You are on page 1of 52

1

1.0 Pengenalan
Islam bukan sekadar ibadah seperti sembahyang, puasa dan haji, akan tetapi
ia adalah jalan hidup bagi manusia. Jalan hidup yang dimaksudkan antara lain
menjamin kemaslahatan dan menjauhkan kemudaratan bagi manusia. Tentu sahaja
dua perkara ini (menjamin kemaslahatan dan menjauhkan kemudaratan) juga disebut
oleh agama lain dan para ahli fikir. Namun terdapat perbezaan yang besar antara
cara Islam dan selainnya, iaitu Islam tidak sekadar menyebut tetapi memastikan ia
dilaksanakan ke atas manusia. Pemastian inilah yang menyebabkan Islam memiliki
hukum-hukum yang diterapkan ke atas manusia.

Di sini mungkin timbul persoalan, bukankah agama sepatutnya bersifat
pilihan manakala hukum pula bersifat paksaan? Justeru adakah Islam agama
paksaan?

Dijelaskan bahawa ciri-ciri menjamin kemaslahatan dan menjauhkan
kemudaratan yang ada pada Islam pada asalnya ada pada fitrah kebanyakan manusia.
Namun tidak semua manusia melaksanakan fitrah tersebut dengan sempurna. Justeru
manusia memerlukan hukum bagi memastikan fitrah menjamin kemaslahatan dan
menjauhkan kemudaratan benar-benar diterapkan di kalangan manusia.
Sebagai contoh, kebanyakan manusia adalah pemandu yang berdisiplin.
Namun ada segelintir pemandu yang menjauhi sifat tersebut. Maka untuk
memastikan keselamatan semua pemandu, sama ada yang berdisiplin atau tidak, kita
memerlukan undang-undang jalanraya. Tidak sekadar itu, kita juga memerlukan

2
pasukan polis untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar diterapkan di
atas jalanraya.

Demikianlah juga dengan hukum Islam. Disebabkan adanya sebahagian
manusia yang suka mengakibatkan mudarat dan menjauhkan maslahat kepada diri
mereka sendiri dan orang lain, maka hukum Islam perlu diterapkan ke atas manusia.
Dari satu sudut yang sempit ia kelihatan satu paksaan, namun dari pelbagai sudut
yang luas ia adalah kebaikan untuk semua.

Apabila dikaji hukum-hukum Islam, akan ditemui bahawa ia memiliki
beberapa ciri yang istimewa, iaitu:
1. Hak asasi orang ramai diunggulkan di atas hak asasi individu. Yang
dimaksudkan dengan Hak asasi ialah hak untuk memperoleh
kemaslahatan dan menghindari kemudaratan.
2. Hak asasi untuk jangka masa panjang diunggulkan di atas hak asasi
untuk jangka masa pendek.
3. Apabila usaha menghindari mudarat bertembung dengan usaha
memperoleh maslahat, maka menghindari mudarat diunggulkan daripada
memperoleh maslahat.
4. Pencegahan diunggulkan sebelum mudarat (cegah sebelum parah).

3
5. Semua yang ada di alam ini adalah halal dan harus untuk manusia
melainkan wujud dalil yang menyatakan sebaliknya (makruh atau
haram).
Dalam menetapkan hukum ke atas manusia, Islam mengambil hukum
tersebut daripada yang Mencipta manusia dan bukannya manusia itu sendiri. Ini jauh
berbeza dengan hukum sivil kerana yang membuat hukum tersebut adalah manusia
yang sudah tentu tidak terlepas daripada pelbagai kekurangan.

Sumber hukum Islam boleh dibahagi kepada dua. Pertama dan utama
(Primary) ialah al-Quran dan al-Sunnah. Untuk memudahkan kefahaman, kedua-
dua sumber hukum ini akan dikupas secara berasingan.

Selain daripada al-Quran dan al-Sunnah, Islam juga memiliki beberapa
sumber hukum yang lain. Sumber ini berperanan memberikan hukum bagi sesuatu
peristiwa yang baru timbul selari dengan perkembangan zaman, tempat dan
peradaban. Sumber-sumber hukum ini diasaskan daripada al-Quran dan al-Sunnah
jua. Dua daripadanya yang paling masyhur adalah Ijmak dan Qiyas.







4
2.0 Ijmak
Ijmak merupakan sumber hukum ketiga setelah al-sunnah iaitu kesepakatan
hukum dari para mujtahid pengikut Nabi Muhammad setelah beliau wafat pada suatu
waktu tertentu.
1


2.1 Pengertian

2.1.1 Pengertian dari segi Bahasa
Ijmak dari segi bahasa bermaksud :
- Niat dan bersetuju di dalam sesuatu perkara untuk melaksanakannya
- Azam dan kesungguhan dalam menghasilkan sesuatu.
2

- Kesepakatan berhubung dengan sesuatu perkara ( agama dll ), kesesuaian
pendapat alim ulamak, persetujuan ramai : kadi-kadi menjalankan tugas
mereka dengan berdasarkan Al-Quran, Hadis.
3

- Ijma' atau Ijmak ( ) dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad.
4





1
Wahbah al-Zuhaili , (1978) , Al-Wasith fi Ushul al-Fiqh al-Islami, Damaskus : Dar al-Kitab , hlm 43.
2
Abd Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, (2010) Pengantar Usul Fiqh, Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Sdn Bhd , hlm. 91
3
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
4
Ijmak, (t.th), (t.tp) : (t.pt), http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak ( 04.08.2012 )

5
2.1.2 Pengertian dari segi Istilah
Menurut istilah, ijmak ulamak dapat diberikan dengan beberapa pengertian
iaitu
5
:
- Muafakat pendapat ulamak mujtahid mengenai sesuatu masalah
- Sepakat ulamak mujtahid daripada umat islam sama ada dalam bentuk
Itiqad , kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang
berlaku selepas kewafatan Nabi.
- Persepakatan ulamak mujtahid umat Nabi Muhammad selepas kewafatan
Nabi Muhammad dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak.
Apa yang dimaksudkan dengan persepakatan ulamak mujtahid ialah mereka
mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang terperinci, dan
mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad sahaja. Ijmak ulamak tersebut adalah
hasil ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum.

2.2 Kedudukan Ijmak
Ulamak sepakat mengatakan ijmak adalah sumber ketiga dalam perundangan.
Hal tersebut kerana terdapat beberapa nas dan ayat yang dapat difahami bahawa perkara
yang diikhtilafkan oleh ulamak wajib dirujuk kepada kitab Allah iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Ini bererti bahawa perkara yang disepakati oleh mereka adalah kebenaran yang
diakui oleh Allah serta wajib diamalkan. Tentang penggunaan ijmak dan diterima

5
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 91

6
sebagai sumber hukum ialah sebagaimana dalil yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis
antaranya seperti berikut :
1. Dalil Al-Quran
a) Al-Quran menjelaskan bahawa umat islam adalah umat yang sederhana
dan menjadi saksi terhadap orang lain. Sebagaimana firman Allah dalam
surah Al-Baqarah ayat 143:
EElREOE4 7E4UEE
LOE`+ VCEc4
W-Q+^Q:4-Rm 47.-EO&+
O>4N +EE4- 4Q74C4
NQcO- 7^OU4
-4OTE-
6

Maksud : Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat
Islam), umat yang adil dan pilihan[95] agar kamu menjadi saksi atas
(perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas
(perbuatan) kamu. dan kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi
kiblatmu (sekarang) melainkan agar kami mengetahui (supaya nyata)
siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. dan sungguh
(pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang
yang Telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-
nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang kepada manusia.

b) Terdapat juga nas Al-Quran yang menyatakan umat islam mestilah taat
pada pemerintah yang merangkumi ulamak dan apabila berselisih
pendapat, mereka mestilah merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 :
O&^4C 4R~-.-
W-EQN44`-47
W-QNORC -.-
W-QNORC4
4QcO- O+4
O- 7LR` W
7


6
Al-Quran , Al-Baqarah 2 : 143
7
Al-Quran , An-Nisa 4 : 59

7
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan
taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika
kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia
kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-
benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Berdasarkan ayat tersebut apa sahaja yang disepakati oleh ulamak mesti diikuti.
Oleh itu pemimpin yang ditaati ialah mereka yang berilmu dan adil serta ulamak yang
mengeluarkan fatwa.
c) Selain itu juga, Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103 :
W-Q4-^N-4 lO4
*.- 4ORE 4
W-Q~OE>
8

Maksudnya : Dan berpeganglah kamu semuanya kepada
tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,


Ayat ini memerintahkan kaum muslimin bersatu padu, jangan sekali-kali
bercerai-berai. Termasuk dalam pengertian bersatu itu ialah berijmak (bersepakat) dan
dilarang bercerai-berai, iaitu dengan menyalahi ketentuan-ketentuan yang telah
disepakati oleh para mujtahid.
d) Allah berfirman lagi dalam surah An-Nisa ayat 115 :
T4`4 -R~4=+C
4QcO- TR` Ru4
4` 4E-4:> N.
OE^- ^7T:+4C4
4OOEN OT:Ec
4-RLR`u^-
RT&.4Q+^ 4` O^4Q>

8
Al-Quran , Ali Imran 3 : 103

8
RT-+^4 =E4EE W
^47.Ec4 -OO4`
^T
9

Maksudnya : Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran
baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia
leluasa terhadap kesesatan yang Telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke
dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.

Pada ayat di atas terdapat perkataan Sabilil Mukminin yang bererti jalan orang-
orang yang beriman. Jalan yang disepakati orang-orang beriman dapat diertikan dengan
ijmak, sehingga maksud ayat ialah: barangsiapa yang tidak mengikuti ijmak para
mujtahidin, mereka akan sesat dan dimasukkan ke dalam neraka.

2. Dalil Hadis

a) Terdapat hadis yang berbagai bentuk dan difahami oleh umat islam dan
ulamak mujtahid dan mereka mustahil sepakat terhadap perkara yang salah,
dalam hal ini, ini adalah satu jaminan terhadap hukum ijmak yang membawa
erti ia wajib diamalkan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul


umatku atau umat Muhammad s.a.w. di atas kesesatan.



9
Al-Quran , An-Nisa' 4 : 115

9




b) Sabda Rasullah lagi :

"

":

"

":

":

"

":


Maksudnya : Dari Muadz ibn Jabal ra bahwa Nabi Saw ketika
mengutusnya ke Yaman, Nabi bertanya: Bagaimana kamu jika dihadapkan
permasalahan hukum? Ia berkata: Saya berhukum dengan kitab Allah.
Nabi berkata: Jika tidak terdapat dalam kitab Allah ?, ia berkata: Saya
berhukum dengan sunnah Rasulullah Saw. Nabi berkata: Jika tidak
terdapat dalam sunnah Rasul Saw ? ia berkata: Saya akan berijtihad dan
tidak berlebih (dalam ijtihad). Maka Rasul Saw memukul ke dada Muadz
dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya
(Muadz) dengan apa yang diridhai Rasulullah Saw

3. Dalil Akal Fikiran

10
Setiap ijmak yang dilakukan atas hukum syarak, hendaklah dilakukan dan dibina
atas asas-asas pokok ajaran Islam. Kerana itu setiap mujtahid dalam berijtihad hendaklah
mengetahui dasar-dasar pokok ajaran Islam, batas-batas yang telah ditetapkan dalam
berijtihad serta hukum-hukum yang telah ditetapkan. Bila ia berijtihad dan dalam
berijtihad itu ia menggunakan nas, maka ijtihadnya tidak boleh melampaui batas
maksimum dari yang mungkin difahami dari nas itu.
Sebaliknya jika dalam berijtihad, ia tidak menemukan satu nas pun yang dapat
dijadikan dasar ijtihadnya, maka dalam berijtihad ia tidak boleh melampaui kaedah-
kaedah umum agama Islam, kerana itu ia boleh menggunakan dalil-dalil yang bukan nas,
seperti qiyas, istihsan dan sebagainya. Jika semua mujtahid telah melakukan seperti yang
demikian itu, maka hasil ijtihad yang telah dilakukannya tidak akan jauh menyimpang
atau menyalahi al-Quran dan al-Hadits, kerana semuanya dilakukan berdasar petunjuk
kedua dalil ltu. Jika seorang mujtahid boleh melakukan seperti ketentuan di atas,
kemudian pendapatnya boleh diamalkan, tentulah hasil pendapat mujtahid yang banyak
yang sama tentang hukum suatu peristiwa lebih utama diamalkan.
10


2.3 Syarat-Syarat Menjadi Mujtahid
Mujtahid hendaknya sekurang-kurangnya memiliki tiga syarat:
1. memiliki pengetahuan sebagai berikut:
a) Memiliki pengetahuan tentang Al Quran.
b) Memiliki pengetahuan tentang Sunnah.

10
Ahmad Nizam, (2007), Ijmak, https://hikmatun.wordpress.com/tag/ijma/ [01.08.2012]

11
c) Memiliki pengetahuan tentang masalah Ijmak sebelumnya.
2. memiliki pengetahuan tentang ushul fikih.
3. Menguasai ilmu bahasa.
Selain itu, al-Syatibi menambahkan syarat selain yang disebut di atas, yaitu
memiliki pengetahuan tentang maqasid al-Syariah (tujuan syariat). Oleh karena itu
seorang mujtahid dituntut untuk memahami maqasid al-Syariah. Menurut Syatibi,
seseorang tidak dapat mencapai tingkatan mujtahid kecuali menguasai dua hal: pertama,
ia harus mampu memahami maqasid al-syariah secara sempurna, kedua ia harus
memiliki kemampuan menarik kandungan hukum berdasarkan pengetahuan dan
pemahamannya atas maqasid al-Syariah.

Selain itu juga di dalam kitab pengantar usul fiqh karya Latif Muda dan Dr Rosmawati
Ali menyenaraikan 13 syarat untuk menjadi ahli mujtahid. Antaranya ialah
11
:
1. Islam dan bersikap adil
2. Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan
syariat.
3. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.
4. Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku
ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan
dengannya.

11
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 258.

12
5. Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan
masyarakat serta uruf.
6. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini
supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat
hukum.
7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith.
8. Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan
istinbath hukum.
9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk
membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai
kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.
10. Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.
11. Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.
12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-
kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.
13. Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab
Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad.
Berkata al-Allamah Syeikh Muhammad al-Khazraji di dalam kitabnya al-Qaul al-Badi
Fi ad-Radd Ala al-Qailin Bi al-Tabdi mengenai syarat-syarat seorang mujtahid:
1. Mengetahui asal-usul perkataan-perkataan Arab dan yang berkongsi makna
dengan perkataan-perkataan Arab yang lain.
2. Mengetahui makna-makna huruf-huruf al-Jar.

13
3. Mengetahui makna-makna huruf-huruf istifham dan nama-namnya serta huruf-
huruf al-Syarat.
4. Hendaklah seorang yang alim dengan kitab Allah Taala dan sebab-sebab
turunnya (asbab al-nuzul) ayat-ayat, nasikh mansukh, al-muhkam dan al-
mutasyabih yang umum, khas, mutlak, muqayyat, isi kandungan kitab, kitab al-
taklif (kewajipan), kitab berasaskan suasana, mafhum al-muwafaqah dan
mafhum al-mukhalafah.
5. Juga seorang yang alim mengenai Sunnah Nabi S.A.W. iaitu menguasai ilmu al-
riwayat dan al-dirayah, mampu melihat maslahah-maslahah am, istihsan, ististab
al-asal, manarik maslahah-maslahah dan menolak kerosakan.
6. Alim dalam ijmak dan qiyas.











14





2.4 Rukun Ijmak
Dari definisi dan dasar hukum ijmak di atas, maka ulama usul fiqh menetapkan rukun-
rukun ijmak sebagai berikut
12
:
a. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para
mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu.
Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa
tentulah tidak akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.
b. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam
dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada
suatu negara saja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.
c. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syarak) dari suatu
peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu

12
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 92.

15
unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan,
sehingga ia harus menerima suatu keputusan. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan
berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu
sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum yang telah
disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja keputusan yang terbaik ialah
keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para mujtahid.
d. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh
mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang
ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian
belum dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

2.5 Pembahagian Ijmak
Ijmak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
13

1. Ijmak Soreh atau ijmak hakiki
2. Ijmak Sukuti atau ijmak Itibari

2.5.1 Ijmak Soreh
Ijmak soreh ialah sepakat para ulamak mujtahid pada sesuatu masa tertentu dalam masalah
hukum agama, di mana masing-masing mengeluarkan dan melahirkan fatwa mereka baik dalam
bentuk perkataan atau perbuatan.

13
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 94 96.

16
Ijmak soreh juga ialah para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam
sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melalui
tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan.
2.5.2 Ijmak Sukuti
Ijmak sukuti ialah sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat mereka melalui fatwa,
sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri, tidak menyatakan pendapat atau
tidak sependapat. Ia juga dikira sebagai ijmak Itibari kerana dengan mengambil kira atau
beranggapan ulamak yang mendiamkan diri tersebut telah bersetuju dan sependapat dalam
masalah yang diijtihad.
Ijmak sukuti juga ialah sebahagian mujtahid mengemukakan hukum bagi sesuatu
masalah dan sebahagian yang lain mendiamkan diri, tidak mengingkari dengan jelas dan tidak
menyatakan persetujuan secara terang.
Ijmak tidak dianggap sebagai ijmak sukuti kecuali apabila ia memenuhi perkara-
perkara berikut:
a. bahawa diam diri itu adalah bersih dan sunyi dari tanda-tanda yang
menunjukkan bersetuju atau menentang. Maka jika didapati sesuatu
itu yang menunjukkan bersetuju dengan hukum itu, tidaklah
persetujuan itu dianggap ijmak sukuti malah ia dianggap ijmak shoreh.
Dan jika didapati tanda yang menunjukkan tidak bersetuju dengan
hukum itu, sudah pasti tidak terlaksana ijmak sama sekali.
b. Bahawa diam diri itu mestilah setelah berlalu masa yang cukup pada
kebiasaannya untuk dikaji mengenai masalah itu dan mengeluarkan
pendapat mengenainya.

17
c. Bahawa masalah itu mestilah terdiri dari masalah-masalah yang harus
diijtihadkan padanya, iaitu masalah yang mempunyai dalil secara
zhanni. Sekiranya mempunyai dalil yang diyakini dan muktamad, ia
adalah masalah yang tidak harus diijtihadkan. Maka, apabila para
ulama mengambil sikap mendiamkan diri terhadap pendapat
sebahagian ulama lain yang menyalahi kehendak dalil yang diyakini
dan muktamad, tidaklah dianggap bersetuju dengan pendapat tersebut
tetapi ia bukannya sebuah ijmak.

Kehujahan Ijmak Sukuti
Ulamak berselisih pendapat tentang kehujahan ijmak sukuti. Walaubagaimanapun
kebanyakan ulamak usul fiqh berpendapat ijmak sukuti boleh dibuat hujah dan dalil
mengeluarkan hukum. Perselisihan pendapat ulamak sebagai mana yang berikut :
a) Ulamak yang menerima
b) Ulamak yang menolak
Ulamak yang Menerima
Ulamak yang menerima ijmak sukuti dapat dibahagikan kepada dua bahagian pula iaitu :
a) Hujah Zanni
b) Hujah Qati


18
Pendapat Hujah Zanni
Ulamak yang menerima ijmak sukuti sebagai hujah zanni iaitu pendapat al-Khurki
daripada Mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada Mazhab Syafie.
Alasan mereka ialah, berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan
semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan, bahkan diam diri
itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan
kehebatan ulamak yang telah mengeluarkan pendapatnya. Oleh itu, ijmak sukuti adalah
hujah zanni.

Pendapat Hujah Qati
Mazhab yang berpendapat ijmak sukuti adalah hujah qati ialah ulamak Hanafi, Imam
Ahmad dan sebahagian ulamak syafie.
Alas an mereka ialah dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak
membezakan di antara ijmak soreh dan sukuti. Jika ditentukan dalil tersebut kepada
ijmak soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak, sedangkan ijmak telah berlaku.
Ulamak Yang Menolak
Antara ulamak mazhab yang menolak ijmak sukuti ialah Imam Malik dan Syafie. Alasan
mereka ialah tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju, kerana mungkin
mereka takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan
ijtihad.

19
2. 6 Jenis-Jenis Ijmak
Ijmak ulamak juga dapat dibahgikan kepada beberapa jenis tertentu antaranya ialah
14
:
1. Ijmak Ahli Madinah
2. Ijmak Ahli Al-Bait
3. Ijmak Sahabat
4. Ijmak Khulafa Ar-Rasyidin
5. Ijmak Ulamak

Ijmak Ahli Madinah
Ijmak ahli madinah ialah muafakat ulamak madinah di dalam mengeluarkan pendapat
tentang sesuatu masalah.
Ijmak Ahli Al-Bait
Manakala Ijmak Ahli Al-Bait pula ialah muafakat daripada kalangan keluarga Nabi
Muhammad s.a.w. seperti Ali, Fatimah , Hassan dan Husain di dalam sesuatu masalah.
Ijmak Sahabat
Ijmak Sahabat pula ialah muafakat sahabat dan pendapat mereka terhadap sesuatu
masalah.
Ijmak Khulafa Ar-Rasyidin

14
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 96.

20
Ijmak Khulafa Ar-Rasyidin ialah persepakatan sahabat Rasullah yang empat iaitu
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.
Ijmak Ulamak
Ijmak Ulamak ialah persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam masalah tertentu
pada masa tertentu.
2.7 Sandaran Ijmak
Jumhur ulamak sepakat mengatakan tidak akan wujud ijmak tanpa sandaran. Hal
tersebut kerana Nabi tidak membuat sesuatu keputusan tanpa sandaran kepada wahyu.
Sebagaimana firman Allah :
4`4 -RCL4C ^T4N -O4QE- ^Q
uT 4Q- T E4 EQNC ^
15

Maksudnya : Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan
hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).

Justeru itu Nabi memperkatakan sesuatu berdasarkan wahyu, maka lebih-lebih
lagi umatnya. Untuk itu, tidak mungkin para mujtahid mengeluarkan sesuatu hukum
tanpa sandaran atau mereka sengaja bermuafakat untuk melakukan kesalahan.
Dalam keadaan lain, ada segelintir ulamak berpendapat boleh berlaku ijmak
tanpa sandaran. Contohnya : urusan jual beli cara unjuk-mengunjuk dan layan diri. Di
mana ia diharuskan dengan berdasarkan adat.

15
Al-Quran, Al-Najm, 53 : 3-4.

21
Pendapat jumhur ulamak yang mengatakan ijmak mesti ada sandaran adalah
lebih tepat. Pendapat segelintir ulamak yang mengatakan ijmak juga boleh tanpa
sandaran seperti jualan unjuk-mengunjuk tersebut merupakan dakwaan yang tidak dapat
diterima. Hukum jualan tersebut dikira tidak sah menurut mazhab Syafie. Lantaran itu,
dengan adanya sandaran menyebabkan hukum ijmak adalah bertaraf qatI dan sesuatu
hukum sebelum berlaku ijamak adalah zanni. Untuk itu, ijmak tidak akan berlaku
kecualilah dengan berasaskan kepada dalil-dalil yang qati dan zanni. Antaranya
sebagaimana berikut :
1. Dalil Qati
Dalil qati ialah sebagaimana firman Allah :
^e4`QONO :^OU4N
7+-EE`+ 7>E444
Maksudnya : Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang
perempuan

Dalil tersebut termasuk dalam ijmak, iaitu haram mengahwini nenek dan cucu.
2. Dalil Zanni
Dalil zanni antaranya seperti berikut :
a. Hadis Ahad : sebagaimana sebuah hadis yang bermaksud : nenek mendapat
pusaka 1/6 kerana nabi telah memberi kepada nenek bahagian 1/6 daripada
pusaka si mati.
b. Al-qiyas. Di mana ijmak ulamak terhadap haram lemak babi diqiyaskan kepada
haram dagingnya.


22
2.8 Kemungkinan Ijmak dan Berlakunya
Ulamak tidak sepakat mengenai kemungkinan ijmak dan berlakunya iaitu :
1. Pendapat Segolongan Nizamiah dan Syiah
2. Pendapat Jumhur
Pendapat Segolongan Nizamiah dan Syiah
Sebahagian daripada golongan Nizamiah dan Syiah berpendapat tidak mungkin berlaku
ijmak kerana:
a) Untuk berlaku ijmak mestilah ada dua asas iaitu:
I. Mengetahui ulamak yang layak berijtihda seluruh dunia
II. Mengetahui pendapat setiap mujtahid tentang masalah yang dipersoalkan
Berdasarkan dua perkara di asas tersebut, maka ijmak tidak mungkin berlaku.
Hal ini kerana, tidak ada suatu ketetapan dan landasan yang pasti untuk mengetahui
siapakah yang layak digelar mujtahid atau tidak. Begitu juga mengenai kedudukan
mujtahid itu sememangnya tidak tinggal di suatu tempat atau kawasan, malahan
berselerak, maka untuk mengetahui pendapat setiap orang daripada mereka adalah
sesuatu perkara yang sukar.
b) Ijmak itu adakalanya bersandarkan dalil qati dan adakalanya bersandarkan pada
dalil zanni, pada adatnya sudah tentu orang ramai sudah tahu mengenai sesuatu
masalah itu, maka tidak perlu lagi kepada ijmak. Sebaliknya pula, kiranya ijmak
itu bersandarkan dalil zanni, maka pada adat mustahil berlaku ijmak, kerana
sememangnya tidak sama pendapat mujtahid dan tidak sama ilmu mereka.

23




Pendapat Jumhur
Jumhur ulamak menolak pendapat segolongan Nizamiah dan Syiah yang mengatakan
ijmak tidak berlaku, di mana pendapat mereka itu sebenarnya tidak berasas dan
sangkaan semata-mata. Hal tersebut kerana ijmak telah berlaku pada masa lalu.
Jumhur juga menolak alasan golongan tersebut yang mengatakan ijmak yang
bersandarkan dalil qati tidak perlu dan sia-sia juga adalah tidak tepat. Hal tersebut
kerana, ijmak yang berdasarkan dalil qati memang berguna untuk mengukuhkan lagi
hujah sesuatu masalah , dan ia sememangnya berlaku. Contohnya : hukum wajib
menunaikan sembahyang adalah berdasarkan dalil Al-Quran dan ijmak ulamak.
Seterusnya lagi, jumhur menolak pendapat mereka mengatakan mustahil berlaku
ijmak terhadap hukum yang berdasarkan dalil zanni. Hujah Jumhur ialah kerana hukum
ijmak yang berdasarkan dalil zanni telah berlaku. Contohnya : ijmak ulamak
mengeluarkan hukum : nenek berhak memperolehi 1/6 daripada pusaka peninggalan
cucunya. Hukum ini berdasarkan dalil hadis Ahad yang bersifat zanni.
Justeru itulah, jumhur ulamak berpendapat terjadinya ijmak adalah suatu perkara
yang mungkin dan ia memang benar-benar berlaku. Jumhur berpendapat demikian
dengan membawa alasan iaitu :

24
a) Perkahwinan di antara wanita muslimah dengan lelaki kafir adalah batal.
b) Haram mengahwini wanita dengan emak saudaranya, samada sebelah bapa atau
sebelah ibu pada satu masa.
c) Ijmak ulamak menetapkan haram lemak babi.
2.9 Kemungkinan Berlaku Ijmak Masa Kini
Setelah dibuat penelitian dan kajian, dapat dibuat rumusan di sini bahawa ijmak pada
masa kini tidak mungkin berlaku. Sebab dan alasannya sebagaimana berikut :
1. Para ulamak mujtahid tidak berada di suatu tempat , malahan mereka tinggal
berselerak dan berada di seluruh pelusuk dunia. Lantaran itu, sukar untuk
mempastikan dan untuk mendapatkan pendapat setiap daripada mereka terhadap
sesuatu masalah. Selain dari itu, tidak mungkin ulamak sepakat dalam
mengeluarkan hukum sesuatu masalah.
2. Adalah menjadi kesukaran untuk mengenal pasti siapakah sebenarnya mujtahid
dan bergelar mujtahid itu. Kerana setengah orang mengaku ia sebagai mujtahid,
sedangkan sebenarnya ia belum mencapai tahap tersebut. Hal tersebut kerana,
ijmak itu ialah persepakatan para ulamak mujtahid.

2.10 Hukum Mengingkari Ijmak
Ijmak mengambil tempat sebagai sumber ketiga di dalam sumber perundangan. Ulamak
berselisish pendapat tentang mengingkari hukum yang berdasarkan ijmak iaitu :

25
1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur, kerana ia
termasuk dalam hujah yang disepakati. Contohnya : mengingkari ijmak sahabat
diriwayat secara mutawatir. Kerana mengingkarinya bererti meningkari dalil
qati.
2. Sebahagian ulamak lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari
hukum ijmak tidak kufur, kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni. Seterusnya
mengingkari kehujahan dalil tidak kafir.
Biarpun ada perselisihan pendapat tentang pengingkaran ijmak, namun ijmak
ulamak merupakan ijtihad ulamak yang secara tidak langsung ia adalah keputusan yang
dibuat bersumberkan dan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu segala ijmak
yang disepakati serta dinyatakan oleh ulamak mujtahid terhadap sesuatu hukum syarak
mestilah bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dari situlah ijmak itu dapat
diterima sebagai suatu dalil dan hujah yang muktamad.








26



3.0 Qiyas
Sepertimana ijmak, qiyas juga berperanan untuk mengeluarkan hukum bagi sesuatu
persoalan baru di kalangan umat Islam. Syarat utama bagi qiyas adalah wujudnya
persamaan illah antara hukum asal dan hukum baru.

3.1 Pengertian
Qiyas dapat diberikan kepada dua pengertian iaitu :
1. Pengertian Bahasa
2. Pengertian Istilah
3.1.1 Pengertian Bahasa
Menurut bahasa, qiyas boleh dimaksudkan dengan erti yang berikut
16
:
1. Ukuran
2. Persamaan
3. Persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
4. Pengajaran
5. Tamsil

16
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 105

27
6. Menyerupai
Selain itu juga, secara bahasa, Qiyas merupakan bentuk masdar dari kata qasa-
yaqsu, yang ertinya ukuran, mengetahui saiz sesuatu. Misalnya, "Fulan meng-qiyaskan
baju dengan lengan tangannya", ertinya mengukur baju dengan lengan tangannya;
ertinya membandingkan antara dua hal untuk mengetahui ukuran yang lain. Secara
bahasa juga bererti "menyamakan", dikatakan "Fulan meng-qiaskan extasi dengan
minuman keras", ertinya menyamakan antara extasi dengan minuman keras.
17

Qiyas juga diertikan dengan makna mengkadarkan atau mengukur sesuatu dan
juga ia bermaksud menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
18

Di dalam buku Principles Of Islamic Jurisprudence disebutkan bahawa literally
qiyas means measuring or ascertaining the length, weight or quality of something.
beside that qiyas also means comparison with a view of suggesting equality or similarity
between two things. Yang bermaksud secara literal bererti qiyas mengukur atau
memastikan panjang, berat atau kualiti dari sesuatu. Selain itu qiyas juga bererti
dibandingkan dengan pemandangan menunjukkan persamaan atau kesamaan antara dua
hal.
19





17
http://www.wattpad.com/147913-qiyas-dalam-islam
18
Fadilah Bin Sarnap, ( 1998 ) Perundangan Islam Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya, Johor
Bharu : Perniagaan Jahabersa, hlm. 369.
19
Mohammad Hashim Kamali, ( 1989 ) Principles Of Islamic Jurisprudence, Selangor : Pelanduk
Publication ( M ) Sdn. Bhd. , hlm. 248.

28


3.1.2 Pengertian Istilah
Dari sudut istilah,qiyas boleh membawa maksud berikut
20
:
1. Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya
dengan sesuatu perkara yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya
mempunyai persamaan pada illah atau pada sebab hukum. Contohnya : Allah
mengharamkan minum arak dengan dalil nas dan wajib dikenakan had ke atas
peminumnya. Para mujtahid mendapati illah dan sebab pengharamannya ialah
memabukkan. Maka diqiyaskan terhadapnya setiap yang memabukkan selain
daripada arak seperti todi, dadah, ganja dan wiski adalah haram.
2. Persamaan sebab dalam sesuatu perkara furu yang telah berlaku dengan perkara
yang baru berlaku dengan persamaan illah hukum tersebut. Contohnya :
pengharaman tuak berdasarkan illah ianya memabukkan seperti arak.
3. Perbandingan antara suatu hukum dalam perkara yang baru lahir dengan perkara
yang sudah ada hukum sebelumnya di dalam al-quran dan sunnah.
4. Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-quran atau
hadith atau ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan di dalam salah satu
daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan illah hukum.
5. Sadr al-Syari'ah tokoh ushul fiqh Hanafi menegmukakan bahawa Qiyas adalah:
"Memberlakukan hukum asal kepada hukum furu 'disebabkan kesatuan illat yang

20
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 105 & 106

29
tidak dapat dicapai melalui pendekatan bahasa sahaja".
Maksudnya, 'illat yang ada pada satu nas sama dengan' illat yang ada pada kes
yang sedang dihadapi seorang mujtahid, kerana kesatuan 'illat ini, maka undang-
undang kes yang sedang dihadapi disamakan dengan undang-undang yang
ditetapkan oleh nas tersebut.
Imama Baidhowi dan majoriti ulama Syafi'iyyah mendefinisikan qiyas dengan:

"Membawa (undang-undang) yang (belum) di ketahui kepada (hukum) yang
diketahui dalam rangka menetapkan hukum bagi keduanya, atau meniadakan
hukum bagi kedua-duanya, baik undang-undang mahupun sifat.".
21













21
http://www.wattpad.com/147913-qiyas-dalam-islam


30



3.2 Rukun Qiyas
Berdasarkan pengertian tersebut, qiyas yang dikehendaki dan diterima menurut syarak
ialah mengandungi empat rukun berikut
22
:
1. Asal, iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis
atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil yang qati:
contohnya arak sabit hukumnya berdasarkan al-Quran.
2. Hukum asal, iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam al-Quran,
hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil
yang hendak diqiyas, contohnya hukum haram arak.
3. Cabang atau furu iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam al-
quran, hadis dan ijmak contohnya todi, dadah, dan wisky.
4. Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang
sama dengan hukum furu atau baru contohnya sifat mabuk pada arak dan dadah
atau todi dan wisky.




22
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 104.

31


3. 3 Syarat Qiyas
Qiyas itu mestilah memenuhi tiga syarat berikut
23
:
1. Hukum asal
2. Furu atau cabang
3. Illah atau sebab
3.3.1 Hukum Asal
Hukum asal itu dapat dipindahkan kepada furu mestilah pula dengan memenuhi syarat
berikut :
- Hukum asal itu merupakan hukum syarak berbentuk amaliah yang
telah sabit atau ditetapkan oleh nas.
- Hukum asal hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami
oleh akal. Kiranya akal tidak dapat mengetahui illah hukum asal maka
qias tidak boleh dilakukan. Justeru itu, qiyas tidak boleh dilakukan
terhadap hukum Taabbudiah seperti menentukan bilangan rakaat dalam
solat.
- Hukum asal itu bukan sesuatu hukum yang berlaku khusus yang telah
sabit melalui nas. Justeru itu, sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan
pengkhususan hukum asal melalui nas, maka qiyas tidak boleh dilakukan

23
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 104-107

32
kerana ia menyalahi dalil syarak. Antara contoh hukum yang dikatakan
berlaku khusus ialah terdapat dalil yang menunjukkan sesuatu hukum itu
hanya berlaku untuk asal sahaja seperti kahwin lebih empat isteri dalam
satu masa adalah khusus untuk Nabi sahaja.
- Hukum asal mempunyai illah yang mungkin terlaksana atau mungkin ada
pada furu
- Hukum asal tidak dimansuhkan atau tidak dibatalkan. Hal tersebut kerana
illah hukum akan terbatal dengan sendiri apabila sesuatu hukum itu
dibatalkan.
3.3.2 Furu atau cabang
Untuk membolehkan sesuatu furu dipindahkan hukum asal kepadanya dengan
memenuhi beberapa syarat tertentu :
- Pada furu terdapat illah yang ada pada asal. Antara lain, furu adalah
sama dengan asal dari segi illah hukumnya.
- Pada furu tidak terdapat nas atau ijmak yang menunujukkan sesuatu
hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas. Antara contoh qiyas yang
bertentangan dengan ijmak seperti orang musafir harus meninggalkan
puasa berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :
T4`4 4 _CO u
O>4N OEEc EOR ^TR)`
`+C 4OE=+
24


24
Al-Quran, Al-Baqarah, 2 : 185.

33
Terjemahan : dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah
ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu


Maka jika dikatakan orang musafir tidak wajib menunaikan sembahyang kerana
diqiyaskan dengan puasa adalah batal. Ini kerana ia menyalahi ijmak, yang mana
sembahyang itu tidak boleh ditinggalkan sebab musafir bahkan wajib ditunaikan dalam
apa jua keadaan.
- Hukum furu tidak boleh mendahului hukum asal dari segi sabitnya.
Contohnya tidak sah Qiyas wuduk terhadap tayammum dari segi wajib
niat dengan illah kedua-duanya merupakan bersuci atau ibadat. Hal
tersebut kerana wuduk lebih dahulu disyariatkan daripada tayammum.
Oleh itu, qiyas wuduk kepada tayammum dalam soal wajib berniat adalah
batal.
- Hukum yang dipindahkan kepada furu hendaklah sama dengan hukum
asal atau pun sama furu dengan usul. Justeru itu, sebagai contohnya :
tidak sah qiyas wuduk terhadap tayammum atas dasar illah kedua-duanya
menyucikan. Hal tersebut kerana wuduk dan tayammum sememangnya
tidak sama dari sudut membersihkan. Wuduk menggunakan air dan dapat
menghilangkan kotoran, sedangkan tayammum menggunakan debu tanah
dan tidak dapat membersihkan kotoran.
3.3.3 Illah atau Sebab
Illah hendaklah dengan memenuhi syarat berikut :

34
- Illah hendaklah merupakan suatu keadaan atau sifat zahir iaitu dapat
difahami oleh pancaindera kerana ia merupakan tanda hukum. Lantaran
itu, tidak sah dijadikan redha-meredhai antara penjual dan pembeli
sebagai illah pertukaran milik barangan. Hal tersebut, kerana redha itu
berkaitan dengan hati dan tidak dapat difahami oleh pancaindera. Apa
yang boleh dijadikan illah untuk menunjukkan tanda redha itu ialah ijab
dan qabul.
- Illah hendaklah merupakan suatu sifat atau keadaan yang pasti dan tetap
dalam semua keadaan dan orang. Iaitu tidak berlainan dengan sebab
berlainan orang dan keadaan. Lantaran itu, tidak sah dijadikan kesukaran
sebagai illah diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit. Hal
tersebut kerana kesukaran itu merupakan antara perkara yang jelas
berlainan dengan sebab berlainan orang dan keadaan. Apa yang boleh
dijadikan illah di situ ialah musafir dan sakit kerana ia merupakan sifat
yang jelas dan tetap.
- Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah
dengan hukum. Iaitu sifat yang mana pensyariatan hukum untuk
memberi faedah dan mencegah bahaya terhadap manusia. Contohnya
mabuk dalam nisbah pengharaman arak.
- Illah itu bukan merupakan suatu sifat atau keadaan yang hanya wujud
pada asal sahaja, bahkan ia harus terdapat pada selain asal.





35




3.4 Pembahagian Qiyas
Ditinjau dari sudut illah pada hukum furu dan asal, qiyas terbahagi kepada dua iaitu
25
:
1. Al-Qiyas al-khafiy
Al-qiyas yang tidak di yakini tentang perbezaan diantara illa pada hukum furu
dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau
sebaliknya.dikenali dengan istihsan.Contohnya wanita berhaidh diharuskan
membaca Al-Quran bertdasarkan al-qiyas al-khafiy atau istihsan dan diharamkan
berdasarkan al-qiyas al-jaliyWanita berhaidh diharuskan membaca Al-Quran
berdasarkan al-qiyas al-khafiy kerana ia berbeza dengan orang yang berjunub di
segi waktunya.Waktu berjunub tidak lama,sedangkan haidh lama,sekiranya
sepanjang masa haidh mereka tidak dapat membaca Al-Quran,bererti mereka
tidak mendapat pahala dalam ibadat membaca Al-Quran ketika
berhaidh,sedangkan lelaki dapat membacanya serpanjang masa.
2. Al Qiyas al-jaliy
Al-Qiyas al-jaliy ialah al-qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah
pada hukum cabang atau furu dan asal serta pasti ia memberikan kesan pada
hukum atau sebaliknya.Contohnya:wanita berhaidh haram membaca Al-Quran
berdasarkan al-qiyas al-jaliy.Iaitu,diqiyaskan kepada orang yang berjunub di segi

25
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 107- 108.

36
illah sama-sama ttidak suci. Dimana orang yang berjunub dan berhaidh sama-
sama diharamkan membaca Al-Quran.


3.5 Pembahagian Qiyas dari Sudut Furu
Qiyas ditinjau dari sudut furunya iaitu diqiyaskan kepada asal dapat dibahagikan
kepada 5 bahagian
26
:
A. Qiyas al-Awla
B. Qiyas al-Musawi
C. Qiyas al-Dilalah
D. Qiyas al-Syibh
E. Qiyas al-Adwan

3.5.1 Qiyas al-Awla
Qiyas al-Awla ialah Illah pada hukum furuadalah lebih kuat daripada illah hukum
asal.antara lain,Qiyas al-Awla bermaksud furu di dalam al-Qiyas lebih utama atau kuat
dari segi hukum daripada asal contohnya mengqiyaskan haram memukul ibu bapa
diqiyaskan dengan haram mengatakan ah kepada keduanya dengan illah menyakiti.
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Israk ayat 23:
E > .E+= l"+
27

Yang bermaksud : Maka janganlah engkau berkata
kepada mereka ( sebarang perkataan kasar ) sekalipun :
ah ...


26
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 108-110.
27
Al-Quran, Al-Israk, 17 : 23.

37



3.5.2 Qiyas al-Musawi
Al-Qiyas yang sama hukumnya di antara asal dengan furu berdasarkan illah yang
sama.antara lain juga Qiyas al-Musawi ialah,furudidalam al-Qiyas adalah sama dengan
asal dari segi hukum.contohnya:mengqiyaskan haram bakar atau memusnahkan harta
anak yatim kepada haram memakannya. Di mana illahnya ialah merosakkan dan habis.
Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 10 :
ET 4R~-.- 4QU4C
44Q^` OE4-41^-
U E^^T 4QU4C OT
TR^Q7C+ -4O4^ W
HQU4OEc4 -LOOREc ^
28


10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim,
Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk
ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).



3.5.3 Qiyas al-Dilalah
Al-Qiyas yang menghimpun di antara hukum asal dengan furu berdasarkan sifat yang
tetap bagi illah.contohnya perahan anggur adalah haram hukumnya,diqiyaskan dengan
arak.Dimana illah kedua-duanya ialah terdapat bau yang kuat yang di kira sebati dengan
bahan yang memabukkan. Contoh lain, qiyas harta kanak-kanak kepada harta orang
baligh dalam perkara wajib zakat dengan illah sama-sama bertambah dan berkembang.



28
Al-Quran, An- Nisa , 4 : 10.

38




3.5.4 Qiyas al-Syibh
al-Qiyas yang hukum furunya boleh diqiyaskan kepada dua yang asal yang mana ia
dihubungkan dengan asal yang lebih banyak persamaan
dengannya.Contohnya:pembunuhan tidak sengaja terhadap hamba yang dimiliki oleh
orang lain. Hamba tersebut boleh diqiyaskan dengan manusia biasa mengikut asal
kejadiannya dan hamba juga boleh disamakan dengan kuda yang dimiliki oleh tuannya
diqiyaskan kepada harta yang dimiliki oleh tuannya.

3.5.5 Qiyas al-Adwan
Dikenali dengan Qiyas al-Adna.Iaitu al-Qiyas yang berdasarkan illah yang nilai illah
lebih rendah daripada illah yang terdapat pada hukum asal. Antara lain qiyas al-adna
ialah furu adalah kurang jelas atau lebih lemah daripada asal dari segi illah hukum.
Contohnya haram menjual buah epal dengan epal dibandingkan gandum dengan
gandum,dimana illah buah epal lebih rendah daripada gandum yang menjadi makanan
asasi.







39



3.6 Kehujahan Qiyas
Jumhur ulamak sepakat mengatakan qiyas boleh dijadikan hujah dan sebagai sumber
hukum syarak. Manakala golongan nizamiah, zahiriah dan segolongan puak syiah
berpendapat qiyas tidak boleh dijadikan hujah. Hujah mereka seperti berikut :
29

1. Hujah Golongan yang Menolak
2. Hujah Jumhur Ulamak

3.6.1 Hujah Golongan Menolak
Antara alasan dan hujah golongan yang menolak qiyas :
a. Al-quran menegah dan melarang kita daripada mengikuti zann. Sebagaimana
firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 36 :
4 -^> 4` "^1 El
ROT vUR E
30

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

b. Golongan yang menolak al-Qiyas mengatakan al-Qiyas adalah perkara zann. Hal
tersebut disebabkan ia berasaskan kepada zann, di mana illah atau sebab
kerananya disyariatkan hukum di dalam nas yang dijelaskan. Justeru itu al-Qiyas
ditegah supaya diikuti dan ia tidak dapat mensabitkan hukum.

29
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 110 113 .
30
Al-Quran, An- Isra, 17 : 36.

40
c. Al-Qiyas dan penggunaannya boleh membuka ruang ke arah perselisihan dan
pertelingkahan di antara umat kerana berasaskan kepada zanni.
3.6.2 Hujah Jumhur Ulamak
Hujah jumhur yang berpendapat qiyas boleh dijadikan hujah ialah berdasarkan dalil Al-
quran, hadis dan ijmak serta akal, iaitu :

1. Dalil Al-Quran
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Nisa ayat 59 :
O&^4C 4R~-.-
W-EQN44`-47 W-QNORC -.-
W-QNORC4 4QcO-
O+4 O- 7LR` W
T u7+^N4O4L> OT 7E*
+1NO OT *.-
QcO-4 T u7+47
4QNLR`u> *.T
RQ4O^-4 QO=E-
ElRO OOE= T=O^O4
EC> ^T_
31


59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil
amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


Ayat tersebut menyarankan supaya merujuk kepada Al-Quran dan hadis apabila kita
berselisih dalam mengeluarkan keputusan. Selain itu, kita menggunakan qiyas untuk

31
Al-Quran, An- Nisa, 4 : 59.

41
mengeluarkan hukum yang tiada nas tentangnya berdasarkan kejadian yang sudah ada
nas dalam al-quran dan hadis.



2. Dalil Hadis.

. .
.
Bermaksud : Diriwayat dari Nabi Baginda bertanya
kepada Muaz ketika baginda melantiknya untuk menjadi kadi di negeri yaman
dengan apa kah kamu hendak menghukum jawab Muaz, saya menghukum
dengan kitab Allah, Rasulullah bertanya lagi jika tidak didapati di dalam kitab
Allah berkata Muaz saya akan menghukum dengan sunah Rasulullah
bertanya Rasulullah lagi jika hukum itu tidak didapati di dalam sunah
Rasulullah Muaz menjawab saya bersunguh-sunguh mengunakan fikiranku
berkata Rasulullah dia telah mufakat akan rasulullah pada suatu yang dikasihi
oleh Allah dan Rasulullahnya. Hadis ini diriwayat oleh Ahmad bin Hambal, Abu
Daud, dan Tirmizi.

Telah terbukti melalui hadis sahih bahawa nabi sendiri menggunakan ijtihad baginda dan
qiyas untuk mengeluarkan hukum yang tidak ada wahyu tentangnya. Justeru itu,
berijtihad dan menggunakan qiyas salah satu daripada sunah nabi.
3. Dalil Ijmak
Di mana para sahabat sepakat berhujah dengan al-Qiyas dan mereka beramal
dengannya. Antara lain juga perkara tersebut berlaku dalam banyak masalah dan

42
tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang mengingkarinya. Antara
contohnya ialah :

I. Para sahabat sepakat melantik Abu Bakar sebagai khalifah berdasarkan al-
Qiyas terhadap perlantikan beliau sebagai imam sembahyang sewaktu hayat
nabi. Di mana setengah sahabat mengatakan : Rasulullah s.a.w meredhai Abu
Bakar dalam perkara agama, mengapakah kita tidak boleh meredhainya
sebagai ketua kita dalam perkara dunia.
II. Para sahabat pernah menghukum bunuh beberapa orang yang sama-sama
terlibat menyebabkan terbunuhnya seseorang. Hal tersebut diqiyaskan
hukuman potong tangan terhadap beberapa orang pencuri yang sama-sama
terlibat dalam mencuri sesuatu barangan.

4. Dalil Akal
Islam agama sempurna hingga hari kiamat. Hukumnya juga melibatkan masalah
yang telah berlaku dan akan berlaku. Namun penurunan wahyu telah tamat,
tetapi masalah tidak berkesudahan dan terus lahir. Justeru itulah perlunya al-
Qiyas untuk mengeluarkan hukum baru dengan berdasarkan persamaan illah atau
sebab lahirnya hukum yang dijelaskan di dalam nas.




43






3.6.3 Hujah Jumhur Terhadap Golongan Menolak Qiyas

Jumhur ulamak mematahkan hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan
membawa dalil al-quran yang mana nas al-quran menegah kita mengikuti perkara zann.
Sebenarnya kita ditegah mengikuti perkara zann yang berkaitan dengan perkara akidah
sahaja. Adapun perkara yang berbentuk amali sudah disepakati oleh jumhur ulamak
boleh diikuti dan beramal. Contohnya beramal dengan hadis ahad. Ia bertaraf zanni,
bukan qati.
Antara lain, Jumhur Ulamak menolak hujah golongan yang menolak hujah al-
qiyas dengan membawa alasan penggunaan al-qiyas boleh membuka ruang perselisihan
dan persengketaan. Sebenarnya perselisihan dan persengketaan yang tidak disukai atau
yang dimaksudkan oleh agama ialah perselisihan mengenai perkara akidah dan politik,
bukannya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum syarak yang berbentuk amali.
Kesimpulannya Pendapat jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana al-qiyas
hanya menjadi hujah dalam hukum-hukum agama yang bersifat amaliah. Ia merupakan
sumber hukum yang keempat dalam sistem perundangan Islam kerana ia berdasarkan

44
nas walaupun tidak secara langsung. Walaupun jumhur ulamak menerima kehujahan al-
qiyas namun sesiapa yang menolaknya tidak dikira kufur.






3.7 Persoalan Semasa Berkaitan Qiyas

Antara persoalan semasa berkaitan dengan al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah
dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak, dan benda-benda lain yang
memabukkan baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu dan minum.
32

Pengharamannya atas dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau
menghilangkan kewarasan akal. Untuk itu ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat
berbagai jenama benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau
mengkhayalkan sebagaimana yang dijelaskan di atas.
Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja, dan ia ditetapkan had atau
sesiapa yang sabit dikenakan hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan syaratnya
dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks semasa, benda-benda yang
memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui suntikan, atau

32
Abd Latif Muda , Dr Rosmawati Ali 2010, hlm. 114.

45
telan, atau hidu, atau hisap dan sedut. Semua itu tidak dijelaskan dalam nas dan tiada
nas.
Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks ini, ulamak
mujtahid menggunakan dalil qiyas untuk mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan
persamaan pada illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut adalah haram atas
dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti arak, tanpa mengira cara
pengambilannya, baik hidu, telan, suntik atau sedut. Hukuman yang dikenakan terhadap
benda-benda yang memabukkan yang mana cara pengambilannya bukannya minum
iaitu, sedut, hidu, telan atau suntik dikenakan hukuman takzir bukan hudud.
Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ( KKBI ) bagi subjek
PIM 3114 Pengajian Fiqh dalam masa yang ditetapkan oleh Ustaz Zulquarnain B Ali
dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Tugasan ini telah diberikan kepada kami pelajar PISM PAI Sem 8 pada 2 Julai
yang lalu dan perlu disiapkan pada 13 Ogos. Tugasan ini merupakan tugasan individu
dan setiap pelajar diberikan tajuk yang berbeza-beza berdasarkan tajuk dalam pengajian
fiqh. Selepas menyiapkan tugasan ini, kami semua diminta untuk membentangkan hasil
kerja kami mengikut tajuk masing yang telah ditetapkan. Saya telah diberikan amanah
untuk mengupas serta menghuraikan secara ilmiah berkaitan dengan Ijmak dan Qiyas
sebagai sumber hukum fiqh.

46
Berdasarkan pengalaman di sekolah menengah serta semasa mengikuti program
perguruan ini, sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Jadilah tidaklah terlalu sukar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya
telah diberikan sedikit sebanyak pendedahan awal berkaitan dengan Ijmak serta Qiyas
sebagai sumber hukum fiqh. Tapi pada kali ini ianya berbeza kerana saya hanya perlu
memberikan fokus dan tumpuan pada 2 sumber hukum fiqh ini sahaja. Sepertimana yang
kita ketahui Ijmak dan Qiyas merupakan sumber kepada Hukum Fiqh selepas Al-Quran
dan Sunah. Jadi ianya memberikan saya lebih pemahaman yang lebih mendalam
mengenai kedudukan Ijmak dan Qiyas ini dalam sumber hukum fiqh.
Semasa tugasan ini diberikan kami semua sedang menjalankan Internship di
sekolah yang ditetapkan selama sebulan. Jadi tugasan ini amat sukar dibuat pada awal
kerana saya mendahulukan tugasan semasa menjalankan Internship. Tetapi di dalam
keadaan yang sibuk menjalankan Internship ini, saya sempat untuk mencari beberapa
kitab serta mengakses internet dalam mencari maklumat berkaitan dengan Ijmak dan
Qiyas ini.
Alhamdulillah, segala urusan saya berjalan dengan lancar kerana terdapat banyak
sumber yang saya dapat gunakan bagi menyiapkan tugasan ini. Selepas kembali dari
menjalankan Internship barulah saya memulakan membuat tugasan ini. Pertama sekali
saya mencari lagi kitab-kitab yang berkaitan dengan Ijmak dan Qiyas di perpustakaan di
IPG Tengku Ampuan Afzan. Selepas itu, saya membuat sedikit demi sedikit kerana
diselangi dengan membuat tugasan Kajian Penylidikan.

47
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya selalu bertanyakan kepada rakan-
rakan berkaitan dengan Ijmak dan Qiyas ini. Tidak lupa juga, saya bertanyakan kepada
Ustaz Zulquarnain B Ali tentang syarat-syarat untuk menjadi ahli mujtahid. Keunikan
tugasan ini ialah kerana kami diminta untuk membuat tugasan ini mengikut format
A.P.A yang sebenarnya. Pada tugasan- tugasan yang lepas kami tidak membuat
mengikut standard dan criteria yang sebenar dalam menyiapkan tugasan termasuk dari
segi pengambilan nota kaki atau footnote. Pada kali ini kami didedahkan dengan betul
dalam membuat nota kaki yang betul dan mencari bahan ilmiah yang berkaitan dalam
menyiapkan tugasan kami ini.
Jadi, selepas kami menyiakan tugasan dan menghantarnya kepada Ustaz
Zulquarnain B Ali, kami bersiap sedia untuk membentangkan tugasan ini di dalam kelas.
Pembentangan ini akan berlangsung selepas semua menghantar tugasan mereka dan ia
kemungkinan dijalankan selepas kami pulang dari cuti Hari Raya Aidilfitri.
Akhir kata, saya bersykur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapakn tugasan ini
walaupun dibebani dengan kerja yang lain. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ustaz Zulquarnain B Ali serta rakan-rakan PISMP Pai Sem 8 kerana telah
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak memberikan kami
semua pemahaman tentang Pengajian Fiqh walaupun dalam masa yang singkat kerana
untuk belajar pengajian fiqh ini ia mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan
banyak cabang yang perlu dipelajari. Oleh itu, mohon ampun jika terdapat sebarang
kesalahan yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.


48



49
BORANG KOLABORASI
Tarikh Aktiviti Tindakan

02/07/2012

- Menerima tugasan daripada
Ustaz Zulquarnain di kelas.

- Ustaz Zulquarnain memberi
sedikit penerangan berkaitan
konstruk tugasan.





(Ustaz Zulquarnain Ali)

03/07/2012

- Memahami konstruk tugasan
yang diberikan.

- Membuat carian di internet
berkaitan ijmak dan qiyas.





(Mohamad Azhar B.
Mohd Nor)


06/07/2012

- Membuat rujukan buku ijmak
dan qiyas yang dimiliki rakan.

- Membuat bacaan dan
perbincangan bersama rakan.





(Wan Amirul Syahril Wan
Mazlan)

09/07/2012

- Merujuk buku-buku di
perpustakaan.

- Membuat carian bahan
tambahan diinternet.




(Mohamad Azhar B.
Mohd Nor)

50



23/07/2012

- Mengambil dua buah buku yang
telah ditempah.

- Membuat pembacaan terhadap
buku yang baru diperolehi.





(Mohamad Azhar B.
Mohd Nor)

25/7/2012

- Bertanya kepada Ustaz
Zulquarnain untuk meneguhkan
kefahaman.



(Ustaz Zulquarnain Ali)


30/07/2012


- Membuat penyususan bahan
mengikut partition yang
dicadangkan oleh Ustaz
Zulquarnain.





(Mohamad Azhar B.
Mohd Nor)


03/08/2012

- Mendapat penerangan
tambahan daripada Ustaz
Zulquarnain berkaitan panduan
menaip tugasan.




(Ustaz Zulquarnain Ali)

10/08/2012

- Membuat semakan terakhir



51
terhadap tugasan yang
disiapkan sebelum dihantar.


(Mohamad Azhar B.
Mohd Nor)

13/08/2012

- Menghantar tugasan kepada
Ustaz Zulquarnain.



(Ustaz Zulquarnain Ali)

















52
Bibliografi
Wahbah al-Zuhaili , (1978) , Al-Wasith fi Ushul al-Fiqh al-Islami, Damaskus : Dar al-
Kitab.
Abd Latif Muda & Dr Rosmawati Ali, (2010) Pengantar Usul Fiqh, Kuala Lumpur :
Pustaka Salam Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Fadilah Bin Sarnap, ( 1998 ) Perundangan Islam Sejarah Perkembangan, Sumber dan
Mazhabnya, Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa.
Mohammad Hashim Kamali, ( 1989 ) Principles Of Islamic Jurisprudence, Selangor :
Pelanduk Publication ( M ) Sdn. Bhd.
Qiyas dalam Islam ,( t.th) , (t.tp) : (t.pt) , http://www.wattpad.com/147913-qiyas-dalam-
islam
( 28.7.2012)
Ahmad Nizam, (2007), Ijmak, https://hikmatun.wordpress.com/tag/ijma/ (01.08.2012)

Ijmak, (t.th), (t.tp) : (t.pt), http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak ( 04.08.2012 )

You might also like