PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3

KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PERANAN GURU

1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.4 Kandungan

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS

PEMBIMBING

PEMUDAHCARA

MOTIVATOR

INISIATOR

2

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ? 1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

3

“Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Proaktif. ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. dan murid-murid). Oleh demikian. • Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. sederhana. guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong. mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah. • Positif. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR • Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran. ruang dinding dan lantai). ibu bapa. guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek. Intelektual. dan cekap mengajar. rakan sejawat. budaya dan subbudaya. meneroka sesuatu. guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti. boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Merujuk contoh tadi. anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut. Mencegah lebih 4 • • . Berunsurkan pengajaran. iaitu: Positif. lemah. dan sebagainya. 2009). • • • Peribadi. kebolehan memotivasi murid. Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan. berunsurkan pengajaran. Menurut Mc Ewan (2001). Choong 2009. Sebaliknya.bersemangat untuk mengajar. serasi dengan norma masyarakat. mentelaah. sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Selain itu. merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka. dan prihatin terhadap kebajikan murid. mengikut jantina yang sama. Pencegahan. anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid. tingkahlaku dan masa. terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Dengan kata lain. iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran. Proaktif dan Bersifat Pencegahan. iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid. dan intelektual. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya.

guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. motivasi dan personaliti seseorang (INTAN. bersifat kecindan. guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri. fasih. bersemangat. Dalam konteks guru-guru di negara ini. Perekabentuk kebolehan murid-murid. Untuk tujuan itu. jelas. berupaya menyesuaikan diri. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR baik daripada merawat. kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid. Berani menghadapi cabaran. persepsi. dan sebagainya. peka. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi. rasa rendah diri. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong. sifat keterbukaan terhadap maklum balas. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya. komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap. mudah didampingi. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan. Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi. (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran. berilmu. dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Untuk tujuan itu. dan melayan murid-murid sebagai individu. ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. berempati. Dengan kata lain. Untuk itu.1993). mempunyai kesedaran. mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. luwes. adil. 2009). terurus. bermotivasi. • Kualiti Peribadi. pemikiran reflektif. menegakkan prinsip dan keadilan sosial. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti 5 • • . Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. ceria. Penghayatan Dan Amalan Nilai. nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. bersikap positif. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. tegas. pemindahan pembelajaran. bersistematik. Dengan berpandukan pengalaman lalu. sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat.

juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Tonggak Dua Belas.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. Atas hakikat ini. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Keterampilan. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Dalam konteks pendidikan Islam. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya. fasilitator dan kaunselor. (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah 6 . 2. kewibawaan dan komitmen guru merancang. mengurus. Berdasarkan petikan di atas. Di samping itu. Bagi memudahkan penghayatan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR pengurusan murid. apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru. melaksana. menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. amalan dan penerapan nilainilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. rakan dan jurulatih. ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengurus Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: 7 .

Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini. saling membantu dan berkongsi fikiran. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama. pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. Dengan demikian. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi. maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Seterusnya. Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? 8 . sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. pandangan. Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. 9 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah • E-melkan dapatan. kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini. hujahan.

2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. 2. membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. 2. 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2. 2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.2. 2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.2.2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 1 0 .2 Hasil Pembelajaran 2. pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. penyimpanan dan rekod stok.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.

ask. cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2.4 KANDUNGAN Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah. http://images.com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: 1 1 .

meluaskan pengalaman Menarik minat dan perhatian. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.ask. Menjelaskan konsep. membina suasana belajar. melibatkan murid secara aktif Menggerakkan murid untuk berfikir.memudahkan pemahaman. menyediakan environment belajar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. A B http://images. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. merangsangkan pelbagai deria Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru Menjana idea. menjimatkan masa Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan 1 2 . menghilangkan kebosanan. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.com/pictures C Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.

relevan serta mudah difahami. i) Prosedur penyediaan bahan bantu. ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Menghasilkan bahan bantu. MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR. Persembahan menarik dan kemas. Kemasan ii) Penggunaan bahan bantu. 1 3 . Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.

disandarkan atau diedarkan. dilekatkan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung. Cuba lakukan latihan ini. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. Jenis pertama adalah alat dan 1 4 . Mengambil langkah-langkah keselamatan Mengambil kira bilangan yang mencukupi Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip. 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

almari raket.daun. bekas air. Peralatan lain: palet. Bincang bersama rakan anda. 1 5 . Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Contohnya : Bola.kacang.tiket.cawan. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat…….rumpu.kotak ubat gigi.beg.tiang.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan yang digunakan untuk penghasilan. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid.bakul sampah.cermin..botol.baju. kain lap.sikat. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.gula-gula. kertas surat khabar sebagai alas meja…….kerusi. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.meja.kek harijadi.penyapu.kotak tisu. kertas kartrij……..kasut.bata.bunga.rambutan.…. Bahan: warna air atau warna poster.roda.batu. jam.

carta.penyusunan grafik.papan flannel. (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas 1 6 .kad perkataan dank ad ayat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual.papan gulung.senarai.papan tulis.kad separuh bulatan. gambar rajah.kad huruf dan angka.kad sisipan.petikan rencana………….

ask. A http://images.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.com/pictures D Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 1 7 .com/pictures B C http://images.ask.

cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan. 1 8 . Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. 4. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka. Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. 2. berdasarkan gambar di atas. 3. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya.

com/fr?q=art+studio&desturi 1 9 . Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan. 7. http://images. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. 6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 5. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan 2 0 .com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR http://images.com/fr?q=art+studio&desturi Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok. Sebarang kerosakan. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan. Dengan demikian. ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan 2 1 . pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. alat seperti berus. Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat.

kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. 2 2 13/09/2009 13/09/2010 15/10/2010 Jumlah Item Catatan Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) 2 2 Bil.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Meja guru Bil. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus . 2. Umpamanya .

Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat 2 3 . langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. 2. Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) 200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010 Jumlah Item Catatan Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 1.

Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 1 Guru perlu membaca label bahan 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. 2 4 .

etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum. Cuba anda membuat analisis. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan. Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan 2 5 prosedur mengguna dan menyimpan alat penyimpanan dan rekod stok . prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Aktiviti 2. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan. 2 6 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara dan bahan Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik Rak-rak kayu Aktiviti 2.

Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3. etika dan tanggungjawab. inventori dan penyimpanan. anda seharusnya boleh memahami 2 7 .1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual. panduan keselamatan.

2 Hasil Pembelajaran 3.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur. 3.etika dan tanggungjawab. PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3.2. inventori dan penyimpanan.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Susun Atur Bilik PSV 3.4 Kandungan 2 8 . panduan keselamatan.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 9 .

menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual.ia merupakan persekitaran murid. mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik. tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan.penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.mewujudkan suasana bilik yang kondusif. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. 3 0 .guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.penyusun persekitaran kelas yang efisyen.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. mengurus pergerakan pelajar didalam kelas. pengorganisasi prosedur dan sumber.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Zon / Bengkel Mencanting Batik Alat Pemadam Kebakaran Sudut Pameran HasilKecemasan Sinki Peti Kerja Murid Kabinet Berpintu Peralatan PSV Dapur Gas Pintu 2 Meja 6 Meja 5 Sudut Buku Rujukan Tingkap Meja 4 Meja 3 Pusat Akses Meja 2 LCD Meja 1 Sudut ICT Pintu 1 Meja Gambar 2 : RajahGuru /bawah adalah contoh pelan bilik seni visual di Dekstop Stor Papan Putih Sudut Pameran skrin Hasil Kraf Tangan Papan Info 3 1 Tingkap .

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Ambil gambar-gambar berikut: 1. cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Berdasarkan pelan di atas.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan 3 2 . Selain hasil kerja pelajar. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1.3 Zon-zon kerja tertentu 1.

Oleh itu. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Justeru. 2001). zon kerja dan stor penyimpanan. guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar. papan bulletin. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. 3 3 . Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. pencahayaan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. bahan pameran khas. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.

guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar. keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 3 4 . Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Di samping itu.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3 5 .

5 Situasi Pada awal tahun. diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Ekoran itu. “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? 3. “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh. Hari ini. satu undian pun berlangsung. 3 6 . Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer. jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi.” Jali bentangkan idea kedua. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie.

dan latar belakang mereka. di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. Merangkumi maklumat mengenai guru dan muridmurid termasuk minat. kegemaran. Pertumbuhan dan perkembangan. Identifikasi simbolik. (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi. 3 7 . memerhati. Penyempurnaan tugas. pencapaian. buku kerja. kontek sosial. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. melayari internet atau alat multi-media yang lain. keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik. anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk. • Keselamatan dan perlindungan. puzzle. Namun. menguji dan menemui sesuatu yang baru. ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. Kontek Sosial. Oleh itu. Keseronokan. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka. Misalnya.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menurut Steele (1973). Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda. bahan manipulatif. sediakan buku-buku bacaan yang biasa. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. penyempurnaan tugas. • • • • • Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. identifikasi simbolik. kamus dan buku istilah. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. dan kebisingan yang keterlaluan. interaktif dan sebagainya. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk. mengkaji. aktiviti mengikut stesen atau litar.

3 8 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3. (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual. • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.

(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi. Jemaah Nazir 0 8 9 21 11 6 8 1 2 1 1 4 6 5 1 0 1 1 7 16 1 Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia. No. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV.92 1.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Rujuk jadual di bawah.1 1.9 * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan. Item Item 109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum Standard kualiti pendidikan Malaysia. • E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.66 1 25.55 4 24. buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Sekolah.1 Pur 0. 3 9 .74 2 11.35 0.5 1. (2004). Sekolah: Pernyataan standard.55 0 2.5 0.3 2 11.