You are on page 1of 10

PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi

membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. OBJEKTIF Murid boleh : 1. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran; 2. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan; 3. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman; 4. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan 5. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan mata pelajaran ini menekankan gaya hidup sihat sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Kesihatan adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Pengalaman Pendidikan Kesihatan merangkumi tiga aspek penting, iaitu: i. Penglibatan murid secara aktif. ii. Interaksi yang membina dan kreatif. iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

KEMAHIRAN BERFIKIR Murid perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga. 2. Gaya Hidup Sihat. 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Tunjang pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Tajuktajuk setiap tunjang pembelajaran adalah seperti berikut: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga (a) Kesihatan Diri (b) Perasaan (c) Kekeluargaan

2. Gaya Hidup Sihat dan Selamat (a) Pemakanan (b) Pengurusan Konflik dan Stres (c) Penyalahgunaan Bahan 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran (a) Keselamatan (b) Penyakit berjangkit (c) Pertolongan Cemas

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH 1. Peranan Pendidikan Kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. - PK > 1 proses berterusan yg membantu memudahkan pelajar mempelajari amalan positif, memupuk sikap b/jawab pada kesihatan & mengembangkan ilmu. 2. Perubahan & keperluan individu. PKMBNGN FIZIKAL P. MENTAL P. SOSIAL P. EMOSI

yg dipamerkan secara nyata -kanak dan konflik -kanak dan agresif

3. Masalah kesihatan murid-murid.( ada 3 peringkat)

KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN (KBSR) 1. KONSEP PK DALAM PRA SEKOLAH KESEPADUAN GABUNG JALIN INTERGRASI Gabungan bberapa kemahiran @ pkmbngn fizikal kanak2 Tumpuan seimbang ant. Akademik, kesihatan, social,dll. Mencantum strategi yg terbaik, menarik, sesuai & berkesan.

2. KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL (PRA SEKOLAH) Motor halus Motor Kasar Kesihatan Keselamatan ASPEK KESIHATAN ASPEK KESELAMATAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Jaga tubuh badan Pakaian yg sesuai Pemakan yg sihat Gaya hidup sihat Kenal punca kemalangan Keselamatan diri & org lain Tmpt2 bahaya,objek & situasi bahaya Jaga kebersihan alam Mempelajari kebersihan melalui tunjuk cara oleh pihak yg berkenaan

PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1. Penilaian Formatif. Semasa P&P Nilai program utk perbaiki P&P Membentuk maklumat & objektif program Pengumpulan bukti secara sistematik

2. Penilaian Sumatif. Selepas P&P Ujian standard Menentukan tahap pencapaian murid

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN. PENGENALAN. 1. ASAS SAINS bantu kenalpasti punca dan menangani masalah kesihatan. 2. 4 ASPEK SAINS Biologi Sosiologi Psikkologi Fisiologi

BIOLOGI SOSIOLOGI PSIKOLOGI FISIOLOGI Organisma hidup. - gaya hidup sihat adalah keperluan asas kepada tumbesaran manusia Peranan PK dlm masyarakat. Sosialisi melalui PK Perkembangan melalui PK Jiwa yg sihat - Rasa senang thdp dirinya - Menghargai kepelbagaian - Kawal marah - Penampilan diri System tubuh badan yg mempengaruji kesihatan dan kecergasan - system kardiovaskular - System pembiakan

STRUKTUR & FUNGSI ANGGOTA BADAN System Pergerakan Dan Perlindungan :1. Rangka 2. Otot 3. Intergumentari

SYSTEM TENAGA DAN PENGHADAMAN Tenaga Penghadaman Asid laktik Aerobic Saluran Gastrointestinal Mulut Faring Esofogus Perut

Jenis deria :- cutaneous, olfactory, gustatory, visual, auditori & keseimbangan SISTEM PEMBIAKAN 3 kelompok organ pembiakan GONADS SALUR (DUCTS) AKSESSORI KELENJAR JANTINA Menghasilkan gamet Mengangkut & simpan gamet Hasilkan bahan2 yg menyokong gamet UMUR KEMATANGAN 1. Biological 2. Kronologikal 3. Social 4. Psikologikal 5. Functional

Soalan 1 a) b) Definisi apakah pendekatan pembelajaran? Cirikan pendekatan tradisional.

c) Terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan . Nyatakan kemahiran tersebut. Jawapan 1 a) Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pendekatan merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu mata pelajaran. b) c) Ciri-ciri pendekatan tradisional: Kurikulum ditetapkan Mengutamakan pengajaran Guru menentukan tugasan Tugasan yang sama untuk semua pelajar Guru menentukan ujian piawai Mengukur p&p mengikut gred Berfokuskan guru Tiga kemahiran yang perlu dikuasai guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan: Kemahiran menyoal Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan Reaksi terhadap soalan pelajar

Soalan 2 a) b) Definisikan kaedah. Nyatakan ciri-ciri pendekatan.

c) Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Perihalkan 3 pendekatan yang biasa digunakan iaitu pendekatan Tradisonal, pendekatan Humanistik dan pendekatan Gabungan. Jawapan 2

a) Kaedah merupakan suatu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Erti kata lain kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur. b) Ciri-ciri pendekatan: Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka masa panjang Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan Mencerminkan satu falsafah

c) i)

Tiga pendekatan yang biasa digunakan ialah: Pendekatan Tradisional Menggunakankan prinsip pengajaran tradisional Guru memberi arahan dan pelajar mengikut arahan Pembelajaran sehala Guru sebagai pengajar Kebaikan ialah mudah dirancang dan diurus Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas

Ciri-ciri: Kurikulum yang ditetapkan oleh kemementerian pelajaran Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar Guru menentukan ujian piawai Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred Berfokuskan guru

ii)

Pendekatan Humanistik Menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang iaitu perasaan atau emosinya Menekankan cara berfikir, pengamatan dan interpretasi individu terhadap sesuatu atau peristiwa Kuasa motivasi seseorang ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai hasrat diri Menitikberatkan perkembangan secara bebas, iaitu pelajar bebas belajar apa yang dikehendaki dan ingin diketahui. Guru sebagai fasilitator yang memberi motivasi tentang kepentingan belajar serta merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar

Ciri-ciri Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindak Mementingkan pembelajaran Murid menentukan tugasan sendiri Tidak mementingkan ujian piawai Gred bukan pengukur pengajaran Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklum balas perlakuan aktiviti

iii)

Pendekatan Gabungan Menggabungkan pendekatan Tradisional dan Humanistik. Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko mata pelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik p&p Digunakan secara meluas di Negara kita

Ciri-ciri Kurikulum ditentukan oleh kementerian tetapi guru masih boleh mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri Guru memilih kaedah p&p berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan mengikut keupayaan pelajar Ujian berasaskan ciri-ciri pelajar Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri

Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagaikan kayu pengukur, penilai dan bentuk ujian Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.

You might also like