You are on page 1of 16

PANTUN

Disediakan oleh:
Nurul Syaheera Hasbullah Nurul Husna Jamaluddin Siti Norlela Mohamed Noor Normi Zarifah Mohd Isha Pensyarah Pembimbing: Puan Jaimah binti Abdul Manaf

Ciri- ciri pantun


Terdiri daripada empat baris serangkap. Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan manakala jumlah suku kata sebaris adalah antara 8-12 suku kata. Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Pantun juga mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah, (a) Gunung Daik bercabang tiga, (b) Hancur badan dikandung tanah, (a) Budi yang baik dikenang juga. (b)

Jenis-jenis Pantun
1. Pantun dua kerat 2. Pantun empat kerat - Pantun kanak-kanak - Pantun jenaka - Pantun bersukacita - Pantun berdukacita - Pantun kiasan - Pantun budi - Pantun nasihat - Pantun agama - Pantun kasih sayang - Pantun nasib 3. Pantun enam kerat 4. Pantun lapan kerat 5. Pantun sepuluh kerat 6. Pantun dua belas kerat 7. Pantun empat belas kerat 8. Pantun berkait

Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Pantun mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati.

Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.

Contohnya:
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk. Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Terdapat jenis pantun enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan dua belas kerat. Pantun- pantun ini membawa fungsi dan maksud yang berbeza yang bertujuan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara disamping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka- suka.

Contoh:
PANTUN ENAM KERAT Belayar perahu membawa ku ini, Ke Tanjung Jati mengadap Paduka, Bunga Kemboja sembah berkarang; Kalaulah tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Ku pilih saja orang lain.

Setiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud atau isi pantun. Selari dengan kenyataan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun di Indonesia lazim disebut sampiran.

Pantun juga mempunyai hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah). Pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya. Francois Rene Daillie (2002) yang menyimpulkan bahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di dalamnya tersirat segala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah, rumah, kebun, sawah padi, sungai

Setiap rangkap pantun mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut Pantun memaparkan juga bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam

Bahasa dalam pantun terdapat dua maksud antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Bahasa yang tersurat adalah yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain. Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sejajar dengan pendapat Zaba (1965:218) yang menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya.

Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Pantun juga sarat dengan ciri-ciri tradisionalpenggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya

Fungsi Pantun
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Oleh itu, mereka menggunakan pantun untuk mendidik. pantun juga dicipta dan digubal untuk memberikan nasihat dan pedoman kepada kita Pantun juga dicipta untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Fungsi Pantun
Pantun juga digunakan untuk meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan. pantun juga digunakan dalam interaksi antara individu terutama untuk menguji minda seseorang. pantun juga digunakan sebagai sindiriran dan tempelak. Pantun juga digunakan untuk menyampaikan mesej berunsur keagamaan

You might also like