P. 1
SEJARAH OLAHRAGA

SEJARAH OLAHRAGA

|Views: 18|Likes:
Published by Mzaki Abu Salsabila
Tidak ada fakta yang benar-benar tepat untuk kita mengetahui bilakah
aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling ( acara olahraga ) mula dipertandingkan oleh manusia. Namun demikian, adalah dipercayai bahawa ia mula dipertandingkan kira-kira 3000 tahun yang lampau. Ahli sejarah menyatakan ia bermula di Zaman Greece Kuno dan fakta ini dapat menyokong bahawa olahraga adalah antara acara sukan tertua di dunia.
Tidak ada fakta yang benar-benar tepat untuk kita mengetahui bilakah
aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling ( acara olahraga ) mula dipertandingkan oleh manusia. Namun demikian, adalah dipercayai bahawa ia mula dipertandingkan kira-kira 3000 tahun yang lampau. Ahli sejarah menyatakan ia bermula di Zaman Greece Kuno dan fakta ini dapat menyokong bahawa olahraga adalah antara acara sukan tertua di dunia.

More info:

Published by: Mzaki Abu Salsabila on Nov 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $0.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/14/2013

$0.99

USD

pdf

text

original

TAJUK 2 : OLAHRAGA 2.1 Pengenalan a.

Perkembangan olahraga semasa

Tidak ada fakta yang benar-benar tepat untuk kita mengetahui bilakah aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling ( acara olahraga ) mula dipertandingkan oleh manusia. Namun demikian, adalah dipercayai bahawa ia mula dipertandingkan kira-kira 3000 tahun yang lampau. Ahli sejarah menyatakan ia bermula di Zaman Greece Kuno dan fakta ini dapat menyokong bahawa olahraga adalah antara acara sukan tertua di dunia. Matlamat asal acara ini ialah untuk bidang seni bagi orang Greece. Greece sebagai pusat tamadun bagi manusia, telahpun menganjurkan Sukan Olimpik Kuno pada tahun 176 Sebelum Masihi. Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh oleh orang Sprata pada Sukan Olimpik 656M. Perkembangan Awal Dalam sukan Olimpik Kuno, olahraga adalah antara acara yang mendapat perhataian ramai. Ia diadakan setiap empat tahun sekali sehinggalah pada tahun 397SM, apabila sukan Olimpik Kuno ini telah diberhentikan oleh maharaja Rom, Theodosius. Di Englang, olahraga mula berkembang pada tahun 1812 apabila Royal Military Collage di Sandhurst mengadakan temasyanya, di mana 1850 kelab olahraga ditubuhkan di Oxford Universiti yang dikenali sebagai Exceter College Athletic Club. Di Amerika, perkembangannya bermula pada era 1860-an. Perkembangan ini juga meliputi Kanada. Pada tahun 1866, Kejohanan Kebangsaan Pertama di dunia dijalankan oleh Amature Athletic Club di England. Pada tahun 1876 pula, kejohanan bertaraf antarabangsa yang pertama di dunia dijalankan antara England dengan Ireland. Sejarah perkembangan olahraga menunjukkan sambutan yang baik di Amerika Syarikat. Menjelang abad ke – 20, ramai atlit Amerika mengungguli acara olahraga. Sebahagian besar rekod dipegang oleh mereka walaupun tidak diiktiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehinggalah pada tahun 1913. Sukan Olimpik juga mengetengahkan atlit-atlit dari negara Eropah yang lain terutama dalam acara lari pecut. Selain itu, atlit dari negara lain seperti Australia dan New Zealand juga turut memberi saingan dalam kejohanan ini.

1

Sebagai contoh. Namun begitu. Pelompat melompat dari ‘threshold’ ( tempat lonjakan ) dan mendarat di ‘skamma’ ( tempat mendarat ).9 hingga 4. Pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan ‘halteres’ pada kedua-dua belah tangan.94 saat bagi kategori wanita. Pada masa ini. di antaranya ialah Gaya Timur iaitu sebelum tahun 1940-an. Acara ini dipelajari dari Sukan Ketenteraan British. Perkembangan Semasa Perkembangan semasa dalam bidang sains telah mendorong atlit dalam acara olahraga lebih menonjol pencapaian mereka dalam menghasilkan keputusan yang lebih baik. mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting pada tahun-tahun iaitu abad ke-19 dan abad ke-20. Terdapat pelbagai gaya yang digunakan. Dalam abad ke-19. Acara ini akhirnya dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896.Howard telah melompat sejauh 9. Gaya Guling Barat tahun 1950-an dan Gaya Pelana yang menjadi dominan sehinggalah Sukan Olimpik 1968 di Mexico di mana Dick Fosbury atlit Amerika Syarikat telah menggunakan gaya baru iaitu ‘Fosbury Flop’ untuk membuat lompatan. peserta dari negara Asia agak kurang menyerlah dalam acara ini. 2 . Manakala bagi acara lontar peluru dikatakan berasal daripada Scotland dan Ireland kerana di sana acara melontar batu sangat digemari. atlit lompat tinggi mula melompat mula melompat dan mendarat di atas tanah berumput. Acara lompat kijang juga dikatakan telah dipertandingkan dalam zaman Sukan Olimpik Purba. J. Teknik latihan yang sistematik dan pemakanan yang baik banyak membantu atlit dalam memperbaiki hasil catatan mereka. muncul pula peserta dari negara Afrika memberikan saingan untuk acara lari pecut ini.02m sebenarnya mendapat 2. Donovan Bailey telah mencatat masa 9. Bagi acara lompatan pula seperti lompat tinggi dan lompat jauh. Untuk menjaga keselamatan.5kg dikatakan dapat membantu memberi kesan lompatan yang lebih baik. ia berasal dari sukan zaman purba di Greece dalam bentuk lompat jauh berdiri. Buktinya pada tahun 1854. Bagi acara lompat jauh pula. acara lompat jauh lebih dikenali sebagai lompat jauh berlari. teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan dan pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan.Selepas tahun 1960-an. Berat tersebut di antara 0.4m hasil daripada beban yang digunakan.84 saat untuk mencatat rekod dunia pada tahun 1996 bagi acara 100m dan Florence Griffith Joyner pula mencatat 10.

Dewasa ini. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. perkembangan yang wujud dalam pelbagai acara olahraga. nama seperti Joao de Oliveira dari Brazil merupakan pelompat terhandal yang berjaya mencatat lompatan sejauh 17. Acara olahraga secara amnya dapat dibagaikan kepada tiga kategori seperti berikut : KATEGORI Acara Trek Jarak dekat ( pecut ) Jarak sederhana Jarak jauh ACARA 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 3000 meter 5000 meter 10000 meter 3 . Bob Beamon. jalan kaki dan larian merentas desa ( IAAF 1998-1999: 41 ). pada tahun 1935 telah mencatat rekod dunia dan rekod ini kekal selama 25 tahun. Begitulah serba ringkas. melepasi jarak 8. Nama seperti Jesse Owens yang telah melompat sejauh 8.89 m di Bandaraya Mexico pada 1975.Mann dari Amerika Syarikat tahun 1876 dengan lontaran sejauh 30 kaki 11.90 m. b.5 inci. Jenis acara trek dan padang Olahraga meliputi acara trek dan padang. Pada tahun 1968 pula. Dunia. Di kalangan pelompat kijang. Bagi acara lontar peluru.13 m.Begitu juga bagi acara lompatan seperti lompat jauh dan lompat tinggi yang dikuasai oleh atlit Amerika Syarikat. ia juga menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia. Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden. rekod dunia pertama yang diakui oleh Persatuan Atlit Amatur Antarabangsa (IAAF) dilakukan oleh A. pertandingan ini bukan lagi wujud hanya dalam Kejohanan Olimpik. iaitu merupakan satu rekod yang masih belum dipecahkan sehingga kini. larian di jalan raya. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Selain itu. mahupun anjuran Kesatuan Olahraga sesuatu negara atau kawasan tertentu sahaja. Jadi. telah muncul banyak kejohanan yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang.

merejam lembing. 200 m Hari kedua : 3 acara dengan turutan berikut : Lompat jauh. 200 m. lompat jauh. lompat tinggi. lompat tinggi. merejam lembing. merejam lembing. 1500 m 10 acara Hari pertama : 5 acara dengan turutan berikut : 100 m. melontar peluru. 400 m Hari kedua : 5 acara dengan turutan berikut : 110 m lompat pagar. melempar cakera. melontar peluru. 1500 m Decathlon ( Lelaki ) 4 . melempar cakera. 800 m Balingan Acara Khusus Heptathlon ( Wanita sahaja ) Pentathlon ( Lelaki sahaja ) 5 acara Satu hari dengan turutan berikut : Lompat jauh.Lari berganti-ganti Lari berpagar Lari berhalangan Acara Padang Lompatan 4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 100 meter (wanita) 110 meter (lelaki) 400 meter (lelaki dan wanita) 3000 meter Lompat jauh Lompat kijang Lompat tinggi Lompat bergalah Merejam lembing Melempar cakera Melontar peluru Membaling tukul besi 7 acara Hari pertama : 4 acara dengan turutan berikut : 100 m lompat pagar. lompat bergalah.

lompat jauh. 1500 m Marathon Lumba Jalan Kaki Merentas Desa Jarak 42. Undang-Undang dan Peraturan Pakaian. panjang paku tidak melebihi 12mm. bersih dan dicorak serta dipakai tanpa menimbulkan sebarang bantahan. lompat bergalah. Kasut dan Nombor ( Peraturan KOAM / IAAF 139 ) Pakaian Atlet mesti perpakaian semasa bertanding. Dalam acara lompat bergalah atau lompat tinggi. Bahan pakaian tidak nipis dan tidak menampakkan badan apabila basah dan tidak boleh mengganggu keputusan hakim. Jika kasut berpaku digunakan. merejam lembing. Garis pusat paku mestilah tidak melebihi 4mm. panjang paku boleh sehingga 25mm. 400 m Hari kedua : 5 acara dengan turutan berikut : 100 m berpagar. Pada trek bukan sintetik. satu nombor sama ada di dada atau dibelakang adalah dibenarkan. 5 . melontar peluru. 11 paku sahaja dibenarkan pada tapak kasut dan panjang paku tidak melebihi 9mm. Nombor Setiap atlet mesti memakai dua nombor. lompat tinggi. 50km Bebas b.Decathlon (Wanita) ( Peraturan IAAF 280. 20km.195 m 5km. 10km. satu di dada dan satu di belakang. Bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing. Kasut Tidak wajib memakai kasut dan boleh berkaki ayam serta dibenarkan memakai sebelah kasut pada mana-mana kaki. melempar cakera.2002-2003 ) Hari pertama : 5 acara dengan turutan berikut : 100 m.

2 m di atas tiang yang panjangnya 0. ia memadai ditandakan dengan garisan 50 mm lebar. Jika garis tepi sebelah dalam tidak dibendulkan. lebih kurang 50 milimeter tinggi. Pertandingan trek dan padang di bawah peraturan 12. Rajah 1 Trek dan permulaan acara-acara olahraga Rajah 2 Trek dan lorong 6 .22 – 1. Trek dan Lorong ( Peraturan 161 ) Panjang trek mestilah tidak kurang daripada 400 meter. Bendera-bendera itu dicondongkan ke sebelah dalam bersudut 60 darjah dengan bumi. Jika di atas trek berumput bendera hendaklah dipacakkan pada setiap 5 meter.Stadium Olahraga ( Peraturan 137 ) Sebarang permukaan yang kukuh dan rata yang boleh tahan dengan pakupaku kasut lumba. Lebar setiap lorong ialah di antara 1.1 (a) dan pertandingan di bawah pengawasan KOAM / IAAF hanya boleh diadakan di permukaan trek yang dibuat mengikut piawaian yang disetujui oleh KOAM / IAAF.25 m x 0.32 meter lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain-lain benda yang sesuai. Bendera itu seharusnya berukuran 0. Trek mestilah tidak kurang daripada 7. minimum lebarnya 50 milimeter.45 m.25 meter dan ditandakan dengan garisan 5 cm lebar. boleh juga digunakan untuk kejohanan olahraga.

iv. iii. pelari pertama dan kedua berlari di dalam lorong dan pelari ketiga berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. Untuk pengambilan masa dengan tangan. . Ketua Penjaga Masa akan menentukan masa rasmi setiap peserta.Acara Trek Peraturan 121 Penjaga Masa i. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garisan penamat. Acara 4 x 400 m. ketiga dan keempat mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum zon pertukaran. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga Masa. Peraturan 160 i. Tiga orang penjaga masa rasmi diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Ditempatkan sekurang-kurangnya 5 m dari garis tepi sebelah luar trek dan berada di atas bangku bertingkat. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat Acara Lari Berganti-Ganti Peraturan 166 i. Pelari kedua. ii. 7 iii.11 s dibaca sebelum 10. pelari pertama berlari di dalam lorong dan pelari kedua berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama sahaja. vii. v. tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon pecutan atau pra-zon Setiap pelari dalam acara 4 x 100 m berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat hantaran baton. Untuk acara 4 x 200 m.25 s. ii. Contoh : 10. ii. masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Jika baton terjatuh boleh dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya dan boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak mengganggu pelari pihak lawan Dalam acara 4 x 100 m. Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan bertanding. Setiap penjaga masa bertindak sendirian. pelari pertama berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. vi.

ii. Acara Lompatan Lompat Jauh Peraturan 173 i. x. Lompat Tinggi Peraturan 171 i. Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan di mana pelompat boleh memilih untuk tidak melompat selepas gagal percubaan kedua atau ketiga dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya. Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gm. Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2 cm atau lebih Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja Kegagalan melompat apabila palang jatuh. ix. berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan. sebelum pelompat melepasi palang. Jika bilangan peserta 8 orang atau kurang. v. menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan Selepas mendarat. panjang 28-30 cm. 3 percubaan dibenarkan dahulu. 6 percubaan diberi. iii. . Pelari yang telah digantikkan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu.viii. iv. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat tiga lagi lompatan. semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh dan gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut Landas larian seharusnya tidak kurang 15 m. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut : Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak Melonjak di luar kawasan papan lonjak Semasa mendarat. Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari simpanan yang didaftarkan. iii. Dalam pertandingan yang melibatkan lebih dari 8 orang peserta. 8 ii. garis lilit 12 – 13 cm dan berwarna.

ii. iii. Lembing mesti dipegang dengan cara genggam Lembing mesti direjam melalui atas bahu Perejam tidak boleh membelakangkan tempat rejaman sehingga lembing direjam Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut : v. Peluru dilempar dari kedudukan pegun Lemparan dibuat dari dalam bulatan Pembatalan berlaku : jika pelempar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan jika pelempar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melempar jika lemparan dibuat melewati tempoh 1 minit . meyentuh kawasan di luar landasan lari termasuk garisan rejaman di luar sektor dan terkena pada garisan sektor keluar melalui bahagain hadapan landasan lari selepas lembing jatuh lembing tercacak belakang dahulu Lembing yang patah semasa rejaman dibuat atau lembing berada di udara. rejaman adalah sah Sarung tangan adalah tidak dibenarkan Lempar Cakera Peraturan 182 i. iii. ii. selepas rejam.Acara Balingan Rejam Lembing ( peraturan 186 ) i. iv. vi.

Kuala Lumpur. Sdn. Hanif Hanafi ( 1995 ). 4. Karisma Publications. Wee Eng Hoe ( 2002 ). Bhd. Petaling Jaya : Junjura Publications. Kuala Lumpur. Olahraga. 3. Manual Olahraga. . Panduan Pengajaran Olahraga Shah Alam.BIBLIOGRAFI 1. Ahmad Wafi ( 1996 ). Olahraga – Padang. Helen Tan ( 1997 ). Goodmark Enterprise. Pustaka Cita Tinggi. 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->