You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan Sebelum wujudnya nombor atau angka yang standard dan seragam seperti hari ini, pelbagai cara yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu kala untuk

menterjemahkan angka atau kuantiti yang dikehendaki. Contohnya, untuk mengetahui bilangan kambing biri-biri dalam kumpulan, pengembala kambing akan mewakilkan setiap kambingnya dengan batu-batu kecil. Dengan cara ini, pengembala boleh mengetahui sekiranya ada kambingnya yang hilang. Tidak lama kemudian, manusia telah mula mencipta sesuatu yang lebih memudahkan mereka dengan mencipta simbol-simbol untuk mewakili sesuatu angka. Misalnya, mereka menggunakan gambar bunga untuk mewakili satu objek. Rata-rata pada sistem pengangkaan awal, manusia mengulangi simbol-simbol asas dan menambah nilai untuk memperoleh angka yang mereka kehendaki. Lazimnya, mereka menggunakan objek sekeliling, tumbuhan dan binatang sebagai simbol angka tersebut. Harus diingatkan juga, sistem pengangkaan merekalah yang menjadi asas kepada sistem pengangkaan kita pada hari ini. Pelbagai simbol yang wujud semakin hari diperbaiki dan dipermudahkan sehinggalah membentuk angka yang kita ada pada hari ini. Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai sistem pengangkaan awal atau purba dari tamadun Maya, Mesir, Babylon, Rom dan Hindu-Arab serta banding beza sistem-sistem tersebut. 2.0 Banding beza antara sistem pengangkaan purba 2.1 Sistem Pengangkaan Maya Sistem pengangkaan Maya menggunakan asas 20 atau juga dikenali sebagai vigesimal yang digunakan semasa tamadun Maya Pra-Columbus. Tamadun ini menggunakan tiga simbol sahaja untuk mewakikan nombor iaitu cengkerang (mewakili sifar), titik (mewakili satu) dan palang (mewakili lima). Selain daripada simbol titik dan baris, lambing glif wajah atau gambar juga digunakan untuk mewakili nombor pada tamadun Maya. Glif wajah bagi sesebuah nombor mewakili dewa dewi yang dikaitkan dengan nombor tersebut. Namun begitu,

nombor glif wajah ini sangat jarang digunakan dan kebanyakannya cuma boleh ditemui pada ukiran monumen yang rumit. Simbol-simbol yang mewakili nombor dalam sistem pengangkaan Maya dapat dilihat seperti berikut:

Jadual 1:Carta nombor yang digunakan dalam sistem pengangkaan Maya

Selepas nombor 19, nombor akan ditulis secara menegak dalam gandaan 20. Sebagai contoh, tiga puluh dua (32) akan ditulis sebagai satu titik di atas dua titik, yang diletakkan di atas dua baris seperti berikut:

Nombor 32 dalam sistem pengangkaan Maya.

Untuk memperoleh nilai yang lebih besar, nilai tempat digunakan seperti sistem pengangkaan masa kini. Walaupun begitu, sistem ini mempunyai dua perbezaan yang ketara berbanding sistem angka kita sekarang iaitu, nilai tempat disusun secara menegak dan asas 20 digunakan berbandingkan kita menggunakan asas 10. Operasi atau proses penambahan dan penolakan nombor di bawah 20 menggunakan nombor Maya sangat ringkas dan mudah. Penambahan dilakukan dengan menggabungkan simbol angka pada setiap aras. Contohnya:

Simbol palang dan titik digabungkan sehingga membentuk nombor baharu.

Manakala untuk penolakan pula, proses sebaliknya akan berlaku dengan membuang elemen simbol petolak daripada nombor yang ditolak.

Jika jumlah titik tidak mencukupi pada nombor yang ditolak, satu baris akan digantikan dengan lima titik. Jika jumlah baris tidak mencukupi, satu titik pada paras yang lebih atas akan dibuang dan digantikan dengan empat baris di bawahnya.

2.2 Sistem Pengangkaan Mesir Sistem pengangkaan Mesir menggunakan sistem hieroglifik Mesir dengan menggabungkan simbol hieroglifik yang ditiru yang mewakili kuasa 10 untuk membentuk nombor yang dikehendaki. Sistem ini adalah berasaskan daripada tanda gundalan seperti berikut:

Tanda gundalan yang juga merupakan asas kepada Sistem Penomboran Gundalan (The Tally Numeration System)

Selepas 9, masyarakat Mesir memerlukan satu simbol baharu yang memerlukan pengumpulan untuk mewakili set nombor tertentu. Mereka telah memilih simbol (tulang tumit) untuk mewakili 10. Tidak seperti sistem pengangkaan Maya, sistem ini menggunakan asas 10. Satu hieroglifik khas digunakan untuk setiap nombor yang berkuasa 10. Tidak wujud nombor sifar pada sistem masyarakat ini.

Jadual 2:Nilai dan simbol yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba untuk mewakilikan nombor

Sungguhpun begitu, pelbagai gelaran atau nama yang diberikan kepada simbol-simbol tersebut. Sistem ini bersifat penambahan. Mereka membentuk nombor dengan mengulang simbol-simbol berdasarkan nilai yang dikehendaki. Contohnya, nombor 4622 ditunjukkan seperti berikut:

4000 600 20 + 2=22

Uniknya, nombor dalam sistem ini boleh ditulis secara melintang dan menegak. Jika ditulis secara melintang, ia bermula dari sebelah kanan ke kiri. Manakala jika ditulis secara menegak, ia bermula dari atas ke bawah.

46206

77

76000

2.3 Sistem Pengangkaan Babylon Sistem pengangkaan Babylon digunakan semasa zaman Kerajaan Babylon (1894-1530 SM) di Mesopotamia. Mereka menggunakan asas 60 yang diwarisi daripada Tamadun Sumeria dan Akkadia. Angka dalam sistem ini ditulis dalam bentuk kuneiform yang berbentuk baji. Hanya terdapat dua simbol sahaja yang mewakili angka untuk mengira unit dan puluh.

Unit

Puluh

Simbol yang digunakan dalam sistem pengangkaan Babylon

Sistem ini juga bersifat penambahan dengan mengulang simbol tersebut untuk membentuk nombor yang dikehendaki. Masyarakat Babylon meletakkan satu ruang untuk menanda kedudukan yang tidak mempunyai nilai dan nilai tempat. Namun begitu, ia mengakibatkan kekeliruan kerana nilai boleh disalah tafsirkan. Untuk mengelakkan kekeliruan tersebut, masyarakat Babylon telah mencipta satu simbol iaitu dua segi tiga kecil yang disusun di atas satu sama lain yang bertindak sebagai penentu tempat untuk menandakan ruang kosong. Jadual berikut menunjukkan angka Babylon dari 0 hingga 59:

Jadual 3:Angka 0-59 dalam bentuk kuneiform.

Seperti sistem pengangkaan Mesir, sistem ini juga tidak mempunyai sifar sebelum wujudnya satu simbol yang mewakili sifar. Namun begitu, mereka memahami idea tentang kekosongan, cuma mereka tidak melihat sifar tersebut sebagai satu angka tetapi hanyalah sebagai keadaan di mana berlakunya ketidakwujudan angka. Berlainan dengan sistem pengangkaan lain, sistem masyarakat Babylon mempunyai sistem nilai tempat yang benar iaitu angka-angka yang ditulis pada lajur kiri mewakili nilai yang lebih besar, seperti sistem perpuluhan. Namun begitu, tidak wujud titik perpuluhan, maka sebab itu nilai sesuatu simbol disimpul berdasarkan konteksnya.

2.4 Sistem Pengangkaan Rom Sistem pengangkaan Rom (juga dikenali sebagai Roman) dikatakan lebih canggih berbanding sistem pengangkaan Mesir. Hal ini dilihat melalui prinsip penolakan dan pendaraban yang berlaku menggunakan sistem ini. Prinsip penolakan

membolehkan nombor diwakili dengan lebih ringkas dan prinsip pendaraban pula memudahkan menulis nombor yang mempunyai nilai yang besar. Sistem angka ini adalah berbentuk perpuluhan dan juga tidak mempunyai sifar. Sistem ini dikatakan berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil

daripada

simbol-simbol

bukan

abjad

terawal.

Namun

begitu,

lama-kelamaan

masyarakat Rom menukar simbol-simbol tersebut dengan huruf-huruf daripada abjad Latin. Nombor Rom yang digunapakai oleh kita pada hari ini adalah hasil pengubahsuaian yang dilakukan pada zaman pertengahan. Berikut merupakan sepuluh nombor Rom yang utama:

Nombor 1 hingga 10 dalam sistem pengangkaan Rom

Manakala Jadual 4 menunjukkan simbol yang digunakan oleh masyarakat Rom untuk mewakili nilai nombor-nombor berikut.

Jadual 4

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa peraturan dan cara untuk menulis nombor Rom. Hanya simbol I, X, C dan M yang boleh diulang tetapi tidak boleh menulis simbol lebih daripada tiga kali berturut-turut. Sekiranya simbol keempat digunakan, prinsip penolakan akan diaplikasikan. Harus juga diingatkan bahawa simbol V, L atau D tidak boleh menggunakan prinsip penolakan. Untuk menunjukkan pendaraban, masyarakat Rom menggunakan simbol yang di atasnya ditulis palang untuk menandakan pendaraban dengan 1000. Contohnya, V bermaksud 5 X 1000 = 5000. Manakala untuk pendaraban dengan 100, palang

menegak pula digunakan. Misalnya, | V | bermaksud 5 X 100 = 500. Sekiranya I X I, bermaksud 10 X 1000 X 100 = 1000000. Sekiranya nombor Rom mempunyai nilai lebih besar daripada nombor di sebelah kanan, maka nilai nombor diperolehi dengan cara penambahan. Simbol I, X, C dan M boleh diulang sebanyak tiga kali. Simbol yang tidak diulang pula V, L dan D. Contohnya, VI=6 dan XVI=16. Sistem pengangkaan ini banyak dipengaruhi kedudukan simbol tersebut ditulis, maka tidak hairanlah jika ia digelar sebagai sistem kedudukan (positional system). IX ialah 9 dan XI ialah 11.

2.5 Sistem Pengangkaan Hindu-Arab Sistem pengangkaan Hindu-Arab merupakan sistem yang digunakan oleh kita secara seragam pada hari ini. Sistem ini mendapat nama kerana diasaskan pada kurun ke-9 oleh ahli Matematik India, kemudiannya diadaptasi oleh ahli Matematik Parsi, AlKhawarizmi dan ahli Matematik Arab, Al-Kindi. Sistem ini menggunakan asas sepuluh. Simbol yang digunakan untuk mewakili nombor adalah berbeza dan berkembang di luar sistem itu sendiri. Simbol yang digunakan dipercayai berasal daripada nombor Brahmi dan telah berevolusi kepada pelbagai variasi bentuk semenjak zaman pertengahan. Perkara yang penting mengenai sistem ini ialah kiat boleh menulis angka bagi setiap nombor tidak kira nilainya besar atau kecil dengan hanya menggunakan sepuluh simbol yang disebut digit iaitu 0 hingga 9. Perkataan digit bermaksud jari tangan atau jari kaki. Satu lagi prinsip dalam sistem ini ialah pengumpulan sepuluh-sepuluh (sistem perpuluhan) yang mana sepuluh satu di ganti dengan satu sepuluh, dan sepuluh-sepuluh diganti dengan satu ratus. seratus sepuluh diganti dengan satu ribu dan seterusnya. Maka sebab itu sistem ini adalah sistem asas sepuluh. Seperti yang kita sedia maklum, kita boleh menulis nombor dalam bentuk cerakinan. Begitu juga dengan nombor dalam sistem Hindu-Arab yang mana nilai untuk setiap digit dalam setiap kedudukan adalah jelas mengikut nilai tempat. Contohnya, 128 ditulis dalam bentuk cerakinan.

128 = (1 X 100) + (2 X 10) + (8 X 1). Seperti sistem pengangkaan Rom, sistem ini juga merupakan sistem kedudukan atau spesifiknya sistem nilai tempat. Manakala nilai dalam sistem ini berasaskan kuasa 10 seperti berikut, 105, 104, 103, 102, 101, 10. Pada waktu inilah telah wujudnya nilai untuk sifar (0). Masyarakat pada zaman ini telah menyedari kepentingan penggunaan sifar, maka wujudlah simbol yang mewakili nilai sifar. Sistem ini digunakan secara meluas oleh masyarakat moden pada hari ini dalam pelbagai aspek.

3.0 Rumusan Dengan wujudnya sistem pengangkaan pada zaman dahulu, maka wujudlah juga sistem pengangkaan yang ada seperti hari ini setelah sistem terdahulu mengalami pelbagai perubahan. Dari zaman ke zaman, manusia sentiasa memperbaiki sistem tersebut supaya kerja dan tugas manusia menjadi lebih mudah. Daripada simbol yang menggunakan lambang objek sekeliling, tumbuhan dan binatang, telah berubah kepada simbol nombor yang semakin mudah ditulis dan difahami oleh semua pihak. Matematik merupakan perkara yang sentiasa berlaku di sekeliling kita, maka adalah penting sekiranya kita dapat menterjemahkan Matematik tersebut dalam bentuk yang mudah dan dapat difahami oleh kita dan orang lain. Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara kelima-lima sistem pengangkaan yang telah dibincangkan:

Sistem pengangkaan / Perkara yang dilihat

Mesir

Maya

Babylon

Rom

HinduArab

Sistem asas Bentuk

10 Hieroglif

20 Tiga simbol sahajacengkerang (sifar), titik

60 Kuneiform (dua simbol sahaja untuk unit dan

10 Abjad Latin

10 Nombor Brahmi yang telah diubahsuai.

simbol yang (menggunakan digunakan objek sekeliling,

tumbuhan dan binatang). Kewujudan sifar Tidak wujud.

dan baris.

puluh).

Wujud. Diwakilkan dengan

Pada awalnya tidak wujud,

Tidak wujud

Wujud

gambar kulit namun cengkerang. faham konsep kekosongan. Kemudian, wujud simbol untuk mewakili sifar.
Jadual 5

You might also like