You are on page 1of 48

1.

PENGENALAN KEPADA BLOGSPOT

Blog adalah diari peribadi. Mimbar harian. Ruang usaha sama. Tempat berucap politik. Saluran
berita tergempar. Koleksi pautan. Fikiran peribadi anda. Memo untuk dunia.

Blog adalah sebuah halaman web, bongkahan-bongkahan informasi diskrit yang disebut dengan
posts (kiriman-kiriman). Post tersebut diatur berdasarkan urutan terbalik. Setiap post secara unik
diidentifikasi oleh sebuah tag anchor <a>, dan ditandai dengan link permanen yang dapat diacu
oleh yang lainnya, yang ingin melakukan link terhadap post tersebut.

Blog anda adalah apa sahaja yang anda mahu jadikannya. Terdapat berjuta-juta
blog, dalam segala bentuk dan saiz, dan tiada peraturan sebenar.
Dalam istilah ringkas, blog adalah laman web, di mana anda menulis bahan berdasarkan yang
sedang berlaku. Bahan baru muncul di atas, jadi pelawat anda boleh membaca apa yang terbaru.
Kemudian mereka mengulas padanya atau pautkan padanya atau menghantar e-mel kepada anda.
Atau tidak.

Sejak Blogger dilancarkan pada tahun 1999, blog telah membentuk semula web, memberi kesan
terhadap politik, menggoncang kewartawanan, dan membolehkan berjuta-juta orang
menyuarakan pendapat dan berhubung dengan orang lain .

1
1.1. TERBITKAN PANDANGAN ANDA

Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan
berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau
pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.

Ramai orang menggunakan blog hanya untuk menguruskan pendapat mereka sendiri, sementara
yang lain mengawal beribu-ribu pelawat berpengaruh di seluruh dunia. Wartawan profesional
dan amatur menggunakan blog untuk menerbitkan berita mengejutkan, sementara penulis jurnal
peribadi mengetengahkan pandangan yang tersirat.

Apa yang perlu anda katakan, Blogger boleh bantu anda mengatakannya.

2
1.2. AJAK RAKAN MEMBUAT BLOG

Blog bukan sekadar meletakkan buah fikiran anda dalam laman web. Ia berkenaan hubungan
dengan dan mendengar daripada sesiapa yang membaca hasil tulisan anda dan ambil berat untuk
memberi respons. Dengan Blogger, anda boleh mengawal siapa yang boleh membaca dan
menulis pada blog anda benarkan hanya beberapa orang kawan atau seluruh dunia lihat apa yang
perlu anda perkatakan!

1.3. ULASAN BLOGGER

Membolehkan sesiapa saja, di mana jua, memberi maklum balas pada catatan anda. Anda boleh
memilih sama ada anda mahu membenarkan ulasan secara catatan-demi-catatan, atau anda boleh
memadam sebarang ulasan yang tidak disukai.

1.4. KAWALAN AKSES

Membiarkan anda memutuskan siapa yang boleh membaca dan siapa yang boleh menulis ke blog
anda. Anda boleh menggunakan blog kumpulan dengan pengarang berbilang sebagai satu alat
komunikasi cemerlang bagi pasukan kecil, keluarga dan kumpulan lain. Atau sebagai pengarang
tunggal, anda boleh membuat ruang dalam talian persendirian untuk mengumpul berita, pautan,
dan idea, untuk simpanan sendiri atau berkongsi dengan sebanyak mana pembaca yang anda
mahu.

3
1.5. PROFIL BLOGGER

Membolehkan anda mencari orang dan blog yang berkongsi minat anda. Profil Blogger anda, di
mana anda boleh menyenaraikan blog anda, minat anda, dan banyak lagi, membiarkan orang
mencari anda (tetapi jika hanya anda mahu ditemui).

1.6. REKA BENTUK BLOG ANDA

Sama ada anda memulakan blog anda atau hanya terfikir yang sudah tiba masanya anda memberi
wajah baru pada blog sedia ada anda, alat mengedit mesra pengguna Blogger membantu anda
mereka bentuk halaman yang menarik dengan mudah.

1.7. TEMPLAT (SUSUN ATUR)

Koleksi templat di Blogger akan membuat anda bermula terus dengan tapak yang lebih menarik
tanpa anda perlu mempelajari sebarang HTML, walaupun Blogger juga membenarkan anda
mengedit kod HTML blog anda pada bila-bila yang anda mahu.

1.8. WARNA DAN FON PERIBADI

Apabila anda telah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya, anda boleh terus
memperibadikan templat kami untuk membuat reka bentuk yang benar-benar mencerminkan
anda dan blog anda.

4
1.9. ELEMEN HALAMAN SERET-DAN-TURUN

Sistem seret-dan-turun Blogger yang mudah membolehkan anda membuat keputusan dengan
mudah tentang di mana pos, profil, arkib dan bahagian blog anda yang lain perlu diletakkan di
halaman tersebut.

1.10.SIAR FOTO

Kadangkala anda hanya mahu berkongsi foto. Terdapat butang untuk memuat naik foto dalam
antara muka Blogger. Hanya klik butang foto untuk memuat naik foto dari komputer anda. Jika
foto yang anda ingin letakkan dalam blog anda sudah berada di web, itu juga tidak mengapa.
Hanya beritahu kami di mana letaknya.

Anda juga boleh menghantar foto telefon berkamera terus ke blog anda sementara anda sedang
menjalankan Mudah Alih Blogger.

5
1.11.JALANKAN MUDAH ALIH

Mudah Alih Blogger membolehkan anda menghantar gambar dan teks terus ke blog anda
sementara anda sedang melayari. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar mesej ke
go@blogger.com dari telefon anda. Anda tidak perlu mempunyai akaun Blogger. Mesej ini
sendiri sudah cukup untuk membuat satu blog baru dan menyiarkan apa jua gambar dan teks
yang telah dihantar.

Kemudian, jika anda ingin menuntut blog mudah alih atau mengalihkan catatan anda ke blog
lain, hanya log masuk pada go.blogger.com dan gunakan kod tuntutan Blogger yang dihantar ke
telefon anda.

Kami menyokong kebanyakan pembawa telefom bimbit popular di US dan serata dunia. Jika
Mudah Alih Blogger tidak tersedia daripada pembekal anda, anda masih boleh menghantar
catatan ke blog anda menggunakan Mel-ke-Blogger .

6
2. CARA – CARA MEMBUAT BLOG DI BLOGSPOT

Cara terpantas untuk memahami cara memblog adalah dengan mencubanya. Kami telah berusaha
keras untuk menjadikannya benar-benar mudah untuk anda. Hanya klik pautan di bawah, dan
anda boleh menjadi sebahagian daripada fenomena yang menukarkan web dan media kepada
aktiviti penyertaan dalam masa kurang daripada lima minit . Serius ni.

Apa akan berlaku kemudian? Siapa tahu. Ia mungkin yang menyeronokkan.

Dan ingat: Blogger sememangnya percuma, dan jika anda mempunyai masalah, hanya klik pada
butang Bantuan dari mana-mana skrin, dan anda boleh cari jawapan yang dikehendaki atau tanya
staf sokongan
kami yang

berdedikasi.

7
3. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MEMBUAT BLOG

3.1. Kunjungi laman web http://www.blogger.com

8
3.2. Lakukan pendaftaran dengan cara memilih menu

9
Keterangan:
Alamat E – Mel Alamat E – Mel Anda
Kata Laluan Kata Laluan Yang Akan Digunakan Sebagai Kata Laluan Rakam Masuk
Papar Nama Nama Yang Akan Dipaparkan Ketika Anda Melakukan Catatan Artikel
Pengesahan Perkataan Isikan Dengan Perkataan Yang Dapat Anda Lihat Di Atas

Isikan data-data tersebut sesuai dengan yang Anda kehendaki, jangan lupa untuk
memberikan tanda ceklist pada pilihan “Saya Menerima Syarat Perkhidmatan”.
Klik TERUSKAN untuk langkah seterusnya.

3.3. Isikan Data-Data Berikutnya Yang Akan Tampil Seperti Pada Gambar Berikut:

10
Keterangan :

Tajuk Blog Digunakan sebagai tajuk blog anda


Alamat Blog (URL) Alamat rasmi blog anda

3.4. Isikan data-data di atas dan klik TERUSKAN untuk ke langkah seterusnya

3.5. Pilih Templat (Pola) Yang Akan Anda Gunakan Sebagai Susun Atur Blog Anda.

11
3.6. Tentukan pilihan anda dengan melakukan klik pada gambar yang anda kehendaki dan
klik TERUSKAN untuk mengakhirinya.

3.7. Sampai di sini, anda sudah berjaya melakukan pendaftaran bagi blog anda.

12
3.8. Klik MULA BLOGGING untuk memulakan kerjaya anda sebagai penulis blog.

4. MULA BLOGGING

13
4.1. Isikan Tajuk artikel dan maklumat – maklumat yang anda ingin terbitkan.

4.2. Untuk melihat hasil catatan anda sebelum diterbitkan, klik pada link PRATONTON

14
Keterangan :

Catatan Digunakan untuk keperluan catatan seperti pembuatan catatan baru atau untuk
mengedit catatan
Tetapan Digunakan untuk mengedit maklumat mengenai blog anda
Susun Atur Digunakan untuk mengganti susun atur blog anda
Lihat Blog Digunakan untuk melihat blog anda

4.3. Setelah itu, klik TERBITKAN CATATAN.

4.4. Untuk menyimpan catatan anda sebagai draf, klik pada link SIMPAN SEKARANG.

15
4.5. Anda boleh mengeditnya semula dengan klik EDIT CATATAN pada PAPAN
PEMUKA

4.6. Untuk melihat catatan yang telah diterbitkan klik pada link LIHAT BLOG

4.7. Untuk keluar daripada akaun anda, klik pada link RAKAM KELUAR

16
5. MENAMBAH IMEJ DI DALAM CATATAN ANDA

17
5.1. Klik pada ikon “TAMBAH IMEJ” untuk memuat naik imej yang dikehendaki.

18
5.2. Isikan kesemua ruangan yang disedikan dan jangan lupa memberikan tanda ceklist pada
pilihan “Saya Menerima Syarat Perkhidmatan”.

5.3. Sesudah itu, klik pada link MUAT NAIK IMEJ

5.4. Klik pada link SIAP untuk melihat imej yang telah anda muat naik pada ruangan catatan
anda.

5.5. Klik pada PRATONTON untuk melihat hasil catatan anda sebelum diterbitkan

19
5.6. Klik pada link TERBITKAN CATATAN untuk menerbitkan imej yang telah dimuat
naik.

20
6. MENAMBAH VIDEO DI DALAM CATATAN ANDA

6.1. Klik pada ikon “TAMBAH VIDEO” untuk menambah video didalam catatan
anda

21
6.2. Muat naik video anda dengan klik pada link BROWSE untuk memilih video pilihan
yang terdapat di dalam simpanan anda

6.3. Isikan ruangan TAJUK VIDEO dan berikan tanda ceklist pada pilihan “Saya bersetuju
dengan Terma dan Syarat Muat Naik”.

22
6.4. Video pilihan anda sedang di muat naik.

6.5. Anda hanya perlu tunggu sebentar untuk melihat video anda di dalam ruangan catatan
anda.

23
6.6. Setelah itu, anda boleh melihat catatan anda di PRATONTON sebelum menerbitkannya.

24
6.7. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan catatan anda, klik pada link TERBITKAN
CATATAN. Apabila window baru keluar, klik pada link LIHAT BLOG untuk melihat
hasil catatan anda

25
7. LANGKAH – LANGKAH UNTUK EDIT PROFIL ANDA

7.1. Untuk mengedit profil anda, klik pada link VIEW MY COMPLETE PROFILE

7.2. Skrin anda akan memaparkan halaman dibawah. Klik pada link EDIT PROFIL ANDA

26
27
Keterangan :

a) Privasi

28
Kongsi Profil Saya Dipilih sekirannya anda tidak mahu peribadikan blog anda
Papar Nama Sebenar Dipilih sekirannya anda ingin berkongsi nama sebenar anda dengan
Saya para pengunjung laman blog anda
Papar Alamat E – Mel Dipilih sekirannya anda ingin berkongsi alamat e – mel anda dengan
Saya para pengunjung laman blog anda
Tunjuk Blog Saya Digunakan untuk memilih blog – blog yang ingin anda paparkan

b) Identiti

Nama Pengguna Nama anda


Alamat E – Mel Alamat e – mel yang anda gunakan untuk laman blog anda
Nama Paparan Nama yang ingin anda paparkan pada laman blog anda
Nama Pertama Nama pertama anda
Nama Terakhir Nama terakhir anda

c) Fotograf

Daripada Komputer Digunakan sekirannya anda ingin memuat naik gambar daripada
simpanan anda sendiri
Daripada Web Digunakan sekirannya anda ingin memuat naik gambar anda daripada
laman web ( URL )

d) Klip Audio Url

e) Umum

Jantina Jantina anda


Hari Jadi Tarikh lahir anda. Anda mestilah berumur 13 tahun keatas
Halaman Utama URL Halaman URL Utama Anda
Senarai Impian URL Senarai URL yang anda mahukan
Nama Pengguna IM nama pengguna IM anda sekiranya anda mempunyai Yahoo!
Messenger, MSN messenger atau lain – lain lagi

f) Lokasi

29
Bandar / Pekan Bandar yang anda tinggal mengikut alamat anda
Wilayah / Negeri Wilayah tempat anda menetap
Negara Negara yang sedang anda duduki

g) Kerja

Industri Industi yang anda berkecimpung


Pekerjaan Pekerjaan anda

h) Maklumat Lanjut

Minat Minat anda


Mengenai Saya Apa yang anda ingin beritahu tentang diri anda kepada para
pengunjung laman blog anda
Filem Kegemaran
Muzik Kegemaran
Filem / muzik / buku kegemaran anda
Buku Kegemaran

7.3. Isikan jawapan anda di setiap ruangan yang disediakan dan klik SIMPAN PROFIL
untuk mengakhirinya.

30
7.4. Setelah selesai menyimpan profil anda. Skrin anda akan memaparkan “windows” seperti
yang terdapat di dalam “screenshot” dibawah.

31
8. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGUBAH TEMPLAT ( SUSUN ATUR ) BLOG
ANDA

8.1. Pergi ke laman papan pemuka untuk menukar susun atur anda.

8.2. Klik pada link SUSUN ATUR

8.3. Anda boleh menggunakan aplikasi seret dan turun untuk mengubah susun atur blog anda

32
8.4. Anda juga boleh memilih pilihan “click here for blogger templetes and myspace
layouts” untuk memilih lebih banyak pilihan

8.5. Kesemua perubahan yang dibuat pada pilihan FONT DAN WARNA akan dapat dilihat
dibawah pilihan – pilihan font dan warna.

Keterangan :

Elemen Laman Untuk mengubah susun atur blog anda


Fon Dan Warna Digunakan untuk mengubah jenis – jenis font dan warna – warna yang
ingin digunakan
Edit HTML Digunakan untuk mengedit sendiri kod – kod HTML yg terdapat di
dalam laman blog anda
Pilih Template Baru Digunakan untuk memilih templat yang baru

33
Pratonton Digunakan untuk melihat laman blog anda sebelum disimpan
Padam Bersih Edit Digunakan untuk memadam semua kod – kod HTML yang telah
digunakan untuk mengedit laman blog anda
Simpan Digunakan untuk menyimpan semua perubahan yang telah anda
lakukan

9. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENAMBAH TETAPAN JAM

9.1. Kunjungi laman web www.clocklink.com

9.2. klik pada link SPECIAL INSTRUCTION FOR BLOG USER untuk mengetahui
arahan – arahan tentang cara – cara meletakkan jam pada laman blog anda atau klik pada
link GALLERY untuk melihat rangkaian pilihan jam yang boleh dimuatkan pada laman
blog anda.

34
9.2.1. SPECIAL INSTRUCTION FOR BLOG USER

9.2.2.GALLERY

9.3. Pilih di antara rangkaian pilihan jam yang terdapat di dalam GALLERY tersebut dan
klik pada jam tersebut untuk mendapatkan kod HTML bagi jam yang telah dipilih.

35
9.4. Pilih pilhan warna yang diberikan bersesuaian dengan citarasa anda. Selain itu, pilih juga
Negara dan juga Bandar yang anda duduki untuk mendapatkan waktu yang tepat.

9.5. Setelah berpuas hati dengan jam anda, salin semua kod HTML yang terdapat di dalam
kotak tersebut dan letakkannya semula di dalam laman blog anda.

36
9.6. Klik pada link TAMBAH ALAT

37
9.7. Klik pada link HTML / JAVASCRIPT dan letakkan semua kod yang telah anda salin ke
dalam ruangan kandungan dan klik pada link SIMPAN

38
9.8. Setelah selesai, anda boleh lihat blog anda untuk melihat jam yang telah anda masukkan
tadi.

9.9. Antara laman web yang menawarkan jam percuma yang boleh diletakkan pada laman
web anda ialah :

9.9.1.www.timeanddate.com/clocks/free.html

9.9.2.www.yes-clock.com

9.9.3.www.free-flash-clocks.trap17.com

9.9.4.www.7is7.com/otto/countdclock.html

39
9.9.5.www.worldtimeserver.com/clocks

10. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENAMBAH CHATBOX

10.1.kunjungi laman web www.cbox.ws

10.2.klik pada link PRODUCTS

40
10.3.klik pada link SIGN UP NOW untuk mendaftarkan diri anda sebagai ahli baru

10.4.Isikan kesemua butiran yang diperlukan dan klik pada link CREATE MY CBOX
setelah selesai

41
10.5.Klik pada link PUBLISH untuk menerbitkan cbox anda

10.6.Salin kesemua kod HTML yang terdapat di dalam kotak tersebut dan ulang langkah
9.5. hingga 9.7. seperti yang telah di ajarkan di dalam “LANGKAH – LANGKAH
MENAMBAH TETAPAN JAM”

42
10.7.Hasil cbox untuk laman blog anda akan kelihatan seperti di dalam gambar di atas.

43
11. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENAMBAH LAGU

11.1.Kunjungi laman web www.myflashfetish.com

11.2.Klik pada link MP3 SEARCH

11.3.Isikan tajuk lagu atau nama artis yang anda mahukan dan klik pada link SEARCH

44
11.4.Cuba lagu yang telah anda pilih sebelum menambah lagu tersebut di dalam senarai
pilihan anda.

45
11.5.Klik pada link SAVE & CUSTOMIZE setelah berpuas hati dengan kesemua lagu
pilihan anda

11.6.Pilihkan pilihan – pilihan pemain mp3 yang bersesuaian dengan citarasa anda dan klik
pada link GET CODE untuk mendapatkan kod HTML yang bersesuaian dengan laman
web BLOGGER

46
11.7.Salin kesemua kod HTML yang terdapat di dalam kotak tersebut dan ulang langkah 5
hingga 7 seperti di dalam “LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENAMBAH
TETAPAN JAM”

47
RUJUKAN

www.isd3e2.blogspot.com

www.blogspot.com

www.wikipedia.org/wiki/Blogspot

http://mbraharjo.blogspot.com

www.clocklink.com

www.myflashfetish.com

www4.cbox.ws

48

You might also like