You are on page 1of 28

MINGGU 11

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN

ISTILAH BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH : NORSHAWALDILA BT MOHD SHAMSUDDIN NURSYAHIDA BT MOKHTAR

SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH


1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang

dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam


bidang ilmu. 2. Kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas

antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang


sama.

Kata

atau frasa haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara bangsa.

SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH


Dari aspek bunyi pula : 1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap

didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni.


Kata ini dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima. Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk bolehditerima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

Tatacara pembentukan istilah telah ditetapkan sebagaimana yang berikut:


Langkah 1: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. Langkah 2: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan. Langkah 3: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim

digunakan.
Langkah 4: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan.

Langkah 5: Mencari kata dalam bahasa Inggeris. Langkah 6: Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat antarabangsa. Langkah 7: Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6.

Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak


menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat.

PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH


DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia.

bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun

ISTILAH BOLEH DIBENTUK DENGAN MENGGUNAKAN;


Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan. Kata ganda. Kata gabungan.

ISTILAH KATA TUNGGAL (TANPA IMBUHAN)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif

CONTOH: Kata nama: buruj rawan cahaya Kata kerja: pecut Imbas reka Kata adjektif: kenyal Rawak Cemas

constellation gristle light accelerate scan invent elastic random anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Contoh :

Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS

ISTILAH KATA TERBITAN

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan berbelajar bertapa bertani pelajar pertapa petani pelajaran pertapaan pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)Menulis penulis mengajar pengajar mengamal pengamal membesar pembesar mengubah pengubah mengairi penulisan pengajaran pengamalan pembesaran pengubahan pengairan tulisan ajaran amalan -

c. Paradigma dengan me(N)-, bermemberhentikan pemberhentian perhentian perkecualian pembelajar pelajaran d. Paradigma kata dengan me(N)-, perMempersatukan, pemersatu, pemersatuan, persatuan Memperoleh, pemeroleh, pemerolehan, perolehan

e. Paradigma kata dengan ke an saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er, -el-, -em-, -inGigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung

ISTILAH KATA GANDA

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru b. Ganda Suku Kata Awal Tetikus rerongga Cecair Rerambut gegua jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan dedaunan pepohonan jejarian d. Kata Ganda Berentak Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir
Pupu poyang rempah ratus

ISTILAH BENTUK GABUNGAN

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan: garis lintang daftar masuk mesin kira tangan ganda tiga atas aras laut mesin atur huruf segi empat tepat kamera laut dalam

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Jagaan perlindungan ,kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan ,perbelanjaan terealisasi

MENGAPLIKASI PEMBENTUKAN ISTILAH MENGGUNAKAN SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM


1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan tak lazim Contoh: Lazim hospital fisiologi Tak Lazim rumah sakit kaji tugas organ

MENGAPLIKASI PEMBENTUKAN ISTILAH MENGGUNAKAN SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM


2. Kata serumpun yang lazim dan tak lazim gambut (Banjar) nyeri (Sunda) engkabang (Iban) awet (Jawa)

MENGAPLIKASI PEMBENTUKAN ISTILAH MENGGUNAKAN SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM


3. Kata bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain atom electron professional psychology structure atom elektron profesional psikologi struktur

RUJUKAN
http://wadahbm.blogspot.com/2009/10/bahasa-melayu-modenperancangan.html

http://www.scribd.com/doc/20778959/Sejarah-Bahasa-Melayu-PenterjemahanJawi-Istilah http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/pembentukan-istilah-bahasa-melayu/ http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1581&IID= http://www.ukm.my/fst/data/istilah/pedoman.pdf

Terima kasih atas perhatian anda

You might also like