You are on page 1of 10

DEFINISI

PINTAR CERDAS-gifted and talented

Adakah mereka ini golongan ini?

Pintar cerdas
Keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud,bakat dan kreativiti yang tinggi. Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar cerdas IQ tinggi mudah memahami pengajaran dan pembelajaran serta menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan.

Pintar cerdas
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross,1993 mendefinisikan kanakkanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan bakat yang cemerlang atau potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya,sama pengalaman atau persekitaran.

Pintar cerdas

Pintar cerdas
Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek,kreativiti,seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa,atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus

Pintar cerdas
Menurut Kamus Dewan-pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K.Golant didalam bukunya The Joys and Challenges of raising a Gifted Childs,kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar,curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.

Pintar cerdas
Stanford Binet,1916 orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford Binet Test merujuk kepada keupayaan individu memahami,membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman,1916 mendefinasikan sebagai seorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

kesimpulan
Kanak-kanak,pelajar atau belia yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang intelektual,kreativiti,artistik,kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang menggagumkan memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

kesimpulan

You might also like