P. 1
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN GERKO

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN GERKO

|Views: 3,384|Likes:
Published by Mzaki Abu Salsabila
CONTOH LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN GERKO UTK AKTIVITI GERKO DI SEKOLAH YANG LENGKAP
CONTOH LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN GERKO UTK AKTIVITI GERKO DI SEKOLAH YANG LENGKAP

More info:

Published by: Mzaki Abu Salsabila on Nov 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

12/03/2013

$1.00

USD

pdf

text

original

Laporan Aktiviti Perkhemahan

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PATI LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2008

1.0 PENGENALAN Pada 15, 16 dan 17 Mei 2008 baru-baru ini, pihak sekolah SK Tanjung Pati telah mengadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari berturut-turut bagi semua unit iaitu Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Puteri Islam bertempat di padang SK Tanjung Pati, Dungun. Program ini telah melibatkan semua tenaga pengajar SK Tanjung Pati dan juga murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 sehingga Tahun 6). Program perkhemahan ini sebenarnya bermatlamat untuk melatih diri murid-murid membina personaliti dan sahsiah yang baik seterusnya menjadi seorang yang berakhlak terpuji dalam masyarakat. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan mendisiplinkan diri pelajar dalam menjalani kehidupan seharian. Disamping itu, melalui program ini diharapkan murid dapat memupuk nilai murni dan budaya yang baik seperti mengeratkan ukhwah dan kasih sayang terhadap masyarakat, guru-guru dan rakan-rakan dan sebagainya. Objektif utama program perkhemahan ini adalah untuk menyemai semangat saling tolong menolong di kalangan pelajar, mengatasi perasaan takut samada untuk berdepan dengan masyarakat umum, berada di tempat tinggi atau takut apabila berada di tempat gelap atau di dalam hutan dan sebagainya. Selain itu, ianya dapat memupuk murid-murid untuk mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu mengatasi sesuatu masalah dengan bijak dalam masa yang singkat ataupun dalam saat kecemasan dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk membolehkan murid dan juga peserta pogram yang lain menghayati dan menghargai keindahan alam semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhlukNya.

1

Sebagai contohnya pihak sekolah telah melantik Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kecil pertandingan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Perancangan aktiviti yang terperinci telah dibuat dan mesyuarat juga telah diadakan beberapa kali sebelum berlangsungnya perkhemahan . Jadi selepas mengikuti program ini diharapkan murid sedikit sebanyak mampu membuat perubahan dalam diri mereka agar menjadi murid yang lebih baik daripada yang sebelumnya kerana mereka adalah pelapis kepada generasi akan datang. Disamping itu. Tanpa perancangan yang teliti. Ini adalah untuk memastikan segala persiapan telah dibuat dengan teliti dengan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan keselamatan peserta program ini. sudah pasti sesuatu aktiviti atau program tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan matlamatnya juga tidak akan dapat dicapai dengan jayanya. program perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini telah dirancang dengan terperinci sebelum ianya dilaksanakan. surat kebenaran ibubapa juga turut diedarkan kepada peserta yang mahu menyertai perkhemahan tersebut 2 . Oleh yang demikian.Laporan Aktiviti Perkhemahan Tema bagi program perkhemahan pada kali ini ialah " Kokurikulum Memantapkan Jati Diri Membentuk Peribadi".

membuat persembahan dan mencari harta karun serta pertandingan khemah tercantik. 2. Syarat dan panduannya adalah seperti berikut : a) Pertandingan Kawad Kaki   Pertandingan ini dijalankan secara berpasukan.Laporan Aktiviti Perkhemahan 2. 3 . mutu suara. Memasak dan Menghantar Berita. Antara beberapa aktiviti yang dipertandingkan ialah Pertandingan ikatan dan Simpulan serta Pertolongan Cemas. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam mana-mana satu pertandingan yang dipertandingkan.  Pemarkahan adalah berdasarkan ketepatan.  Persamaan markah kawad ditentukan oleh markah uniform.  Asas pergerakan kawad ialah kawad statik dan dinamik (minimum 18 pergerakan yang berlainan).0 LAPORAN AKTIVITI Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dan menjadi agenda utama dalam program perkhemahan ini antaranya ialah aktiviti yang dipertandingkan dan aktiviti yang tidak dipertandingkan bagi memenuhi slot-slot yang telah dirancang dalam aturcara program.   Barpakaian seragam uniform lengkap.1 Aktiviti Pertandingan Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh peserta serta panduan bagi memudahkan hakim-hakim menilai dan mengambil markah untuk pertandingan tersebut. keseragaman dan uniform. Masa yang diperuntukkan tidak melebihi 15 hingga 20 minit. Seterusnya aktiviti lain juga turut diadakan seperti pertandingan merempuh halangan. Setiap pasukan yang bertanding perlu mempunyai 10 orang ahli. menghidupkan api. Pertandingan Kawad Kaki.

c) Pertandingan Menghantar Berita  Berita diberi kepada peserta pertama dalam bentuk tulisan.  Bagi setiap kecederaan. 4 .  Kegagalan melepasi halangan menyebabkan peserta berkenaan perlu mengulangi halangan yang berkenaan.  3 jenis balutan iaitu anduh kepala.  Pemarkahan berdasarkan ketepatan berita yang disampaikan.  Sebanyak 6 halangan yang disediakan. d) Pertandingan Merempuh Halangan  Setiap pasukan yang bertanding perlu mempunyai 8 orang ahli.  Peserta terakhir dikehendaki menulis berita yang diterima dalam bentuk tulisan. markah akan dipotong.  Setiap pasukan yang bertanding perlu mempunyai 6 orang ahli.  Peserta pertama dikehendaki menghantar berita kepada peserta seterusnya dalam bentuk lisan.Laporan Aktiviti Perkhemahan b) Pertandingan Pertolongan Cemas  Jenis pertandingan balutan anduh 6 orang ahli sepasukan. telapak tangan atau kaki dan sendi siku atau tangan.  Halangan dan cabaran disediakan.  Setiap pasukan perlu melalui semua halangan yang disediakan.

 Pemarkahan dibuat berdasarkan kepada keseimbangan dalam piramid makanan. g) Pertandingan Menghidupkan Api  Dijalankan secara 6 orang ahli sepasukan.  Peruntukan masa tidak lebih daripada 30 minit. kerjasama dan masa. kebersihan penyediaan dan sajian.  Setiap sekawan dikehendaki menyediakan menu yang sesuai untuk hidangan petang. buku sila. mutu makanan. simpul himpit dan tindih kasih. kreativiti.  Tempoh masa dan nyalaan diambil kira untuk menentukan pemenang. 5 .  Bahan rangsangan pembakaran TIDAK DIBENARKAN.  Setiap sepasukan dibekalkan 3 batang mancis sahaja.  Penggunaan dapur gas dibenarkan. bunga geti.Laporan Aktiviti Perkhemahan e) Pertandingan Ikatan dan Simpulan  Setiap pasukan yang bertanding perlu mempunyai 6 orang ahli.  Ikatan yang dipertandingkan mengikut urutan secara bersambungan dimulakan dengan simpulan manuk.  Semua peralatan dan bahan yang diperlukan disediakan oleh unit masing-masing.  Menu yang disediakan perlu sesuai dengan piramid makanan. f) Petandingan Memasak  Dijalankan secara 6 orang ahli sepasukan.  Pemarkahan berdasarkan kepantasan dan kerapian.

 Masa persembahan ialah di antara 4 sehingga 7 minit.  Persembahan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan menyinggung perasaan pihak lain.  Iringan muzik secara langsung atau rakaman adalah dibenarkan. 6 . tarian dan pentomin.  Bahan hiasan adalah melalui penggunaan bahan alam semulajadi sahaja.Laporan Aktiviti Perkhemahan h) Persembahan  Persembahan ialah nasyid. j) Khemah Tercantik  Markah dikira berdasarkan aspek kebersihan. i) Mencari harta Karun  Di jalankan secara berkumpulan.  Tidak melebihi 6 orang satu kumpulan.  Markah turut diambil kira berdasarkan kerjasama ahli khemah masingmasing. kekemasan dan keceriaan.  Perlu mencari barang tersembunyi mengikut klu yang diberikan  Perlu mengikut masa yang ditetapkan.

Ismail d) Pertandingan Masakan  Pn. Muhammad Farid Bin Osman  Pn. Maidatol Aslah Bt. Zabedah Bt. Md. Shaharin Bin.Laporan Aktiviti Perkhemahan 2. Abu Hanipah B. Maimun Bt. Ahmad B. Fauziah Bt. Tugas para guru adalah seperti yang dijelaskan dalam senarai ahli jawatankuasa aktiviti dan hakim bagi pertandinganpertandingan tersebut di bawah : a) Pertandingan Ikatan dan Simpulan  En. Mohd. NoorJihan Bt. Mohd Ali  Pn. Norizawati Bt. Mat  Pn. Ansury Bin Sapary  Pn.2 Senarai Tugas/Tanggungjawab Semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati telah terlibat di dalam program perkhemahan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Awang Abdul Aziz  Pn. Norlizai Bt. Hjh. Baba 7 . Abu Bakar  En. Omar  Pn. Ibrahim c) Pertandingan Kawad Kaki  En. Sulong  En. Che Kasim b) Pertandingan Pertolongan Cemas  En.

Bidin  Pn. Ismail  Cik. Omar  Cik. K’Tajah Bt. Abu Hanipah Bin Abu bakar  Pn. Jusoh g) Persembahan  Pn. Azahariah Bt. Rani  Pn. Fatimah Bt. Hjh. Awang Abdul Aziz  Cik. Norlizai Bt.Laporan Aktiviti Perkhemahan e) Pertandingan Menghantar Berita  En. Rosnah Bt. Rosliza Bt. Abdul Rahaman  Pn. Muliyani Bt. Amirudin 8 . Rohani Bt. Embong  Pn. Mohd Amin h) Pertandingan Merempuh Halangan  En. Jamilah Bt. Che Kasim  Cik Rosliza Bt. Maidatol Aslah Bt. Fatimah Bt. Abdul Rahaman  Pn. Muda i) Pertandingan Mencari Harta Karun  En. Abu Hanipah Bin Abu Bakar  Pn. Abdullah  Pn. Ramli f) Pertandingan Menghidupkan Api  Pn. Azahariah Bt. Ramli  Pn. Rani j)  Khemah Tercantik Pn. Suhaidi B. Siti Rosnani Bt. Saleha Bt. Mazidah Bt.

00. Manakala dari segi perbelanjaan bagi program ini pula. senaman pagi.00. Jumlah perbelanjaan untuk membeli hadiah ini adalah sebanyak RM 279.00. Abu Bakar  En. Pembelian 4 buah Plug Top adalah berharga RM 12. RM 45. Ini menjadikan jumlah sumber perolehan adalah sebanyak RM 810.00 serta sumbangan guru-guru sebanyak RM 260. sumber perolehan adalah daripada yuran penyertaan bagi ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebanyak RM 300.00.00.00 serta belanja pelbagai sebanyak RM 50. hamper RM 45.00. Sardin RM 44.00 bagi membeli hadiah untuk persembahan. Dari segi peruntukan kewangan. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi kerohanian selain cemerlang dari segi fizikal dan inteletual. masakan pula sebanyak RM 27. Mohd Ismail En.00. solat berjemaah dan juga aktiviti kembara malam. ayam RM 150. Perbelanjaan bagi pembelian bahan mentah adalah sebanyak RM 100.00. Md.00 dan pengeluaran wang bagi pembelian hadiah bagi pertandingan menghidupkan api adalah sebanyak RM27.00.Laporan Aktiviti Perkhemahan   Pn. ia telah melibatkan perbelanjaan untuk membeli hadiah bagi para pemenang iaitu hadiah bagi kawad kaki bernilai RM 45. karipap segera RM 35.00 serta hadiah bagi mencari harta karun sebanyak RM 27. 9 . bagi pertandingan ikatan dan simpulan ialah RM 27.00.00. pertolongan cemas sebanyak RM 27.00. Puteri Islam (PPIM) iaitu sebanyak RM 250. terdapat juga aktiviti-aktiviti bukan pertandingan seperti kuliah agama. menghantar berita pula melibatkan pengeluaran wang sebanyak RM 27. gotong royong.00 bagi pemenang pertandingan khemah tercantik. merempuh halangan sebanyak RM27.00.00.00.00. Ansury Bin Sapary Selain daripada pertandingan tersebut. Abu HanIpah B. Maggi RM 35.00. Turut dibeli Cable 2 Core (20 M) berharga RM 60. NoorJihan Bt.

namun program perkhemahan pada kali ini tetap berakhir dalam suasana yang menyeronokkan.Laporan Aktiviti Perkhemahan Jumlah besar perbelanjaan bagi program Perkhemahan Unit Beruniform SK Tanjung Pati pada kali ini adalah sebanyak RM 810. Walaupun keletihan jelas terpancar pada wajah setiap peserta. Setelah semua aktiviti dan pertandingan selesai dijalankan. Mazidah Bt. Jadi jka dilihat pada peruntukan kewangan bagi program ini. Selepas acara acara tersebut. Selepas menyampaikan sedikit ucapan Guru besar. Abu Bakar. Amiruddin kemudiannya menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang memenangi acara yang dipertandingkan dengan diiringi oleh Penolong Kanan kokurikulum En. Ianya bermula lebih kurang jam 11. Ini bermakna semua hasil perolehan telah digunakan sebaikya bagi melaksanakan program ini.00 pagi. 10 . Hjh. Pn.00. Majlis telah bersurai lebih kurang pada pukul 1.00 tengahari. upacara perasmian penutup telah dilaksanakan. pengisytiharan penutup Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Tanjung Pati 2008 telah menyusul. ia menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan dan perolehan adalah selaras dan seimbang. Abu Hanipah B.

samada oleh ibubapa. Walau bagaimanapun. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti sebegini secara tidak langsungnya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Sebagai 11 . Seterusnya apabila bakat telah ditonjolkan. Sekurangkurangnya bagi pelajar yang kurang menonjol dalam bidang akademik.0 REFLEKSI Secara keseluruhannya Program Perkhemaham Unit Beruniform pada kali ini dapat dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan. guru-guru dan sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan teliti masi lagi terdapat sedikit sebanyak kekurangan yang masih boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang. 3. Antara kelebihan yang telah saya kenalpasti sepanjang pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya program ini ialah : a) Melahirkan bakat istimewa dalam diri murid-murid. Sebagai contohnya ada murid yang boleh menyanyi dengan baik smasa aktiviti persembahan. Dengan adanya program sebegini. murid-murid dapat menonjolkan bakat semulajadi yang ada dalam diri mereka yang mungkin sebelum ini tidak disedari. murid-murid mungkin boleh diasuh dan dibimbing untuk ke peringkat yang lebih jauh dalam aktiviti yang diminati. pihak sekolah sudah agak berpuas hati dengan perjalanan program ini. b) Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid.Laporan Aktiviti Perkhemahan 3. mereka bolah mengambil peluang ini untuk meningkatkan potensi diri pada masa akan datang dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti ini.1 Kelebihan Pelaksanaan Program Perkhemahan 2008 .

dipupuk dari semasa ke semasa. berdisiplin dan sebagainya juga dapat Program seperti ini juga mampu melahirkan murid-murid yang bukan hanya cerdas tetapi juga cergas. tolong-menolong. mental. c) Melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas. Ini bertepatan dengan hasrat pendidikan dewasa ini yang sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang samada dari segala aspek termasuklah fizikal. d) Memupuk semangat berkumpulan dan setiakawan yang tinggi. Dengan mendedahkan murid-murid dengan pelbagai acara dalan program perkhemahan sebegini sedikit sebanyak dapat membuka mata mereka tentang pelbagai aktiviti seharian seperti memasak dan seterusnya dapat juga memupuk semangat setiakawan di antara ahli.Laporan Aktiviti Perkhemahan contohnya sikap bekerjasama dan dapat diwujudkan antara sesama Begitu juga dengan murid. 12 . e) Penglibatan semua guru dan murid Dengan bilangan guru yang tidak terlalu ramai. maka secara langsung guru-guru terlibat dengan program ini. emosi dan juga rohani. Semua guru bertanggungjawab mengawasi dan menjaga kesemua murid-murid sepanjang program berlangsung. Murid-murid juga dilihat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak. murid dengan guru-guru dan sebagainya. sikap toleransi. Oleh kerana itulah kebanyakan aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan sebagaimana yang dirancangkan.

2 Kelemahan Pelaksanaan Program Perkhemahan. program ini hanya dapat dilaksanakan selaras dengan peruntukan Mungkin jika ada peruntukan kewangan yang lebih. c) Kekurangan Guru Bertugas Semasa Perkhemahan Oleh itu. pendedahan adan amali dalam aktiviti ini. b) Pendedahan Murid Terhadap Sesuatu Kemahiran Semasa berlangsungnya program ini terutamanya semasa pertandingan Ikatan dan Simpulan. Oleh itu. namun mereka belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Antaranya ialah : a) Peruntukan kewangan yang terhad. Oleh kerana SK Tanjung Pati hanya mempunyai lebih kurang 300 murid. Walaupun perkhemahan pada kali ini boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. maka kutipan yang diperolehi juga Tambahan pula pihak sekolah hanya Oleh sebab itulah mengenakan yuran yang kecil memandangkan latarbelakang ibubapa murid yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendedahan telah diberikan kepada mereka. kewangan yang ada sahaja. program ini dapat dijalankan dengan lebih menarik lagi seperti mengadakan perkhemahan di luar kawasan sekolah dan sebagainya.Laporan Aktiviti Perkhemahan 3. guru-guru pemimpin boleh mengambil langkah untuk memberi lebih banyak 13 . Sumber kewangan yang terhad merupakan salah satu kekangan yang membataskan pelaksanaan sesuatu aktiviti di sekolah. saya mendapati bahawa masih ramai lagi muridmurid yang agak kuarang mahir dalam membuat ikatan dan simpulan. pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan supaya yuran dikutip daripada setiap peserta. tidaklah sebanyak mana. namun masih terdapat sedikit sebanyak kekurangan yang masih boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang.

Selain daripada itu. menghadiri kursus/seminar dan sebagainya. pihak sekolah atau AJK yang terlibat juga sebolehnya cuba menyediakan aktiviti yang boleh 14 . sememangnya semua guru terlibat dalam menjayakan prgram perkhemahan ini. maka bolehlah cuba dilaksanakan mengikut kemampuan. Dengan ini program sebegini dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun. 3. Pihak sekolah perlu post mortem menilai semula atau dengan kata lain membuat pelaksanaan program perkhemahan yang telah berlangsung. Sekiranya perlu dibuat perubahan atau penambahbaikan. Ini penting bagi memastikan setiap program atau aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kewangan merupakan faktor utama samada sesuatu aktiviti itu dapat dilaksanakan atau tidak. pihak yang terbabit dengan kewangan juga boleh mengambil inisiatif untuk dalam mencari sumber kewangan seperti mendapatkan penaja daripada badan-badan luar bagi menampung dana yang sedia ada.3 Cadangan Penambahbaikan Setiap kekurangan dan masalah yang timbul dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dapat diatasi sekiranya ada usaha lanjut yang dibuat ke arah memperbaikinya pada masa akan datang. dengan penambahan Pihak sekolah perlu sentiasa peka atau pengurangan serta kesediaan guru untuk bertugas supaya tidak berlakunya kecelaruan dalam melaksanakan sebarang aktiviti sebegini.Laporan Aktiviti Perkhemahan Mengikut perancangan. Dari segi acara yang disediakan juga. Saya perhatikan antara perubahan yang boleh dibuat ialah daripada segi penyusunan jadual tugasan guruguru agar lebih jelas dan teratur. ada juga guru yang tidak dapat menyertai program ini disebabkan oleh masalahmasalah tertentu yang idak dapat dielakkan seperti masalah peribadi.

. mampu dan wajar dilakukan. Jika ini dapat dilakukan.... para ibubapa dan sebagainya bagi menjayakan perkhemahan pada kali ini. Walau bagaimanapun........ Diharapkan agar SK Tanjung Pati dapat menganjurkan lebih banyak aktivitiaktiviti sebegini pada masa akan datang dan dapat juga membuat penambahbaikan yang mana perlu...... Perancangan yang rapi dan pengelolaan aktiviti yang sistematik dan tersusun juga membantu melancarkan lagi perjalanan program ini... program sebegini seharusnya diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang...0 PENUTUP Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SK Tanjung Pati kerana telah berjaya menganjurkan satu program perkhemahan peringkat sekolah.... 4... 23000 Dungun.. . (ROSLIZA BINTI RANI) Naib Setiausaha. guru-guru.. Oleh itu secara keseluruhannya. 15 20 MEI 2008 . insyaallah majlis yang diadakan akan lebih meriah dan bermakna dan seterusnya meningkatkan lagi hubungan baik antara kedua-dua pihak.. Unit Beruniform di Kejayaan ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuklah murid-murid..... SK Tanjung Pati.. Program Perkhemahan Unit Beruniform. Disediakan Oleh.. objektif kejohanan pada kali ini dapat dicapai walaupun tmasih ada sedikit sebanyak kekerangan.. Terengganu.......Laporan Aktiviti Perkhemahan melibatkan interaksi semua peserta perkhemahan samada murid mahupun guru-guru.

Laporan Aktiviti Perkhemahan 16 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->