You are on page 1of 27

KOMPONEN AKTIF & KOMPONEN PASIF

NAMA:NIK AMIRA SYAHIRAH BINTI HAMAD PISMP BM / PJ / KH 2 SEMESTER 4

KOMPONEN ELEKTRONIK

KOMPONEN AKTIF

KOMPONEN PASIF

DEFINISI
Komponen elektronik bermaksud alat yang

membenarkan:a. Pengaliran arus elektrik ke satu arah. b. Pengaliran arus ulang alik ke arus terus.
Komponen elektronik ini juga berfungsi sebagai:-

a. Pengawal arus elektrik. b. Rintangan dalam sesuatu litar.

KOMPONEN AKTIF
Sejenis bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. Komponen aktif berfungsi untuk membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik.

CONTOH KOMPONEN AKTIF


Diod pemancar cahaya (LED)

Diod

Transistor

DIOD
Diod merupakan sejenis komponen elektronik yang membenarkan arus mengalir hanya dalam satu arah sahaja. Tanda anak panah yang terdapat pada simbol diod

merujuk kepada arah aliran arus.

GAMBAR

SIMBOL

Diod dibina daripada bahan semikonduktor. Diod mempunyai dua terminal iaitu terminal anod (+)

dan terminal katod (-).


Terdapat dua keadaan pincang semasa diod disambungkan pada punca bekalan kuasa iaitu:a. Pincang hadapan (forward bias). b. Pincang balikan (reversed bias)

Pincang hadapan (forward bias). - Merujuk kepada terminal anod disambung dengan

punca positif bekalan kuasa dan terminal katod


disambung dengan punca negatif bekalan kuasa. Sambungan ini akan menghasilkan halangan yang rendah dan membolehkan diod mengalirkan arus.

Pincang balikan (reversed bias). - Merujuk kepada terminal anod yang disambung dengan punca negatif bekalan kuasa. Manakala, terminal katod disambung dengan punca positif

bekalan kuasa. Sambungan ini menghasilkan halangan


yang tinggi dan menyebabkan diod tidak mengalirkan arus.

Diod kuasa

Diod isyarat

Diod zener

JENIS JENIS DIOD

DIOD PEMANCAR CAHAYA (LED)


Sejenis diod yang tidak berfilamen yang hanya

membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.


Berfungsi untuk memancarkan cahaya dan

menukarkan arus elektrik kepada cahaya.


Mempunyai 2 kaki iaitu anod (+) dan katod (-). Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada

mentol.

GAMBAR

SIMBOL

TRANSISTOR
Sejenis komponen yang diperbuat daripada bahan

separa pengalir seperti silikon dan germanium .


Berfungsi untuk:-

a. Meninggikan arus, voltan dan kuasa. b. Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu:-

a. Transistor NPN b. Transistor PNP

Komponen ini mempunyai tiga kaki iaitu:-

a. Pemancar (Emitter - E). b. Pemungut (Collector - C). c. Tapak (Base B)

GAMBAR

SIMBOL

TRANSISTOR PNP

TRANSISTOR NPN

KOMPONEN PASIF
Komponen pasif dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Komponen ini berfungsi sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif.

CONTOH KOMPONEN PASIF

Perintang

Pemuat / kapasitor

Pearuh

PERINTANG
Perintang memainkan peranan penting untuk a. Mengawal jumlah arus. b. Mendapatkan susutan voltan dalam litar. Nilai perintang ini disukat dalam unit OHM (). Nilai rintangan akan dicatat pada perintang atau menggunakan kod warna.

Perintang ini terdiri daripada 2 jenis iaitu:a. Perintang tetap.

Contoh:- jenis karbon @ dawai berlilit.


b. Perintang boleh laras.

Contoh:- meter upaya & reostat.

GAMBAR

SIMBOL

Perintang tetap

Perintang boleh laras

PEMUAT
Pemuat adalah sejenis komponen elektronik yang berkeupayaan menyimpan dan melepaskan cas dalam bentuk medan elektrostatik. Reka bentuk pemuat terdiri dari dua kepingan plat

logam yang dipisahkan oleh bahan dielektrik.


Unit asas bagi pemuat ialah FARAD (F).

Pemuat terdiri daripada 2 jenis iaitu:a. Pemuat berkutub.

Contoh:- Elektrolitik dan tantalum.


b. Pemuat tidak berkutub. Contoh:- Seramik dan mika.

GAMBAR

SIMBOL

Pemuat berkutub

Pemuat tidak berkutub

PEARUH
Pearuh adalah satu komponen pasif yang menyimpan tenaga dalam bentuk medan magnet. Pearuh terdiri daripada gulungan dawai pengalir. Unit bagi karuhan ialah Henry (H).

Pearuh bertindak sebagai litar penapis untuk


menghilangkan voltan riak.

Nilai kearuhan sesuatu pearuh bergantung kepada:a. Bilangan lilitan gelung.


b. Jenis teras yang digunakan.

c. Luas muka keratan lilitan gelung.


d. Panjang dawai lilitan.

GAMBAR

SIMBOL

You might also like