3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

TAJUK 4

MOTOR ARUS TERUS (AT)

Sinopsis Dalam tajuk ini pelajar akan mempelajari beberapa isi pelajaran yang berkaitan dengan mesin elektrik iaitu motor arus terus. Antara perkara yang berkaitan itu ialah berkenaan dengan jenis-jenis dan simbol motor arus terus, bahagian-bahagian utama motor arus terus, kendalian dan kegunaannya. Hasil Pembelajaran:

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat
1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan motor AT 2. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis motor 3. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam prinsip asas motor AT 4. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam litar asas motor AT

Kerangka Konsep

 Jenis-jenis motor Motor AT

Asas Teknologi Komputer dan Rangkaian

 Bahagian utama motor AT dan fungsinya  Prinsip kendalian motor AT

 Litar Asas dan pengunaan motor AT

1

Unit kuasa motor elektrik ialah Watt (W) dan juga kuasa kuda (HP) Keretapi Laju MAKLUMAT Motor DC yang bersaiz kecil. Motor elektrik telah digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia moden pada hari ini. Antara kegunaan yang biasa dilihat seperti pengisar.1 Pengenalan Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. Motor AU Motor Elektrik 2 .2 Jenis dan simbol motor Mesin Elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu motor arus terus (AT) dan motor arus ulang-alik(AU).3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 1. Binaan motor AT hampir menyamai penjana AT. Motor AT berkendali menggunakan bekalan kuasa AT sebagai punca bekalan. 1 Kuasa Kuda (HP) = 746 Watt 1. Jenis mesin elektrik memperolehi namanya berdasarkan kepada jenis bekalan kuasa yang digunakan. Cuba lihat saiz motor tersebut dibandingkan dengan mata pensil. Motor ini mengunakan bekalan elektrik sebagai sumber dan menghasilkan tenaga mekanik dalam bentuk daya kilas dan putaran. penyaman udara dan sebagainya. kipas angin . Oleh itu tugasnya boleh ditukar ganti Pencuci Vaccum dengan mudah. Motor AU pula berkendali menggunakan bekalan kuasa AU. Malah pada hari ini motor elektrik telah digunakan sebagai kenderaan pengangkutan manusia.

M Motor AT SIMBOL MOTOR ELEKTRIK M Motor AU 1. Pemutar berada di tengah-tengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.3 Motor AT Binaan asas motor AT terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemegun dan pemutar. Pemutar Pemegun 3 . Biasanya pemegun dipasang pada rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak. II. Pemegun Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yang menghasilkan fluks medan magnet. I.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK pula terbahagi kepada iaitu motor AU fasa tunggal (240V) dan motor AU fasa tiga (415V). Pemutar Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. biasanya motor AU fasa tunggal digunakan di rumah-rumah kediaman dan motor AU fasa tiga digunakan di indusri.

Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker. iv) Lubang alur 4 . iii) Belitan angker Belitan angker berfungsi untuk mengalirkan arus supaya teras angker menjadi elektromagnet. ii) Teras angker: Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet untuk menghasilkan medan magnet yang akan bersaling tindak dengan magnet pemegun untuk menghasilkan daya putaran aci. i) Angker Angker ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik.4 Bahagian Utama Motor AT Bahagian utama motor AT terdiri daripada angker.kutub medan dan berus karbon. penukartertib .3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Gambar Keratan Motor DC Namakan bahagian bahagian motor DC yang bergerak dan tidak bergerak apabila bekalan elektrik dibekalkan kepada motor tersebut? 1.dan lubang alur.belitan angker.

3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Lubang alur berfungsi sebagai laluan untuk belitan angker dan memisahkan angker kepada beberapa ruas. 5 . Penukartertib dipasang pada aci berhampiran dengan angker dan turut berputar bersama-sama angker. Bilangan ruas bergantung kepada bilangan belitan angker. v) Penukartertib Penukartertib ialah komponen berbentuk silinder yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Penukartertib berfungsi untuk Gelung Angker & penukartertib menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon. Penghujung setiap belitan angker akan dipaterikan pada palang logam tersebut. Pengaliran arus ke Penukartertib belitan angker adalah melalui penukartertib dengan menggunakan berus karbon.

Berus karbon seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 5. Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub medan.8.digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar dari belitan angker. Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan Gelung Medan Medan Magnet Kekal kekuatan medan magnet pada kutub medan dinamai belitan medan. Berus Karbon 6 .3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK vi) Kutub medan Kutub medan ialah untuk menghasilkan medan magnet kekal dalam motor AT. vii) Berus karbon Berus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun.

Penghasilan daya kilas dalam motor AT ditunjukkan seperti dalam rajah 1.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 1.5 Prinsip Kendalian Motor AT Lazimnya. Saling tindak kedua-dua medan ini menghasilkan daya kilas yang akan menyebabkan pemutar berputar. Rajah 1(b) pula menunjukkan arah arus pada pengalir di angker melalui penukartertib. Rajah 1(a) menunjukkan fluks magnet yang wujud antara dua kutub medan.putaran yang berlaku pada motor AT diperoleh melalui saling tindak medan magnet iaitu antara medan magnet kekal dari kutub medan di pemegun dengan medan magnet angker. i) Penghasilan Daya Kilas Kekuatan daya kilas yang terhasil bergantung kepada kekuatan medan magnet di angker dan kutub medan. 7 . Rajah 1(c)menunjukkan fluks magnet yang wujud pada pengaliran di angker dan fluks dari kutub medan yang bersaling tindak.

daya kilas akan wujud pada pengalir.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Rajah 1(a): Medan Magnet pada stator Rajah 1(b): Arus dibekalkan pada rotor Rajah 1(c) : Daya Kilas terhasil pada Rotor Apabila dua medan magnet saling tindak. arus dalam gelung mengalir dalam arah ‘pqrs’. Petua Tangan Kiri Fleming Daya kilas untuk memutarkan gelung akan wujud mengikut arah lawan jam 8 . Arah daya dapat ditentukan dengan Petua Tangan Kiri Fleming. Merujuk kepada rajah 2(a) semasa gelung mendatar (pada 0 darjah). Kendalian motor AT adalah seperti yang dalam digambarkan dalam Rajah 2.

disebabkan oleh momentum dalam angker semasa berputar. Voltan ini 9 . Biasanya. Tambahan belitan meningkatkan daya kilas pada pusingan motor. Apabila angker berputar dalam medan magnet voltan teraruh akan wujud dalam arah yang bertentangan dengan arah voltan bekalan seperti yang dinyatakan dalam Hukum Faraday dan Hukum Lenz.belitan angker akan memotong fluks kutub medan dan menghasilkan daya gerak elektrik atau voltan teraruh dalam angker.kedudukan 90 darjah ke 180 darjah. Pada kedudukan 90 darjah (Rajah 2(b)) arus tidak lagi mengalir dalam gelung.gelung terus berputar melepasi kedudukan 90 darjah.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK sehingga mencapai kedudukan 90 darjah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2(b). maka tiada lagi daya kilas yang wujud pada gelung di angker. angker mempunyai lebih daripada satu belitan. Arah arus ini menyebabkan wujud semula daya kilas dalam arah yang sama seperti dalam rajah 2(a) . ii) Daya Gerak Elektrik (dge) Balikan Apabila angker berputar.Proses ini akan berterusan sehingga sumber tenaga elektrik diputuskan. Selain itu. Tambahan gelung akan menghasilkan putaran yang lebih lancar. Apabila gelung mula berputar dari.arus dalam gelung akan mengalir semula pada arah ‘srpq’seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2(c). Rajah 2 : Proses Putaran angker Walau bagaimanapun. angker juga mempunyai lebih daripada satu gelung.Voltan teraruh ini dinamai daya gerak elektrik balikan.

10 . tali sawat dan mesin CNC. Motor AT Siri Bagi motor AT siri belitan medan dan belitan angker disambung bersiri dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3. Terangkan kendalian motor AT.motor pirau dan motor majmuk.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK mempunyai ciri menentang arah voltan bekalan dan dinamai daya gerak elektrik (dge)balikan. Oleh berbeban pada permulaan kerja seperti kren. Ketika voltan bekalan mula dibekalkan. 2. Ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir pada belitan medan dan belitan angker. Pengelasan ini dibuat mengikut cara penyambungan antara belitan angker dengan punca bekalan. Dge balikan berkadar terus dengan kelajuan angker dan kekuatan fluks kutub medan. Keadaan ini menghasilkan daya kilas permulaan yang tinggi .6 Litar Asas Motor AT Motor AT dikelaskan kepada tiga jenis iaitu motor siri. Terangkan maksud Daya Gerak Elektrik Balikan 1. Dge balikan menentukan kekuatan arus sebenar yang mengalir ke belitan angker. tidak terdapat dge balikan di angker. Arus dalam belitan medan akan mengalir dalam belitan angker. i. Soalan 1.

penggilap dan penyambur. Sambungan selari menyebabkan arus pada belitan medan sentiasa malar. Arus pada belitan angker pula bergantung kepada dge balikan. Oleh itu. Rajah 4 : Litar Motor AT Pirau 11 . motor ini sesuai untuk mengendalikan sistem yang memerlukan kelajuan malar seperti pekakas mesin.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Rajah 3 : Litar Motor AT Siri ii. Motor AT pirau lebih sesuai digunakan apabila kelajuan malar diperlukan dan tidak memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi. Motor AT Pirau Motor AT pirau menggunakan sambungan selari bagi menyambung antara belitan angker dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.

2. pirau dan motor majmuk. Motor AT majmuk menggabungkan ciri motor AT siri dengan motor AT pirau. Cara penyambung keseluruhan litar ditunjukkan dalam rajah 5. Motor AT Majmuk Motor AT majmuk mempunyai dua belitan medan. Nyatakan kelebihan antara motor siri. Satu daripadanya di sambung secara siri dengan belitan angker dan punca bekalan manakala belitan yang satu lagi disambung secara selari dengan punca bekalan. Nyatakan faktor-faktor yang boleh meningkatkan kelajuan motor DC.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK iii. Motor AT majmuk mempunyai daya kilas permulaan yang baik dan member kelajuan malar. Rajah 5 : Litar Motor AT Majmuk Soalan 1. Motor jenis ini biasanya digunakan untuk beban lampau berat seperti mesin pemotong dan pengisar. 12 . Bilangan belitan medan sambungan siri adalah kurang daripada bilangan belitan medan sambungan pirau.

Bagi menyongsangkan belitan medan.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 1. Kesan daya pada pemutar boleh diperhatikan pada gambar rajah fluks dalam jadual 1. Dengan menyongsangkan sambungan satu daripada belitan medan atau belitan angker. bagi menyongsangkan belitan angker sambungan A1 dan A2 hendaklah disongsangkan cara penyambungannya ke punca bekalan.sambungkan F1 ke punca negatif dan F2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. 13 . Dengan merujuk kepada motor AT pirau.Ini akan mengubah arah putaran motor seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah fluks dalam Jadual 1.7 Menukar Arah Putaran Angker Motor AT Arah putaran motor AT dapat ditukar dengan dua cara sama ada dengan menyongsangkan sambungan belitan angker atau menyongsangkan sambungan belitan medan. saling tindak antara medan magnet pemegun dan pemutar akan mengubah arah daya kilas pada pengalir di angker.A1 disambung ke punca negatif dan A2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. Jadual 1 menunjukkan kaedah menukarkan arah putaran angker motor AT.

Kereta mainan Kipas Penyejuk Komputer Basikal elektrik Soalan 1.3107 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Jadual 1 1. alat permainan bermotor. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. kipas radiator kereta. Nazi ) (1995). 2. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik) 3. motosikal elektrik dan penyejuk unit CPU komputer.8 Penggunaan Motor AT Motor AT banyak digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih. 2. Abd Samad (1988). Nyatakan fungsi penukartertib. Abd Samad .(Teknologi Elektrik Untuk Sekolah Menengah Vokasional.(edisi Kedua). Tingkatan 4 & 5) 4. Contoh peralatan yang menggunakan motor AT ialah pemutar pita. Nyatakan dua cara bagaimanakan arah putaran pada motor DC dapat disongsangkan Rujukan : 1. Bell (1996).(edisi keempat) . David A. Tingkatan 4 &5 (2003) 14 . penghidup kenderaan. Asas Litar Elektrik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful