You are on page 1of 4

Rancangan Pengajaran Harian

Tahun Bidang Aktiviti Tema Tajuk Masa Media :1 : Membuat Corak dan Rekaan : Capan : Alam Semula Jadi : Penanda buku : 30 minit : Alatan : Berus, Pallete Bahan : Kertas lukisan, warna poster, bendi dan cap ibu jari Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil capan, contoh penanda buku

Elemen Merentas Kurikulum : Elemen Kreativiti Dan Inovatif Elemen Keusahawanan ~ Sikap Keusahawanan ~ Pemikiran Keusahawanan ~ Aplikasi Teknologi dan Vokasional Keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

2.1.1

Unsur Seni Warna primer ( biru, kuning dan merah ) Jalinan tampak dan sentuh

2.1.1.1 2.1.1.2 2.1.2

Prinsip Rekaan Harmoni ~ warna Imbangan Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni dalam menghasilkan karya seni.

2.1.2.1 2.1.2.2 2.2 Aplikasi Seni

2.2.1

Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. Alatan : Berus, pallete Bahan : Kertas lukisan, warna poster, bendi dan cap ibu jari

2.2.1.1 2.2.1.2 2.2.2

Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak terancang teknik capan. Teknik Capan ( Corak Terancang ) Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

2.2.2.1 2.3 Ekspresi Kreatif

2.3.1 2.3.2 2.4

Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif. Menghasilkan corak teknik capan. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Apresiasi Seni

2.4.1 2.4.2 2.4.3

Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan. Menceritakan karya sendiri secara lisan. Menghargai karya sendiri dan rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN PERSEPSI ESTETIK ( 5 min) 1. Guru memainkan lagu Ten Little Fingers. 2. Murid menyanyi lagu Ten Little Fingers. 3. Guru menunjukkan contoh penanda buku yang sudah siap dan mempamerkan penanda buku tersebut kepada kelas. 4. Murid ditunjukkan tentang unsur seni yang terdapat di dalam karya contoh tersebut dari segi warna dan jalinan tampak. Warna primer seperti warna merah, biru dan kuning yang dicap pada karya contoh. 5. Murid ditunjukkan tentang prinsip rekaan yang terdapat di dalam karya contoh tersebut seperti imbangan, warna dan juga jalinan tampak. 6. Murid ditunjukkan beberapa contoh penanda buku yang terdapat di pasaran. 7. Guru berinteraksi dengan murid tentang perbezaan antara corak sedia ada dengan corak yang dihasilkan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

ILUTRASI AKTIVITI

APLIKASI SENI ( 5 min ) 1. Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak capan. 2. Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan. EKSPRESI KREATIF ( 15 min ) 1. Guru menunjukkan corak dengan teknik capan berdasarkan media yang digunakan dan cara penghasilan corak tersebut (Penenrangan corak yang dihasilkan mengikut media yang digunakan). Langkah 1 Guru mengedarkan kertas lukisan kepada murid. Murid diminta mengeluarkan alat dan bahan capan.

Langkah 2 Guru membancuh warna dan mengedarkan warna tersebut kepada setiap kumpulan murid. Guru meminta murid-murid membuat genggaman tangan dan meneliti pada bahagian ibu jari murid.

Murid diminta menyapu warna pada bahagian tekstur ibu jari dan bendi serta membuat capan di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing. Langkah 3 Ulangi langkah 2 dengan menggunakan warna yang berlainan berulang kali untuk mendapatkan corak capan yang menarik.

APRESIASI SENI ( 5 min ) Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing. Guru meminta murid lain memilih hasil kerja terbaik dan mempamerkan hasil tersebut di hadapan kelas. Guru berinteraksi dan bersoal jawab tentang hasil kerja murid dengan memberi penekanan laras bahasa seni. Guru meminta murid melekatkan kepingan kertas tanda harga pada hasil capan yang dipamerkan mengikut nilai harga yang dicadangkan oleh murid. Guru memberi ulasan tentang perbezaan hasil seni yang menarik dan hasil yang kurang menarik mengikut gabungan warna unsur seni yang digunakan.

You might also like