You are on page 1of 20

FAIZAH BINTI ISMAIL NOR HIDAYAH BINTI NOPIAH SITI ARMIZA BINTI RAMLAN PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN JAIMAH

DEFINISI
Disebut juga sebagai anekdot atau kisah lucu. Menimbulkan rasa geli hati dan ketawa

kepada orang yang mendengarnya.


Disampaikan secara santai dengan

menggunakan bahasa pertuturan harian.

Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu.

Cerita

yang

membawa

kesan

yang

menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan.

Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira

dan terhibur.

CIRI-CIRI CERITA JENAKA


Cerita-cerita yang bercorak lucu, berkisar pada watak di kalangan rakyat yang lucu. Nama

watak

melambangkan

sifat-sifat

watak

Contohnya watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk,

Si Luncai dan Pak Belalang. Kelucuan cerita jenaka


dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.

Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan.

Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.

Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak

itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara


sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni.

Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:

(i) Watak bodoh-sial cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk (ii) Watak pintar-bodoh cerita Pak Pandir (iii) Watak pintar cerita Pak Belalang dan Si Luncai Berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial

CONTOH CERITA JENAKA


(Bodoh-sial - Pak Kadok) Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai katakata raja. Ayamnya kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.

Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.

(Pintar-bodoh Pak Pandir) Contoh kecerdikan Pak Pandir : a.)Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.

b.)Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak Pandir menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja

Contoh kebodohan Pak Pandir a.)Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan. b.)Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku. c.)Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Watak Pintar: Pak Belalang


Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negara. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekoritik setelah mengetahui rahsia daripada nahkodakapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalamgenggaman raja secara kebetulan sahaja.

WATAK PINTAR: SI LUNCAI


Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang diberi tugas untuk membunuhnya. Sedang mereka asyik menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan dirinya Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian saudagar Keling. Raja amat hairan.

Si Luncai mengatakan dia baharu sahaja pulang dari akhirat dan datuk nenek raja memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. Raja terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur ke dalam lubang. Bila raja mangkat, Si Luncai berkahwin dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan.

FUNGSI CERITA JENAKA


SEBAGAI HIBURAN Berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira. Contoh: Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabilaberjalan menjemur dada

PENGAJARAN SEORANG YANG BODOH DAN LURUS SELALU DITIPU OLEH ORANG LAIN. Contoh, Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja JANGAN TERLALU PERCAYA KEPADA NUJUM. SETENGAH-TENGAHNYA HANYA TIPU HELAH SAHAJA. Contoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampung.

SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL Mengkriktik perkara-perkarayang tidak dilakukan oleh masyarakat.

baik

Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri.

Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian, kenduri khatam Quraan dan kenduri maulud. Akhirnya ketiga-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.

GAYA BAHASA
Menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Hal ini dikaitkan dengan cerita jenaka yang dikhususkan untuk peringkat kanak-kanak. Contohnya jelas dalam cerita Pak Belalang yang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami. Antara bahasa klasik yang digunakan ialah ada yang mercuri parit, membaiki batas-batas mana-mana yang parit dirosak.

Selain itu, terdapat penggunaan bahasa arab dalam cerita tersebut. Contohnya maka sembah pak Belalang Daulat Tuanku, titah Patik junjung, Allah Taala...

You might also like