

TEKS MC KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKPJ3 KALI KE 9 Diumumkan ketibaan tetamu kehormat En. Abdul Razak b.

Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, diiringi oleh Pn. Hajah Kamisah Binti Aziz, Pengetua SMK Permas Jaya 3 bersama-sama dif-dif kehormat menuju ke khemah utama. Sembah salam selamat datang sebentar tadi telah disempurnakan oleh Persatuan Silat Seni SMK. Permas Jaya 3, yang terdiri daripada Rohid Alfian, Amirul, Fakhrul Radzi, dan Felix. Yang Berbahagia, En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Yang Berusaha, Pn. Hajah Kamisah bt. Aziz, Pengetua SMK. Permas Jaya 3, Yang dihormati, En Rosman bin Sariman Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK. Permas Jaya 3, Yang Mulia, Tunku Yan Nazihah binti Tunku Laksamana Nasir Pengerusi, Persatuan Kanak-kanak Spastik Negeri Johor, - Pengetua-pengetua - Guru besar-guru besar, - Guru-guru Penolong Kanan, - para ibu bapa, guru-guru, -pelajar-pelajar dan para hadirin sekalian

Asal Juragan mengail ikan, sambil bersuka di tepi kuala, masa jangan kita tangguhkan, tirai dibuka majlis bermula. ASSALAMUALAIKUM WBT , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu selamat datang diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ke Majlis Kejohanan Sukan Olahraga SMK. Permas Jaya 3 kali ke 9. Kejohanan sempama ini amat dinanti-nantikan oleh segenap warga sekolah ini kerana melalui acara-acara yang dipertandingkan, akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dan melahirkan ahli-ahli sukan yang berkaliber pada masa hadapan. Dengan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat muhibah yang dapat dipupuk melalui kejohanan olahraga ini, diharapkan dapat membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan harmoni. Selain itu, acara kejohanan sukan olahraga ini juga selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan, di mana melalui dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Hadirin sekalian, Tanpa melengahkan masa di jemput , Yang Berbahagia, En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang ke hadapan pentas , Diiringi oleh Pn. Hajah Kamisah bt. Aziz, Pengetua SMK. Permas Jaya 3, untuk menyaksikan upacara perbarisan lintas hormat oleh Badan-badan Unit Beruniform, dan Rumah-rumah Sukan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Perbarisan Lintas Hormat Hadirin sekalian, Upacara perbarisan lintas hormat ini diketuai oleh Ketua Komandan, Sarjan Mohd Hanif b. Mohd Noor, Ketua Kontinjen Kejohanan saudara See Toh Kuo Fei dan pasukan pembawa bendera kejohanan kali ke 9 ini diterajui oleh Ketua pembawa bendera, Sarjan Helmi b. Rafid, diikuti oleh Koperal Abdul Karim b. Shafie, Koperal Mohd Ismee b. Tahir, Koperal Mohd Ridzuan b. Abdul Rahman dan Koperal Asrul b. Izhar..

KRS Pasukan yang segak melangkah serba hijau yang sedang melintasi pentas utama kini ialah pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Badan beruniform ini diketuai oleh Korperal Cornelius Anak Tamin, pembawa bendera pasukan ini ialah Muhd Hafiidz b. Zawawi dan pembawa sepanduk ialah Khadijah. Pasukan ini terdiri daripada 21 orang ahli dan dibimbing oleh En Azmi b. Ismail.

PBSM Seterusnya, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Pasukan yang sentiasa bergerak aktif ini merupakan sebuah badan beruniform yang sering melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan. Pasukan ini diketuai oleh See Shu Hui, Pembawa bendera pasukan ini ialah Hea Xuan Peng, Pembawa sepanduk pula ialah Kam Pei Jing. Pasukan PBSM ini dibimbing Pn. Tai Wai Yee dan terdiri daripada 21 orang ahli. Kadet Polis Kadet Polis Seterusnya menyusul pula, Pasukan Kadet Polis. Pasukan ini diketuai oleh Koperal Zulfikar b. Rizal, Pembawa bendera pasukan ini ialah Zarul b. Kamarudin dan Pembawa sepanduk pula ialah Veronica Syelynie a/k Micheal Julin . Pasukan ini terdiri daripada 21 orang ahli dan di bawah pimpinan En. Daniel Albert Wong. Pengakap

Pengakap Hadirin sekalian, Seterusnya, Unit Beruniform yang sedang melintasi pentas utama ialah Pengakap. Pasukan ini diketuai oleh Fahmi Alvian b. Abdillah, Pembawa bendera pasukan ini ialah Surendran a/l Vadivellu dan pembawa sepanduk pula ialah Farah Najiha bt. Kosni. Pasukan ini terdiri daripada 19 orang ahli dan di bawah pimpinan Cik Nuraini bt. Mohd Sarkawi. Pandu Puteri Cantik bergaya mengatur langkah, kini melalui pentas utama ialah Pasukan Pandu Puteri. Pasukan Pandu Puteri ini diketuai oleh How Xin Yi, Pembawa bendera pasukan ini ialah Umirah Syafiqah. Pembawa sepanduk pula ialah Lydia Sahana a/p Sivakumar. Pasukan Pandu Puteri ini di bawah pimpinan Cik Lim Shu Hui dan terdiri daripada 19 orang ahli.

Puteri Islam Hadirin sekalian, Langkah bersopan, penuh keanggunan puteri-puteri Islam yang bakal menjadi serikandi negara. Pasukan Puteri Islam ini diketuai oleh Nur Syazwani bt. Rahamat, Pembawa bendera pasukan ini ialah Nurul Izah bt. Othman manakala Pembawa sepanduk pula ialah Qatrunnada bt. Ahmad Hudhairi. Pasukan Puteri Islam ini di bawah pimpinan Pn. Norwahyu bt. Abdil Manaf dan terdiri daripada 21 orang ahli.

Taekwondo Seterusnya menyusul pula, Pasukan Taekwondo. Pasukan ini diketuai oleh Choi Chun Yee, Pembawa bendera pasukan ini ialah Ng Zhi Jing, dan Pembawa sepanduk pula ialah Choi Chun Hao. Pasukan ini terdiri daripada 21 orang ahli dan di bawah pimpinan Pn. Normadiah bt. Kasdi

Rumah Zamrud / Hijau Hadirin sekalian, Kini menyusul pula barisan pasukan rumah-rumah sukan SMK. Permas Jaya 3. Pasukan yang sedang melintasi pentas utama kini ialah Rumah Zamrud . Pasukan ini diketuai oleh Mohd Riduan b. Mohd Rashid. Pembawa bendera pasukan ini ialah Norkhairee Akhmal b. Jamaluddin dan pembawa sepanduk pula ialah Yola Riska bt. Syaiful. Pasukan in terdiri 22 orang ahli dan dibawah pimpinan Cik Sazarina bt. Md Saleh.

Rumah Topaz / Kuning Pasukan seterusnya ialah pasukan Rumah Topaz. Pasukan ini diketuai oleh Mohd Syawal b. Mohd Adabi. Pembawa bendera pasukan ini ialah Muhd Shukri b. Sulaiman, dan pembawa sepanduk ialah Amy Nurathira bt. Muzilan. Pasukan ini terdiri 25 orang ahli dan dipimpin oleh Cik Norazmah bt. Mohd Roslan.

Rumah Violet / Ungu Seterusnya ialah pasukan Rumah Violet. Pasukan ini diketuai oleh Nurul Arina bt. Zamri. Pembawa bendera pasukan ini ialah Mohd Fadli Shah b. Abdul Latif dan pembawa sepanduk ialah Nur Elyia Natasha bt. Abd. Rahman. Pasukan ini di bawah pimpinan Cik Farah Nadia bt. Zainul Abidin dan terdiri 21 orang ahli.

Fire Opel / Jingga Pasukan yang sedang melintasi pentas utama kini ialah Rumah Fire opal .Pasukan ini diketuai oleh Muhd Harith b. Kamaluddin. Pembawa bendera pasukan ini ialah Muhd Asyraf b. Zahrin, dan pembawa sepanduk pula ialah Nur Farrahin bt. Tahir. Pasukan in terdiri 17 orang ahli dan dibawah pimpinan Cik Norita bt. Abd. Razak.

Nilam / Biru Kini menyusul pula barisan pasukan Rumah Nilam. Pasukan ini diketuai oleh Faizal b. Ismail. Pembawa bendera pasukan ini ialah Bobson a/l Christie dan pembawa sepanduk pula ialah Aina Izzaty bt Sazii. Pasukan in terdiri daripada 21 orang ahli dan dipimpin oleh Cik Noraini bt Mat Ghani.

Delima / Merah Hadirin sekalian, Pasukan yang terakhir sedang melalui pentas utama kini ialah di bawah pimpinan Cik Norlela bt. Ismail. Pasukan ini diketuai oleh Mohd Shah b. Abdullah. Pembawa bendera pasukan ini ialah Abdul Razmil b. Jamil, manakala pembawa sepanduk ialah Srikala Subramaniam. Pasukan ini terdiri daripada 20 orang ahli. Begitulah tadi selesainya upacara lintas hormat oleh Unit beruniform dan Kontinjen Rumah Sukan SMK Permas Jaya 3.

Penyampaian Amanat dan Ucapan daripada Pengetua Hadirin sekalian, Seterusnya bagi meneruskan majlis pada hari ini, dijemput Puan Hajah Kamisah bt. Aziz, Pengetua SMK. Permas Jaya 3, untuk menyampaikan amanat dan ucapan kepada peserta-peserta kejohanan olahraga dan seluruh warga sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . Demikian tadi amanat dan ucapan yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Kamisah bt Aziz, Pengetua SMK Permas Jaya 3. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Penyampaian Ucapan Perasmian Seterusnya, majlis amat berbesar hati mempersilakan tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia, En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 9 ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia En. Abdul Razak b. Abd Samad merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-9 SMK Permas Jaya 3 . Semoga segala pesanan dan amanat dapat dijadikan panduan kepada seluruh warga sekolah .

Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan Hadirin yang dihormati sekalian, Kini tibalah pula upacara menaikkan bendera Kejohanan. Pasukan pembawa bendera kejohanan kali ke 9 ini diterajui oleh Ketua pembawa bendera, Sarjan Helmi b. Rafid, diikuti oleh Koperal Abdul Karim b. Shafie, Koperal Mohd Ismee b. Tahir, Koperal Mohd Ridzuan b. Abdul Rahman dan Koperal Asrul b. Izhar.. Begitulah tadi sempurnanya upacara menaikkan bendera Kejohanan. Dengan berkibarnya bendera kejohanan, maka bermulalah Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 9, SMK. Permas Jaya 3 2012.

Bacaan Doa Untuk memberkati majlis pada hari ini, dijemput Ustaz Mohd Nasir b. Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nasir b. Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Upacara Melafazkan ikrar Seterusnya, upacara melafazkan ikrar oleh ketua Kontinjen Kejohanan saudara See Toh Kuo Fei. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan pembacaan ikrar sebentar tadi, maka bermulalah acara pada hari ini. Semoga semangat kesukanan dan semangat juang yang tinggi akan ditonjolkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian. Kini perbarisan keluar padang.

Persembahan Hadirin sekalian, Untuk menyerikan majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan-persembahan daripada pelajar pelajar SMK Permas Jaya 3. Pembuka tirai persembahan ialah Senamrobik. Majlis mempersilakan pasukan Senamrobik SMK Permas Jaya 3. Begitulah persembahan menarik dan bertenaga daripada Pasukan Senamrobik SMK Permas Jaya 3. Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan dan kelolaan Pn. Rozilawati bt. Idrus dan Cik Rosy Nurul Hidayati bt Yahya.

Seterusnya, dari padang SMK Permas Jaya 3, kami bawakan kepada anda sebuah persembahan Silambam yang bakal dipersembahkan oleh pelajar Persatuan Silambam SMK Permas Jaya 3. Begitulah gerakan tangkas Seni Silambam yang dipersembahkan sebentar tadi. Seni Silambam adalah seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi Bangsa Tamil di seluruh dunia. Persembahan Seni Silambam itu tadi adalah dibawah bimbingan En. Mathan Kumar.

Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa, kami persembahkan kepada anda persembahan Taekwando daripada Unit Beruniform Taekwando SMK Permas Jaya 3. Untuk itu, majlis mempesilakan Pasukan Taekwando untuk membuat persembahan. Demikian tadi, satu persembahan yang cukup bertenaga daripada Pasukan Taekwando SMK Permas Jaya 3. Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan Cik Cheah.

Penyampaian Hadiah Untuk Acara Lompat Jauh dan Lontar Peluru Kini, tibalah pula upacara penyampaian hadiah kepada pemenang Acara Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Untuk makluman hadirin, Acara Lompat Jauh dan Lontar Peluru telah dipertandingkan pada 23 April 26 April 2012 sebagai acara sebelum sukan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abdul Razak b. Abd Samad Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, diiringi oleh Puan Hajah Kamisah Binti Aziz untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Lompat Jauh Perempuan (C ) 1 2 3 Lompat Jauh Perempuan (B ) 1 2 3 Lompat Jauh Perempuan (A ) 1 2 3

Lontar Peluru Lelaki (C ) 1 2 3 Lontar Peluru Lelaki (B ) 1 2 3 Lontar Peluru Lelaki (A ) 1 2 3

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Abdul Razak di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pemberian Cenderamata Hadirin sekalian, Pihak sekolah amat berbesar hati kerana Yang Berbahagia En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, di atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan sebagai kenang-kenangan. Majlis menjemput Puan Hajah Kamisah Binti Aziz, Pengetua SMK Permas Jaya 3 untuk menyampaikan cenderamata tersebut.

Majlis berehat Sebentar Hadirin sekalian, kini majlis berehat sebentar. Sementara itu, dijemput En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, diiringi oleh Pn. Hajah Kamisah bt. Aziz, Pengetua SMK Permas Jaya 3 bersama tetamu jemputan ke kantin untuk menikmati jamuan ringan.

Kejohanan Olahraga Akan Bermula dan Berlangsung Kejohanan Olahraga akan bermula sebentar lagi.. Diminta pegawai kejohanan olahraga menambil tempat. ACARA BERLANGSUNG

Majlis Penutupan Rasmi Majlis penutupan rasmi akan bermula sebentar lagi Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di hadapan pentas sekarang.

Penyampaian Hadiah Hadirin yang dihormati sekalian, kini tibalah upacara penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada pemenangpemenang rumah sukan. Majlis ingin menjemput

Ucapan Penutup Kejohanan Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan penutupan kejohanan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Abdul Razak b. Abd Samad Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, di atas ucapan penutupan kejohanan Olahraga SMK Permas Jaya 3.

Bendera Kejohanan Diturunkan Kejohanan tamatlah sudah. Kini bendera kejohanan akan diturunkan. Para hadirin diminta berdiri.

Penyerahan Bendera Kejohanan Hadirin sekalian, Kini tibalah upacara penyerahan bendera kejohanan oleh Ketua Pembawa Bendera, Sarjan Helmi bin Rafid kepada Pengetua SMK Permas Jaya 3. Majlis mempersilakan Pn. Hajah Kamisah bt Aziz ke pentas utama untuk menerima bendera kejohanan. Majlis mengucapkn terima kasih kepada Pn. Hjh Kamisah bt. Aziz, Pengetua SMK Permas Jaya 3.

Nyanyian Lagu Negaraku Sebagai penutup acara pada hari ini, para hadirin diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu negaraku.

Berakhirlah Kejohanan Sukan Hadirin sekalian, Dengan itu, berakhirlah sudah Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-9 SMK Permas Jaya 3 2012. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan rumah sukan yang telah berjaya meraih kecemerlangan . Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan kami sendiri. Dian tiga lilin pun tiga, tanglung tergantung rumah laksamana, diam juga sabar pun juga, ada umur tidak ke mana. Tuan puteri pergi ke rasah, pulang semula sebelah pagi, kita bertemu akhirnya berpisah, diizin tuhan bersua lagi. Assalamualaikum WBT dan jumpa lagi tahun hadapan.

Yang Berbahagia, En. Abdul Razak b. Abd Samad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Yang Berusaha, Pn. Hajah Kamisah bt. Aziz,, Pengetua SMK. Permas Jaya 3, Yang dihormati, En Rosman bin Sariman Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK. Permas Jaya 3, Yang Mulia, Tunku Yan Nazihah binti Tunku Laksamana Nasir Pengerusi, Persatuan Kanak-kanak Spastik Negeri Johor, - Pengetua-pengetua - Guru besar-guru besar, - Guru-guru Penolong Kanan, - para ibu bapa,, guru-guru, -pelajar-pelajar dan para hadirin sekalian

You might also like