You are on page 1of 11

BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SE KOLAH RENDAH (KSSR) Pendidikan masih

lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapa t membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkena lkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan y ang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holisti k kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, orga nisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan peng urusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kur ikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KS SR). ASPEK KBSR Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi ( lisan, membaca, dan menulis) Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu KSSR Komunikasi (li san, membaca, menulis dan menaakul) Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Kete rampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Dijalankan s ecara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelaj aran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Kaedah Pentaksiran Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif -

Bersifat autentik dan holistik. Peruntukan Masa Pedagogi PERSAMAAN Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Kemahiran Berfikir dalam P&P Impli kasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian M asa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pe mbelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dike nali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijala nkan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yan g lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Reka b entuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam sekeliling s erta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini meru pakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahas a Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai ba hasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, memba ca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, muridmurid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui p elbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata

pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsa fah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Isla dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelaj aran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelaja ran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resa m pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murini sarwajagat dan prinsi pprinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembanagn dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahai 1, murid diajar ni lai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri ser ta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lainlian lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi d ikembangkan untuk meliputu aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh i tu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bida ng yang ketiga dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. Komponen yang terkan dung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Ha l ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup da n penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung dala m komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta p endidikan Jasmani dan Kesihatan. Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapa t enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Seti ap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang il mu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR.

Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada pro ses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yangdi maksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku d i bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran be rbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kem ahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbah asa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat pen ting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi b aharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran -kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia membe ri kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohan ian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan m elalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nil ai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identit i Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang f okus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidik an Moral menjadi teras kepada ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab men yediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan il mu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar sete mpat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pen gupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembanguna n sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpadua n. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,

agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pe mbangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunja ng kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidik an Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu age nda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadi an berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-cir i seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, be rintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui p entaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut m ampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan koku rikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunja ng ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi rua ng dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran d an nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalampenglibatan dal am kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepa da diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merup akan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk me lahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihat an jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perk embangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan p eringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilm u Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan has rat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apres iasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan

dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan mu zik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunj ang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan terse but impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran I CT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu me mahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tangg ungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep dunia tan pa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi Maklumat dan Komu nikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaia n maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunaka n secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (trans fer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah d ari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran ya ng merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjem ah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. S elain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978) , pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta

menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepa da penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Pen ilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognit if, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berte rusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada ser ta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan y ang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebol ehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumat if. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang d ikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penil aian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Ba hasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidi kan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenal pasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR te rdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorie ntasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan se mata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketik a sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal i ni kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini d ilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pe mbaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaks iran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan

peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membin a modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR di jalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dala m pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu p entaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaks iran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksira n sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendi ri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumat if. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggun akan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada be rtulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dib enar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan merek a seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam mene ruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengi kut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan muri d dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disim pan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanj ang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaeda h pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kep ada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunju kkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memant au perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penila ian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membol ehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak denga n tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran

mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memb eri maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutn ya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Namun, terdapat bebera pa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Anta ra persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang dite kankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa depan,pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kont ekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belaj ar. Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khus usnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 3 60 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang di peruntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehend aki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaa n sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. Kesimpulannya, peruba han dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum p endidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan data ng tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambah baikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudk an KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi neg ara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relev an dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting b agi mengupayakan P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerluk an komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus k urikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

RUJUKAN Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendi dikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd. Tuan Jah, Faridah. ( 2011). Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu. Pucho ng : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-kss r-bakal-lahirminda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en http://www.scribd .com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2http://psbtpnsarawak. wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modalinsan-berk esan/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan _binamodalinsanberk esan/Article/print_html Peruntukan Masa KSSR http://www.skdoj.net/index.php/component/k2/item/21-peruntu kanmasa-kssr?tmpl=component&print=1#ixzz1aRtr7WR9

You might also like