You are on page 1of 13

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/1

OBJEKTIF AM :
Mengetahui konsep asas bagi sumber asas DGE. Memahami prinsip penjanaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menyenaraikan sumber asas DGE. Menerangkan prinsip penjanaan.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/2

1.0 PENGENALAN

Rajah 1.1

Perkakas elektrik

Dalam kehidupan pada masa kini yang serba moden manusia sering mementingkan keselesaan dalam kehidupannya. Pelbagai alat elektrik dicipta untuk memenuhi keperluan tersebut. Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan alat elektrik seperti televisyen, radio, peti sejuk, komputer, dan sebagainya. Tetapi terfikirkah kita bagaimana tenaga elektrik ini terhasil?

1.1 SUMBER ASAS DGE DAN PRINSIP PENJANAAN


Bagi membolehkan sebuah mentol menyala, elektron yang terdapat dalam pengalir itu perlu digerakkan. Daya untuk menggerakkan elektron ini dikenali sebagai tenaga elektrik (daya gerak elektrik - d.g.e) atau sumber elektrik dinamik. Tenaga ini perlu kuat bagi menolak elektron dan seterusnya bergerak mengatasi rintangan litar dan lampu. Pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna perlu melalui peringkat penjanaan, penghantaran dan pengagihan. Tenaga elektrik dijana di stesen janakuasa.
NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/3

Di antara sumber asas d.g.e tersebut ialah seperti Rajah 1.2 Hidro Terma Kimia

Geoterma

Nuklear

Solar / Fotosel Angin

Ombak

Rajah 1.2 Sumber asas DGE

1.1.1

Hidro untuk

Stesen hidroelektrik menggunakan tenaga air menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Empangan dibina melintangi sungai-sungai di kawasan tanah tinggi bagi penyimpanan air. Air di dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan. Apabila air dibiarkan mengalir dari empangan ke turbin, tenaga keupayaan air bertukar menjadi tenaga kinetik. Tenaga kinetik air digunakan untuk memutarkan turbin seterusnya menggerakkan penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/4

Perubahan tenaga yang berlaku ialah tenaga keupayaan tenaga kinetik tenaga elektrik seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3.

Tenaga mekanik diberikan Empangan air Tenaga elektrik dikeluarkan

Air sungai, Air hujan, Air terjun Turbin Rajah 1.3

Penjana

Gambar rajah blok janakuasa hidro

1.1.2

Terma

Stesen terma menggunakan tenaga stim untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Stesen kuasa terma menggunakan air bersih yang diisi ke dalam kitar tertutup. Air ini akan dipanaskan dengan menggunakan arang batu atau minyak atau nukleus atau gabungan antaranya di dalam dandang sehingga menghasilkan stim pada suhu dan tekanan yang tinggi. Stim ini disalurkan ke turbin untuk menggerakkan bilah-bilah kipas turbin itu agar dapat berputar. Tenaga stim yang maksimum sekarang telah berpindah ke turbin dan bertukar kepada tenaga mekanik. Tenaga mekanik hasil putaran turbin pula akan ditukar ke tenaga elektrik oleh penjana. Stim yang telah kehilangan tenaga dan bertekanan rendah setelah memutarkan turbin, akan diekzoskan ke bahagian pemeluap untuk disejukkan dan menjadi air.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/5

Air ini kemudiannya disimpan dalam takungan dan dipam semula ke dandang stim untuk mengulangi kitar proses ini. Sebagai contoh stesen janakuasa hidro ini terdapat di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland.
Tenaga mekanik diberikan Tenaga elektrik dikeluarkan

Dandang stim

Bahan api seperti arang batu dsb. Rajah 1.4

Penjana

Turbin Gambar rajah blok janakuasa terma

1.1.3

Nuklear

Stesen nuklear menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga haba yang menukarkan air kepada stim dan menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Menurut persamaan tenaga jisim Einstein (E =mc2 ), perubahan jisim bahan api nuklear dalam satu tindak balas nuklear boleh ditukar menjadi tenaga haba. Dalam satu reaktor nuklear, proses pembelahan uranium berlaku secara berterusan pada kadar yang terkawal. Tenaga nuklear berubah menjadi tenaga haba. Tenaga haba yang dihasilkan digunakan untuk menukarkan air kepada stim melalui tekanan yang tinggi. Stim yang terhasil kemudiannya disalurkan untuk memutarkan turbin. Turbin seterusnya memutarkan penjana kuasa dan tenaga elektrik dijanakan. Sebagai contoh stesen nuklear ini terdapat di Rusia.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/6

Rajah 1.5 Janakuasa nuklear

1.1.4

Ombak

Stesen janakuasa ombak menggunakan tenaga ombak untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Ombak dihasilkan apabila angin bertiup melintasi permukaan lautan. Stesen kuasa gelombang mempunyai sejumlah besar penukar tenaga ombak yang dibiarkan sama ada terapung pada kedudukan tetap dipermukaan lautan atau pun dipasangkan pada dasar lautan. Penukaran tenaga menukarkan pergerakan ke depan dan belakang ombak kepada pergerakan selanjar dalam satu arah yang memutarkan penjana dan menghasilkan tenaga elektrik. Keluaran elektrik daripada penukar dihantar ke substesen di daratan yang membekalkan tenaga elektrik ke rumah-rumah. Sebagai contoh stesen janakuasa ombak ini terdapat di Jepun.

Rajah 1.6 Tenaga Ombak

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/7

1.1.5

Angin

Stesen janakuasa angin menggunakan tenaga angin untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Hampir semua turbin angin yang menghasilkan elektrik mempunyai bilah yang berputar di sekeliling hub yang mendatar. Hub ini dihubungkan ke suatu kotak gear dan penjana yang terletak dalam satu kelongsong yang berisi turbin di puncak menara. Sebagai contoh stesen janakuasa angin terdapat di Belanda.

Rajah 1.7

Kincir angin

1.1.6

Solar/Fotosel

Stesen solar menggunakan tenaga cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga elektrik yang berterusan. Tenaga ini adalah sumber tenaga utama bagi semua kehidupan di alam ini. Ia tidak dapat digunakan secara terus dan penyadapan perlu dilakukan sebelum tenaga ini dapat digunakan.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/8

Tenaga ini dapat ditukar kepada bentuk tenaga lain, misalnya kepada tenaga haba atau elektrik. Selalunya bahan yang peka terhadap cahaya seperti litium, solenium dan sebagainya digunakan untuk mengumpul tenaga menjadi padu bagi menghasilkan haba yang kuat. Sebagai contoh tenaga solar ini digunakan di kalkulator, kenderaan solar dan lain-lain.

Rajah 1.8 Tenaga Solar/Fotosel

1.1.7

Geoterma

Stesen janakuasa geoterma menggunakan tenaga haba untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Sumber tenaga haba yang besar ini yang disimpan jauh di bawah permukaan bumi dipanggil tenaga geoterma. Tenaga geoterma ini mengalir daripada pusat bumi yang lebih panas ke permukaan bumi yang kurang panas.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/9

Kebanyakan daripada tenaga haba ini bergerak secara proses konduksi melalui batu-batan dipusat bumi selain daripada mata air panas dan dalam lava gunung berapi. Tenaga yang dipindahkan secara proses konduksi boleh memanaskan air bawah tanah dan menghasilkan stim asli di bawah permukaan tanah. Di dalam kawasan-kawasan dimana stim tidak wujud secara asli, haba dari batu batan panas di bawah tanah digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh stesen geoterma terdapat di Indonesia.

Rajah 1.9

Tenaga Geoterma

1.1.8 Kimia Bateri ialah sumber tenaga elektrik yang menghasilkan d.g.e melalui penukaran tenaga kimia kepada tenaga elektrik. Prinsip asasnya ialah apabila bahan yang berlainan disatukan ianya cuba untuk bercampur atau memasuki ke dalam cecair. Dalam hal ini wujudlah beza upaya secara elektrik. Sebuah bekas mengandungi bahan cecair elektrolit iaitu campuran asid sulfurik dan air. Kemudian zink dan kuprum sebagai elektrod dimasukkan ke dalam elektrolit tersebut.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/10

Tindak balas kimia akan berlaku di antara elektrod dan larutan ini menyebabkan elektron mengalir dari zink (kekutuban negatif) ke kuprum ( kekutuban positif). Ini akan menyebabkan penghasilan tenaga elektrik di antara kedua-dua elektrod itu.

Elektrod Platinum

Hidrogen NaOH

Oksigen

Rajah 1.10

Tenaga Kimia

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/11

Mari kita samasama mencari jawapan!!!

Berdasarkan kefahaman anda, mari kita menjawab soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya : Padankan bahagian A dan bahagian B

BAHAGIAN A Tenaga nuklear

BAHAGIAN B Menggunakan tenaga air untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Menggunakan tenaga angin untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Menggunakan tenaga nuklear untuk menukarkan air kepada stim bagi menggerakkan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Menggunakan tenaga ombak untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Menggunakan tenaga cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga elektrik yang berterusan. Elektron mengalir dari zink (kekutuban negatif) ke kuprum ( kekutuban positif) dalam larutan elektrolit. Menggunakan tenaga stim untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Tenaga Solar

Tenaga Hidro

Tenaga Angin

Tenaga Ombak

Tenaga Geoterma

Tenaga Kimia

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/12

SUMBER TENAGA KIMIA

SUMBER TENAGA HIDRO

SUMBER TENAGA TERMA SUMBER TENAGA GEOTERMA SUMBER TENAGA NUKLEAR

SUMBER ASAS DGE SUMBER TENAGA SOLAR / FOTOSEL

SUMBER TENAGA ANGIN

SUMBER TENAGA OMBAK

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 1/13

UNIT 1
Anda telah hampir berjaya. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. PENILAIAN 1-1 a) Terdapat 8 sumber asas d.g.e yang biasa digunakan. Nyatakan 4 daripada sumber asas tersebut. b) Lukiskan gambarajah blok dan terangkan prinsip penjanaan bagi sumber tenaga hidro.

NAM/KKJU/2012

You might also like