You are on page 1of 3

Aktiviti Pengayaan Dalam Bilik Darjah

Sebaik sahaja murid anda menguasai pembelajaran yang diajar, anda


hendaklah memberi latihan pengukuhan. Setelah dikukuhkan, bolehlah anda
menyediakan aktiviti pengayaan agar murid anda dapat menggunakan atau
mengaplikasi kemahiran yang dikuasai dalam situasi/kehidupan sebenar.

Dengan memberi contoh aktiviti pengayaan dan latihan pengukuhan yang


sesuai, jelaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan pengukuhan dan
pengayaan.

Nyatakan sekurang-kurang 5 ciri persamaan dan perbezaan dan 1 contoh


aktiviti pengukuhan dan pengayaan

Jawapan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan


mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan lagi sifat
ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta dan bakat kepimpinan.
Pengukuhan pula adalah latihan yang diberikan kepada murid yang kurang
pandai bagi mengukuhkan sesuatu asas ilmu atau kemahiran dalam
pembelajaran.

Contoh aktiviti pengayaan : 1) Bacaan (membaca)

2) Tulisan (menulis)

3) Kiraan (mengira)

1) Aktiviti Pengayaan Bacaan (membaca)

Sumber-sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku


cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Kad-kad bacaan boleh
diperoleh daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri. Biasanya kad-
kad bacaan mengandungi tema atau tajuk. Antara bentuk bahan bacaan yang
sesuai digunakan adalah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita,
iklan dan berita. Teka-teki

“Bau saya harum.warna saya merah, kuning atau putih. Wajah saya
cantik, tapi orang takut nak dekati kerana saya berduri. Kalau tuan
bijak cuba teka siapa saya…” jawapan : bunga

2) Aktiviti pengukuhan

Aktiviti pengukuhan biasanya diberikan kepada murid yang kurang


menguasai kemahiran sesuatu ilmu, justeru guru akan memberikan
pengukuhan bagi membantu menguasai kemahiran tersebut. Contohnya
seperti lembaran kerja.

Persamaan

1) Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti


pembelajaran dan seterusnya membolehkan mereka terus mencari
ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
2) Murid akan menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai
untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka
dalam pelajaran-pelajaran tertentu.
3) Selain itu, ia dapat memperkembangkan bakat serta keupayaan
menilai sesuatu hasil kerja melalui aktiviti pengayaan dan
pengukuhan. Ia juga dapat memperkembangkan bakat kepimpinan
kepada peringkat yang lebih tinggi mengikut kebolehan masing-
masing.

Perbezaan
1) Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelas
samaada di peringkat sekolah rendah atau menengah, sama ada
dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Murid-murid di dalam
sesebuah kelas kebiasaanya dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu
kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Justeru
adalah wajar guru menyediakan program pengayaan yang sesuai
mengikut kumpulan tersebut bagi mengelakkan murid yang pandai
merasa bosan apabila dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran murid
yang lambat. Ini tidak setimpal dengan minat dan perkembangan
mental murid.

2) Aktiviti pengayaan biasanya akan diberikan kepada murid selepas


mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas
tertentu. Murid akan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah
dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti
pengayaan ini, murid-murid akan dapat memperluaskan pengalaman
dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam
sesuatu bidang pelajaran tertentu.

You might also like