You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

Prakata Isi Kandungan Soalan Bahagian A Falsafah Pendidikan Saya 1

Soalan Bahagian B Biodata Al Farabi Matlamat Pendidikan Al Farabi Kurikulum Menurut Al Farabi Guru dan Kaedah Mengajar Biodata Plato Matlamat Pendidikan Plato Kurikulum Menurut Plato Guru dan Kaedah Belajar Perbandingan Kesimpulan Rujukan 7 8 9 11 13 14 15 16 17 18 19

FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara dibentuk pada 1988 adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sebenarnya jika diamati dan diteliti secara amnya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa dipenuhi dengan nilai-nila positif. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Mok Song Sang (2009:177) yang menyatakan matlamat FPK adalah untuk melahirkan warganegara yang baik. Secara amnya nilai-nilai baik yang ingin kerajaan lahirkan dalam setiap individu yang percaya, patuh serta taat kepada tuhan, mempunyai ilmu yang tinggi, baik dari segi akhlak, bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain, memiliki moral dan sifat yang seimbang serta menyeluruh dan mempunyai sikap bersatu padu dan tidak goyah. Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berkaitan FPK ini. Begitulah juga dengan saya. Sebagai seorang guru, saya mempunyai pendapat dan falsafah pendidikan yang tersendiri. Falsafah pendidikan saya selaras dengan FPK yang merngkumi tujuan pendidikan, kehendak masyarakat, kehendak pelajar dan kehendak guru. Bagi saya tujuan pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah melibatkan pengaplikasian ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Ilmu tidak berguna jika tidak diaplikasikan dengan sebaiknya. Ilmu yang dipelajari bukan untuk diri sendiri tetapi disebarkan kepada orang lain dengan cara menyampaikan kepada mereka secara hikmah dan dapat menjawab persoalan yang membelenggu diri mereka. Ini 2

bermakna objektif pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan individu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Apabila individu itu menjadi manusia yang berguna barulah dia dapat menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan masyarakat serta negara dari pelbagai aspek kehidupan. Kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak bangsa. Jadi sebagai seorang guru, saya akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang menjadi harapan negara. Sebagai seorang guru, saya akan berusaha menggabungkan segala pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk mencapai tujuan atau objektif falsafah ini. Manusia hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Oleh yang demikian, pendidikan haruslah menepati kehendak masyarakat. Masyarakat berkehendakkan pendidikan yang mampu membela nasib mereka atau dengan kata ;lain dapat membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan mempunyai kerjaya yang terjamin. Pendidikan yang diperlukan bukan sekadar meliputi pengetahuan dalam sesuatu kerja malah turut melibatkan pendidikan akhlak dan sosial supaya mereka dapat menjalankan kerja yang melibatkan masyarakat atau orang lain. Guru juga merupakan sebahagian masyarakat. Peranan guru kepada masyarakat juga dianggap penting. Oleh yang demikian, saya akan melibatkan diri dengan masyarakat dan dalam masa yang sama saya akan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan itu sendiri. Dalam konteks pendidikan, produk bagi seorang guru adalah pelajarnya. Maka falsafah pendidikan saya juga memntingkan kehendak pelajar. Di sekolah umpamanya, pelajar-pelajar berkehendakkan pendidikan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan mereka pengetahuan yang baru dan dapat digunakan. Selain itu, mereka juga tidak gemarkan pendidikan yang membosankan. Justeru, sebagai seorang guru proses mendidik haruslah dilakukan dengan kreatif dan kritis supaya ianya menarik dan lebih berkesan. Penggunaan alat bantu mengajar dan set induksi yang menarik dapat menarik amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan

teknologi maklumat dan komunikasi juga amat penting dalam menjalankan tanggung jawab mendidik di era globalisasi kini. Di samping itu juga, sebagai seorang guru saya akan sentiasa menambahakan ilmu pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malahan mengenai pengetahuan am yang berkaitan. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak daripada gurunya. Saya juga akan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu apabila masuk ke dalam kelas agar apabila pelajar menyoal sesuatu saya dapat menjawabnya dengan baik dan tidak gelabah. Apabila kita menjawab sesuatu perkara itu dengan yakin , saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya. Guru merupakan kerjaya yang paling rapat dengan pendidikan. Oleh itu kehendak guru tidak dapat diketepikan dalam merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Guruguru perlulah diberikan pendididkan yang menyeluruh supaya mereka mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang kehidupan di samping mempunyai akhlak dan disiplin yang baik. Akhlak serta keserba bolehan yang terdapat pada guru amat penting kerana mereka berperanan sebagai medium pendidikan di samping menjadi contoh ikutan (role model) kepada pelajar-pelajar. Sebagai seorang guru, saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar-pelajar. Tegas di sini bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak main-main ketika di dalam kelas dan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan. Di samping itu juga, sebagai seorang guru saya akan cuba menerapkan disiplin yang baik kepada pelajar-pelajar terutamanya berkaitan dengan masa. Saya akan memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana masa itu emas. Pengurusan masa sangat penting bagi seorang pelajar kerana apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik bererti mereka dapat menguruskan pelajaran mereka dengan sebaik mungkin. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang bertanggung jawab dan berakhlak mulia.

Selain itu juga, guru perlu diterapkan dengan keimanan, ketahanan fizikal, kecerdasan emosi dan kebijaksanaan dalam bersosial supaya pendidikan yang mereka berikan dapat diterima oleh pelajar dan masyarakat. Tidak dapat dinafikan peranan guru amatlah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Guru juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat kepada pelajar-pelajarnya. Ini bermaksud seseorang guru atau pendidik itu mempunyai tugas dan tanggung jawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Dari sudut pandangan Islam meletakkan tugas guru sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyyah adalah di tempat yang mulia jika menyampaikan ilmu secara hikmah semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa serta mempunyai cirriciri seperti mudarris, muallim, mursyid dan murabbi jika dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan terpuji. Contohnya apabila hati kita ikhlas dalam menjalankan tugas seharian sebagai pendidik, maka semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Apabila kita bekerja ikhlas kerana Allah, salah laku guru seperti tidak hadiri bertugas, cabul dan gangguan seksual, terlibat dengan rasuah, tidak amanah dan ingkar perintah, penyalah gunaan dadah, kecurian dan jenayah syariah tidak akan berlaku kerana kita akan sentiasa mengawal tingkah laku dan sentiasa menggunakan akal dan iman dalam membuat sesuatu keputusan. Sebagai seorang Islam saya percaya jika kita mendapat keredhaan daripada Allah maka jalan yang kita lalui akan dipermudahkan. Contohnya jika menghadapi masalah sesuatu masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu sebagai seorang guru, kita haruslah berpegang teguh kepada agama kerana agamalah yang dapat memandu kita ke jalan yang benar. Kesimpulannya, pendidikan bagi saya adalah segala usaha yang mampu melahirkan individu yang berguna bukan sekadar pada diri sendiri tetapi turut kepada keluarga, masyarakt, agama dan negara selaras dengan apa yang telah ditetapkan dalam FPK. Oleh sebab itulah pendidikan amat penting bagi setiap individu terutamanya insan pendidik itu sendiri kerana mengajar dan memdidik melibatkan banyak perkara, bukannya sekadar menyebarkan maklumat kepada pelajar dan lulus peperiksaan. Ianya melibatkan kasih sayang, tanggung jawab, iltizam, dedikasi dan kesabaran. Untuk

mengajar guru perlu mempunyai keyakinan yang utuh dan menghormati keupayaan pelajarnya. Selain itu juga, guru perlu menjadi role model yang terbaik kepada pelajarpelajarnya dan masyarakat supaya profesion perguruannya sentiasa dipandang tinggi dan mulia.

AL FARABI Al Farabi atau nama sebenarnya, Abu Nasr Muhammad Ibnu Ibnu Muhammad Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau dilahirkan di Wasij dalam daerah Farab di Turkestan pada tahun 872 Masihi bersamaan tahun 260 Hijrah.. Al Farabi di sandarkan sempena nama tempat tersebut iaitu Farab. Bapanya merupakan seorang komanden tentera Turki. Beliau telah berpindah ke Baghdad dan telah mempelajari Bahasa Arab di sana di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad Ibn alSariy. Selepas beberapa lama di sana beliau telah berpindah ke Damsyik dan seterusnya ke Halab. Semasa hidupnya beliau amat bersederhana, tidak gilakan harta dan tidak cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu, daripada mencari kekayaan dunia. Beliau merupakan seorang ilmuan yang cukup terkenal pada zamannya dan mampu menguasai pelbagai bahasa. Kemampuan Al Farabi bukan sekadar itu sahaja, malah beliau merupakan seorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam pelbagai pelbagai bidang seperti perubatan, sains, matematik, muzik dan juga sejarah. Namun begitu keterampilannya lebih menonjol dan terkenal dalam bidang falsafah. Kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi ahli falsafah islam yang lain seperti alKindi dan Ibnu Rushd. Beliau telah kembali ke rahmatullah semasa berumur 80 tahun, pada tahun 950 masihi. Al-Farabi menulis kesemuanya karyanya di dalam Bahasa Arab. Di sebabkan penulisan tokoh ini meluas mencakupi bidang yang berbagai, maka ramai sarjana moden yang cuba mengenal pasti bentuk serta pola penulisannya serta titik asas kemiripan intelektualnya dengan mengklafikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian penulisannya lebih bermakna jika pembahagian itu menuruti pembahagian ilmu yang dikemukakan sendiri oleh al-Farabi di dalam kitab ihsa al-ulum. Di dalam Ihsa al-ulum, al-Farabi telah mengklasifikasikan berbagai-bagai cabng ilmu kepada lapan kumpulan utama; ilmu nahu dan linguistik, ilmu logik, ilmu matematik, ilmu fizik, ilmu metafizik, ilmu politik, ilmu fikah dan ilmu kalam. Bidang fikah mendapat catatan yang paling pendek di dalam perbincangan al-Farabi tentang cabang-cabang ilmu di dalam kita\

Matlamat Pendidikan Menurut Al Farabi

Bagi Al Farabi, pendidikan merupakan suatu yang mesti diperjuangkan. Semasa hidup dizamannya didapati masih lagi terdapat kaumnya yang masih lagi berpegang pada mitos, tahyul dan sebagainya yang tidak dapat diterima akalnya. Baginya pendidikan merupakan suatu yang wajib dipelajari. Bermula dari itulah beliau telah melahirkan satu idea tentang pendidikan dengan berpandukan dari ahli falsafah yang lepas iaitu Plato dan juga Aristotle. Beliau telah memperkenalkannya metod pendidikannya dengan bertujuan untuk membawa keluar bangsanya dari pandangan sempit dan berjaya untuk hidup dalam keadaan realiti yang sebenar. Tujuan utama pendidikan baginya adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan mempunyai nilai moral yang tinggi berlandaskan Islam. Bagi mencapai tujuan ini, seseorang mestilah mempunyai sikap keberanian dan keterbukaan untuk menerima perubahan. Beliau menegaskan bahawa, pendidikan bertujuan untuk mempersiapkan manusia sebagai anggota yang bersiap sedia untuk terjun kedalam masyarakat. Iannya haruslah bermula semenjak dari kecil sehinggalah ke dewasa. Sekiranya pendidikannya sempurna maka ia akan melahirkan insan yang sempurna. Menurut beliau pendidikan semacam ini amat penting untuk membentuk jiwa manusia seterusnya dapat melahirkan manusia yang berjiwa kental, mempunyai kesempurnaan yang tinggi. Al Farabi berpendapat untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan bermoral tinggi, maka pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk sahiah individu. Baginya tanpa pendidikan perkara ini tidak akan tercapai. Beliau berpendapat pendidikan memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan seseorang. Ini kerana hidup tanpa disiplin akan membuatkan seseorang atau sesebuah masyarakat akan hidup tanpa had sempada dan menyebabkan mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Dengan wujudnya disiplin seseorang itu akan dapat melatih diri mereka untuk hidup dengan landas-landas yang telah ditetapkan.

Pendidikan juga bertujuan untuk melatih diri seseorang atau sesebuah masyarakat, dalam mengharungi kehidupan di dunia ini untuk mencapai kesempurnaan hidup. Pendidikan juga bertujuan untuk membimbing dan juga mengajar seseorang dalam mengenal hakikat kehidupan yang sebenar. Tanpa pendidikan seseorang itu akan sesat dialam nyata dan juga akan kegelapan di dalam kehidupan. Menurut pendapatnya seseorang itu tidak akan dapat berdiri dengan sendiri, melainkan ianya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari orang lain. Selain itu Al Farabi juga menekankan bahawa pendidikan juga bermatlamat untuk menaksir dan juga mengasuh individu. Dalam mentafsir, tanpa ilmu dan pendidikan manusia tidak akan dapat menafsir sesuatu dengan betul. Begitu juga denga asuhan, manusia di asuh untuk agar dapat menjadi insan yang sempurna. Menurut Al Farabi pendidikan amat penting untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, ini kerana tanpa pendidikan manusia tidak akan mampu mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan.

Kurikulum Mengikut Al Farabi Pendidikan, menurut Al-Farabi, harus menggabungkan antara kemampuan pembelajaran dari segi teori yang mampu diaplikasikan dengan tindakan yang yang dipraktikkan dengan betul. Beliau berpendapat, kesempurnaan manusia, terletak pada tindakannya yang sesuai dengan teori yang difahaminya. Sebagaimana diketahui bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang suci dan penting sekali dan ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajiban. Dalam pandangan Islam mencari ilmu dan mengajarkannya adalah suatu kewajiban yang sangat mulia, oleh itu mencari ilmu adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim. Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk menuntut ilmu. Al Farabi menekankan akan kepentingan Pendidikan Islam dengan tumpuan kepada Fiqh ( Jurisprudence), Qanun (undang-undang Islam) dan juga ilmu kalam atau teologi.

Kurikulum dalam pendidikan al-Farabi disusun sedemikian rupa dan dari yang senang kepada yang rumit atau dari yang umum kepada yang abstrak. Kurikulum awal pendidikan tersebut adalah bahasa, kemudian dilanjutkan dengan logika, matematik, ilmu alam, ilmu politik, fiqh, hukum, dan teologi (kalam) . Dengan urutan kurikulum yang semacam ini, diharapkan anak didik mampu berkembang dengan penuh kesempurnaan imannya. Ia akan menguasai ilmu yang ada di dunia ini namun ia tidak akan lupa kepada pencipta ilmu tersebut. Bahasa merupakan bahagian yang amat penting dalam kurikulum menurut al Farabi. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran mestilah bermula dengan susunan dan struktur bahasa itu sendiri seperti tatabahasa dan seterusnya. Ini kerana jika seseorang yang tidak dapat menguasai bahasa, maka dia tidak akan dapat memahami akan sesuatu dan mereka tidak akan dapat memajukan diri mereka. Ini kerana tidak dapat dinafikan lagi bahawa penguasaan bahasa adalah asas untuk semua jenis ilmu pengetahuan yang lain. Menyedari akan kepentingan ini, beliau telah menitik beratkan akan pendidikan bahasa. Selepas bahasa Al Farabi menekankan pula pada ilmu mantiq ataupun ilmu logik sebelum kepada ilmu-ilmu yang lain seperti matematik, sains, musik dan juga seni. Ilmu mantik atau logic amat penting untuk menguasai ilmu sains dan matematik. Menurutnya bahasa wajib dikuasai sebelum penguasaan ilmu-ilmu lain, tetapi ilmu logic atau mantic adalah satu jalan atau kaedah untuk menguasai bahasa. Kurikulum seterusnya menurut Al Farabi, tentang matematik dan juga sains. Setiap orang wajib mempelajari matematik sebelum dapat menguasai ilmu sains. Menurut beliau sesiapa yang ingin mempelajari seni yang berasaskan teori mesti menguasai ilmu matematik terlebih dahulu, yang dimulai dengan nombor dan diikuti dengan pengukuran. Selain dari itu, dasar kurikulum Al Farabi juga menyelitkan pendidikan muzik dan juga seni. Menurut beliau kedua-dua ilmu ini amat penting untuk seseorang. Seseorang akan dapat menjelaskan perasaan, pandangan dan juga kritikan melalui muzik dan juga seni. Menurut Al Farabi, orang yang bijak adalah mereka yang mahir dalam bidang seni dan muzik.

10

Peranan Guru dan Kaedah Pengajaran Menurut Al Farabi Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep

pendidikan yang secara tak langsung merupakan

peranan seorang guru. Baginya

tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. keseumpurnaan

(tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru

Menurutnya guru bukanlah orang yang sembarangan, guru mestilah orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi dan tidak mementingkan akan harta dunia semata-mata. Seorang guru mestilah penuh dengan sifat qanaah dan sentiasa ingin mencari kebenaran. Seorang guru juga mestilah ikhlas dan secara sukarela untuk menyampaikan ilmu. Seorang guru juga menurutnya mestilah menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak disampaikan atau yang hendak diajar. Guru juga mesti bijak memainkan peranan dalam apa jua situasi sekalipun agar apa yang diajarkan dan disampaikan mudah difahami dan di kuasai oleh muridnya. Menurut Al Farabi lagi, seorang guru tidak boleh terlalu berkeras dalam memberi hukuman kepada pelajar. Ini kerana perihal tersebut akan menimbulkan rasa benci dikalangan pelajar. Sebaliknya guru sepatutnya pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pelajarnya. Jika terlalu berlembut pula, menurutnya akan membuatkan pelajar kurang memberi tumpuan dan pemerhatian kepada pelajaran. Oleh itu beliau menekankan agar guru bersederhana dalam semua aspek sama ada dalam memberi hukuman dan juga tegas semasa mengajar. Seterusnya kepentingan menilai hasil pembelajaran. Beliau menyarankan agar guru mestilah menilai hasil pembelajaran dengan bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar dan juga tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang yang dipelajari olehnya. Padanya tugas seorang guru amat rumit, namun ianya merupakan tugas yang amat besar dalam membentuk dan mendisiplinkan seseorang yang berguna kepada masyarakat dan seterusnya manpu menjadi pemimpin untuk memajukan Negara.

11

Metod atau kaedah pengajaran pula Al Farabi menekankan pada dua metod atau kaedah utama. Pertama metod atau kaedah demontrasi dan satu lagi kaedah memujuk. Kaedah demontrasi menurutnya memerlukan guru bercakap dan mengutarakan persoalan untuk menyampaikan pengetahuan. Manakala pelajar pula digalakkan untuk mengeluarkan pendapat dan berdailog dalam situasi-situasi yang tertentu. Menurutnya melalui kaedah ini pelajar akan dapat memperolehi pemahaman yang sebenar tentang sesuatu perkara. Kaedah ini memerlukan penjelasan dari guru sebelum meminta pelajar memberikan pendapat melalui perbincangan berdailog dan sebagainya. Manakala bagi kaedah memujuk pula guru perlu mempengaruhi pelajar untuk memujuk mereka. Kaedah ini tidak memerlukan kepastian tentang pengetahuan yang ada pada seseorang. Selain dari dua kaedah ini terdapat beberapa kaedah lain yang ditekankan oleh Al Farabi seperti kaedah huraian, perbandingan atau banding beza, perkaitan dengan sesuatu, kesimpulan pemilihan penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan sebagainya. Walaupun terdapat kaedah yang diutarakannya diambil dari pendapat Plato namun ianya telah disuaikan dengan kehendak masa dan juga kehendak Agama Islam. Untuk mencapai kesempurnaan dalam melaksanakan kaedah-kaedah yang telah diutarakan, Al Farabi menekankan pada kebiasaan dan pengulangan. Ini kerana jika seorang pelajar sentiasa mengulang-ulang sesuatu perkara, akan menjadi kebiasaan baginya dan membolehkan pelajar memahami kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pada pendapatnya untuk mengubah orang yang degil atau keras kepala, kaedah pengulangan dan kebiasaan ini amat di perlukan, dengan mengajak mereka membiasakan diri dengan berfikir dan betingkah laku yang baik akan dapat memujuk mereka kembali ke jalan yang sebenarnya. Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep

pendidikan yang secara tak langsung merupakan

peranan seorang guru. Baginya

tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. kesempurnaan

(tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru

12

PLATO Plato merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman Yunani. Beliau dilahirkan pada tahun 428 sebelum masihi di Athens Greek. Walaupun lahir dalam keluarga yang mendominasi bidang politik di negaranya menyebabkannya juga berhasrat untuk menceburi politik pada asalnya. Akibat dari perkembangan politik yang tidak menentu pada masanya menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk menceburi bidang tersebut. Menurut catatan, nama asalnya adalah Aristokles, akan tetapi gurunya telah memberikannya nama Plato yang berkaitan dengan bahunya yang lebar. Setelah mencapai umur 20 tahun beliau mula mengikuti pelajaran yang di sampaikan oleh Socrates dan telah menjadi muridnya yang setia sehinggalah pada saat kematian gurunya. Melalui gurunya beliau telah mempelajari berbagai-bagai ilmu dan telah mampu untuk mengeluarkan hujah dan pendapat. Setelah kematian gurunya beliau telah meninggalkan Athens dan telah mengembara ke beberapa buah Negara seperti Mesir, Libya dan juga Itali. Selepas kematian gurunya Socrates beliau mula menyampaikan hujah-hujah dan idea-ideanya. Kebanyakan hujah-hujahnya adalah dari pendapat gurunya Socrates. Hujahnya mengandungi pelbagai isu seperti keadilan, kesucian, retorik, undang-undang, keberanian, kecantikan dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan hampir kesemua karyanya adalah dalam bentuk dialog. Ini kerana beliau berpendapat bahawa pena dan dakwat membekukan pemikiran sejati yang ditulis dalam huruf-huruf yang membisu. Menurutnya jika sesuatu pemikiran hendak ditulis, maka yang paling sesuai adalah tulisan yang berbentuk dialog. Beliau juga banyak menulis tentang politik, dimana politik banyak mempengaruhi falsafahnya. Karyanya yang terkenal ialah Repbulic of Plato yang membentangkan idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokrasi. Plato telah meninggal dunia pada tahun 438 sebelum masihi di Athens.

13

MATLAMAT PENDIDIKAN Menurut Plato pendidian ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau amat bersetuju dengan pendapat gurunya Scorates yang menyatakan pendidikan bertujuan untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Ini kerana proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang. Menurut beliau manusia dijadikan Tuhan dengan kebolehan tertentu utnuk mempelajari sesuatu. Baginya alam sekeliling amat penting untuk pendidikan. Pada pendapat beliau, untuk mendidik kanak-kanak haruslah disediakan alam sekeliling atau persekitaran yang sesuai, kerana melaluinya kebaikan boleh diperolehi. Plato berpendapat bahawa pendidikan haruslah memainkan peranannya dalam melahirkan tiga golongan manusia iaitu Lehr, Nehr dan Wehr. Apabila seseorang itu telah tamat pengajiannya, maka tiga golongan manusia tadi akan memainkan peranan masingmasing dalam membentuk sebuah Negara yang sejahtera, aman makmur dan masyhur. Menurutnya manusia dari golongan Lehr akan menjadi pemimpin, golongan Nehr pula menjadi pekerja sementara golongan Wehr pula bertindak sesbagai tentera. Pembahagian ini berdasarkan kepada pembawaan bakat yang terdapat pada seseorang. Plato berpendapat demikian kerana beliau menginginkan agar tiap-tiap golongan membuat sesuatu yang sesuai dengan potensi yang ada pada mereka. Tujuan utama pendidikan menurut Plato adalah untuk membebaskan masyarakat daripada belenggu kejahilan yang kuno dan palsu. Ini kerana tanpa pendidikan manusia akan terus hidup dalam kejahilan dan tidak akan maju. Baginya juga pendidikan harus mengajar kanak-kanak bagaimana membezakan di antara yang benar dan yang salah, serta pendidikan adalah jalan untuk mencari kebenaran. Baginya matlamat pendidikan bukan perkembangan individu tetapi sumbangan individu kepada Negara yang menjamin kebahagiaan rakyat berasaskan keadilan. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mengeklkan status quo, segala inovasi atau perubahan tidak digalakkan. Ini adalah bertentangan dengan kebanyakan pendapat lain tentang falsafah.

14

KURIKULUM Dari segi sistem kurikulum pendidikan Plato telah membahagikan kepada tiga peringkat iaitu rendah, menengah serta tinggi. Bagi peringkat rendah beliau menyarankan agar diajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan, muzik dan juga latihan jasmani. Bagi peringkat menengah, kanak-kanak itu haruslah didedahkan dengan pelajaran yang lebih luas lagi yang bersifat ilmu pengetahuan dan logik. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah Matematik, Geometri, Astronomi, Muzik dan Kesusasteraan. Bagi peringkat tinggi yang merupakan lanjutan peringkat menengah, pelajar-pelajarnya diberi latihan mentaakul, mengguna dan menganalisis kebenaran idea-idea yang diperolehinya. Pada peringkat inilah ahli seni dan falsafah mendapat pendidikan. Matlamat pendidikan di sini ialah untuk melahirkan ahli fikir yang bijak dan berguna kepada masyarakat. Plato amat mengutamakan kesihatan dan kecantikan tubuh badan serta kecerdasan minda. Dengan sebab itulah beliau mencadangkan pendidikan jasmani dan juga muzik bermula di peringkat rendah. Baginya pendidikan hendaklah dimulakan sebelum kanakkanak itu lahir lagi. Beliau menyarankan agar wanita yang hamil berjalan-jalan dan bergerak-gerak agar bayi dalam kandungan menjadi lebih sihat dan cergas. Seterusnya Plato menekankan pada pendidikan Pra Sekolah. Padanya ia adalah tanggungjawab ibu bapa yang mesti dilaksanakan ke atas anak-anak mereka. Ini bertujuan untuk mendisiplinkan kanak-kanak agar tidak terlalu dimanjakan. Pada pemndapat beliau lagi, kanak-kanak terlalu dimanjakan akan menjadikan mereka cepat marah, kurang berdikari, takut dan mudah kecewa. Manakala sistem persekolah bermula menurut beliau bermula dizama pra lagi iaitu semasa umur 3-6 tahun beliau menyaranka agar pada peringkat ini ia diperkenalkan dengan cara permainan dibawah pengawasan. Bermula dari umur 6-13 tahun, mereka mula diajar membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Pada usia 18 tahun merupakan peringkat penghujung tempoh pendidikan asas. Pada peringkat ini kesemua pelajar dikehendaki menumpukan secara eksklusif untuk tempoh dua hingga tiga tahun dengan latihan fizikal dan ketenteraan.

15

PERANAN GURU DAN KAEDAH PENGAJARAN Mengikut Plato, guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendidikan untuk membebaskan masyarakat dari kejahilan. Beliau menyarankan agar jawatan guru diwujudkan, pada zamannya tiada jawatan guru khas yang dibayar gaji oleh pemerintah, yang ada hanya adalah ahli falsafah. Namun begitu saranannya tidak diendahkan. Menurutnya semua manusia memilki keupayaan dan keinginan untuk belajar, maka tugas gurulah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran. Pada pendapatnya orang yang mempunyai ilmu pengetahuan hendaklah mengajar membantu serta mendidik mereka yang memerlukannya. Menurutnya lagi guru mesti pandai memainkan peranan semasa mendidik. Guru tidak boleh terlalu keras dalam mendisiplinkan kanak-kanak.Ini kerana dengan kekerasan yang keterlaluan membuatkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Pelajar juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya dibiarkan tanpa disiplin menjadikan mereka mudah marah dan tidak menghormati guru. Antara kaedah pembelajaran yang disarankan oleh Plato ialah kaedah permainan. Ini kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang tidak lepas dari bermain. Dengan kaedah ini akan dapat mempengaruhi minda pelajar untuk belajar. Selain itu Plato juga menekankan kaedah bercerita dalam pendidikan. Melalui kaedah ini akan membuatkan kanak-kanak memberi tumpuan kepada satu-satu ilmu ynag dipelajarinya.Walaupun demikian cerita yang disampaikan mestilah sesuai dengan peringkat umur dan golongan. Satu lagi kaedah yang dititik beratkan oleh plato ialah kaedah penyoalan dan perbincangan. Melalui kaedah ini, sesuatu hujah dibentangkan dan diikuti dengan perbincangan yang mendalam. Menurutnya, kaedah ini melibatakan dialog, perdebatan dan juga perbincangan di antara pelajar dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan guru, yang mempunyai pendapat yang berbeza. Melalui proses ini akan dapat mencetuskan minda individu untuk merangsangkan pemikiran yang kritis seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu untuk memimpin masyarakat.

16

PERBANDINGAN Sebagaimana yang telah dinyatakan, Al Farabi telah menggariskan bahawa tujuan utama pendidikan baginya adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup dengan gaya hidup yang sempurna dan mempunyai nilai moral yang tinggi berlandaskan Islam. Bagi mencapai tujuan ini, seseorang mestilah mempunyai sikap keberanian dan keterbukaan untuk menerima perubahan. Beliau menegaskan bahawa, pendidikan bertujuan untuk mempersiapkan manusia sebagai anggota yang bersiap sedia untuk terjun kedalam masyarakat. Iannya haruslah bermula semenjak dari kecil sehinggalah ke dewasa. Sekiranya pendidikannya sempurna maka ia akan melahirkan insan yang sempurna. Menurut beliau pendidikan semacam ini amat penting untuk membentuk jiwa manusia seterusnya dapat melahirkan manusia yang berjiwa kental, mempunyai kesempurnaan yang tinggi. Ilmu pengetahuan yang dimiliki beliau tidak terhad hanya kepada tiga bidang sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain seperti sains, perubatan, matematik dan muzik. Pendidkan asas beliau ialah agama dan linguistik. Berbanding dengan Plato yang berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurutnya pendidikan haruslah memainkan peranannya dalam melahirkan tiga golongan manusia iaitu Lehr, Nehr dan Wehr. Apabila seseorang itu telah tamat pengajiannya, maka tiga golongan manusia tadi akan memainkan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah Negara yang sejahtera, aman makmur dan masyhur

17

KESIMPULAN Kesimpulannya konsep pendidikan menurut Al-Farabi dan Plato merupakan perbicaraan dunia peradaban besar dunia iaitu peradaban islam yang bertunjangkan wahyu dan peradaban Barat hasil pencarian dan jumpaaan manusia sendiri berasaskan kekuatan daya akal fikiran. Walaupun terdapat banyak persamaan pemikiran falsafah berkaitan pendidikan kedua-dua tokoh ini, tetapi kedua-duanya menggunakan mekanisme yang berbeza-beza. Jika hendak disifatkan adanya keseragaman antara pemikiran dan metod Al-Farabi dengan pemikiran dan metod Plato terutama sekali mengenai pendidikan ini adalah agak sukar. Walaupun dilihat kedua-dua tujuan pendidikan adalah sama iaitu untuk melahirkan insan yang sempurna untuk kesejahteraan hidup dan seterusnya untuk membina Negara bangsa yang masyhur dan berjaya. Metodnya mungkin berbeza kerana al Farabi berlandaskan Islam. Persamaan ini mungkin berlaku kerana sumber rujukan dan panduan utama Al Farabi adalah daripada falsafah Plato dan Aristotle, beliau banyak mengambil pandangan dari kedua ahli falsafah ini, di sesuaikan dengan agama Islam. Dari segi kaedah dan metod pula Al Farabi menekan pada dua kaedah utamanya iaitu demontrasi dan juga memujuk. Manakala Plato pula lebih menekankan pada kaedah permainan, penyoalan dan juga perbincangan. Jika diperhatikan kedua dua tokoh ini telah menghujahkan pandangan masing-masing, kedua-duanya bertujuan untuk memberi pendidikan dan ilmu yang membezakannya adalah cara dan juga pelaksanaannya. Al Farabi telah mentakrifkan pendidikan sebagai mendisplin, melatih, membimbing, mengajar, mengasuh, menafsir, mengasuh dan juga sebagai irtiyad. Berkenaan dengan guru pula Al Farabi mengungkapkan guru bukanlah orang yang sembarangan, guru mestilah orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi dan tidak mementingkan akan harta dunia semata-mata. Seorang guru mestilah penuh dengan sifat qanaah dan sentiasa ingin mencari kebenaran. Seorang guru juga mestilah ikhlas dan secara sukarela untuk menyampaikan ilmu.

18

RUJUKAN

Drs. Sidi Gazalba.1974. Sistematienarka Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad Idris Zakaria. (1991). Teori Politik al-Farabi Dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nicolaus Drikayar. (2006) Karya Lengkap Driiyarkara, Esai-Esai Filsafat Pemikir Dalam Perjuangan Bangsa (Suntingan A.Sudiarja et.al), Jakarta: PT. Gramedia. Osman Bakar. (1992). Al-Farabi: Kehidupan, Hasil Karyanya dan peri penting tokoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pelajaran Malaysia. http://amazingfilsafat.blogspot.com/2007/04/filsafat-pendidikan-al-farabi.html http://id.shvoong.com/society-and-news/environment/2233778-kosep-dasar-pendidikanmenurut-al/#ixzz20KiRi8tU http://digitaleprints.um.edu.my/1745/4/BAB_1.pdf 7 julai 2012

19

You might also like