You are on page 1of 9

TUGASAN PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Oleh: Ahmad Syahir bin Mohd Yassin Pada 18 September 2012 unit pengajian Agama Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak menganjurkan lawatan sambil belajar ke kompleks Yayasan Restu, Selangor. Lawatan ini disertai oleh dua kelas iaitu kelas K18 dan K19. Kedua- dua kelas ini terdiri daripada 20 orang bakal guru dimana jumlah keseluruhan seramai 40 orang termasuk lelaki dan perempuan. Seramai tiga orang guru pengiring yang mengikuti lawatan ini iaitu ustaz Mohd Yusri bin Bakir selaku pensyarah penasihat, ustazah Siti Juariah dan Ustaz Mohamad Razimi bin Hussin. Perjalanan bermula seawall jam 7 pagi dengan menaiki bas maktab. Kami tiba lebih kurang jam 10 pagi. Kami disambut oleh seorang penyambut tetamu. Apabila tiba, saya begitu teruja kerana kawasan kompleks agak besar dan memuatkan pelbagai infrastruktur seperti bilik pameran, bilik pengajian, kafe, pasar jualan dan pejabat pentadbiran. Halaman yang disediakan sangat memuaskan dan kelihatan begitu cantik dan dihias dengan rapi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa kami melawat dikawasan sekitar. Saya tertarik dengan kuliah pengajian yang disampaikan kepada kaum muslimah tanpa mengira batasan umur. Seterusnya kami semua memasuki sebuah muzium kesenian khat yang terdapat disitu. Kami diberikan serba sedikit penerangan secara ringkas supaya tidak kelihatan terlalu janggal apabila meneroka keseluruhan kawasan. Selepas itu, kami dibenarkan melawat keseluruhan kawasan. Saya begitu tertarik dengan keindahan kesenian tulisan khat yang berada di dalam muzium ini. Saya juga dapat melihat tulisan khat pada mashaf Al Quran yang berbeza. Contoh penggunaan khat ialah kahat nasakh, tsulus, dan khafi. Setiap khat ini berbeza tulisannya dan kesemuanya sama daripada segi ayat Al Quran. Seterusnya, saya dapat melihat setiap Negara menggunakan tulisan khat yang berbeza. Contohnya seperti Negara turki, Iran, Indonesia, Uzbekistan yang menggunakan khat yang berbeza.

Apabila zaman telah berkembang, tulisan khat juga telah diperbaharui. Pada masa sekarang, kebanyakkan Negara telah menggunakan tulisan khat nasakh yang mudah dibaca dan orang mudah untuk membaca Al Quran. Di Malaysia juga, Al Quran Rasm Uthmani menggunakan khat naskh. Selain itu, saya juga dapat melihat perbezaan yang terdapat pada border di Al Quran. Ini kerana Setiap border yang berbeza ini mewakili setiap negeri. Contohnya negeri Perak mempunyai border yang menyerupai logo negeri Perak. Setiap border ini akan bertukar selepas 4 juzuk. Oleh yang demikian, kita dapat melihat corak border yang berbeza.

Mushaf di Malaysia Kami juga berkesempatan untuk melihat manuskrip asal Al-Quran yang terletak di muzium ini. Setiap juzuk yang dihasilkan mempunyai motif tersendiri. Contohnya, untuk juzuk satu, motif yang dihasilkan melambangkan malaysia seperti bunga raya dan sebagainya, juzuk 2 dan juzuk 3 mengambil motif dari negeri Kelantan. Seterusnya juzuk 4 dan 5 dari terengganu, kemudian kedah dan seterusnya ikut turutan negeri yang mula menerima ajaran islam dan juzuk- juzuk yang terakhir adalah motif negeri sarawak dan sabah. Sejarah Penghasilan Manuskrip Al Quran Setiap satu manuskrip mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan sebelum dicetak. Selama 2 tahun pihak yayasan membuat research-ni termasuk menghantar beberapa orang penulis ayat-ayat suci Quran untuk belajar tulisan seni khat dan sebagainya. Kemudian mereka yang terpilih , akan menulis manuskrip ni dengan menggunakan tulisan tangan .Proses ini mengambil masa 2 tahun untuk siapkan satu al-Quran yang lengkap.

Selepas disemak beberapa kali, manuskrip ini disemak lagi oleh Kementerian Dalam Negeri .Selepas tiada kesalahan, barulah ditulis dengan menggunakan dakwat. Akhirnya terhasilah satu manuskrip Al Quran.

Kaedah penulisan Rasm Uthmani Pelbagai kaedah penulisan yang terdapat pada mushaf Al Quran. Antaranya seperti kaedah hazf, kaedah ziadah, ibdal, Al-Hamzah (,) Penulisan hamzah, Al-Fasl wa al-Wasl ( = ) Memisah dan menyambung tulisan pada kalimah dan huruf dan yang terakhir ialah Ma fihi Qiraatani ( = ) Kalimah yang mengandungi dua bacaan ditulis dengan salah satu bacaan. Apabila dilihat daripada segi perkembangannya, setia zaman yang dilalui dilakukan penambah baikkan. Apa yang dapat dilihat, kaedah penulisan juga semakin sistematik dan teratur dan mudah dibaca oleh pengguna. Kemahiran Kemahiran penulisan khat juga sangat memerlukan kesenian yang teliti dan halus. Penulis perlu memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi dan jitu. Ini kerana penghasilan suatu mushaf sangat penting daripada setiap sudut terutama tidak mempunyai kesalahan daripada segi baris hurufnya. Pembuatan khat juga bermula dengan penulisan di kertas yang disediakan. Kertas itu mempunyai kualiti yang tinggi. Selepas khat itu disemak, maka penulis pula akan menulis dengan menggunakan dakwat hitam yang disediakan.

Sejarah Yayasan Restu Yayasan Restu ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan di bawah Akta Syarikat 1965. Ia bertujuan untuk menyebarkan mesej Islam di seluruh dunia, untuk menguatkan iman umat Islam dan memulihkan bidang seni Islam. Pada tahun 1994 Yayasan Restu membuat sejarah di Malaysia dengan menjadi asas yang pertama di negara ini untuk maju dan salinan manuskrip

Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dicapai sejak kejatuhan Melaka 500 tahun yang lalu. Yayasan Restu telah membelanjakan lebih daripada 1.8 juta Ringgit (kira-kira setengah juta dolar AS) mengenai kerja-kerja penyelidikan yang meliputi seni penyalinan dan menerangi Al-Qur'an serta budaya Melayu dan budaya Islam di seluruh dunia. Yayasan Restu berdedikasi dirinya untuk menyusun dan merekodkan motif tradisional budaya Melayu yang jelas dipengaruhi oleh budaya Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Pihak Yayasan Restu siri pameran seni Al-Quran pada tahun 1998 di dalam dan di luar Malaysia untuk mendedahkan umat Islam kepada seni Islam dan kerja-kerja kreatif yang dijalankan oleh yayasan itu. Sejak beberapa tahun yang lalu, Yayasan Restu mempunyai pameran dan pusat pengeluaran dikenali sebagai Kompleks Taman Seni Islam Selangor (Riyadh Fannil Islam), yang terletak di negeri Selangor.

GAMBAR DI YAYASAN RESTU

Ukiran seni yang menarik

Replika tulisan khat di pintu khas

Tulisan khat dahulu yang begitu menarik

Khat nasakh yang digabungkan

Contoh mushaf Al Quran

Refleksi Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan tugasan projek lawatan sambil blejar ini. Pelbagai pengalaman berharga yang telah saya dapati sepanjang melakukan lawatan ini. Lawatan sangat berguna kerana saya mendapat pelbagai pendedahan yang sebenar mengenai mushaf Al Quran. Apabila dilihat kembali, mushaf ini mempunyai pelbagai corak dan sangat menarik. Saya juga tertarik kerana setiap juzuk yang dihasilkan mempunyai border yang mempunyai pelbagai definisi dan melambangkan setiap negeri. Saya juga sangat teruja kerana penghasilan sesuatu mushaf ini mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 5 tahun untuk menghasilkannya. Penelitian yang sesuai digunakan dan setiap tulisan akan disemak kembali. Selain itu, khat yang dihasilkan sangat kemas dan dapat menarik perhatian pengunjung. Setiap khat yang dihasilkan, mempunyai latar belakang yang berbeza dan cantik. Saya juga semakin bersemangat untuk mempelajari tulisan khat yang pelbagai. Saya juga dapat melihat perbezaan khat yang dihasilkan di setiap Negara. Pelbagai bentuk tulisan tetapi mempunyai definisi yang sama. Saya juga berharap agar manuskrip ini dapat dipelihara pada masa akan supaya dapat menjadi tatapan generasi akan datang. Al Quran yang dihasilkan juga sanagt mesra pengguna. Saya dapat melihat para pengunjung faham dengan jelas setiap ayat Al Quran kerana tulisan yang kemas dan teratur. Pengalaman baharu yang telah saya dapati ialah terdapat juga setiap negeri yang menghasilkan manuskrip Al Quran. Ini sangat menarik kerana pelbagai kreativiti yang dihasilkan. Saya juga dapat melihat penulisan kaedah rasm uthmani. Saya begitu bersyukur kerana pro foma yang dipelajari dapat diperjelaskan semasa melakukan lawatan ini. Oleh yang demikian, saya dapat melihat bahan maujud secara realiti dan tidak bergantung kepada fantasi dan abstrak sahaja. datang

Sedikit yang terkilah perasaan saya ialah saya tidak dapat melihat kaedah penulisan khat yang dilakukan oleh penulis secara realiti. Ini kerana saya berharap dapat mempelajari serba sedikit bagaimana skil untuk menghasilkan khat yang berkualiti. Walau bagaimanapu, saya bersyukur kerana dapat melihat khat yang terhasil dan dipamerkan sudah memadai. Kesimpulannya, saya begitu teruja dan sangat berpuas hati semasa melakukan lawatan ini. Pelbagai pengalaman yang berharga dapat saya pelajari dan akan saya prtaktikkan pada masa akan datang. Saya berharap pada masa akan datang lawatan sebigini akan dianjurkan lagi supaya dapat menanam perasaan kecintaan saya pada seni khat.

You might also like