P. 1
LESTARI JAWI

LESTARI JAWI

|Views: 101|Likes:
Published by Mzaki Abu Salsabila
CONTOH KERJA KURSUS UTK PROGARAM BERKAITAN LESTARI JAWI YANG TELAH SIAP (BOLEH DIPERBAIKI MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING).
CONTOH KERJA KURSUS UTK PROGARAM BERKAITAN LESTARI JAWI YANG TELAH SIAP (BOLEH DIPERBAIKI MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING).

More info:

Published by: Mzaki Abu Salsabila on Nov 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/07/2015

$1.00

USD

pdf

text

original

PENGHARGAAN ‫بسن هللا الرحمن الرحين‬ ‫السالم عليكن ورحمة هللا وبركاته‬ Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah

S.W.T dengan limpah kurnia Nya dapat saya menyempurnakan salah satu tugasan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato‟ Razali Ismail (KDRI) melalui tajuk ‟Pertandingan lestari Jawi. Tujuan tugasan ini adalah untuk memenuhi syarat Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) melalui program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Berdasarkan pembacaan saya, tulisan Jawi merupakan suatu instrument yang sangat penting suatu masa dahulu, kerana ia merupakan alat serta penghubung utama kepada sumber-sumber pengetahuan memandang zaman dahulu kebanyakan kitab-kitab ilmu ditulis dalam tulisan Jawi. Bukan itu sahaja, tulisan Jawi juga merupakan tulisan pengantar utama dan digunakan secara meluas pada masa dahulu samada oleh orang Islam mahupun bukan Islam,termasuk kalangan penjajah untuk berhubung sesama mereka. Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat melatih dan mendidik murid-murid agar mencintai tulisan Jawi. Melalui kaedah ini juga diharapkan dapat menanamkan sifat menghargai serta mengenang tulisan nenek moyang kita agar ia kekal sepanjang zaman. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail (IPGM - KDRI), Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), semua pensyarah di IPGM – KDRI terutamanya pensyarah dari jabatan JAPIM yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sepanjang berada di IPG berkenaan terutama Ustaz Sabawi Bin Awang kerana membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini.. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada Ustazah Nurul Huda dan Ustazah Tuan Rohaizam Tuan Mahmood selaku Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Serdang, Dungun kerana telah banyak membantu dari segi moral dan material. Tidak ketinggalan juga kepada keluarga, sahabat-sahabat program KPLI j-QAF ambilan Januari 2011 dari IPGMKDRI dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak ada lagi kata yang dapat saya ungkapkan, selain ucapan semoga Allah S.W.T memberi kebahagiaan kepada mereka semua kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Amin, Amin Ya Rabbal „Aalamiin. Sk Serdang, Dungun , 25 Mei 2011 MOHD ZAKI BIN HASSAN
1

ISI KANDUNGAN

PERKARA
PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN PRAKATA KAEDAH SUMBANGSARAN KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IQRA’ SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA PENGGUNAAN TULISAN JAWI KERTAS KERJA LESTARI JAWI PELAN OPERASI “PERTANDINGAN LESTARI JAWI” LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN LESTARI JAWI

MUKA SURAT
1 2 3 5

6 8 9 10 14 15 16 22 23 24 25

DOKUMENTARI BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM LESTARI JAWI LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM LESTARI JAWI REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

2

kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. psikomotor dan afektif berjaya diterapkan ke dalam diri pelajar. seseorang guru itu tidak dapat tidak mestilah terlebih dahulu mempersiapkan diri dan membuat perancangan yang teliti sebelum menyampaikan sesuatu pelajaran. pemahaman. ibadat.w.a. akhlak Islamiyyah. termasuklah pendidikan akal. akidah. Ia merupakan suatu rancangan yang disediakan oleh guru sebagai 3 . serta berperanan dalam banyak perkara.w. Khurshid Ahmad menyatakan bahawa ia adalah satu pelajaran atau pendidikan bagi kognitif. setiap guru perlu menyediakan rancangan kerja untuk tempoh mengajar selama setahun. pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. dan hafazan ayat al–Quran.a. Pada permulaan tahun. sirah. menentukan tahap keilmuan yang dimiliki. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. tokoh dan tamadun Islam. Jika dilihat kepada maksud pendidikan menurut perspektif Islam. mengendalikan set induksi. perlu dijadikan asas dan rujukan. Guru yang berpengalaman mahupun yang tidak berpengalaman tetap perlu membuat perancangan. rohani. Perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. jasmani. fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. hati. Di sinilah sesuatu Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan. Walau bagaimanapun. Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s. Ini kerana Baginda s. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM).PRAKATA Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Keadaan ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan baik dan berkesan serta ketiga-tiga aspek kognitif. akhlak dan perilaku Oleh yang demikian. Al-Qaradhawi pula menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam ialah pendidikan yang menumpukan kepada segala aspek kehidupan manusia. Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini.

Justeru. v. penyediaan Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan. Membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam bilik darjah yang berlainan membuat penyelarasan dengan tujuan mengadakan ujian yang sama.panduan bagi pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. 4 . Pengajaran dapat dipermudahkan kerana bahan dan alat bantu mengajar telah pun dirancang. iv. bertujuan mencapai pembelajaran yang maksimum. Penyampaian topik-topik yang telah lepas dan yang akan datang boleh disemak dengan adanya rancangan kerja. ii. jelaslah bagi kita bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting kerana: i. iii. Merupakan suatu panduan kepada guru dalam mengajar topik-topik yang akan disampaikan. Hal ini adalah kerana kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap penerimaan pelajaran yang diajar dalam kalangan pelajar. Rancangan ini mengandungi topik-topik pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan. vi. Di sini. Pemesongan topik dan objektif pembelajaran dapat dielakkan. Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Membolehkan guru pengganti mengambil alih tugas dengan mudah. Susunan topik-topik pelajaran adalah teratur dan mengikut prinsip pengajaran yang sebenar. vii.

Seorang pencatat akan menyenaraikan kesemua idea. helaian lutsinar dan sebagainya untuk dilihat oleh semua ahli Kaedah ini sangat praktikal dilaksanakan dalam kelas pemulihan j-QAF kerana bilangan ahli kumpulanya yang dianggotai sekitar 10 orang. penilaian kritis tidak dibenarkan. semua idea diterima walaupun nampak pelik. س‬dan murid diberi kebebasan untuk murid melakukan apa sahaja dalam menyampaikan kefahaman mereka berkait apa yang mereka lihat dan tahu. Beri peluang untuk berfikir secara senyap dan boleh juga idea dinyatakan di atas kertas. ia merupakan satu teknik pemikiran kreatif yang melibatkan ahli-ahli kumpulan memikirkan tentang sesuatu masalah atau topik dan seterusnya mengemukakan idea-idea mereka tentangnya. Iaitu. Secara ringkasnya. 5 . Untuk mendapat idea baru sebanyak mungkin dalam sesuatu perkara. Melalui kaedah ini. papan hitam/putih. b) nyatakan masalah kepada kumpulan. malah ahli dibenarkan menggunakan idea orang lain untuk menghasilkan idea yang lebih baik. melalui kaedah ini kita sebagai guru memberikan ruang dan peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk memahami suatu topic atau tajuk. bilangan idea yang banyak diperlukan kerana lebih banyak idea yang dikemukakan. ahli kumpulan diminta mengemukakan idea yang dicatat oleh pencatat atas kertas. kertas mahjong. lebih banyak peluang untuk memperoleh idea yang baik. Antara tujuan atau faedah yang murid dapat perolehi melalui kaedah ini ialah ia dapat : a) Menggalakkan murid menggunakan pemikiran imaginatif secara kreatif dalam memahami suatu skop pendidikan.KAEDAH SUMBANGSARAN Sumbangsaran ialah satu teknik yang dikenali juga sebagai teknik percambahan fikiran (Brainstorming) yang dijalankan dalam bentuk perbincangan yang membolehkan sesuatu kumpulan mengadakan pemikiran secara berkelompok. guru akan memberikan kad perkataan yang mengandungi hurufhuruf tertentu seperti huruf ‫ . guru memainkan peranan yang penting dengan menerangkan makna sumbangsaran dan peraturan yang perlu sebelum memulakan teknik ini: a) pada bahagian awal semasa percambahan idea. Sebagai contoh. Proses pengajran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika ada perancangan teliti dan kemahiran memimpin dari guru. Kemudian.

Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara Talaqqi Musyafahah kepada pelajar semasa proses pengajaran. Contohnya membaca alQuran diajar dengan kaedah latih tubi ini. Kemudian pelajar dikehendaki menyebutnya semula bacaan yang dibacakankan oleh guru. 2) Kaedah Tikrar (Latih Tubi) Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang perkataan / ayat dan meminta murid menyebutnya semula serta menulis perkataan / ayat tersebut.KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IQRA‟.Menguasai Iqra‟ 4 ke atas. guru juga boleh memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah sebagai pengukuhan atau sekiranya pelajar tersebut massih belum mampu menguasai kaedah tersebut. 6 . Manakala latih tubi secara Talaqqi Musyafahah pula adalah guru akan memberi membaca terus kepada semua pelajar di dalam kelas. c) POSITIF PENGUASAAN AL-QURAN – Masih berada (belum menguasai) buku Iqra‟ 3 dan kebawah. Di akhir pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran bentuk-bentuk huruf atau perkataan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar.Lancar membaca Al-Quran b) SEDERHANA . Antara kaedah yang boleh digunakankan untuk mengajar ialah:- 1) MURID DIBAHAGIKAN MENGIKUT KUMPULAN a) CEMERLANG . Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor. televisyen. Buku Teks 7. Kad Manila 5. Kertas Mahjong 9. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu. video. Buku Rujukan 8.3) Rakan Pembimbing / Pelajar Turus Contohnya guru memilih seorang pada pengetahuannya murid tersebut sangat ke depan berbanding murid-murid lain. Komputer 6. Tayangan slide 4.. Lalu meminta murid tersebut membacakan apa yang telah disediakan oleh guru manakala murid lain mengulang bacaan murid tersebut. atau alatan multimedia yang lain. 7 . Tanpa alat-alat ini ia mungkin akan mengurangkan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Kertas A4 Tujuan penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Tayangan Video 2. ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN Antara alat bantu mengajar yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:1. MP4 3.

3 Omar Awang. Skrip Arab pula tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabangan Semitik Utara yang menurunkan keluarga kecil Aramik dan seterusnya kepada Nabataen dan kepada Skrip Arab.SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI MALAYSIA Tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan Agama Islam. Mengikut Omar Awang. kitab Jawi. Oleh itu. perkataan Jawi dalam Bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jawi yang berbeza dengan beras pulut. dengan maksud “(tulisan) yang berkait dengan Pulau Jawa”. dating dari Jawi. Begitu juga kalau dikatakan jawi "‫ " جاوي‬ialah perkataan Arab dari kelas kata adjektif terbitan kata nama Jawa. ulama‟ Jawi. Oleh itu. namun berdasarkan petikan beliau dalam kamus R. hlm. Universiti Malaya hlm. Bukti pertama yang jelas menunjukkan perkara tersebut menurut pengkaji ialah penggunaanskrip Arab untuk mengeja teks berbahasa Melayu ialah sebagaimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang masyhur itu sendiri iaitu yang bertarikh 702 Hijrah/1303 Masihi. 1985.1 Mengikut pendapat kebanyakan pengkaji. 1 2 Hashim Haji Musa. Wilkilson2.. hlm. Tulisan Melayu Huruf Arab itu disebut sebagai tulisan Jawi di Malaya kerana ia mengambil nama bersempena makna perkataan jawi itu sendiri dalam rangkai kata seperti Tanah Jawi.J. orang Jawi.J. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. tidak diketahui siapakah yang bertanggung jawab memberikan nama Jawi kepada skrip penulisan ini. Islamika 111. Skrip Arab yang diadaptasikan oleh Bahsa Melayu untuk pengejaannya seprti yang kita maklum terkenal dengan nama Skrip Jawi. tentu juga tidak logic kerana tulisan jawi sudah wujud dan digunakan di Sumatera dan tanah Semenanjung sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada 883 Hijrah/1468 masihi. dari mana tulisan jawi mendapat nama? Menurut Pendeta Za‟aba. Jabatan Pengajian Islam. 492. turun ke Jawi. masuk Jawi dan sebagainya. dan juga dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau3 Jelas sekali nama jawi demikian tidak ada kaitan dengan tulisan. 1959. skrip Arab mulai diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja Bahasa Melayu sesudah abad ke-7 Hijrah/ ke-13 Masihi. tulisan dan huruf Arab yang digunakan sebagai alat bagi “ bahasa Jawi” disebut tulisan Jawi. 1999. The Terengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation of The Alphabet dlm. 8 . istilah Jawi adalah nama bagi seluruh bangsa di Kepulauan Melayu dan bahasa yang digunakan disebut “ bahasa Jawi”. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1 Wilkilson R. 189. Kuala Lumpur. Secara kesimpulannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. f) Kitab dan buku. c) Batu nisan. Pada prasasti ini terukir peraturan-peraturan dan hokumhukum terhadap sesuatu pelanggaran undang-undang yang telah ditetapkan di negeri itu. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain. Manuskrip Melayu yang tertua yang dapat dikesan hingga ke saat ini ialah kitab Aqa’id Al-Nasafi yang bertarikh 998 Hijrah. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat. batu nisan dan seumpamyanya 4. hulu Terengganu bertarikh pada tahun 702 Hijrah bersamaan 303 Masihi. Begitu juga antara raja Melayu dengan wakil-wakil raja asing atau pembesar asing yang ada atau dating ke negeri Melayu. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan Jawi seperti nama sultan Muzaffar syah. 1996. Jenis ini yang paling banyak terdapat samda dalam bentuk manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu. 9 . b) Baru hidup. Negeri Sembilan. e) Surat kiriman antara raja. dinding dalam masjid. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk perkara yang berikut : a) Prasasti atau Batu Bersurat. d) Mata wang. Prasasti ini merupakan prasasti bertulisan Jawi tertua yang pernah ditemui setakat ini. iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab. 4 Amat Juhari Moain. Kuala Lumpur. Perkataan ‫(هللا‬Allah) cukup jelas dipahat pada batu itu. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan. Terdapat di berbagai-bagai tempat di Asia Tenggara terutama di tempat di mana bekas berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam. 20. hlm. terutama wang emas dan perak.PENGGUNAAN TULISAN JAWI Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Dalam buku karangan William Marsden yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malayan Language banyak terdapat contoh surat seumpama ini. Mansur Syah dan lain-lain. Ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas. Kuala Berang.

Berhad. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Bustan Arifin (Melaka 1236 Hijrah/ 1821 Masihi). Petaling Jaya. Contohnya seperti tulisan pada teks cirri yang dibacakan ketika melantik seseorang menjadi pembesar sebagaimana yang dilakukan di Negara Brunei Darussalam. hlm. Fajar Bakti Sdn. Jawi Peranakan (Singapura1876) dan Al-Imam (Singapura 1906). Abdul Ghani. 1988. i) Surat khabar atau majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri (Colombo 1969). Surat-surat perjanjian mengenai hubungan antara raja atau antara Negara.M. 5 Muhani Hj. 10 . perjanjian perdagangan. dan lain-lain.4. Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 juga mempunyai teks dalam tulisan Jawi yang ditandatangani oleh Almarhum Y.g) Surat-surat perjanjian antara raja dan Negara di Alam Melayu.T. perjanjian penggunaan pelabuhan. Teman Pelajar Jawi. Daripada senarai keterangan dan bukti yang dipaparkan ini jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi menduduki tempat kukuh dan teguh serta mengambil peranan yang penting dalam membangunkan dan mendukung kebudayaan Melayu yang tinggi dan unggul serta berteraskan Islam. j) Piagam atau teks pemasyhuran. h) Catatan-catatan 5pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan.

4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. bukan membebankan. Selain itu.3 Untuk meningkatkan kecintaan murid terhadap pelajaran Jawi dan tulisannya. pelajaran Jawi merupakan salah satu objektif dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam yang menyasarkan murid dapat membaca dan menulis Jawi serta menjadikan Jawi sebagai warisan budaya bangsa. 16 Jun 2011 Kertas Kerja Lestari Jawi PERTANDINGAN TULISAN JAWI CANTIK 1. 2.diharap akan dapat membantu pelajar meningkatkan mutu kaedah penulisan Jawi yang lebih kemas dan betul selain meningkatkan kemahiran mereka menguasai tulisan Jawi dengan mudah.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menanam dalam minda murid bahawa tulisan Jawi merupakan pelajaran yang menyeronokkan.0 MATLAMAT Tujuan Pertandingan Tulisan Cantik Jawi ini dijalankan adalah untuk: 2 . 11 . Tulisan Jawi perlu dikembangkan seiring dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan pelajaran Jawi antara komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 3.Panitia Pendidikan Islam SK Serdang Dungun 23000 Dungun Terengganu (No. 2. Hasil daripada program yang diadakan ini.0 PENDAHULUAN Pelajaran Jawi adalah sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan Islam.1 Melatih murid agar lebih berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri terhadap pelajaran Jawi. 3.2 Memupuk minat murid terhadap tulisan Jawi serta kesungguhan untuk menguasai tulisan tersebut. 3.0 OBJEKTIF 3.Tel. Fax : 09 8422632) Khamis. 09 8422630 No.1 Melahirkan murid yang cintakan tulisan Jawi 2.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea dalam menghasilkan kerja tulis Jawi yang kreatif dan Cantik. 3. Selain mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia agar generasi masa depan dapat menguasai tulisan Jawi dan ilmu Pendidikan Islam dengan baik.

6.00 x 6 (Tempat Ketiga) 2. Photostat RM0. Perbelanjaan Kuantiti Harga Jumlah 3. Wang Panitia Pendidikan Islam.00 Berikut merupakan wang perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: Bil.4.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA Jawatan kuasa Induk dan AJK Pelaksana *Penasihat : Guru Besar (Pn. Mustaffa) 12 . Razulddin b. Hjh Mazidah bt. JUMLAH RM 36. Sekolah Kebangsaan Serdang Dungun.1 RM 03.00 (guna mesin fotostat sekolah) Jumlah Keseluruhan RM 36.2.0 SUMBER KEWANGAN Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini: Bil.45 Pagi – 01. Pendapatan Jumlah 1.00 8. Amiruddin) *Pengerusi : Penolong Kanan (En.3 RM 01.1 Pertandingan Tulisan Cantik 7.5 dan 6.2 RM 02. Wahab b.3.0 KUMPULAN SASARAN Program ini melibatkan semua murid Tahun 1. Hadiah Pertandingan 1.0 BUTIRAN PROGRAM Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut : Tarikh :16 Jun 2011 Hari : Khamis Masa :11.0 STRATEGI PERLAKSANAAN Di antara aktiviti yang diadakan ialah : 6. 5.00 x 6 (Tempat Pertama) 1.15 Petang Tempat :Bilik darjah masing-masing. Muda) *PK HEM (En.00 x 6 (Tempat Kedua) 1.4.

6. HJH MAZIDAH BT. guru Pendidikan Islam dan semua guru lain. Tuan Mahmood) * Bendahari : Guru Pendidikan Islam ( Nurulhuda bt. Insya Allah. Disediakan oleh: …………………………..15 Tengahari : Pertandingan Tulisan Jawi Cantik dimulakan 01.0 PENUTUP Pertandingan ini diharap dapat 13ember kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menanam minat terhadap tulisan Jawi serta minat yang bertambah terhadap mata pelajaran Jawi.55 pagi : Taklimat ringkas format pertandingan oleh AJK Pelaksana 12. AMIRUDDIN) Guru Besar SK. Serdang 13 . WAHAB BIN MUDA) Penolong Kanan Pengerusi Program Disahkan oleh: ……………………. (PN. Tentatif 11. Harun) *AJK Pelaksana : Guru j-QAF. 11.15 : Pertandingan selesai 9. (EN.45 pagi : Peserta pertandingan mula berkumpul di bilik j-QAF. (MOHD ZAKI BIN HASSAN) Setiausaha Program Pertandingan Lestari Jawi Disemak oleh: …………………….* Setiausaha : Ketua Panitia Pendidikan Islam ( Tuan Rohaizam bt.

bukan membebankan. Memupuk minat murid terhadap tulisan Jawi serta kesungguhan untuk menguasai tulisan tersebut. 3. Meningkatkan keyakinan diri serta menanam dalam minda murid bahawa tulisan Jawi merupakan pelajaran yang menyeronokkan. Objektif : Antara objektif utama pelaksanaan pertandingan ini ialah : 1. 2.PELAN OPERASI “PERTANDINGAN LESTARI JAWI” Nama Program : Tulisan Jawi Cantik Matlamat : Program ini dilaksanakan supaya murid : 1 Melahirkan murid yang cintakan tulisan Jawi 2.00 14 . Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.00 tengahari (16 Jun 2011) Tempat Sasaran Kos : Bilik darjah masing-masing : Semua murid tahap 1 dan 2 (seramai 118 orang) : Rm 36. Tempoh / masa : 12. Untuk meningkatkan kecintaan murid terhadap pelajaran Jawi dan tulisannya. Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea dalam menghasilkan kerja tulisan Jawi yang kreatif dan Cantik. 3. Melatih murid agar lebih berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri terhadap pelajaran Jawi. 4.00-1.

PAGE NI SELITKAN LANGKAH2…. 15 .

DOKUMENTARI BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM LESTARI JAWI PELBAGAI AKSI MURID KETIKA MENDENGAR TAKLIMAT PERTANDINGAN JAWI 16 .

SUASANA MURID TAHUN 1 DAN 2 KETIKA PROGRAM LESTARI JAWI “ TULISAN CANTIK” BERJALAN 17 .

MURID-MURID TAHUN 3 DAN 4 KETIKA PROGRAM LESTARI JAWI “ TULISAN CANTIK” BERLANGSUNG 18 .

MURID-MURID TAHUN 5 DAN 6 SEDANG TEKUN MENYIAPKAN KERJA ‘LESTARI JAWI 19 .

PARA PEMENANG TAHUN 1 INTAN PEMENANG TAHUN 2 DELIMA 20 .

PEMENANG TAHUN 3 ZAMRUD PEMENANG TAHUN 4 BAIDURI PEMENANG TAHUN 5 NILAM PEMENANG TAHUN 6 KRISTAL 21 .

maka pemilihan pemenang dilakukan pada hari yang sama 22 . Oleh kerana pmurid tidak ramai.FAX : 09-8422632 LAPORAN PROGRAM LESTARI JAWI PADA : 16 JUN 2011 HARI : KHAMIS BIL WAKTU AGENDA LAPORAN 1 11.TEL : 09-8422630 NO.00 TENGAHARI TAKLIMAT PERTANDINGAN - Berjalan lancar dan dikendalikan oleh GURU KELAS yang telah dilantik.SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG 23000 DUNGUN. TERENGGANU NO.00 PETANG PERTANDINGAN TAMAT & PROSES PEMILIHAN PEMENANG - - Guru-guru bertugas mengumpulkan hasil kerja murid dan menyerahkannya kepada Setiausaha Program untuk diadili. 2 12.00-2.45–12. Semua guru kelas yang dilantik mengawal kelas masing-masing.00 TENGAHARI PERTANDINGAN LESTARI JAWI BERMULA - - Murid-murid menyiapkan kerja Lestari Jawi di dalam kelas masing-masing dengan pemantauan guru Murid-murid diberi masa 1jam untuk menyiapkan kerja mereka 3 1.00-1.

.....REFLEKSI Hasil daripada pertandingan ini.. ibubapa dan PIBG. 4........ kelemahan ini dikesan sepanjang tempoh perlaksanaan Program ini berlangsung... Guru memerhati dan membantu murid dengan memegang tangan mereka ketika proses penuilisan jawi dilakukan agar dapat membantu murid yang bermasalah dalam penulisan jawi dapat menulis dengan baik. masih terdapat juga kelemahan yang perlu ditangani segera... Disahkan oleh... (CIK NORHAFIZAH BT MAT KHALIB) Setiausaha ... Pertandingan Lestari Jawi 23 . Disediakan oleh. dapat la dibuat kesimpulan bahawa kekuatan program ini adalah kerana : 1..... Semua murid dapat menulis jawi dengan betul dan cantik.... Semua murid dapat memberi kerjasama dan menunjukkan perubahan samaada dari minat terhadap tulisan jawi mahupun mutu tulisan. 2. Terdapat hanya sebahagian kecil yang masih tidak mahir menulis jawi serta memerlukan bimbingan berterusan dari guru terutama dari kalangan murid pemulihan.......... Dilaksanakan pada hari tidak bersekolah seperti hari Sabtu serta memanjangkan lagi tempoh masa pertandingan sehingga 1jam 30 minit.. Akan melibatkan lebih banyak aktiviti lain supaya pertandingan lebih seronok dan mencabar....... ( PN NURUL HUDA BT HA RUN) Ketua Panitia PAI ....... Mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru terutama daripada pihak pengurusan sekolah .......... Iaitu : 1..... 3.. Walaubagaimanapun. CADANGAN: 1....... .. 2.

Petaling Jaya. 1996. Abdul Ghani.4. 1988.J. Wilkilson R.. hlm. Jabatan Pengajian Islam. Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur. Islamika 111. 1 2. 4. Muhani Hj. Berhad. hlm. 1959. 24 . 1985.BIBLIOGRAFI 1. The Terengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation of The Alphabet dlm. 20 5. hlm. Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Amat Juhari Moain. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hashim Haji Musa. Universiti Malaya hlm. hlm. 492. Teman Pelajar Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1999. Omar Awang. Kuala Lumpur. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. 3. 189.

LAMPIRAN 25 .

26 .

BORANG KOLABORASI PERTANDINGAN LESTARI JAWI SK SERDANG. 23000 DUNGUN BIL TARIKH PERKARA T/T 27 .

28 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->