You are on page 1of 12

1.

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) 2.1 Tujuan

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih

komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.2

Rasional

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut : 2.2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu 2.2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa 2.2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

2.2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya 2.2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti

2.3

Matlamat PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

2.4

Visi PBSS

Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

2.5

Misi PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

2.6

Objektif PBSS

Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat 2.6.1 Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah 2.6.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan sihat 2.6.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat 2.6.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang

bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masya rakat 2.6.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah 2.6.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

2.7

Teras Utama PBSS

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut: 2.7.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan 2.7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah 2.7.3 Persekitaran Sosial Sekolah 2.7.4 Penglibatan Komuniti 2.7.5 Kemahiran Kesihatan Diri 2.7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

2.8.

Pelaksanaan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.

Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth. Penasihat Pengerusi : : Pn. Asiah Binti Othman Pn. Rosenah Bt. Samsudin En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar

Setiausaha :

AJK Pn. Rozinah bte Mat Jizat Pn. Zaharah Bt. Yahaya Pn. Zuraidah Bt. Zakariah En. Mohd. Roshidi Bin Zainul Pasukan Kesihatan Sekolah Pasukan Kesihatan Gigi

2.9

Pemantauan Dan Penilaian

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan : 2.9.1 Rekod Kesihatan Murid 2.9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan 2.9.3 Laporan Bulanan 2.9.4 Laporan Tahunan 2.9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

2.10

Kesimpulan

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.

2.0

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

3.1

APA ITU RMT?

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. 3.2 Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara penyaluran bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 3.3 Latar Belakang Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana dalam Menteri Laporan diperluaskan pelaksanaan Kabinet menurut Mengkaji

pengesyoran

Jawatankuasa

Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.

Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan termiskin (keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00

per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak. Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123,647,250.00 setahun. Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan dan sekolah-sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan

kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat. Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan bahawa penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan. 3.4 Prosedur Pembayaran

Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur pembayaran bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program RMT hendaklah diawasi oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Prosedur pembayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1 Oktober tahun semasa di setiap sekolah rendah akan menjadi asas perkiraan untuk membayar bantuan RMT bagi tahun 2003.

Bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan murid baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam yang tamat sekolah, berserta dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah yang baru dibuka.

Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan

menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolahsekolah yang terlibat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pembayaran hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah negeri masing-masing. Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari tahun berkenaan kepada Bahagian Sekolah. Bahagian Sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan.

3.5

Pematuhan kelewatan pengagihan peruntukan akan dilaporkan dalam

Sebarang

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di peringkat Kementerian Pendidikan untuk tindakan yang sewajarnya. Setiap JPN hendaklah menyimpan rekod perbelanjaan peruntukan RMT dan mempastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya.

Objektif RMT 1. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. 2. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. 3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. 4. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. 3.6 Prosedur RMT Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan 2011

Sepertimana pihak tuan sedia maklum, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid golongan miskin. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. Untuk makluman pihak tuan, mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat bantuan RMT adalah murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem eKASIH dan disahkan sebagai miskin atau miskin tegar. Pelaksanaan RMT di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan bagi tahun 2011 perlu diteruskan seperti butiran berikut :-

l. a.

Perkara Tarikh mula & tempoh

Butiran Dilaksanakan mulai pada hari pertama persekolahan untuk tempoh 190 hari.

b.

Kadar Bantuan RMT Menu Makanan

RM 1.80/ murid/ hari (Semenanjung)

d.

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Surat Pekeliling Kew. Bil. 7 Tahun 2010) Sebelum waktu pertama persekolahan dimulakan atau waktu rehat. Mengurus pelaksanaan RMT termasuk penetapan menu, penentuan kaedah pembekalan makanan serta penyimpanan rekod-rekod berkaitan. JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peruntukan dan prosedur dipatuhi. Semua lebihan dan baki peruntukan tahun semasa hendaklah dipulangkan kepada Bah. Kewangan, KPM (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010).

e.

Waktu Makan

Jawatankuasa Bantuan Sekolah f. g. Pemantauan

h.

Lebihan RMT Tahun 2011 & tahun sebelumnya

Bilangan Murid SKKD Yang Menerima Peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Tahun 2010 TAHUN BIL.PENERIMA Tahun 6 3 Orang Tahun 5 3 Orang Tahun 4 3 Orang Tahun 3 3 Orang Tahun 2 3 Orang Tahun 1 2 Orang TOTAL 17 Orang

Tahun 2011 TAHUN BIL.PENERIMA Tahun 6 3 Orang Tahun 5 3 Orang Tahun 4 3 Orang Tahun 3 3 Orang Tahun 2 2 Orang Tahun 1 3 Orang TOTAL 17 Orang

3.7

Carta Alir dan pelaksanaan

Berikut merupakan carta organisasi pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) SK Taman Senangan: Pengerusi Pn. Asiah Bt. Othman

Naib Pengerusi En. Zakaria Bin Hj. Ahmad

Setiausaha Pn. Rosenah Bt. Samsudin

Ahli Jawatankuasa Pn. Patimah Bt. Mohamad En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar En. Nasir Bin Hasan Pn. Shahariza Bt Desa Cik Sarmellaa A/P Rajandran Pn Siti Zurina Bt Salleh Pn Rosmah Bt Idris

3.8

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya dapat melihat perjalanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini berjalan dengan sangat baik semasa berada di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan. Walaubagaimanapun, murid yang terlibat dengan program ini adalah sedikit berbanding di sekolah lain

memandangkan kebanyakan murid-murid terdiri daripada latarbelakang keluarga yang berada.

3.0

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH

4.1

Tujuan

Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.

4.2

Bagaimana Prosedur Perkhidmatan Ini Dijalankan?

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui: Klinik Pergigian Sekolah Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolahsekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Pasukan Pergigian Bergerak Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid- murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih. Klinik Pergigian Bergerak Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

4.3

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran

dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian.

4.4

Adakah Bayaran Dikenakan?

Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran.

4.6

Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan?

Semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan ini.

4.5

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini ialah sepanjang sebulan berada di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, saya dapat melihat program Kesihatan Pergigian ini berjalan. Semasa minggu kedua saya berada di sekolah ini saya dapat meihat murid-murid akan diperiksa seorang demi seorang keadaan gigi dan jika terdapat kerosakan, jururawat bertugas akan menandakan tindakan susulan yang akan dilakukan di dalam kad kesihatan gigi. Jadi, program ini sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk menjaga kesihatan gigi mereka dan bagaimana cara menggosok gigi yang betul.

You might also like