You are on page 1of 21

TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

Mohamad Helmy Effendi Haryani bt Muharam Nursyamin Nazar

Teori Humanis

Setiap individu adalah berbeza, dan mempunyai cara belajar yang berbeza. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dpt dikembangkan.

Teori Pembelajaran Carl Rogers Teori Keperluan Maslow

TEORI PEMBELAJARAN CARL RANSOM ROGERS (1902 1987)

CIRI CIRI TEORI PEMBELAJARAN ROGERS:

Pengalaman individu adalah fenomena logikal yg dialami oleh individu sendiri.


Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar Mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn):

Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup pelajar.

TEORI KEPERLUAN MASLOW

Abraham Maslow (1970) berpendapat seseorang individu akan memenuhi keperluan asas mereka dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. 5 peringkat keperluan manusia mengikut peratusan anggaran kepuasan yang perlu tercapai oleh individu.

Hierarki Keperluan Maslow


Dua keperluan tambahan baru
Aktualisasi Kendiri

Estetik 10% Kognitif


Penghargaan Kendiri

Lima keperluan utama


50% 70% 80%

40%

Kasih Sayang Keselamatan Fisiologi

TEORI KEPERLUAN MASLOW

Keperluan = kehendak manusia untuk menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidak seimbangan dalam diri. Pembelajaran berkesan bergantung kepada motif pelajaran sendiri.

Teori Keperluan Maslow

Ciri individu yang mencapai ke peringkat tinggi:


Boleh memahami hakikat sebenar. Mempunyai pemikiran tersendiri. Boleh menerima diri, orang lain dan alam semula jadi. Boleh mengikut aliran masa tetapi tidak kehilangan identiti sendiri. Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri. Mempunyai minat meluas terhadap pelbagai aktiviti sosial.

Implikasi Teori Humanis dalam amalan Bilik Darjah

Pendekatan humanistik mementingkan perkembangan potensi individu. Oleh itu, strategi & kaedah P&P hendaklah berorientasikan strategi pemusatan murid, kaedah individu, inkuiri-penemuan, kerja praktik serta aktiviti pengayaan dan pemulihan. Guru berperanan sebagai fasilitator & pendorong agar memotivasikan pelajar menggunakan cara pembelajaran sendiri untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Teori Humanis dalam P&P Pendidikan Seni Visual

Penuhi Keperluan Asas Pelajar


Guru perlu memastikan persekitaran bengkel seni bersih, kemas dan selamat untuk digunakan Pastikan bahan-bahan yang diperlukan disediakan supaya sesi P&P dapat berjalan dengan lancar Memberi penghargaan diatas setiap hasil karya murid. Memberi peluang kepada murid untuk menyuarakan pandangan mereka.

Memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan yang sesuai.

- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. - melakukan sesi apresiasi setiap kali selesai membuat sesuatu karya seni - semua pelajar patut diberi peluang menerangkan setiap hasil kerja mereka - pujian perlu diberikan kepada pelajar yang membuat hasil kerja terbaik walaubagaimanapun murid yang lemah perlu diberikan dorongan dan bimbingan

Merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan pelajar. sebelum guru memilih aktiviti seni yang ingin dijalankan, guru perlu menitikberatkan tahap kebolehan pelajar rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka

- Guru pendidikan seni perlu fleksibel dalam


proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid

Memupuk nilai motivasi diri Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Tidak menghalang minat murid


Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti P&P - murid digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti seni yang diadakan tanpa sebarang pengecualian - murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual

- rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah

Sekian.. Terima Kasih

You might also like