You are on page 1of 6

Guna Tenaga dan Pengangguran

Tenaga Buruh Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja. Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) 100 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] 100

Guna Tenaga Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidamatan. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang. Guna Tenaga = Tenaga Buruh Jumlah Penganggur Pertambahan guna tenaga bererti 1. Jumlah Penganggur menurun. 2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat. 3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll. Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) 100 Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] 100 Pertambahan Kadar Guna Tenaga beerti 1. Kadar pengangguran menurun.

2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Pengangguran Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan pekerjaan. Punca-punca pengangguran: 1. Penggantian buruh dengan mesin. 2. Kemunduran industri. 3. Kemelesetan ekonomi dll. Jumlah Penganggur Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang. Kadar Pengangguran Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%. Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh ) 100 Penurunan kadar pengangguran bererti 1. Kadar guna tenaga meningkat. 2. Pendapatan negara / keluaran negara meningkat. 3. Pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran sahaja.

Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran. 1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat. 2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. 3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.

Inflasi Definisi Inflasi Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum. Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara. Punca-punca Inflasi: 1. Lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh. 2. Kenaikan kos pengeluaran. 3. Kenaikan harga import. Kesan Inflasi terhadap ekonomi: 1. Menaikkan harga barangan eksport. 2. Penurunan kuasa beli wang. 3. Penurunan taraf hidup masyarakat. 4. Penurunan pendapatan benar individu.

5. Meningkatkan kos hidup masyarakat. Kadar Inflasi dan Indeks Harga 1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum. 2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH tahun baru = 105, kadar inflasi = [(IH tahun baru IH tahun asal) / IH tahun asal] 100 = 5/100 100 = 5%. Kepentingan Kajian Inflasi. 1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum. 2. Mengukur perubahan kos hidup.

Imbangan Pembayaran. Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara. Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain dalam setahun. Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan

Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengan Menambahkan rizab pertukaran asing negara. Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana : Mengurangkan rizab pertukaran asing negara.

Menjejaskan kestabilan nilai mata wang. Mengurangkan kegiatan ekonomi negara. Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll. Pertubuhan Ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara. Pertambahan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi. KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll. Pertumbuhan ekonomi = [(KDNK benar tahun baru KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] 100 (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) Atau Pertumbuhan ekonomi = [(KNK benar tahun baru KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] 100 (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara) Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi.

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah. Pertumbuhan Kebajikan 1. Kenaikan taraf hidup masyarakat. 2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk.)

3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. 4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun asal] 100. Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan 1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun. 2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan dan eksternaliti negatif.

You might also like