You are on page 1of 28

1

KANDUNGAN
1.0

Pendahuluan Pengertian Hamba Abdi Istilah-istilah Hamba Abdi Dalam Al-Quran Perhambaan Dalam Islam Beberapa Hukum Tentang Perhambaan

.. .. .. 5 12

2 3

2.0
3.0 4.0

5.0 6.0

15 19

Permasalahan Semasa Isu Pemerdagangan Manusia 6.1 Takrif Pemerdagangan Manusia

..

21 6.2 21 6.3 22 6.4 23 6.5 23 6.6 24 7.0 Kesimpulan . 25 Hukum Pemerdagangan Manusia Punca-punca Berlakunya Pemerdagangan Manusia Kes-kes yang Berlaku di Malaysia . Definisi Istilah . Definisi Pemerdagangan Manusia .

RUJUKAN

HAMBA ABDI MENURUT AL-QURAN DAN KAITANNYA DENGAN ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA Oleh: Siti Arbaiyah binti Mohd Saron ( P 58390 )

1.0

Pendahuluan

Berdasarkan statistik Anti-Slavery International, pada ketika ini terdapat lebih kurang 27 juta orang menjadi hamba di seluruh dunia. Ia merupakan jumlah tertinggi di dalam sejarah peradaban manusia. Walaupun masih ada perhambaan warisan di sesetengah tempat di Afrika, kebanyakan hamba yang dimaksudkan itu bukanlah seperti yang terdapat pada zaman feudal di awal kurun ke-16 dahulu. Hamba yang dimaksudkan di sini adalah manusia merdeka yang terperangkap atau diperangkap lalu diperdagangkan akibat kesempitan hidup dan belenggu hutang. Di antara negara-negara yang dicatatkan mempunyai statistik perdagangan manusia yang tertinggi adalah negara-negara Afrika, India, Pakistan, Haiti, China dan Thailand. Hamba-hamba ini sama ada dijual, ditukar milik sebagai jaminan hutang atau untuk dieksploitasi sebagai buruh di ladang-ladang atau di bidang industri atau di dalam kegiatan pelacuran. UNICEF melaporkan, lebih kurang 200,000 kanak-kanak di Afrika Tengah dan Barat dijual sebagai hamba setiap tahun.1 Menurut statistik Amnesty International pula, kirakira 700,000 manusia setahun diperdagangkan untuk tujuan seks.

www.Infoplease.com

Itu adalah sebahagian kecil daripada kisah perhambaan dan eksploitasi manusia yang berlaku pada masa sekarang. Di dalam kehidupan hari ini, di mana manusia hanya hidup untuk meraih sebanyak mungkin manfaat sehingga kewujudan penindasan sebegini adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Pembentangan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang 2007 hanyalah sebahagian usaha atau cara untuk memerangi jenayah ini. Tetapi sebagai umat Islam, kita mempunyai al-Quran, yang mana al-Quran yang diturunkan Allah tidak sahaja menjadi rahmat bagi kehidupan manusia tetapi menjangkau kepada alam semesta, tentunya mempunyai jawapan tersendiri terhadap permasalahan seperti ini. Seperti yang kita yakini al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang boleh dijadikan pedoman hidup hingga akhir zaman. Oleh itu, penulis cuba menganalisis ayat-ayat al-Quran yang ada kaitannya dengan permasalahan tersebut sehingga dapat diketahui bagaimana pandangan al-Quran dan penyelesaian Islam terhadap permasalahan yang mirip bahkan sama dengan perlakuan perhambaan.

2.0

Pengertian Hamba Abdi.

Hamba abdi dalam bahasa mempunyai erti, orang belian atau orang tebusan yang disuruh bekerja untuk faedah orang yang membelinya iaitu tuannya dengan bekerja tanpa upah, hanya sekadar mendapat makanan sahaja.2 Hamba abdi juga disebut sebagai budak. Namun budak mempunyai pengertian yang lebih luas, antaranya hamba, ghulam, sahaya, abdi, amah, jongos, penolong rumah tangga, orang gaji, bujang, kuli, inang, khadam, babu, pengasuh, anak-anak yang belum matang fikiran.3 Istilah hamba abdi juga dapat dijumpai dalam kamus bahasa Inggeris. Ada dua istilah yang sering diertikan dengan budak atau hamba abdi ini. Kedua-dua istilah tersebut adalah servant dan slave. Servant mempunyai erti pelayan, pembantu, orang yang menjadi abdi pada seseorang atau sesuatu.4 Mengikut pandangan Prof Dr. Hamka, hamba abdi adalah merupakan seorang yang tidak lagi merdeka. Nilai mereka sama dengan sebuah barang yang boleh diperdagangkan,
2

Zainal Abidin Safarwan. Haji.(tth) Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd, hlm 579. 3 Ibid, hlm 217. 4 Peter Salim (1993) Advanced English Indonesian Dictionary, Moden English Press, Jakarta. Edisi ke-4, hlm 766.

dijual, dihadiahkan. Bagi perempuan pula, dapat dijadikan sebagai isteri, sedangkan anak dari hasil hubungan dengan tuannya adalah sah hukumnya.5 Seorang hamba abdi tidak dapat buat dan bertindak terhadap sesuatu yang sesuai dengan keinginannya sendiri. Segala urusan yang dilakukan mestilah dengan kehendak tuannya. Dalam pengertian secara umum yang berlaku di luar Islam, hamba abdi dapat diertikan sebagai manusia yang paling malang nasibnya. Karektor kehidupan hamba abdi adalah:1. Hamba abdi yang berasal atau diperolehi hasil daripada perang, pencurian, pembelian, penangkapan atau dari keturunan (anak dari orang tuanya yang sejak dari mula merupakan seorang hamba abdi). 2. Hamba abdi merupakan manusia yang dipadamkan keinginan, perasaan, fikiran dan cita-cita. Hamba abdi tidak dibolehkan untuk melakukan atau bertindak perkara yang melampaui batas kehidupan yang telah ditetapkan oleh tuannya. Oleh sebab itu, hamba abdi tidak boleh merasa jijik, penat, sedih, membantah atau menolak terhadap tugasan yang dibebankan oleh tuannya. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali tunduk dan patuh terhadap semua perintah tuannya. Tugasnya memberikan tumpuan dan perhatian, pemikiran, perasaan dan tenaganya terhadap pekerjaan yang diingini tuannya, sedangkan baik dan buruk hasil pekerjaan bukanlah menjadi tanggungjawab mereka.
3. Hamba abdi menjadi milik tuannya. Seorang tuan dalam memperlakukan hamba

abdinya seperti diperlakukan terhadap binatang atau barang. Seorang hamba abdi boleh sahaja disuruh bekerja tanpa diberi upah kecuali sekadar makan, pakaian, tempat kediaman yang seadanya. Hamba abdi tidak pernah difikirkan tentang kemanusiaannya, seperti yang pernah terjadi kepada salah seorang sahabat Nabi s.a.w ketika belum masuk Islam iaitu Bilal bin Rabah. Sewaktu masih menjadi hamba abdi, Bilal dilakukan sebagai penggembala unta dan kambing yang hanya diberi upah dua genggam kurma.6 Seorang tuan boleh sahaja membiarkan hamba abdinya hidup terlantar, terbiar dan tidak dipedulikan nasib hamba abdinya. Bukan itu sahaja, tuannya boleh pula menjualkan hamba abdinya kepada orang lain yang ingin membelinya atau menghadiahkan,
5

Prof. Dr Hamka (1994) Tafsir Al-Azhar, cetakan ke-3, juz 7, Pustaka Panji Mas, Jakarta, hlm 10. 6 Khalid, Muhammad Khalid (2004) Rijal Khaul al-Rasul, Maktabah al-Asriyyah, Beirut, hlm.54

dianiya, dibuang begitu sahaja hatta dibunuh sekalipun dan perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai zalim. Jika hamba abdi tersebut seorang perempuan, maka dia boleh disetubuhi tanpa hasrus menikahinya. Kebiasaannya juga, tuannya menyuruh hamba abdinya menjadi pelacur dan hasil lacuran tersebut akan diambil oleh tuannya. Sungguh malang dan sedih keadaan nasib seorang hamba abdi di dunia ini. Manusia yang seperti ini, telah disebutkan di dalam al-Quran, surah al-Nahl ayat 75:

Allah memberikan satu misal perbandingan: seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun.. 4. Hamba abdi baru akan memperolehi kebebasan dari tuannya dengan cara melarikan diri atau dengan cara membayar tebusan dengan harga yang telah ditentukan oleh tuannya atau dibuang oleh tuannya kerana sudah tidak bermanfaat lagi. Melarikan diri merupakan salah satu jalan yang mungkin dapat dilakukan namun, hal ini cukup membahayakan keselamatan diri dan mempunyai risiko yang tinggi khususnya bagi yang tidak kuat tenaganya. Kebiasaannya hamba abdi yang bekerja di lading-ladang pertanian dikawal secara ketat sedangkan membebaskan diri dengan cara membayar merupakan satu jalan yang amat sulit dan sukar untuk dilaksanakan. Dari gambaran di atas, secara ringkasnya dapat difahami bahawa seorang hamba abdi dalam pengertian umum adalah sebagai barang atau haiwan yang berbentuk manusia. Seseorang boleh memiliki dengan cara menangkap, mencuri atau membeli kemudian diperlakukan sesuai dengan keinginan. Seseorang hamba abdi sangat sukar untuk keluar atau dikeluarkan dari permasalahan menjadi merdeka, bahkan ada yang turun temurun tetap menjadi hamba abdi. Jalan menuju kebebasan banyak sekali rintangannya. Pintu kemerdekaan sangat sempit bahkan ada yang ditutup dan dikunci sama sekali.

3.0

Istilah-istilah Hamba Abdi Dalam Al-Quran

Di dalam al-Quran terdapat beberapa kata yang mengandungi pengertian hamba. Namun belum tentu kata tersebut bermakna hamba abdi seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini. Mungkin ada maksud lain dan konteks penjelasan yang lain. Oleh sebab itu, kita perlu menelusuri katakata tersebut dan selanjutnya diberi penjelasan-penjelasan sehingga dapat diketahui maksud sebenar makna ayat. Di antara kata-kata tersebut adalah seperti berikut:-

1.

Abd dan cIbad

( )

Kata cabada, yacbudu, cibadah( ) mempunya erti menyembah, mengabdi atau menghinakan diri. Sedangkan kata cabd ( ) yang jamacnya cabid atau cibad( ) mempunyai erti hamba, sahaya, penyembah sesuatu atau budak, semacam tumbuhtumbuhan yang baunya harum dan juga mengandungi erti anak panah.7 Kata cabd( ) juga dapat diertikan dengan hamba abdi. Di dalam kamus Arabic English Dictionary kata kerja (ficil) cabada ( ) boleh memberi erti melayani ( to serve ), menyembah (to worship) kepada Tuhan atau memuji (to adore) kepada Tuhan atau manusia, dan memuliakan (to venerate), mendewakan (to idolize, to deify). Kata ini juga mempunyai erti memperhamba (to enslave), memikat atau mempersonakan (entrall). Kata cabada () juga dapat digunakan dengan erti membuat supaya boleh dilayani, menyediakan diri untuk mengabdi kepada Tuhan atau melayani orang lain.8 Sedangkan sebagai kata benda (isim), kata cabada ( ) bererti budak, hamba abdi (slave, serf) iaitu orang yang terbelenggu atau menjadi pelayan, juga bererti hamba Tuhan. Kata akar dari ca-b-d ( ) di dalam al-Quran disebutkan sebanyak 257 kali, di mana kata cabada ( ) sebanyak 4 kali, kemudian kata yacbudu ( )sebanyak 80 kali, kata cubud ( ) sebanyak 37 kali, kata yacbadu ( ) sebanyak satu kali, kata cabbada ( ) sebanyak satu kali, sedangkan kata al- cabd ( ) sebanyak 29 kali, kata cibad ( ) sebanyak 97 kali, sementara kata cabid ( ) sebanyak 5 kali, kemudian kata abid (

)
7 8

sebanyak 12 kali dan yang terakhirnya kata cibadah ( ) sebanyak 9 kali.9

Al-Raghib Asfahani (tth), Mujam Mufradah Al-faz Al-Quran, Dar al-Fikr, Beirut, hlm.330 Muhammad Dawam Raharjo, Op-cit, hlm. 174. 9 Abd al-Baqi, Muhammad Fuad (1992), Al-Mujam al-Mufaharas li al-Faz al-Quran al-Karim, cet.ke-3, Dar al-Fikr, Beirut, hlm.560.

Dari sejumlah ayat yang menggunakan kata akar ca-b-d ( ,) hanya beberapa ayat sahaja yang mempunyai erti sebagai seorang hamba abdi iaitu pada surah al-Baqarah ayat 176, surah al-Nahl ayat 75, surah an-Nur ayat 32, surah asy-Syucara ayat 22 dan surah al-Dukhan ayat 18. Sedangkan yang selebihnya memberi erti sebagai seorang manusia yang menjadi hamba Allah, yang wajib tunduk dan patuh terhadap kehendak Allah.
2. Ma Malakat Ayman ( )

Kata malaka, yamliku, mulkan ( ) membawa erti memiliki, mempunyai akan sesuatu. Sedangkan kata yamin yang jamacnya aymun atau ayman, mempunyai erti sebelah kanan atau tangan kanan.10 Di dalam al-Quran, kata ma malakat ayman ( ) disebutkan sebanyak 14 kali iaitu terdapat pada surah al-Nisa: 3, 24, 25 dan 36, kemudian pada surah al-Nahl: 71, juga terdapat pada surah al-Muminin: 6, pada surah al-Nur: 31, 33 dan 58, pada surah al-Rum: 28, pada ayat 50, surah al-Ahzab: 50, 52 dan 55 dan pada surah al-Macarij: 30. Selain itu, sebanyak dua kali kalimah ma malakat yamin ( ) disebut dalam surah al-Ahzab ayat 50 dan 52.11 Kalimah ma malakat ayman ( ) bermaksud al-raqiq atau hamba abdi. Hamba abdi yang dimaksudkan di sini adalah hamba abdi yang pada mula didapati daripada hasil tawanan perang atau jihad dalam rangka membela diri dan menegakkan agama Islam. Pada umumnya, ayat-ayat al-Quran yang mengandungi kalimah ma malakat ayman, membincangkan perkara permasalahan rumah tangga seseorang yang memiliki hamba abdi. Lazimnya lebih banyak nenbincangkan terhadap fungsi dan kedudukan seorang hamba abdi serta peraturan-peraturan yang berlaku di dalam rumah tangga tuannya.

3. Raqabah dan Riqaab ( )

Kata raqaba, yarqabu, raqabah ( ) mempunyai makna mengintip, melihat atau menjaga. Raqabah ( ) kata jamacnya adalah riqab ( ) yang bermaksud leher, hamba abdi atau budak. Raqabah, muraqabah ( ) ertinya penjagaan,

10 11

Kamus Idris al-Marbawi, 1998, hlm.401 Abdul Baqi, 1992, hlm.560

pengawasan. Raqib, muraqib ( ) ertinya adalah yang menjaga, pengawas atau pemilik.12 Menurut para ulama tafsir yang dimaksudkan kata raqabah dalam al-Quran adalah hamba abdi yang mesti diberi bantuan kemerdekaannya. Dalam pandangan jumhur ulama, hamba abdi yang dibantu adalah hamba abdi yang mukatab, iaitu hamba abdi yang telah membuat perjanjian pembayaran dirinya dengan sejumlah harta yang telah disepakati. Menurut ulama yang lain, cara membantu hamba abdi boleh sahaja dengan membelinya kemudian memberikan kemerdekaan atau dengan cara membebaskan tawanan perang tampak menjadikannya sebagai hamba abdi.13 Kata raqabah ( ) di dalam al-Quran disebutkan dalam empat tempat pada surah alMaaidah: 89, surah al-Nisa: 92, surah al-Mujaadalah: 3 dan dalam surah al-Balad: 13. Sementara itu, kata riqab disebutkan sebanyak tiga kali iaitu pada surah al-Baqarah: 177, surah al-Taubah: 60 dan surah Muhammad: 4. Kata yang berasal dari raqaba ( ) disebutkan di dalam al-Quran sebanyak 24 kali. Selain mengandungi maksud leher dan hamba abdi, ia juga turut membawa erti memelihara dan menjaga. Hal ini dapat dilihat pada surah Taha ayat 8 dan surah alTaubah ayat 10. Pada ayat 1 surah al-Nisa, ayat 177 surah al-Maidah dan ayat 52 surah al-Ahzab mempunyai maksud mengawasi. Sedangkan pada ayat 18 surah al-Qaf mempunyai erti malaikat yang mencatat amal baik. Kemudian pada ayat 18 dan 21 surah al-Qasas, ayat 10 dan 59 surah al-Dukhaan, ayat 93 surah Huud dan ayat 97 surah alQamar, kata tersebut mengandungi erti menunggu. Erti asal dari kata raqabah adalah leher kemudian kata ini diertikan sebagai manusia yang terbelenggu lehernya dengan tali. Kesan yang dapat diambil dari istilah ini sebenarnya amat buruk dan tidak menyenangkan sebab yang tergambar dari kata tersebut adalah seorang manusia yang lehernya diikat dengan tali sepertimana seekor binatang yang ditarik oleh pengembalanya. Secara kesimpulannya, kata raqabah adalah untuk memperbincangkan tentang bagaimana cara Islam membanteras perlakuan hamba abdi ini serta jalan dan langkah apa sahaja yang dapat digunakan untuk melepaskan jerat yang mencekik leher dan melepaskan belenggu.
12 13

Hamba Abdi Menurut Kacamata Al-Quran, 2006, hlm.20

4. Amah dan Imaa ( )

Kata amah ( ) merupakan salah satu istilah yang terdapat dalam al-Quran yang membawa pengertian hamba abdi. Bentuk jamac dari kata amah adalah ima ( .) Sedangkan bentuk asal dari kata tersebut adalah amwah ( ) kemudian dibuang huruf wau ( ) yang terdapat pada kata tersebut. Kata amah tersebut dikenakan kepada hamba abdi perempuan atau perempuan yang dikuasai oleh majikannya (al-mamlukah). Kata amah dan ima hanya digunakan dua kali sahaja di dalam al-Quran, baik dlam bentuk mufrad mahupun dalam bentuk jamac. Dalam bentuk mufrad terdapat surah alBaqarah: 221 yang menceritakan bahawa seorang hamba abdi perempuan walaupun tidak memiliki wajah yang cantik tetapi merupakan seorang yang beriman adalah lebih baik daripada seorang perempuan yang cantik namun musyrik. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 221:


Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Sedangkan dalam bentuk jamac dapat dilihat pada surah al-Nur: 32. Pada ayat ini Allah memberi perintah kepada orang-orang yang beriman supaya membantu mencarikan jodoh yang sesuai bagi hamba abdi, baik lelaki mahupun perempuan.

10

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. Perkataan amah dalam terminologi orang Arab jahiliyyah membawa pengertian yang buruk dan tidak menyenangkan serta mempunyai kesan yang negatif. Lazimnya orang yang dilibatkan dengan kata tersebut adalah orang yang hina dan tidak mempunyai darjat. Amah adalah orang yang dikuasai secara penuh oleh tuannya, mereka boleh diperlakukan dan disuruh berbuat apa sahaja termasuk menjual kehormatannya (melacur), sedangkan penghasilannya diambil oleh tuannya. Itulah yang menjadi salah satu sebab Rasulullah s.a.w mencegah umat Islam menyebut hamba abdi perempuan dengan panggilan amah, tetapi sebaliknya menggantikan panggilan tersebut dengan panggilan yang lemah lembut dan menyejukkan jiwa iaitu fatat ( ) yang bermaksud pemudi serta memberikan hak-hak khususnya yang harus dilindungi.
5. Fatayaat ( )

Kata fatiya, yafta, fatan ( ) - - bermakna muda, sementara itu kata fata ( ) yang berbentuk jamac fityan ( ) mempunyai beberapa makna. Antaranya adalah orang muda, pemuda atau hamba abdi laki-laki. Sedangkan kata fatat ( ) jamacnya adalah fatayat ( ) yang bermaksud perempuan muda, pemudi atau hamba abdi yang perempuan. Asal kata yang sama dari kata-kata tersebut, di dalam al-Quran telah disebut sebanyak 10 kali. Dua kali di antaranya bermakna pemudi iaitu pada surah al-Nisa:25 dan al-Nur:33. Sedangkan yang selebihnya sebanyak lapan kali mempunyai maksud pemuda iaitu pada surah Yusuf: 30, 36 dan 62, surah al-Kahfi: 10, 13, 60 dan 62 serta surah alAnbiya: 60. Dari sejumlah kata tersebut yang mempunyai erti hamba abdi hanya dua sahaja iaitu surah al-Nisa:25

11


Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya. Firman Allah dalam surah al-Nur: 33 :


Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

12

Selain dari dua ayat yang di atas, kata tersebut turut digunakan untuk makna-makna yang lain. Ada yang digunakan untuk makna orang-orang yang terkenal kemuliaannya seperti surah Yusuf: 30 yang mana dimaksudkan dengan fata pada ayat ini adalah Nabi Yusuf. Sedangkan pada surah yang sama ayat 36, kata tersebut adalah merujuk kepada teman Nabi Yusuf di dalam penjara. Kemudian pada surah al-Kahfi: 60 dan 62 yang dimaksudkan dengan kalimah fata adalah murid Nabi Musa ( Yusa bin Nun ). Ayat 10 dan 13 surah al-Kahfi yang dimaksudkan dengan kata tersebut adalah pemuda Ashab alKahfi. Selanjutnya pada surah al-Anbiya: 60, perkataan fata membawa maksud Nabi Ibrahim.

4.0

Perhambaan Dalam Islam

Sebelum kedatangan Islam, aktiviti perhambaan telah lama wujud. Ia wujud hampir di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai sebab ketika itu yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba. Contohnya apabila seseorang itu gagal membayar hutangnya atau muflis, maka dia akan dijadikan hamba. Perhambaan juga boleh berlaku sebagai hukuman atas perbuatan jenayah yang ia lakukan. Begitu juga halnya apabila kabilah seseorang ditawan oleh kabilah lain yang lebih kuat, ia beserta kabilahnya juga boleh dijadikan hamba. Aktiviti perhambaan juga merupakan satu fenomena biasa di dalam masyarakat jahiliyyah. Kedatangan Islam tidak menghapuskan sistem perhambaan ini, tetapi Islam telah menggariskan beberapa ketetapan tentang hukum perhambaan. Islam memandang bahawa hamba adalah seorang manusia yang fitrahnya adalah sama sebagaimana halnya dengan orang yang merdeka. Allah s.w.t telah mengharamkan hamba dari dieksploitasikan oleh tuannya. Firman Allah s.w.t dalam surah alNur 24: 33:

13


Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Turunnya ayat di atas adalah untuk melarang orang-orang yang mempunyai hamba sahaya wanita untuk melakukan eksploitasi ke atas mereka. Eksploitasi di sini merujuk kepada amalan masyarakat jahiliyyah yang memaksa hamba-hamba sahaya wanita mereka melacurkan diri. Biasanya hamba-hamba sahaya wanita ini akan dipaksa melayan tetamu atau pemukapemuka mereka untuk mendapatkan keuntungan daripada pelacuran tersebut. Hamba-hamba ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menurut kehendak tuannya. Tetapi setelah kedatangan Islam, amalan buruk tersebut telah diharamkan oleh Allah s.w.t. Islam diturunkan oleh Allah untuk menjadikan manusia itu mulia dan kehidupannya sesuai dengan fitrah. Setiap manusia diciptakan semata-mata untuk mengabdikan sepenuh jiwa dan raganya kepada Allah s.w.t bukan kepada sesama manusia. Oleh kerana itulah Islam hanya menetapkan keadaan tertentu sahaja yang membolehkan seseorang manusia itu dijadikan hamba. Di dalam keadaan aman, Islam tidak membolehkan sesiapa pun yang merdeka dijadikan hamba secara mutlak. Perbuatan ini adalah haram. Berbeza halnya jika dalam suasana perang, di mana kita perlu meneliti nas-nas mengenai perhambaan dengan lebih mendalam. Islam melarang menjadikan tawanan perang sebagai hamba. Allah s.w.t berfirman dalam surah Muhammad 47: 4:

14

..
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Ayat ini diturunkan pada tahun ke-2 Hijrah ketika mana Rasulullah s.a.w telah mula melancarkan peperangan demi peperangan terhadap orang-orang musyrik. Berdasarkan ayat ini, jika terdapat tawanan perang, maka pilihan yang ada pada Rasulullah s.a.w sebagai ketua Negara hanyalah membebaskan mereka atau menerima tebusan. Tidak ada kebenaran untuk menjadikan mereka sebagai hamba. Namun begitu pada perang Hunain, Rasulullah s.a.w dicatatkan telah mengambil tawanan-tawanan perang sebagai hamba. Maka di sinilah pemahaman yang mendalam tentang nas diperlukan agar tidak tersalah dalam mengistinbatkan sesuatu hukum. Melalui perincian dari catatan sirah Perang Hunain, menunjukkan bahawa ketika peperangan berlangsung, orangorang musyrik turut membawa wanita dan kanak-kanak bertujuan untuk meningkatkan bilangan serta memberi semangat kepada tentera mereka. Namun apabila tentera musyrik kalah dalam peperangan tersebut, wanita dan kanak-kanak ini menjadi tawanan, lalu dibahagibahagikan oleh Rasulullah kepada kalangan tentera Muslimin sebagai hamba. Tawanantawanan ini dipanggil sebagai sibyah . Jadi tindakan Rasulullah pada perkara tersebut hanya berlaku khusus untuk sibyah sahaja. Walaupun setelah itu Rasulullah telah meminta kaum Muslimin untuk membebaskan mereka secara sukarela kepada keluarga masing-masing. Tindakan Rasulullah ini dijadikan dalil bagi membolehkan sibyah dijadikan sebagai hamba sekiranya pasukan musuh ditewaskan.14

14

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawanan_perang_dalam_Islam, 22/12/2011

15

Manakala ketika Perang Khaibar, Rasulullah tidak pula menjadikan tawanan wanita dan kanak-kanak (sibyah) sebagai hamba walaupun kaum Muslimin menang di dalam peperangan tersebut. Berdasarkan hal ini, Abu Ubaidah menerangkan tentang sibyah: Seseorang imam (Ketua Negara) itu mempunyai pilihan selagimana sibyah belum dibahagikan di kalangan tentera Muslim. Tetapi, jika mereka telah dibahagikan, maka khalifah tidak berhak memaksa agar sibyah itu dibebaskan kecuali dengan hadiah atau dibebaskan secara sukarela oleh tentera kaum Muslimin. Namun Rasulullah tidak melakukan hal itu kepada penduduk Khaibar, malah baginda membiarkan mereka bebas (merdeka). Baginda juga tidak meminta dari sesiapapun untuk mengembalikan mereka, sebab memang baginda tidak membahagikannya.15 Dengan demikian jelaslah bahawa Islam hanya melarang memperhambakan tawanan perang lelaki tetapi memberikan pilihan kepada khalifah terhadap nasib sibyah antara diperhambakan atau dibebaskan dan tidak ada tebusan ke atas mereka. Namun begitu perlu diingat bahawa hukum ini hanya akan berlaku apabila wanita dan kanak-kanak tersebut ikut ke medan perang. Namun, apabila mereka tetap tinggal di rumah mereka, maka mereka tidak boleh dijadikan sebagai sibyah. Keputusan Khalifah dalam masalah perhambaan sibyah ini, hendaklah berjalan sesuai dengan polisi perang. Objektif di sini bukanlah untuk menggalakkan perhambaan tetapi hanya menunjukkan bahawa ia adlah salah satu polisi perang yang keputusannya terletak di tangan Khalifah sebagai Ketua Negara.

5.0 Beberapa Hukum Tentang Perhambaan Sejarah telah mencatatkan bahawa orang-orang kafir Barat melayan hamba dengan amat buruk. Golongan hamba ditindas dan dieksploitasi sehabisnya oleh mereka. Mereka dilayan dengan tidak berperikemanusiaan seumpama binatang. Perlakuan buruk dan keji mereka terhadap hamba menyebabkan dunia menganggap perhambaan sebagai suatu bentuk kekejaman. Oleh itu, apabila mereka menghapuskan sistem perhambaan, maka langkah ini telah mendapat sambutan yang baik. Dalam masa yang sama apabila mereka mengetahui bahawa perhambaan juga wujud di dalam Islam, maka mereka terus menyerang Islam sebagai satu agama yang
15

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawanan_perang_dalam_Islam, 22/12/2011

16

kejam, tidak bertamadun, lapuk dan sebagainya. Sikap defensif dan ceteknya kefahaman umat Islam tentang hukum perhambaan telah memburukkan lagi keadaan. Walhal jika kita menelusuri sejarah dan hukum-hakam Islam, Allah s.w.t telah meletakkan kedudukan hamba jauh dari segala kehinaan, kekejaman atau sebarang pengeksploitasian. Berikut dipaparkan beberapa hukum Islam yang di ambil dari al-Quran tentang perhambaan:1. Berbuat baik dan berlaku santun serta menganggap hamba abdi seperti saudara dan

keluarganya sendiri di dalam pergaulan sehari-hari merupakan perintah Allah. AlQuran menjelaskan dalam surah al-Nisaa ayat 36:

..
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Dalam hadis Rasulullah s.a.w mengingatkan: Bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap hamba-hambamu. Mereka itu adalah sahabatmu, yang telah Allah letakkan di bawah kuasamu. Justeru itu, berilah mereka makan sebagaimana kamu makan, dan berilah mereka pakai sebagaimana kamu pakai, dan janganlah kamu bebani mereka

17

dengan beban yang memberatkan mereka. Sekiranya kamu membebani mereka, bantulah mereka. ( HR Muslim). Di dalam riwayat Muslim yang lain daripada Abu Hurairah, Janganlah sekali-kali seorang pun daripada kamu memanggil (hambanya dengan panggilan) wahai hamba lelakiku dan wahai hamba perempuanku. Kerana kamu semuanya adalah hamba lelaki Allah, sedangkan isteri-isteri kamu adalah hambahamba perempuan Allah. Tetapi panggillah dengan panggilan ghulam, jariyah, fata dan fatati(pemuda atau pemudi).
2. Pembebasan hamba abdi boleh sahaja dilakukan secara langsung oleh tuannya tanpa

syarat atau ditebus oleh seorang mukmin yang membayar kafaratnya disebabkan melanggar hukum syariat. Perlanggaran hukum syariat itu adakalanya berbentuk pembunuhan terhadap seseorang mukmin atau orang kafir yang terikat dengan perjanjian damai, pembunuhan secara tidak sengaja atau tersalah bunuh. Di dalam alQuran dijelaskan sebagaimana berikut:

.
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), 16
3. Begitu pula halnya dengan mencabut sumpah. Maka perbuatan tersebut dikenakan

denda. Salah satu bentuk denda tersebut adalah dengan memberikan kemerdekaan terhadap hamba abdi yang mukmin sama ada milik sendiri atau dengan cara membeli kemudian dimerdekakan. Dalam masalah ini, Allah menjelaskan dalam surah alMaaidah ayat 89:
16

Al-Quran, al-Nisaa 4:92

18


Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba..
4. Seorang yang melakukan zihar terhadap isterinya, kemudian mencabut kembali ucapan

zihar tersebut maka sebelum menggauli isterinya terlebih dahulu wajib membayar kafarah dengan memerdekakan hamba abdi. Hal ini dijelaskan di dalam al-Quran surah al-Mujadalah ayat 3:


Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur.

19

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 177:


Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan Hari Akhirat, dan segala Malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orangorang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi
5. Seorang tuan perlu memberi kesempatan kepada hamba abdinya untuk dapat

membebaskan diri dengan cara membuat perjanjian kemerdekaan buat dirinya (mukatabah). Lazimnya dilakukan dengan cara memberikan tebusan. Hamba abdi diberikan waktu untuk mencari dan mengumpulkan biaya dari pelbagai sumber untuk membayar tebusan. Sementara itu tuannya, tuannya mestilah berusaha membantu untuk mencarikan jalan dan membukakan peluang untuk membayar tebusan yang telah disepakati sebelumnya.

20

Hal ini perlu dilakukan agar tidak terlalu memberatkan beban hamba abdinya. Dalam masalah mukaatabah ini, Allah telah jelaskan dalam al-Quran ayat 33 surah al-Nur:

.
Dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian).
6. Hamba abdi turut juga tergolong dalam kelompok orang yang berhak menerima zakat

atau sedekah bagi memudahkan seorang hamba abdi dapat menebus dirinya menjadi seorang yang merdeka. Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 60:


Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orangorang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu

21

ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

6.0

Permasalahan Semasa Isu Pemerdagangan Manusia

Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia dan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termasuklah Malaysia. Paling menyedihkan mangsa akan menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat kerana hutang, dikurung, diugut dan dokumen perjalanan mereka juga ditahan. Pemerdagangan manusia merupakan jenayah kemanusiaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa tidak kira lelaki, wanita, remaja perempuan mahupun kanak-kanak. Mangsa akan diugut, dipaksa, didera dan ditahan untuk dieksploitasikan. Isu pemerdagangan manusia merupakan satu jenayah yang kian meningkat pada abad ke-21 dan menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan. Jenayah pemerdagangan manusia kini semakin berleluasa dan kebelakangan ini telah menjadi jenayah terancang yang meningkat pada kadar yang membimbangkan. Dianggap sebagai masalah global, pemerdagangan manusia adalah merupakan jenayah terancang terbesar di dunia, selain penyeludupan dadah dan senjata api. Penularan jenayah pemerdagangan manusia yang semakin serius dan sangat membimbangkan ini pada masa sama membabitkan rangkaian aktiviti pengedaran dadah global, kegiatan pemalsuan pasport, dokumen, kad kredit dan sebagainya. Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak terlibat di dalam pemerdagangan manusia setiap tahun di mana mereka digunakan sebagai orang gaji, pekerja-pekerja kilang, penunggang-penunggang unta, tentera dan juga hamba-hamba seks. Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada pencabulan hak-hak kemanusiaan dan pada masa yang sama tidak dapat membela diri mereka sendiri. The United Nations Childrens Fund (UNICEF) menganggarkan satu hingga dua juta kanak-kanak diperdagangkan setiap tahun. Di Bangladesh saja, sebuah laporan UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi magsa

22

perdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial. Menurut suatu penyelidikan 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat, kira-kira 800,000 orang dibawa merentasi sempadan negara setiap tahun. Ini tidak termasuk jutaan orang yang didagangkan dalam negara sendiri. Kira-kira 80 peratus mangsa rentas negara terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan sehingga 50 peratus antara mereka adalah bawah umur. Sebilangan besar mangsa rentas negara ini adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Bilangan ini tidak termasuk jutaan lagi mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang didagangkan di dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang. 6.1 Takrif Pemerdagangan Manusia Menurut Wikipedia Bahasa Melayu yang merupakan sebuah ensiklopedia bebas, pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan dalam pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh sah serta buruh paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, pelindungan, atau penerimaan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan atau ikatan hutang). Pengeksploitasian termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan awal, atau rekrut bagi tentera kanak-kanak, pengemis dan tujuan sukan, atau untuk sesetengah kumpulan agama. Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan Manusia mentakrifkan "perdagangan manusia yang teruk" sebagai: (a) perdagangan seks yang melibatkan perbuatan seks komersil yang dilakukan secara kekerasan, penipuan atau paksaan, atau keadaan di mana seseorang yang dipaksa melakukan perbuatan tersebut belum mencapai umur 18 tahun; atau (b) perekrutan, penyimpanan, pengangkutan, pembekalan atau pemerolehan seseorang untuk bekerja atau berkhidmat melalui kekerasan, penipuan, atau paksaan bagi tujuan kerja secara paksa, penjelasan hutang, penebusan hutang atau perhambaan.

23

Seseorang mangsa itu tidak semestinya dipindahkan secara fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain bagi meletakkan jenayah ini bawah takrif-takrif tersebut.

6.2 Definisi Pemerdagangan Manusia

Pemerdagangan manusia bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi ( Seksyen 2 AAO). Di mana modus operandi termasuklah, penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan, dan memberi atau menerima pembayaran. Pemerdagangan ini adalah bertujuan untuk mengeksploitasi protitusi, ekploitasi seksual, buruh paksaan, atau khidmat layanan paksa, perhambaan, praktik serupa perhambaan, dan pemindahan organ.

Kekerasan bermaksud (a) ancaman mencedera seseorang atau menahan seseorang secara fizikal; (b) sebarang skim, rancangan atau pola tindakan yang bermaksud untuk menimbulkan rasa percaya seseorang bahawa kegagalan melakukan sesuatu akan mengakibatkan dirinya dicedera atau ditahan secara fizikal; atau, (c) menyalahgunakan atau ancaman untuk menyalahgunakan proses undang-undang. Paksaan bekerja di luar kemahuan termasuk keadaan kerja dipaksa melalui (a) skim, rancangan atau pola tindakan yang bertujuan menimbulkan rasa percaya bahawa sekiranya dia tidak menyertai atau terus berada dalam keadaan sedemikian, maka dia atau orang lain akan mengalami kecederaan atau ditahan secara fizikal; atau (b) menyalahgunakan atau ancaman untuk menyalahgunakan proses undang-undang.

6.3 Definisi Istilah Perdagangan seks bermaksud merekrut, menyimpan, mengangkut, membekal atau memperoleh seseorang untuk tujuan melakukan seks secara komersil. Perbuatan seks komersil bermaksud sebarang perbuatan seks yang melibatkan pemberian atau penerimaan sesuatu yang berharga daripada seseorang.

24

Perdagangan manusia merupakan bentuk perhambaan di zaman moden, iaitu perdagangan abdi global yang baru. Perdagangan abdi boleh berlaku di mana-mana sahaja di pelosok dunia. Pedagang abdi biasanya akan mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah, terutamanya wanita dan kanak-kanak, demi keuntungan dan wang ringgit. Mereka mengumpan mangsa mereka sehingga terjerat dalam perhambaan dan pengabdian seks. Kanak-kanak masih terlibat di dalam perdagangan haram walaupun dagangan hamba telah dihapuskan 200 tahun yang lalu. 6.4 Kes-kes yang Berlaku di Malaysia Skandal kad pengenalan palsu dan projek serta sindiket pasport palsu antarabangsa yang menggunakan Jabatan Imigresen sebagai Zon Ekonomi Eksklusif dan Zon Perdagangan Bebas operasi atau sebagai pintu masuk yang sah, memudahkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia sehingga Malaysia disenaraikan kembali sebagai salah satu negara yang terlibat dengan aktiviti haram berkenaan. Siasatan sabahkini di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan mendapati China Doll ditempatkan di rumah urut atau Spa yang menggunakan lesen Reflexologi untuk menjalankan kegiatan pelacuran dan pengedaran pil khayal seperti eramin 5, ketamin dan sebagainya yang begitu mudah di bawa masuk ke Sabah. Selain itu, ada juga pembantu rumah wanita dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Mongolia, dan China yang dieksploitasi untuk tujuan perdagangan seks setelah ditipu dengan janji-janji pekerjaan apabila mereka lari dari majikan yang zalim. Ejen pekerjaan akan menjual wanita dan gadis muda kepada rumah pelacuran atau pusat hiburan karaoke, ataupun menyerah mereka kepada pedagang seks. Ada di kalangan pembantu rumah wanita dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Mongolia, dan China dipaksa melacurkan diri setelah ditipu untuk datang ke Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan yang sah untuk mereka. Ejen-ejen pekerjaan individu yang kadang kala digunakan sebagai topeng bagi perdagangan manusia, menjual wanita dan gadis-gadis muda kepada rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat hiburan karaoke, atau menyerahkan mereka kepada pedagang seks. 6.5 Punca Berlakunya Pemerdagangan Manusia

25

Punca dan sebab-sebab pemerdagangan wanita dan kanak-kanak termasuk: i) Buruh paksaan; ii) Pelacuran paksaan; iii) Penyeludupan bayi; iv) Industri pornografi; v) Perdagangan dadah; vi) Pengantin perempuan secara kiriman ataupun paksaan; vii) Buruh kanak-kanak; viii) Penjualan organ badan; ix) Pelajar asing dan sebagainya. Perdagangan manusia dikatakan mampu menjana lebih kurang $9.5 bilion setahun, ini telah menarik perhatian kumpulan-kumpulan jenayah dan membawa kepada penyelewengan dan penyalahgunaan di peringkat global. Sindiket penyeludupan hanya menghadapi risiko kecil dan mengaut keuntungan besar dengan mengambil kesempatan daripada sejumlah besar pendatang berpotensi. Wanita yang diseludup dari sebuah negara kini juga dikumpulkan dengan wanita dari negara-negara lain di dunia. Malaysia menjadi pilihan kerana memberi banyak peluang pekerjaan dan itu menyebabkan ramai yang ingin mencari rezeki. Demi sesuap nasi mereka sudah tidak kisah lagi sama ada memasuki negara ini secara sah atau haram. Akibatnya selalu berakhir dengan kisah tragis apabila mereka yang terdesak ini telah dieksploitasikan untuk keuntungan. 6.6 Hukum Pemerdagangan Manusia Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 yang lalu telah membincangkan mengenai Hukum Pemerdagangan Manusia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain.

26 ii.

Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

iii.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.17

7.0

Kesimpulan

Islam sangat menggalakkan pembebasan hamba. Bahkan memerdekakan hamba itu akan membantu orang lain untuk mensyukuri nikmat Allah dan membantunya ketika berada di dalam kesusahan. Allah berfirman dalam surah al-Balad: 13


memerdekakan hamba abdi Ayat di atas memberikan gambaran tentang jalan iaitu memerdekakan hamba abdi atau membebaskan orang yang terlilit oleh kesusahan atau penganiyaan. Perlu dicatatkan bahawa Islam sejak mula telah berupaya menghapuskan perhambaan dari permukaan muka bumi ini. Salah satu buktinya adalah dari ayat yang ditafsirkan ini. Sejak Rasulullah s.a.w masih dalam peringkat awal penyebaran agama Islam di Mekah pelbagai cara telah ditempuh untuk mencapai maksud tersebut. Masyarakat perlu memahami konsep perhambaan secara jelas. Mungkin kita tertanyatanya mengapa Islam dengan tegas tidak menghapuskan dasar-dasar perhambaan? Persoalan ini dijawab oleh Dr. Muhammad Qutb berdasarkan faktor-faktor berikut:
1. Perhambaan telah menjadi satu system social dan ekonomi yang lumrah ketika Islam

muncul di bumi Arab. Langkah penghapusan system tersebut perlu dilakukan secara beransur-ansur. Ia tidak wajar dilakukan dalam sekelip mata malah memerlukan tempoh yang lama. Penghapusan amalan perhambaan hampir sama dengan kaedah penghapusan
17

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemerdagangan-manusia: 1/1/2011: 8.28PM

27

arak. Cuma amalan perhambaan lebih lama bertunjang dalam hidup masyarakat ketika itu.
2. Islam hanya menggariskan peraturan-peraturan berkaitan masalah dasar. Bagi masalah-

masalah yang tidk dasar dn sentiasa berubah mengikut peredaran masa, Islam menetapkan garis umum agar manusia dapat mengadaptasi mengikut kesesuaian ketetapan tersebut. Begitu juga dalam permasalahan hamba ini, Islammeletakkan garis umum agar lambat laun manusia akan menghapuskan system tersebut secara sukarela. 3. Agama Islam diturunkan bukan untuk mengubah tabiat manusia yang telah sekian lama bertunjang dalam diri. Sebaliknya ia diturunkan untuk mendidik manusia dalam batasbatas fitrah manusia. Justeru, agama ini mampu memajukan manusia tanpa sebarang paksaan yang boleh mengundang pemberontakan jiwa. Seharusnya isu pemerdagangan manusia ini tidak timbul jika kita mengamalkan apa yang diajarkan oleh al-Quran dan Islam itu sendiri. Ini kerana hukum Allah adalah satu-satunya hukum yang mempunyai sifat zawajir iaitu mencegah. Justeru itu, mengapa kita perlu menzalimi dan menghilangkan hak kemanusiaan setelah Islam membersihkan manusia dari segala perhambaan. Allah tidak menciptakan setiap hamba-Nya untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain kecuali hamba kepada-Nya sahaja.

28

RUJUKAN Al-Quran al-Karim Zainal Abidin Safarwan. Haji.(tth) Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd. Peter Salim (1993) Advanced English Indonesian Dictionary, Moden English Press, Jakarta. Edisi ke-4. Prof. Dr Hamka (1994) Tafsir Al-Azhar, cetakan ke-3, juz 7, Pustaka Panji Mas, Jakarta. Khalid, Muhammad Khalid (2004) Rijal Khaul al-Rasul, Maktabah al-Asriyyah, Beirut. Al-Raghib Asfahani (tth), Mujam Mufradah Al-faz Al-Quran, Dar al-Fikr, Beirut. Abd al-Baqi, Muhammad Fuad (1992), Al-Mujam al-Mufaharas li al-Faz al-Quran al-Karim, cet.ke-3, Dar al-Fikr, Beirut. Kamus Idris al-Marbawi, 1998 Abd. Wahid (2006), Hamba Abdi Menurut Kacamata Al-Quran. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemerdagangan-manusia: 1/1/2011 http://ms.wikipedia.org/wiki/Tawanan_perang_dalam_Islam, 22/12/2011 http://kuliyyah.wordpress.com/category/kuliyyah-muhammad-qutb/ 22/12/2011 www.Infoplease.com

You might also like