You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN OBJEKTIF HASIL KAJIAN : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
ix.

MUKA SURAT 2 3 4 5 6 8 9 12 14 18 19 21 22 23 24

Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut Sejarah penubuhan Besut Perkembangan sejarah Besut Penjajahan yang pernah berlaku di Besut Perkembangan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan Kehidupan masyarakat Besut Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut Seni dan Budaya yang terdapat di Besut Keistimewaan Besut

x.

SUMBER RUJUKAN PETA DAERAH BESUT LAMPIRAN

OBJEKTIF KAJIAN

Kawasan kajian yang dikaji ialah Daerah Besut. Objektif kajian kumpulan ini ialah agar mahasiswa dan mahasiswi sekaligus para pelajar dapat: i. ii. Mengetahui sejarah penubuhan dan perkembangan Daerah Besut Mengetahui dan dapat mengkaji sejarah tokoh-tokoh yang telah menubuhkan Daerah Besut iii. Mengetahui dan dapat mengkaji latar belakang masyarakat di Daerah Besut dari aspek sosial iv. v. Mengetahui sejauh manakah perkembangan ekonomi daerah tersebut Mengetahui perkembangan pendidikan di Daerah Besut

HASIL KAJIAN

Antara hasil kajian yang didapati setelah mengkaji Daerah Besut ini ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Pengenalan Negeri Terengganu dan Daerah Besut Sejarah penubuhan Besut Perkembangan sejarah Besut Penjajahan yang pernah berlaku di Besut Perkembangan dari segi sosial, ekonomi, dan pendidikan Tokoh Ulama Pondok dan Pendidikan Islam di Besut Aspek keagamaan yang dianuti oleh masyarakat Besut Keistimewaan Besut

PENGENALAN NEGERI TERENGGANU DAN DAERAH BESUT

Terengganu Darul Iman ialah salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia yang mempunyai Sultan. Keluasan negeri ini lebih kurang 12,956km persegi yang terletak di antara negeri Kelantan (di sebelah utara dan di barat laut) dan negeri Pahang (di sebelah selatan dan di barat daya) manakala sebelah timur negeri ini pula terhampar luas Laut China Selatan. Terengganu mendapat nama apabila sekumpulan pemburu dari Pahang terjumpa sebatang taring ketika berburu di Sungai Terengganu Mati. Salah seorang pemburu menanyakan soalan taring apakah itu kepada salah seorang pemburu. Salah seorang daripada mereka menjawab taring anu kerana tidak tahu taring binatang apakah yang sebenarnya. Beberapa hari kemudian mereka berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu. Apabila ditanya dimanakah mereka mendapat buruan itu, mereka memberitahu buruan dan kayu gaharu itu diperolehi di taring anu. Taring anu ini akhirnya bertukar menjadi Terengganu. Besut merupakan salah sebuah daerah di dalam negeri Terengganu yang terletak di bahagian utara. Daerah ini bersempadan dengan negeri Kelantan. Keluasan daerah ini ialah 123,367.8 hektar atau 1978.76 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 114,616 orang pada tahun 1990. Pada tahun 1970, penduduk di daerah ini lebih kurang 79,240 orang penduduk dan hampir 95% daripadanya ialah orang Melayu. Setiap daerah yang berada di dalam negeri ini mempunyai warna benderanya yang tersendiri. Bendera daerah Besut ialah MERAH. Maksud bendera ini ialah melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja. Setiap bendera ini telah dipersetujui untuk diterima pakai mulai 7 Jun 1988 bersamaan 22 Syawal 1408. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 1,
2, 3, 185

SEJARAH PENUBUHAN DAERAH BESUT

Nama Besut adalah terbitan dari nama ketua seorang pangan atau sakai. Daerah ini suatu ketika dahulu diperintah oleh seorang ketua lanun yang bergelar Raja Sang Nyana. Kuala Besut mempunyai beberapa buah gua batu yang sesuai dijadikan tempat perlindungan lanunlanun. Sekumpulan pedagang dari Patani datang ke Besut dan diketuai oleh Encik Wan yang berasal dari Sumatera. Beliau merupakan datuk yang keenam kepada Haji Yusof Ali (bekas imam Kampung Payang Setiu dan tinggal di Palembang, Besut, meninggal dunia pada 12 November 1974) dan Haji Muhammad (bekas imam Masjid Kampung Raja). Encik Wan memujuk puak-puak pangan yang mendiami kawasan Besut dengan menukarkan segantang mata kail dengan ketuanya iaitu Pak Wong agar berpindah ke tempat lain. Perjumpaan dan rundingan tersebut berlaku di Kampung Nail (tempat membentuk mata kail) dan satu perjanjian juga dibuat supaya tidak berlaku pencerobohan dan pembunuhan oleh puak-puak pangan ke atas orang-orang Encik Wan semasa mencari hasil hutan di dalam Daerah Besut. Encik Wan dan orang-orangnya juga telah membuat sebuah kampung di tepi Sungai Besut yang diberi nama Palembang. Nama ini diambil sempena nama negeri asalnya iaitu Palembang Sumatera. Selepas kematian Encik Wan, anaknya yang bernama Encik Namat telah mengambil alih tempat Encik Wan sebagai ketua. Semasa Encik Namat menjadi ketua, banyak rintangan yang terpaksa dihadapinya. Pada tahun 1780-an, Encik Namat mendapat tentangan daripada lanun yang berkubu di pulau-pulau sekitar daerah Besut. Beliau juga pernah meminta bantuan daripada Sultan Mansur Pertama untuk menghantar angkatan tentera bagi membasmi lanun-lanun tersebut. Anak baginda sendiri yang bernama Tengku Abdul Kadir telah datang sendiri untuk mengetuai pasukan ini. Beliau berjaya dalam pertempurannya dan dilantik menjadi pemerintah Besut manakala Encik Namat menjadi seorang pembesar daerah. (Sejarah
Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 185, 187

PERKEMBANGAN SEJARAH BESUT

Tengku Abdul Kadir berjaya mentadbir Besut, beliau juga telah membina bentengbenteng pertahanan sepanjang Sungai Besut yang berhampiran dengan Pelembang dan membuat tempat kediamannya di kawasan Kampung Raja selepas menjadi pemerintah Besut. Selepas kematian Tengku Abdul Kadir, puteranya yang bernama Tengku Ali telah mengambil alih pemerintahan di Besut dan beliau enggan mematuhi pemerintahan Yang Dipertuan di Kuala Terengganu. Tindakan Tengku Ali telah mencetuskan peperangan antara pasukan beliau dengan pasukan dari Terengganu. Kejadian ini telah berlaku pada 22 November 1875 atau pada 23 haribulan Syawal 1292H. Punca pemberontakkan Tengku Ali adalah disebabkan oleh dasar Sultan Umar kerana memerintah daerah-daerah sekitar Terengganu secara langsung. Walaupun Tengku Ali adalah anak sepupu Sultan Umar, mereka tidak pernah menjalinkan hubungan rapat selama 15 tahun termasuk juga dengan pihak istana. Ada musuh dalam selimut, itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Tengku Ali apabila beliau meminta bantuan dari Kelantan agar membantunya menurunkan baginda daripada takhtanya dan diganti dengan Tengku Cik Muda Putra, Yamtuan Muda Tengku Abdullah iaitu saudara baginda sendiri. Hal ini tidak diketahui oleh Sultan Umar dan baginda juga menjemput Tengku Ali menghadiri satu acara istiadat. Segala persiapan telah diatur untuk melantik Tengku Ahmad iaitu saudara baginda menjadi Yamtuan Muda dan menjemput Tengku Ali supaya menghadiri istiadat itu tetapi Tengku Ali enggan memperkenankan jemputan tersebut. Baginda telah menghantar beberapa orang utusan untuk menjemput Tengku Ali iaitu Tuan Muda, Tengku Ibrahim dan Orang Kaya Megat Seri Mahkota. Namun demikian, sebaik sahaja tiba di tempat Tengku Ali, mereka mendapati Tengku Ali sedang berkumpul di Kampung Raja dengan beberapa pasukan yang bersenjata dari Kelantan. Pihak baginda telah mengutus surat bantahan kepada pemerintahan Siam di Senggora dan juga bantahan atau amaran kepada pemerintahan Kelantan supaya tidak mencampuri hal ehwal di Besut. Sultan Umar juga telah menghatar mufti Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amim ke Kelantan untuk menyampaikan hasrat baginda bahawa mereka tidak berniat hendak mengubah sempadan antara Kelantan-Terengganu. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 187, 188

Kemudian baginda menghantar satu angkatan perang ke Besut. Seramai 8,000 orang mengikut jalan laut dan jalan darat yang diketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja (Wan Abdul Rahman bin Idris) saudara sepupu baginda, penolongnya Tengku Yusof Panglima Kedai Payang, Tengku Long bin Mustaffa, (Tengku Long Pendikar), dan Tengku Nik, manakala panglima-panglima perang ialah Encik Musa, Dato Bandar Jaafar, Tuk Kaya Mahkota Haji Abdul Rahman, Tuk Setia Wan Ismail Kampung Gedung. Angkatan ini diatur sendiri oleh Engku Saiyed Seri Perdana (Engku Saiyed Zain bin Muhammad) yang dianggap sebagai Perdana Menteri baginda. Engku Saiyed Seri Perdana telah membedil Besut dari laut. Engku Saiyed Seri Perdana dan angkatannya mendarat selepas membedil Besut, mereka mendapati Tengku Ali telah melarikan diri ke Kelantan. Terdapat juga cerita yang mengatakan Tengku Ali meninggal dunia di Kelantan pada 11 Zulkaedah 1292H atau pada 9 December 1875 selepas kejadian yang berlaku di Besut. Tindakan Tengku Ali yang ingin menjatuhkan Sultan Umar menyebabkan Besut tiada pemerintah. Oleh itu pemerintahan Besut diserahkan kepada Tengku Ngah, seterusnya kepada Tengku Chik Haji anak Tengku Abdul Kadir. Semasa pemerintahan Tengku Chik Haji, daerah Besut mula mengalami perubahan dari semua segi dan beransur maju. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 188

PENJAJAHAN YANG PERNAH BERLAKU DI BESUT

Seperti yang kita ketahui, Malaysia atau nama panggilannya, Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pernah dijajah oleh Negara Barat dan Negara Jepun. Penjajahan yang pernah berlaku di Terengganu khususnya Besut ialah pernah dijajah oleh pihak British dan Jepun.

BRITISH Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mula campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Terengganu. Perlantikan Penasihat British telah membawa kepada penyusunan semula pentadbiran. Terengganu yang dahulunya ditadbirkan mengikut sistem pentadbiran daerah telah berubah kepada sistem jajahan iaitu dengan wujudnya tiga buah jajahan iaitu Jajahan Timur (Kemaman, Kemasik, Kertih, Paka dan Dungun); Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Berang) dan Jajahan Barat (Besut dan Setiu) dengan pusat pentadbirannya di Kuala Terengganu. Ketiga-tiga buah jajahan ini ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya dan dibantu oleh Penolong Penasihat British. Di peringkat negeri wujud tiga buah pejabat pentadbiran iaitu Pejabat Penasihat British, Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan. Jabatan-jabatan penting seperti Jabatan Kastam, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perubatan diletakkan di bawah Penasihat British. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang)
Halaman 7

JEPUN Selain itu, negeri ini juga pernah dijajah oleh negara Jepun pada tahun 1941. Pentadbiran negeri Terengganu diletakkan di bawah kendalian Syuciji (Gabenor). Jajahan atau daerah Kemaman, Dungun,Besut dan Hulu Terengganu ditadbir oleh Pesuruhjaya Jajahan berbangsa Jepun. Setiap jajahan ditempatkan seorang ketua jajahan (Gunco) berbangsa Melayu, seterusnya mukim di bawah Penghulu dan kampung di bawah Ketua Kampung. Jikeidan dibentuk bagi menjamin keselamatan kampung. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) Halaman 8

PERKEMBANGAN DARI SEGI SOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN Terdapat beberapa perkembangan yang sedang rancak berlaku di Terengganu. Perkembangan tersebut meliputi sosial, ekonomi dan pendidikan. Perkembangan ketiga-tiga unsur ini menyebabkan Terengganu yang dahulunya agak mundur kini menjadi maju. SOSIAL Kebajikan Bantuan kerajaan negeri yang diberikan kapada penduduk di Terengganu untuk melicinkan proses penyediaan kemudahan sosial kepada kumpulan sasaran. Salah satu bantuan yang diberikan ialah menyediakan tempat tinggal selesa melalui Penempatan Keluarga Miskin, antaranya ialah Nurul Saadah di Kampung Tok Dor (53 buah), Kampung Gong Mak Som (3 buah), Kampung Gong Tembila (10 buah) dan Kampung Teluk Budu (10 buah). (Pembangunan
Terengganu Dahulu dan Sekarang) Halaman 349, 350, 351

Kesihatan Slogan Rakyat Sihat Negara Sejahtera bersesuain dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjayakan Wawasan Sihat. Pembinaan kemudahan kesihatan yang diberikan adalah berasaskan kepada kepadapatan penduduk. Pada tahun 1997, daerah Besut mempunyai 18 buah buah kemudahan kesihatan iaitu sebuah hospital, 3 buah klinik dan 14 buah klinik desa. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) Halaman 355, 357

Yayasan Pembangunan Keluarga Sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 25 April 1986. Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga ke peringkat optimum. Taska yang telah ditubuhkan ialah TASKA Keluarga Besut. (Pembangunan
Terengganu Dahulu dan Sekarang) Halaman 363, 367

Kem-kem Bina Diri Kem-kem bina diri di Terengganu telah ditubuhkan untuk memberi kemudahan latihan, kursus, khemah kerja dan program-program yang mempunyai hubung kait dengan pembinaan insan. Kem-kem tersebut ialah, Kem Seri Keluang, Kem Bina Negara dan Kem Lata Tembakah. (Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang) Halaman 389 EKONOMI Berdasarkan syarikat yang berdaftar dengan YPU pada 1999, bidang ekonomi yang diceburi oleh masyarakat di Besut adalah sangat memberangsangkan. Bilangan dan sektor penglibatan syarikat IKS di daerah ini mencecah angka 200. Sektor yang banyak diceburi ialah pemborong binaan iaitu sebanyak 185, sektor makanan pula berada di tempat kedua iaitu sebanyak 14 buah syarikat IKS yng terlibat dalam sektor ini. Tempat ketiga pula ialah sektor perkayuan iaitu sebanyak 11, perdagangan atau pembekal sebanyak 10, perkilangan sebanyak 6 buah syarikat, perhotelan pula sebanyak 5, batik dan kraftangan atau tekstil, percetakkan dan pembinaan atau harta tanah masing-masing 3 dan perkhidmatan professional sebanyak 1 sahaja. Bagi memantapkan lagi bidang ekonomi, kerajaan dan agensi-agensi swasta telah mengambil peranan masing-masing. Kerajaan dan agensi swasta ini telah memberi kerjasama dan sokongan terhadap pembangunan usahawan seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysian Industrial Estates Berhad (MIEL), Jabatan Belia dan Sukan, Standard Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Instut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI), Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC), Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Institut Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP), Institut Kemahiran Belia Nasional (IKBN) dan INStitut Lathan Perindustrian (ILP). (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) Halaman 32

10

PENDIDIKAN Pendidikan Islam dan Ulama Pondok Pendidikan yang ditekankan di daerah ini ialah pendidikan agama dan pengajian pondok. Pengajian pondok diberikan kepada masyarakat di sekitar Besut terutamanya para petani dan penangkap ikan. Kesibukan tidak dijadikan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam pengajian pondok, malah mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mempelajari alQuran dan mengikuti pelajaran agama. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 63

11

KEHIDUPAN MASYARAKAT BESUT

Seperti yang kita ketahui, Besut merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan aktiviti perikanan. Namun demikian, untuk menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih baik, anak-anak muda Besut telah berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Sektor perkilangan dan sektor pembinaan di bandar adalah lebih baik kerana mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih banyak dan tetap. Secara amnya, anak-anak Besut berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuantan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bharu kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang lebih menarik dan bergaji lumayan, status sosial dan budaya tempat kerja yang lebih selesa dan kemudahan pengangkutan yang lebih baik. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut Halaman 25, 26, 27 Bagi membantu kehidupan nelayan pesisir ini, peruntukkan daripada agensi-agensi tertentu telah disalurkan kepada nelayan melalui Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dana yang diperuntukkan ini bertujuan untuk membiayai pembelian atau penggantian bot, enjin, pukat dan peralatan berkaitan bagi membantu nelayan secara terus. Selain diberikan peruntukkan, para nelayan juga disediakan pelbagai pinjaman untuk membiayai dan menggalakkan pembangunan ekonomi golongan nelayan. Dana khusus seperti bantuan peralatan menangkap ikan kepada para nelayan di Besut juga disediakan secara percuma. Bantuan kerajaan seperti Program Ternak Ikan Air Tawar, Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) dan bantuan pinjaman modal untuk membeli bot dan kelengkapan tangkap ikan oleh MARA diberikan kepada para nelayan untuk meningkatkan taraf hidup. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut Halaman 28, 29, 30, 69

Besut mempunyai dua jenis kategori nelayan iaitu kelompok nelayan baru yang bekerja sebagai awak-awak dan berpendidikan rendah dan yang keduanya ialah kelompok keluarga nelayan lama yang mempunyai ketua keluarga lanjut usia. Pengagihan sumber ekonomi

biasanya dipengaruhi oleh saiz keluarga. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di Besut, jumlah anak bagi satu keluarga adalah lebih daripada sepuluh orang. Anak-anak yang telah tamat persekolahan rendah atau menengah atau gagal melanjutkan pengajian tinggi akan terus bekerja bersama bapa mereka. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut Halaman 45, 46

12

Ikan sangat penting kepada nelayan di Besut. Ikan merupakan sumber pendapatan kepada majoriti penduduk Besut. Hasil tangkapan ikan adalah kegunaan sendiri dan jika hasil tangkapan adalah lebih yang selebihnya akan dijual untu membeli barangan keperluan harian. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, komuniti Kuala Besut sangat mewah dengan jumlah tangkapan ikan yang melimpah ruah. Oleh itu, peralatan yang canggih telah dibekalkan kepada para nelayan melalui bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh badan-badan tertentu. Ekspedisi Komuniti Nelayan
Kuala Besut Halaman 65, 66, 67

13

TOKOH ULAMA PONDOK DAN PENDIDIKAN ISLAM DI BESUT

Terdapat empat tokoh ulama yang terkenal di Besut iaitu Tuan Guru Haji Hussein, Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif. Tuan Guru Haji Hussein dan pengasasan Pondok Kampung Lampu Tuan Guru Haji Hussein merupakan orang pertama yang memperkenalkan sistem pondok di Besut. Beliau merupakan bekas anak murid Tuan Guru haji Hassan Al-Fatani. Pondok Kampung Lampu dibuka pada tahun 1905 dan pusat pengajian ini berjalan sehingga tahun 1917. Tuan Guru Haji Hussein berasal dari Tnat Dang, Daerah Patani, Selatan Thai. Selepas Tuan Guru Haji Hussein barangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya, beliau bersama-sama dengan keluarganya telah berpindah ke Besut. Beliau seringkali ke Mekah untuk menunaikan haji disamping mendalami lagi pengajiannya. Tuan Guru Haji Hussein memilih Besut kerana penempatan Kampung Lampu yang agak besar. Beliau telah membina rumahnya berhampiran dengan istana Tengku Muda. Selain itu, beliau juga diberikan sebidang tanah sawah untuk keluarganya. Kedatangan beliau telah menyebabkan Kampung Lampu menjadi terkenal dan mendapat perhatian luar. Beliau menjadi Guru alQuran kepada anak-anak Tengku Muda. Pada tahun 1905 ramai pelajar yang datang dari Kelantan, Pahang dan dari dalam Terengganu untuk belajar dengannya. Sokongan dan pertolongan Tengku Muda menyebabkan Tuan Guru Haji Hussein mendapat satu kawasan untuk mendirikan pondok bagi menempatkan pelajar-pelajar luar. Hubungan antara pemegang kuasa tempatan dengan beliau adalah baik. Sebelum Tuan Guru Haji Hussein meninggal dunia, beliau sempat mendidik dan melatih anak-anaknya untuk mengantikan beliau sebagai guru di Pondok Kampung Lampu. Pada tahun 1917 Tuan Guru Haji Hussein telah meninggal dan pada tahun itu juga merupakan perkembangan pesat pondoknya. Kematian Tuan Guru Hussein sebagai guru diganti oleh anaknya iaitu Tuan Guru Haji Muhammad. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 65, 66

14

Tuan Guru Haji Muhammad dan Pengasasan Pondok Kuala Besut Beliau dilahirkan di Tnat Dang, Yala, Patani, Selatan Thai pada tahun 1880 dan merupakan anak sulung. Tuan Guru Muhammad mendapat pendidikan asas dari ayahnya sendiri. Tuan Guru Haji Muhammad telah berpindah ke Kuala Besut setelah berkahwin dengan seorang gadis di sana. Pada tahun 1918 beliau telah mendirikan pondoknya di kampung itu. Semasa berada di tanah suci beliau telah berguru dengan Syeikh Daud alFatani. Gurunya banyak memberi nasihat dan memberi perangsang semasa Tuan Guru Haji Muhammad mengendalikan pondok di Kuala Besut. Masyarakat di Kuala Besut tidak mengambil berat terhadap pendidikan agama. Mereka lebih menumpuhkan masa mereka dengan perkerjaan dan hiburan. Suasana ini telah dihadapi oleh Tuan Guru Haji Muhammad sebagai seorang pendidik agama. Beliau tidak terus mengajar secara pondok setelah menetap di Kuala Besut. Pada mulanya beliau mengajar di masjid yang telah dibina oleh orang ramai khususnya kepada orang-orang tua. Keadaan berubah apabila sebilangan pelajar dari pondok Haji Hussein di bawah kelolaan Tuan Guru Haji Abdullah datang belajar dengan beliau. Bilangan penuntut menjadi semakin ramai akibat kedatangan pelajar-pelajar daripada kawasan lain selain di Besut. Pada tahun 1930-an bilangan penuntut semakin berkurangan apabila ramai penuntut berpindah ke Pondok Haji Umar di Kampung Raja dan di tempat-tempat lain. Tuan Guru Haji Muhammad telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan pada ketika itu hanya lima buah pondok sahaja di Pondok Kuala Besut. Kemerosotan ini berlaku kerana kepesatan pendidikan moden dan pendidikan agama juga diambil alih oleh beberapa sekolah Arab di daerah Besut. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 67, 68, 69

Tuan Guru Haji dan Pengasasan Pondok Kampung Raja Tuan Guru Haji Umar dilahirkan kira-kira tahun 1891 di Kampung Sungai, Kampung Raja. Dalam usianya yang muda beliau telah membuka pondoknya dengan mendapat sokongan Raja Besut pada tahun 1919. Ayahnya merupakan orang terkaya pada masa itu di Kampung Sungai. Selepas itu beliau dihantar ke Mekah dan menuntut di Mekah

15

selama dua belas tahun. Tuan Guru Haji Umur mempunyai perwatakan yang baik dan bersopan-santun. Hal ini menyebabkan beliau disenangi rakan seperjuangannya. Pada tahun 1919, beliau pulang dari Mekah dan terus menetap di Kampung Palembang, berhampiran dengan Kampung Raja Besut. Beliau mengajar di sebuah masjid yang telah dibina menerusi bantuan-bantuan orang Kampung Palembang. Pengajaran Tuan Guru Haji Umar juga membawa kepada penubuhan lebih kurang tujuh puluh buah pondok kesemuanya, dengan bilangan pelajar seratus lima puluh orang, iaitu apabila pusat pendidikannya didatangi oleh orang luar. Pelajar tersebut merupakan orang dari Kelantan. Tuan Guru Haji Umar telah dilantik sebagai Imam Masjid Raja dengan diberi saguhati $30.00 sebulan oleh Tengku Chik, pemerintah Besut. Disamping itu, beliau mendapat zakat fitrah dari orang ramai. Anaknya yang bernama Hajah Nafisah telah dihantar ke Mekah untuk belajar. Pada tahun 1932, kebakaran telah berlaku di Kampung Palembang yang menyebabkan pondok-pondok dan rumah tuan guru sendiri turut terbakar. Pelajar-pelajar yang datang dari luar Besut terpaksa menumpang di masjid Kampung Raja. Keadaan ini menyebabkan Pondok Tuan Guru Haji Umar dipindahkan ke kawasan Beris, Kampung Raja. Di situ telah dibina sebuah masjid dan pondok-pondok yang baru bagi meneruskan pengajaran agama. Tuan Guru Haji Umar meninggal dunia pada tahun 1941, iaitu sebelum pendudukan Jepun di Daerah Besut. Kematian Tuan Guru Haji Umar menyebabkan ramai di antara pelajarnya berpindah ke pondok-pondok lain. Keadaan ini berlaku kerana tiada pengganti beliau yang boleh meneruskan pengajaran agama yang telah diasaskan oleh Allahyarham. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 69, 70 Tuan Guru Haji Abdul Latif dan Pengasasan Pondok Alor Keladi Tuan Guru Haji Abdul Latif, pengasas Pondok Alor Keladi merupakan anak tempatan Besut. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di Pulau Berangan, Jertih. Tuan Guru Haji Abdul Latif mendapat pendidikan di Besut. Beliau pernah berguru dengan Tuan Haji Umar di Kampung Raja dan pernah menjadi murid kepada Tuan Guru Haji Musa di Pondok Bukit Puteri, dari tahun 1938 hingga 1941, apabila pusat pengajian itu tutup.

16

Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan tinggal disana selama lapan belas tahun dengan mempelajari pelbagai ilmu. Semasa di Tanah Suci, beliau sentiasa bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar negeri, terutamanya penuntut-penuntut dari Indonesia. Beliau terkenal sebagai Tuan Guru Haji Abdul Latif Geluk Getah kerana kepandaiannya dalam silat gayung. Apabila keluarga beliau tidak mampu memberi wang perbelanjaan kepada beliau seketika, Tuan Guru Haji Abdul Latif telah menjadi guru silat gayung kepada orang-orang di Mekah. Sekembalinya beliau dari Mekah pada tahun 1949, Tuan Guru Haji Abdul Latif pulang ke Pulau Berangan iaitu tempat asalnya. Beliau kemudian berpindah ke Alor Keladi dan di sana kedatangan beliau disambut mesra oleh penduduk setempat serta menjemput beliau mengajar al-Quran di sebuah masjid yang telah pun dibina. Sejak perubahan pondok di Alor Keladi sehinggalah zaman akhir hayat Tuan Guru Haji Abdul Latif , pelajar-pelajarnya hanya datang dari Daerah Besut dan Kelantan. Perkembangan pusat pengajian yang pesat menyebabkan Ketua Agama Islam menghantar wakilnya untuk merundingkan supaya pondok itu diambil alih olehnya. Sebaliknya beliau menolak tawaran tersebut dan meneruskan pengajaran di kawasan persekolahnya secara bebas. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1970 pondok tersebut diuruskan oleh pelajarnya yang pernah menjadi pembantunya iaitu Abdul Latif Mohamad. Tuan Guru Haji Abdul Latif merupakan ulama yang aktif dalam politik kepartian di Besut. Pondoknya menjadi pusat kegiatan PAS dan seramai seratus peratus daripada pelajarnya menyertai parti tersebut. Pengisytiharan Tuan Guru Haji Abdul Latif sebagai penyokong PAS menjelang pilihanraya 1959 sebenarnya memberi perangsang kepada anak-anak muridnya untuk menyertai parti tersebut. Tuan Guru Haji Abdul Latif mengambil inisiatif menjelajah kampung-kampung untuk menjalankan kempen. (Ulama
Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 70, 71, 72

17

ASPEK KEAGAMAAN YANG DIANUTI OLEH MASYARAKAT BESUT

Hampir majoriti penduduk di Daerah Besut ini memeluk agama Islam iaitu 95 peratus daripada 79,240 orang ialah berbangsa Melayu. Negeri Terengganu mempunyai dua orang tokoh agama iaitu Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim dan Tuan Guru Haji Hassan bin Tuan Ishak. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 185 Kedua-dua tokoh ini terkenal dan berjasa kepada negeri Terengganu. Satu kerugian dialami oleh negeri ini apabila kedua-dua tokoh agama ini telah meninggal dunia. Terdapat catatan yang menyatakan makam Tuan Syeikh Abdul Kadir bin Tuk Wan Abdul Rahim berada di Perkuburan Syeikh Ibrahim Kuala Terengganu manakala makam Tuan Guru Haji Hassan bin Tuan Ishak atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Hassan Gedong pula berada di Kampung Raja Besut. (Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M) Halaman 195

Selain itu, terdapat juga empat orang ulama di Besut yang mengajar pengajian pondok dan pendidikan agama iaitu Tuan Guru Haji Hussein, Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Umar dan Tuan Guru Haji Abdul Latif. Keempat-empat ulama ini telah membentuk satu tradisi pengajian yang agak kukuh di daerah ini. Oleh itu, Besut telah menjadi kawasan yang subur dengan kegiatan agama. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72

18

SENI DAN BUDAYA DI BESUT Terengganu sememangnya terkenal dengan kecantikkan semula jadi dan seni budaya yang menawan hati. Moto pelancongan yang diberikan juga bersesuaian dengan tempat ini iaitu, Terengganu Cantik Budaya Menarik. Negeri ini juga banyak aktiviti seni dan budaya yang berkembang. Seni dan budaya ini jugalah yang telah mewarnai Besut.

ANGGUK MERBUK Angguk merbuk merupakan satu aktiviti kepada pencinta burung. Aktiviti ini dipertandingan bagi mencari suara merbuk yang baik dan kerap diadakan. Nilai burung merbuk bukan terletak pada bentuk rupa tetapi suaranya. (Warisan Terengganu (The Heritage of
Terengganu)) Halaman 63

SILAT MELAYU Silat Melayu adalah seni mempertahanakan diri. Silat juga dikenali sebagai satu bentuk gerak tari yang menarik selain sebagai seni mempertahankan diri. (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) Halaman 63

SEPAK RAGA Permainanan ini telah diperkenalkan sejak seratus tahun dahulu dan masih popular dalam kalangan pemuda di luar bandar. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) Halaman
63

GASING Permainan gelanggang yang sangat popular. Terdapat beberapa jenis gasing iaitu gasing jantung, gasing leper, gasing cina dan gasing buku benang. Permainan ini biasanya dimainkan pada akhir musim menuai. Gasing yang lama berputar akan dikira menang. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) Halaman 64

19

MAIN PUTERI Secara tradisinya, Main Puteri ini digunakan untuk tujuan perubatan. Tuan rumah pesakit mesti menyediakan bahan keperluan seperti beras kunyit, bertih, telur rebus dan duit syiling 15sen bagi memulakan perubatan. Peralatan untuk latar belakang muzik yang digunakan untuk permainan ini ialah rebab dan gong. (Warisan Terengganu (The Heritage of
Terengganu)) Halaman 64

WAYANG KULIT Permainan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Terengganu. Ianya dipengaruhi oleh wayang kulit Jawa dan Siam. Patungnya diperbuat daripada belulang. Sebidang layar putih akan dibentangkan atas pentas dan batang pisang untuk memudahkan patung wayang kulit dipacakkan. Sebiji lampu juga akan digantungkan di sebelah dalam layar untuk menghasilkan baying ketika persembahan dimainkan. (Warisan Terengganu (The
Heritage of Terengganu)) Halaman 65

SENI SUARA Seni suara juga tidak ketinggalan di negeri ini. Seni suara yang berkembang baik di negeri ini ialah berzanji, nasyid, rodat dan bacaan al-Quran. Berzanji ialah satu seni bacaan sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) dan puji-pujian (selawat) ke atas baginda. Selain itu, ia juga dipersembahkan dalam majlis bercukur rambut untuk anak-anak yang baru lahir, Maulidur Rasul dan majlis perkahwinan. Seni yang kedua ialah nasyid iaitu nyanyian Islam. Seni kata dan cara persembahannya dijaga menurut tatasusila Islam. Nasyid biasanya diajar di sekolah, pondok, tadika dan persatuan-persatuan. Seni yang ketiga ialah rodat. Permainan ini telah dibawa masuk dari Sambas, Kalimantan. Permainan ini didendangkan dalam bahasa Arab yang memuji Allah dan RasulNya. Seni seterusnya ialah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran dan tajwid adalah suruhan agama. Mempelajari dan mengaji al-Quran menjadi tradisi. Majlis ujian Tilawah al-Quran sering diadakan bagi melahirkan qari dan qariah yang bermutu tinggi. (Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)) Halaman 65, 66

20

KEISTIMEWAAN TENTANG BESUT Pengajian Pondok Keistimewaan daerah ini ialah, Besut mempunyai tradisi pengajian pondok. Kehadiran ulama dari Patani menyebabkan munculnya pengajian ini. Selain itu, ketiadaan alim ulama yang berkelayakan untuk mengajar dan membimbing orang ramai di daerah ini juga memudahkan pengasasan dan perkembangan pondok. Pengajian pondok ini juga mendapat perhatian dalam kalangan istana dan menjadi guru kepada kepada anak-anak raja. Putera-putera tersebut mendapat pendidikan secara perseorangan dari ulama. Kemunculan ulama dan penglibatan mereka dalam pengajaran secara pondok di Besut terbukti telah membentuk satu tradisi pengajian yang kukuh di daerah itu. Besut menjadi kawasan yang subur dengan kegiatan pendidikan agama. Sikap dan sambutan yang telah diberi oleh masyarakat tempatan turut bertanggungjawab mewujudkan keadaan yang membolehkan perkembangan ini berlaku. Satu aspek penting dalam sejarah kebangkitan ulama dan pengasasan pondok di Besut ialah kerjasama dan sokongan moral serta material, yang telah diberi oleh wakil raja atau pemerintah daerah sendiri kepada usaha-usaha pembangunan Islam. Kedudukan sosial ulama-ulama ini sendiri termasuk keilmuan, kebolehan dan

kepandaian telah menjadikan mereka tokoh-tokoh yang mendapat perhatian umum. Anggota masyarakat mengunjungi mereka untuk mendapat bantuan, perubatan, nasihat, dan ketika politik pilihanraya melanda daerah Besut, pengaruh yang ada pada individuindividu ini. Penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan juga seterusnya mempunyai kesan pendidikan kerana secara langsung pembabitan tersebut membantu pemasyarakatan dan pembentukan nilai-nilai Islam. (Ulama Terengganu Suatu Sorotan) Halaman 63, 72

21

SUMBER RUJUKAN

BUKU ILMIAH 1. Pembangunan Terengganu Dahulu dan Sekarang


Diterbitkan oleh: Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu 1999

2. Sejarah Darul Iman hingga 1361H (1942M)


Dato Setia Jasa (Dato Haji Muhammad Saleh Haji Awang) Dibantu oleh: Mohd. Yusof Abdullah Mohamad Abu Bakar Haji Othman Haji Ali

3. Ulama Terengganu Suatu Sorotan


Suntingan dan pengenalan oleh Muhammad Abu Bakar

4. Warisan Terengganu (The Heritage of Terengganu)


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

5. Ekspedisi Komuniti Nelayan Kuala Besut


Isu dan Perspektif Penyelidikan Edisi Kedua Disunting oleh: Nik Fuad Mohd Kamil, Noraien Mansor, Mohd Shaladdin Muda, Muhammad Najit Sukemi

INTERNET

Peta Daerah Besut yang terbaru

22

PETA DAERAH BESUT

http://maps.google.com.my/

23

LAMPIRAN

24

You might also like