You are on page 1of 14

________________________________________________________________ Soalan 2 Pada masa ini penggunaan internet dalam kalangan murid sekolah lebih banyak kepada penggunaan

internet secara negatif daripada positif. Sebagai seorang pemimpin sekolah, bincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi membendung kesan dan gejala negatif penggunaan internet muridmurid sekolah anda. ________________________________________________________________

Disediakan oleh: KHALID B. DAUD Guru besar SK Tebing Tinggi 17500 Tanah Merah, Kelantan 1

Pendahuluan Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data,dapat memberikan maklumat yang 2

dicari atau diminta oleh orang ramai.Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996).Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kearah negara maju dan makmur (MDC,2000).Sejajar dengan teknologi ICT juga,kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan

Wawasan 2020.Transformasi ini telah mengubah Anakin paradigm pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan

pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,memperkayakan kurikulum,memperkembangkan pedagogi,menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan,melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat,dan meningkatkan penguasaan pelajar.Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama: 1. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. 2. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut,dan sebagai sebahagian daripada subjek tersebut,dan sebagai sesuatu subjek tersendiri. 3. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Komputer bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat tidak kira di mana saja mereka berada. Di mana-mana komputer boleh didapati dan tidak semestinya di pejabat saja. Malah di kebanyakan rumah pun boleh dilihat ada komputer peribadi. Begitu juga dengan penggunaan Internet yang kini kian menjadi kegilaan masyarakat hari ini terutama remaja baik dalam negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia terutama mereka yang terpengaruh dengan

kecanggihannya. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia seperti tiada batasan sempadan. Internet sukar disekat apabila pintunya dibuka seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak. Internet bermaksud hubungan antara jaringan. Sebuah rangkaian komputer antarabangsa yang terbesar di dunia yang mengandungi berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Melalui internet kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa. Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya positif dan ada yang meninggalkan kesan negatif. Oleh itu, pengguna media perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan tidak menerima sebarang maklumat secara bulat-bulat. Kebaikan dan keburukan internet dan langkah membendung Tidak semua maklumat yang diperolehi melalui internet bermanfaat walaupun kebaikan sesetengah laman tidak boleh dipertikaikan. Bahan yang disebarkan mempunyai kesan positif dan negatif. Nilai yang dipaparkan lebih

menggambarkan nilai penghasil bahan yang sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan aspek sebegini. Oleh itu, perlu dirumuskan satu pendekatan yang sistematik untuk menangani kesan dan pengaruh internet ke atas masyarakat khasnya murid-murid sekolah di negara ini.

Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet. Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged, Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. Melayari internet untuk satu tempoh masa yang lama dapat mengundang kepada masalah kesihatan secara mental dan juga fizikal. Contohnya, sakit

belakang, sakit di pergelangan tangan akibat menggunakan tangan dalam jangka masa yang panjang, sakit mata akibat terlalu lama memandang skrin komputer dan lain-lain. Oleh itu adalah penting mengamalkan ergonomik dalam kehidupan seharian untuk kesihatan dan produktiviti dalam kerja khususnya. Ada golongan tertentu yang mengambil kesempatan untuk

mempergunakan internet dalam membawa cerita atau berita yang berunsur negatif bagi mempengaruhi masyarakat. Penggunaan tipu daya secara halus untuk mengaburi masyarakat dengan kebenaran. Kebanyakannya menjanjikan 6

program yang berbentuk keganasan, keruntuhan moral dan unsur-unsur lain yang tidak sesuai dengan norma masyarakat kita. Permainan-permainan secara talian juga semakin banyak dan program tersebut banyak memberikan kesan buruk kepada pelajar sekolah khasnya. Salah satu kesannya ialah permainan yang dilayari mengambil masa yang lama dan disini akan membuang masa pelajar berkenaan. Sebaliknya pelajar dan generasi muda wajar melayari laman web yang informatif dan bersifat ilmiah. Mereka sepatutnya mencari maklumat baru atau mendalami pengetahuan. Mereka perlu dilatih sama ada di rumah atau melalui sistem persekolahan supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. Jika generasi muda mahu terus terperangkap di bawah pengaruh unsurunsur negatif dalam internet yang boleh merosakkan pemikiran mereka, itu adalah pilihan mereka. Selain budaya kuning yang diketengahkan sesetengah laman web, ada juga pihak yang menyebarkan dakyah palsu yang menggembargemburkan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Dari segi penerimaan, mereka perlu menilai terlebih dahulu mesej yang dipaparkan sebelum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak. Soal sebegini juga memerlukan pengetahuan yang luas yang dapat membantu mereka memilih agenda dan maklumat yang perlu diterima atau tidak. Pengguna internet wajar

membebaskan diri mereka daripada dikongkong atau dibelenggu laman web yang boleh meracuni pemikiran, hati dan naluri mereka.

Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi membendung kesan dan gejala negatif penggunaan internet murid-murid saya ialah seperti berikut: 1. Ceramah dan kempen celik internet Walaupun kerajaan sudah mengambil langkah seperti penapisan dan mewujudkan peraturan bagi menangani masalah ini, langkah juga perlu diambil untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna internet. Mereka perlu diupayakan supaya mampu menilai kesan dan pengaruh internet. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen celik internet. Kempen ini boleh diadakan dalam bentuk penerangan, ceramah, menampal poster dan juga risalah mengenai internet. Ia adalah suatu kempen di mana untuk mewujudkan keupayaan seseorang memahami sesuatu perkara atau kesan yang diterima dari internet. Ini mencakupi memahami proses penyediaan dalam penyebaran maklumat melalui internet. Seterusnya bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi dengan bijaksana. Ini adalah daya usaha untuk memupuk para pelajar, terhadap kesan dan pengaruh internet. Ini dilakukan dengan membina kefahaman kepada mereka mengenai kesan dan pengaruh internet. Mereka perlu dididik supaya lebih

kritikal dan mampu menilai bahan yang mereka tonton. Disiplin diri penting untuk memanfaatkan dan menangani unsur-unsur negatif IT kerana pada akhirnya pengguna sendiri yang perlu membuat pilihan sama ada membuang masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui Internet. Pilihan terletak di tangan mereka sama ada untuk

memanfaatkan IT untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara atau sebaliknya.

2.

Peranan pihak PIBG PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi

dengan harapan 'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah' diri. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Di rumah ibu bapa pelajar hendaklah memainkan peranan mereka iaitu dengan mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka sekiranya anak mereka menggunakan internet. Ibu bapa hendaklah memantau anak-anak mereka bukannya menyerahkan kepada anak-anak secara mutlaknya. Mereka perlu diberikan panduan penggunaan internet yang betul dan berkesan dan masa yang sesuai. Mereka boleh menghadkan masa penggunaan ataupun

menghadkan jenis laman web yang boleh dilawati Disekolah pula peranan pentadbir dan guru-guru penting bagi memantau penggunaan internet dan mengesan jika berlaku penyalahgunaan internet oleh para pelajar. Nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Kesimpulanya Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar 3. Menghadkan masa dan akses penggunaan internet Menghadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan menghadkan masa penggunaan ataupun menghadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah. Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi

mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, penghadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salah satu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling baik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar kerana mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini. 4. Penerapan nilai murni melalui Pendidikan sivik dan

kewarganegaraan di sekolah. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Oleh itu semua guru khasnya guru-guru yang terlibat dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan sivik dan kewarganegaraan perlu aktif. Peribadi dan nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang berkait rapat. Hal ini kerana nadi kepada pembangunan negara pada masa akan datang adalah terletak kepada generasi muda pada masa kini. Justeru itu individu ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna untuk membantu mereka membesar dalam keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara 10

yang paling mustahak ialah agar mereka terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan jenayah. Sekiranya mereka terjebak, amat sukar untuk kita membetulkan semula diri mereka.

Justeru kata-kata mencegah lebih baik daripada menghormati perlulah dihayati oleh setiap pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu mekanisme atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah. Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap individu perlulah memahami hak dan keadaan orang lain agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain. Hasil positif yang akan wujud ialah apabila isi kandungan ini dihayati sepenuhnya oleh para pelajar, maka mereka akan keluar ke dunia sebenar kelak dalam keadaan penuh berpelingdung yang dapat menangkis sebarang godaan untuk mereka terjebak dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja dapat mengurangkan peratus jenayah, malah mungkin dapat membasminya secara total.

11

5.

Penyertaan pelajar dengan aktiviti sukan dan riadah. Langkah seterusnya adalah dengan penyertaan pelajar dengan aktiviti

bermanfaat seperti perkhemahan, ceramah, gotong royong dan riadah dapat memastikan pelajar tidak terlalu taksub dengan arus kemodenan teknologi dan inovasi. Mereka akan lebih seimbang kehidupannya malah aktiviti seperti ini dapat memotivasikan diri mereka. Mereka akan menggunakan masa mereka dengan sebaiknya. Langkah ini bukanlah untuk menjauhkan pelajar khususnya daripada teknologi tetapi memastikan mereka hidup dalam keadaan seimbang. Saya menyokong penuh dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan ini boleh mengelakkan ketagihan muridmurid daripada bergantung kepada alat teknologi dan inovasi terutama internet untuk mengisi masa lapang. Melalui aktiviti sukan, ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat kesukanan para murid, maka ia juga dapat melahirkan masyarakat sihat 1 Malaysia. Selain itu, meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

12

6.

Peranan dan Tanggungjawab Guru sebagai kaunselor Kebelakangan ini, tanggungjawab guru dibebankan bukan sekadar untuk

menyalurkan ilmu pengetahuan tetapi dianggap menjadi bertambah penting terutamanya apabila kita memperkatakan soal gejala sosial. Guru dilihat sebagai ejen sosialis yang boleh membentuk masyarakat. Peranan guru sebenarnya dilihat sama pentingnya dengan ibu bapa dalam mempersiapkan satu angkatan yang boleh memikul tanggungjawab sebagai "Kyahra Ummah" sebagaimana yang dicadangkan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah Al-Karim. (Utusan Malaysia, 7 Mac 1997). Justeru itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata yang mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru demi melahirkan generasi yang memiliki kekuatan IQ, EQ dan SQ sebagai persediaan menghadapi cabaran menuju alaf baru. Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana penulis telah membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

13

Kesimpulan Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar mereka mempunyai asas yang kuat untuk

mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet. penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang dibincangkan di atas amatlah wajar dilaksanakan.

Sumber: 1. 2. http://wiki.answers.com/Q/Apa_kebaikan_dan_keburukan_internet http://mazlan66.wordpress.com/2008/05/07/menangani-gejala-negatifdalam-internet/ 3. http://www.mtsnbukareh.com/2011/10/bagaimana-upaya-mengatasikeburukan.html 4. http://www.mkn.gov.my/mkn/default/subarticle_m.php?mod=4&fokus= 17&article=88

14

You might also like