You are on page 1of 10

SUKATAN

Topik 1: Pergerakan Asas Topik 2: Persepsi Motor Topik 3: Pergerakan Pendidikan Topik 4: Gimnastik Artistik Topik 5: Gimrama Topik 6: Pergerakan Kreatif

Contoh Soalan Pendidikan Pergerakan Topik 1: Pergerakan Asas a) Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran ruang. Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang am Membuat pergerakan menggunakan ruang diri Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan Bergerak menggunakan berbagai-bagai ekstensi Merangkaikan pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek ruang

b) Berikan objektif pengajaran dan pembelajaran gimnastik pendidikan. Memberikan pendedahan kepada murid-murid kepada pelbagai pengalaman pergerakan. Meningkatkan kesedaran tentang tubuh badan dan konsep tubuh badan. Membangun konsep pergerakan melalui pendekatan Penemuan Terbimbing dan Penyelesaian Masalah. Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik.

c) Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting tentang kesedaran ini.

d) Terangkan jenis-jenis imbangan dan huraikan dengan contoh yang sesuai.

Topik 2: Persepsi Motor a) Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak terutama prasekolah. Bincangkan kepentingan persepsi motor. b) Apakah bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita yang mengawal imbangan? Terangkan. c) Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh dua jenis imbangan tersebut. d) Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting tentang kesedaran ini. e) Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-dua jenis ruang tersebut. (Ruang diri, Ruang am)

Topik 3: Pergerakan Pendidikan a) Nyatakan lapan tema yang ada dalam gimnastik pendidikan. b) Berikan objektif P&P Gimnastik Pendidikan. c) Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran ruang.

Topik 4: Gimnastik Artistik a) Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran ruang. b) Berikan objektif pengajaran dan pembelajaran gimnastik pendidikan. c) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan aliran bebas? Berikan beberapa contoh pergerakan untuk aliran ini. d) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan aliran terikat? Berikan beberapa contoh pergerakan untuk aliran tersebut. Gimnastik Artistik e) Berikan tafsiran dan nyatakan pola pergerakan dalam gimnastik artistik. f) Nyatakan tiga kejohanan besar dalam kalendar gimnastik dunia. Olimpik, Kejohanan Dunia (World Championship), Kejohanan Eropah. Senaman untuk lelaki ada 6 acara: Senaman lantai Kekuda berpelana Gelang Lombol Palang sejajar Palang tunggal

Perempuan: Senaman lantai Lombol Palang bertingkat Batang titian

Topik 5: Gimrama a) Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama. Bola, reben, belantan, gelung rotan, tali. (Huraikan tentang panjang, ciri etc) b) Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama. Siling tinggi, lantai rata, ada permaidani (untuk pertandingan. Latihan pakai mat), tempat luas. c) Nyatakan corak pertandingan gimrama. Tiga peringkat kategori (start first kategori, continue & qualify to the next): a. acara berpasukan b. perseorangan keseluruhan c. acara menggunakan alatan

Topik 6: Pergerakan Kreatif 1. Berikan tafsiran pergerakan kreatif. 2. Nyatakan kepentingan pergerakan kreatif untuk golongan pelajar. 1. Pergerakan Kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. 2. PK memperdalamkan pemahaman tentang manusia. 3. PK mengurangkan ketegangan emosi. 4. PK membantu membina corak tingkah laku yang utuh. 5. PK membentuk sifat-sifat jaya diri dan inisiatif. 6. PK meningkatkan kemahiran pergerakan. 7. PK memperkembangkan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif. 8. PK memperkembangkan kemahiran pembelajaran kognitif (mental) dan afektif (emosi). 9. PK membentuk hubungan baru dengan diri sendiri dan dengan orang lain. 3. Huraikan nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam pendidikan Pergerakan Kreatif.

Nota Pendidikan Pergerakan


Topik 2: Persepsi Motor
Pendidikan pergerakan asas: menyumbang peningkatan keseluruhan pelajar. membentuk sikap/sahsiah (sosial, emosi, estatik)

Pendidikan Pergerakan perlu didedahkan di peringkat prasekolah - memperkenalkan cara hidup yang sihat.

Kemahiran Persepsi Motor Aktiviti Persepsi penting untuk kanak-kanak kerana: Gerakan Berkodinasi: 1. Mengimbang Dua jenis imbangan: 1. Imbangan statik pusat graviti berada setempat dirian tangan 2. Imbangan dinamik berjalan, meniti tali, berlari. Contoh: - mengimbang dengan buai. - Lompat ketinting Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal posisi badan. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar keseimbangan dicapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Koklea yang terdapat dalam organ pendengaran memelihara keseimbangan tubuh. Dalam permainan dan sukan imbangan penting dalam memantapkan perlakuan dan gerakan.

2. Kesedaran badan 3. Kesedaran ruang Ruang adalah kawasan di mana kita hidup sekeliling kita. Ruang diri ialah ruang sekeliling individu.

Ruang am kawasan yang diperlukan untuk perlakuan.

4. Kesedaran arah Kesedaran arah membolehkan pelajar memanipulasi arah. Aktiviti kesedaran arah ,e,erlukan koordinasi pelbagai arah dan anggota tubuh. Penerokaan pergerakan meningkatkan kesedaran arah. Pergerakan ke hadapan, kekiri, kekanan boleh membawa kesedaran arah.

5. Koordinasi tangan, kaki & mata. Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelars pergerakan dengan kemas dan lancar. Contoh: Memanah Menembak

Rujukan Abdul Hafidz, Haron dan Husain (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Buku Teks tahun 1. KL Dewan Bahasa dan Pustaka. Helen Tan (2006). Pengajaran Pendidikan Jasmani Awal Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Topik 3: Pergerakan Pendidikan (Gimnastik Pendidikan)


Empat tujuan pembelajaran: 1. Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan. 2. Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran. 3. Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran. 4. Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan.

Gimnastik Pendidikan
Pergerakan Lapan Tema Apa itu Gimnastik Pendidikan? Gimnastik Pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan: 1. Tubuh badan 2. Ruang 3. Masa aliran 4. Ritma Pergerakan dalam gimnastik pendidikan asas kepada pergerakan artistik dan gimrama irama.

1. Kesedaran tubuh badan Melibatkan bahagian luaran seperti kepala , bahu, tangan, torso, dan kaki. Kesemua pergerakan untuk a. Kekuatan otot b. Ketangkasan c. Imbangan d. Koordinasi Jenis-jenis Pergerakan dalan Kesedaran Tubuh Badan Bergerak secara sentuhan berselang (lantai) lari, berjalan etc.

Bergerak secara sentuhan selalu (lantai) gulingan etc. Bergerak tanpa sentuhan lompat bintang etc. Menyokong beban etc. Membekukan badan etc. Dua atau tiga pergerakan lari dan lompat palang etc.

2. Kesedaran ruang Ruang atau kawasan yang digunakan semasa pergerakan. Ruang diri mengelilingi kita Ruang am kawasan yang digunakan dalam pergerakan. Subtopik kemahiran ruang: 1. Bergerak berbagai cara. 2. Membuat pergerakan menggunakan ruang. 3. Bergerak menggunakan berbagai aras. 4. Bergerak berbagai arah. 5. Bergerak menggunakan berbagai laluan.

3. Kesedaran Masa Pergerakan dilakukan dengan pelbagai kelajuan. Berjalan dengan cepat berhenti Berjalan dengan lambat berhenti Bergerak mengawal kelajuan Bergerak dengan dua pergerakan

4. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan Bergerak untuk menunjukkan perkaitan satu bahagian tubuh dengan yang lain. Melompat & mencangkung Berdiri atas sebelah kaki

Bergerak untuk menunjukkan perkaitan dengan alatan.

Melompat melepasi alatan Guling hadapan Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai.

Menyokong Badan dan Mendapatkan Kestabilan Buat dirian tangan Buat dirian tangan sambil mendepangkan kedua-dua belah kaki. Berdiri dan mengangkat sebelah kaki. Berjalan di atas titi.

5. Kesedaran beban Pergerakan dalam kemahiran kesedaran lebih kepada simulasi dan main peranan. Arahan lisan yang jelas, terang dan mudah difahami amat penting bagi murid untuk mengikuti perlakuan. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini , guru perlu memberi situasi. o Contoh: Main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta berbuah.

Pergerakan Kesedaran Beban dan Nilai Murni Meningkatkan: Keyakinan diri Kreativiti Estetika

Juga tingkatkan: Daya tahan otot Kekuatan otot Kelembutan Ketangkasan Imbangan

Aspek-aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan?

Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Murid menggunakan berbagai bahagian tubuh badan dengan berbagai aras, arah dan kelajuan.

6. Kesedaran aliran 7. Kesedaran perkaitan dengan orang lain.

Topik 4: Gimnastik Artistik


1. Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak dua ribu tahun dahulu. 2. Orang-orang Greek telah menamakan pergeeraka senaman sebagai Gimnastik serta tempat senaman itu dipanggil Gimnasium. 3. Terdapt 3 kejohanan gimnastik yang terbesar dalam gimnastik Antarabangsa. 4. Seorang ahli gimnastik kekuatan , keseimbangan, dan ketepatan pergerakan. 5. Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan terkenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap sukan olimpik diadakan. 6. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan ataupun kejohanan.

Topik 5: Gimrama
a) Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. b) Gimrama telah diiktiraf sebagai gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa. c) Pergerakan Gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. d) Pertandingan di peringkat Gimrama Peringkat Antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest Hungary pada tahun 1963. e) Sukan Gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di sukan Olimpik di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 1984. f) Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan asas.

You might also like